Sunday, 22 June 2014

:: Falling In Love at Floria Putrajaya 2014 ::


:: Menepati KONSEP jiwa Cik Ina ::

Amboi! Beria nak KONSEP-KONSEP ini. Apakah ia? Yela MLA, kalau dibandingkan antara membeli-belah dengan menikmati panorama-panorama yang tak perlu nak keluar duit sangat, Cik Ina akan vote Floria. Wuhuuu!! Dari USM lagi Cik Ina gemar pergi pantai-pantai, pergi Bukit Bendera, duduk lepak-lepak depan seagate. Sebab utama Cik Ina pergi sebab memang MINAT sesangat. yang kedua sebab nak cari responden (Ok, abaikan).

Orkid ohh Orkid

Serba sedikit informasi tentang FP2014. Ia diadakan pada 14-22 Jun 2014. Serentak dengan itu, pada sebelah malamnya pula diadakan 'Magic OF The Night". Dikenakan bayaran sebanyak RM3 kepada Dewasa manakala kanak-kanak sebanyak RM1. Dahulu tak dikenakan bayaran (motif bagi tahu??). Sebab dalam borang soal selidik Cik Ina, Cik Ina tanya patutkah dikenakan sebarang bayaran? Banyak daripada responden kata, tak adil!! MOTOUR, please take note and give feedback with others compliment!! Tapi aku faham kenakan charge !!

Masuk entry terus Cik Ina di sambut dengan colourful umbrella ella ella . Tapi tak berkesempatan nak selfielicious sekarang. Kejap-kejap lagilah. Tempat pertama yang Cik Ina tuju adalah Garden Bazaar & Hortmart (belah kiri daripada pintu masuk). Tengok-tengok bunga apa yang dijual, cuci mata sambil minta responden jawab borang soal selidik.

Theme : Bunga Begonia 

Seterusnya Cik Ina masuk ke Floral Pavilion. Waaaww!! terpegun tengoknya. Tak tahu nak artikulasi macam mana. Sesiapa yang tak minat bunga & tumbuhan, satu deria ditarik mungkin. Dah puas berselfielicious beserta mencari responden, Cik Ina ke Taman Sekolah & Universiti dan Taman Pameran Alam Flora. Hoihoihoi!! Kalau ada anak-anak makngah memang habislah dicabutnya bunga-bunga yang ada. Cantik semuanya. Tak ada yang tak cantik melainkan wonderful, amazing, cheerful et al.

Nak buat satu dekat rumah sendiri nanti

Puas bergambar, banyak kalilah Cik Ina cakap, "aisss, yang manalah tempat pelamin-pelamin ni, tak sabar nak naik pelamin ni", (macam je desperate tapi tak ya!!). Dik Mira siap jawab lagi "tak apa kak Ina ,kitorang bawakkan." Sepanjang nak sampai ke sana, bergambar dan melihatlah kerjanya Cik Ina. Penat teleng-teleng, tenggong, penat tenggong Cik Ina duduk, penat posing ,Cik Ina minum air mineral. Oh ye, sepanjang seharian di sana, sudah 4 botol air mineral. Panasnya Allah sahaja yang tahu.


Peneman Cik Ina [Farah Orkid & Akak Mira]

Nampak tak Cik Ina pegang apa? Yes!! A bag. Hah, di dalamnya penuh dengan 100 set borang soal selidik. Walaupun menghadapi cabaran dalam mencari responden, muka tetap senyum dan manis!!

Tersangatlah awesome


Dimanakah K.A.M.I??
Photolicious seterusnya adalah di Taman Sekolah & Universiti. Omakekau!! Dedeme semua memang kreatip. Cik Ina tak sekretip ini. Takat puji-pujian manis je yang dapat dikreatipkan.

ME, MYSELF..masih Syok Sendiri

Mohon lihat di belakang, pemandangannya MasyaAllah

Photolicious seterusnya bertemakan : 
"pelamin anganku belum musnah dan takkan musnah.
 InsyaAllah, jodohku ada dan bila kahwin nanti pelamin mesti awesome .
Forever after . Till jannah"

Mohon jangan buat-buat muka ye MLA. Mohon memberi support kepada Cik Ina!! Hohoho. Tema je dah panjang berjela-jela. DahkaukenapaCikIna??

Ada cerita disebalik gambar ini
Akak Mira : 'Bakal Encik tunang sedang bersiap siaga membawa segerombolan manusia hadir ke majlis perkahwinan beliau.'

Cik Ina: ' Sedang menanti Encik 'fruitliver' datang sambil mengorak senyuman'.

Best photo
Motip!!! Sebab laluan ini merupakan laluan ke pelamin anganku. Yehaa!! kalau buat dekat rumah design begini. Macam tak sesuai pulak. Buat kat rumah sendiri? Mungkin iya!!.

Yes!! PELAMIN ANGANKU

Simple decoration but fully package. Hamboii!! Saja la tu.

Last but not least
Nahhh ni makannya!!!

Nampak tak mainannya disini? Nak buat lek lu lek wat peace!! Akhirnya, Floria Putrajaya 2014 melabuhkan tirainya. Tahniah!! Semoga acara festival ini berlangsung masa akan datang. Boleh bawa family  Cik Ina datang sini. Mak mesti suka sebab banyak sangat orkid. Belum kira orkid mak lagi. Lepas ni mesti jadi Datin Lijah Orkid la jawabnya.

Well, sebelum menutup tirai ini, Cik Ina nak bagi sedikit sentuhan idea lah.

1) Mungkin boleh disediakan lebih banyak kawasan rehat dan kerusi panjang disepanjang perjalanan dan laluan. Kesian dekat makcik-makcik tua nak cari tempat duduk. Memang la ada. Cuma perlu ditambah mungkin.

2) Surau. Hai la hai. Sangat kecewa. Siapa sampai ke surau mesti mengadu punya. Tolonglah alert perkara-perkara begini. Sangat sempit. Cik Ina kesian dengan akak yang nak menyusukan bayi beliau. Sempit dan sangat TAK SESUAAAIIIII.

Yang lain. AWESOME!!!!!!!

"terkadang, kita perlu untuk mencari ketenangan, 
supaya sifat syukur dengan rahmat Allah SWT itu sentiasa ada,
terkadang, dengan keseronokan yang diperolehi
lebih membawa kepada perhubungan yang berpanjangan."

2 comments:

  1. Replies
    1. Yess!! Diberi nama tersebut sempena kecantikan yang ada dekat orkid & Farah.

      Delete