Tuesday, 17 June 2014

::: Kemana Hilangnya 20 hari :::


::: Cik Ina tak HILANG ke mana, cuma pulang ke Kg Halaman :::

Assalamualaikum MLA, kali ini aku men'jongket'kan diri kehulu kehilir, macam tak ingat dunia pula bila berjalan sakan selama mana ada di kampung. Ini semua terjebak dengan rencana dan agenda Datin Lijah la ni. Aku cuti bermula 30 Julai - 17 Julai. Hah, tak lama ke duduk dekat kg? Apalah yang aku dekat kg lama-lama tu. Tula kome tak faham. Orang kampung macam aku yang sangat naive (hamboi), kalau tak pergi melawat-pelawat-selawat dan seangkatan dengannya memang tak sahlah.

360 yang MENIPU

31 Julai dan 1 Jun. KENDURI KAHWIN,AKAD DAN NIKAH. MLA kena faham, kalau dah mak kata "moh semua pergi kenduri mak cik blablabla". Ia bermakna semua kena siap ye, pergi kenduri sedara. Makanya tak boleh nak bagi alasan seperti "mak, org tak bawak balik baju kurung, mak orang ada kenduri kawen kawan sekolah, mak, org blablabla". Alasan-masan semua tak akan diterima. Nak tak nak kena kumbas balik baju kurung lama-lama mana ada. Ewah!. [kome sakit perut tak? Aku memang kalau makan rumah org kahwin nie, perut memulas-mulas minta ihsan].

2 Jun /Isnin. KE NEGERI SEMBILAN. Kali ini mak yang bersemangat waja perwira dan perkasa. Kalau dulu-dulu bukan main macam-macam alasan cik puan emak memberi alasan, tapi kali ini nak pergi berjalan elok je. Sampailah kami sekeluarga ke rumah Uda di IPD Jempol. Kali ini tak banyak tempat kami jalan-jalan di negeri sembilan sebab nak pergi tempat lain. Ada le ke Hutan rekreasi Ulu Bendul, mandi-manda. Pergi 3 bijik kereta. Almaklumlah, yang seorang tu dah pakai kereta baru. Nak try test sampai Johor katanya. Amboi. Baguslah. Aku tumpang gembira MakLong oii.

3 Jun / Selasa. TEMERLOH,PAHANG. Mak buyung nak makan ikan patin gulai tempoyak sampai temerloh sana oii. Ikutkan juga. Men'jongket' la sampai ke sana. Tah apa dibuatnya entah. Aku follow je. Bukan aku yang drive. Gambar tak ada sebab semuanya dalam kamera abangipar. Beliau nak balik ke Johor, tak dan-dan nak ambil gambar tu. Nak harapkan tab, hp dan seangkatan dengannya. Bateri asyik sold out je. Mana taknya, si AbgLong asyik main game je. Pakai power bank pun tak guna. Ayooo!!!.

Aku tak makan ikan patin, ini kali pertama. Tak hanyir. Tak rasa paya. Apa tah nama kedainya tepi sg temerloh tu. Sedap dimakan kala itu, bawak balik rumah, tak makan, buang. Sedapnya sebab beliau masak depan orang. Sepinggan RM10. Kami ini ber3 kereta. Makanya, bila makan memang banyaklah. Okaylah!! Tapi mungkin tak setanding Ikan Keli Gulai Tempoyak MakChik kot. Terlaris di rumah. Bhahaha.

4 Jun / Rabu. MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam lebih menggunakan waze. Bhahaha. Walhal bukan tak pernah sampai, cuma tak pernah sampai dengan keluarga. Bawak mak pergi beli belacan semata-mata. aptb. yang sebenarnya Datin Lijah kaki jalan. Bagi aku yang dah sampai beberapa kali, aku tak ada la excited sangat nak naik macam-macam tu, tapi bila dah ramai-ramai, aku on ja. Kesian kat aku sebab jadi tukang ambik gambar. Huwaaa!!!. Kami sebijik kereta je. Yang lain dah balik dengan ke Johor.

Diatas Kapal A'Famosa
Siapa yang excited nak masuk. Ace teka. Yes!! Betul. Betul. NUR ALEESYA ADRIANNA. Cik kecik Lisyot. Bila dia tengok arca-arca kapal tu, dia yang excited. Macam faham!! Tekun ya amat. Asyik bercakap je kerojenya. Letih nak dengar kalau dapat anak saudara yang kaki nyembang ni.

Lisyot nak naik
Konon nak tengok dari atas. Last-last dia tidur pulak. Penat mamanya dukung. Tak habis-habis tunjuk menara ni. Tapi kena kejut bila sampai atas. Kesian, terpinga-pinga Lisyot MakChik. Mak pula berurut kaki dekat menara tu. Ada sekumpulan OKU penglihatan yang buat service urut kaki. Yang urut kaki ikut jantina la kan. Mak siap tambah 15 minit lagi. Kami-kami pulak tengok dari atas. Hehehe.

Kota A'Famosa sepenuhnya
Aku dah cakap banyak kali tak payah naik aih beca-beca ini. Takat bawak mak dah la. Tapi Uda ni nak semua. Dah kena tutuh RM60 x 3 beca. Bukannya bawak kemana pun. Haiiisshhh. Alang cakap kitorang boleh jalan kaki. Tapi dah beliau nak belanja, ikutkan saja. lagipun beliau tunggu hari nak bersalin. Takut pula. Sampailah ke Kota A'Famosa. MakChik sempat pula menceritakan sejarah-sejarah Melaka. Dah kau kenapa MakChik?

Ada la sekeping gambar MakChik
Hoiii, gambar deme-deme penuh dalam Mr Tabbin ni. Okay!!! Done transfer.

7 Jun / Sabtu. KENDURI TAHLIL DAN BACAAN YASSIN. Alhamdulillah. Aku tahu ada kenduri pun hari rabu. Kenduri ini bukan keluarga Ahmad Saidi yang buat. Opah Slim River yang buat. Kenduri ini diadakan bersempena kesihatan Mak Usu yang siihat daripada penyakitnya. Tahlil dibuat untuk ahli keluarga yang telah menghadap Ilahi. Arwah atuk, abah, pak sedara- paksedara, mak sedara- mak sedara dan et al. Bacaan Yassin dibuat dirumah atuk di Slim River dengan kehadiran cucu-cicit,anak menantu. Alhamdulillah, selesai semuanya.

Sebahagiannya

9 Jun - 15 Jun. BABY SITTER, MASTERCHEF ZURINA, TUKANG KARUT AHMEOW ET AL.  Hahaha. Minggu seterusnya aku tak rasa macam nak balik lagi. Sebab? Deme ada dekat rumah. Bila dah balik kampung, perasaan nak balik UKM memang tak la dah kan. Makanya, hari-hari  melayan anakbuah. Mengamuk. Nasyid. Lagu sendu. Lagu Indon. Hoiiii!! Aktiviti utama adalah HBO411, 412,413,701,702,729. Filem Melayu? Sorry!! Tak sempat pula. BERITA TV3 pun tak tengok. Bhahaha. Yang penting, bergaduh dengan kakak puteri rebut remote TV. Disebabkan MakChik deme ni garang, pengakhirannya remote TV dapat ke MakChik. Bhahaha.

Nampak tak? Nampak tak? Ada tak aku cerita pasal 'thesisfie'. Bhahaha. Sekali baru tersedar dari sesat jalan yang berpanjangan. Menangis tak tidur malam menyiapkan bab 4. Bhahaha. Penemannya ahmeeoww. Ada bagusnya beliau kadang-kadang tu. 

Ahmeoww BERADU TERADU

Bila dah dapat hidaya' baru ingat 'thesisfie' yang tak siap. Berpeluh-peluh, mengeletar seluruh badan. Pengakhirannya mulalah tingtong. Mulalah merapu-kerapu dengan mak. Bhaha. Time men'jongket' tak ingat dunia. Tak apa. Tak apa. Lepas ni kena pulun. Kena seru semangat donkey dari donkey . 

Akhir kalam, cerita tak seberapa dari MakChik untuk MLA.

Kaki Merapu,
MakChik.

No comments:

Post a Comment