Friday, 16 May 2014

::: Selamat Hari Guru :::



:: Guru:  Pencetus Kreativiti Peneraju Inovasi :::

Hye MLA, mungkin entrilicious aku kali ini tersangatlah panjang sehingga boleh dijilidkan mungkin, siapa tahu. Kikiki. Seperti tahun-tahun sebelumnya, hari guru memang akan diraikan oleh semua bekas-bekas pelajar, pelajar, pekerja kerajaan mahupun pekerja swasta. Sesiapa pun yang pernah mendidik secara langsung dan tidak langsung sering kita ingti. Bukan?. 

Tahu tak, di sekeliling aku penuh dengan mereka-mereka yang bergelar guru. Bahkan ahli keluarga Ahmad Saidi juga terdiri daripada cikgu-guru. Makanya, kali ini, aku nak mengup kan mereka yang pernah menjadi guru sepanjang helaan nafas ini. Amboiii!! Ayat kemaih sangat!!. 

"GURU DULU, KINI & SELAMANYA GURU BESAR"

Puan Emak
Ye semua, puan emak merupakan guru yang selamanya akan menjadi guru. Didikan yang telah beliau berikan sememangnya 'tiptop'. Hal ini demikian kerana beliau seorang yang ganas dalam mendidik. Untuk puan emak, apakan daya, perangai anaknya ini tidak tumpah seperti beliau. Pandai masak,'ehem-ehem', pandai tanam pokok,'ehem-ehem', senang cerita semuanya tiptoplah didikan yang diberikan. Cita-cita beliau adalah menjadi seorang guru, namun tidak kesampaian. Oleh itu, legasi cita-cita tersebut telah diamanahkan kepada anak-anak beliau. Masih aku ingat ya MLA, dulu-dulu kalau tak pergi mengaji rumah ustazah Zaleha, memang kena pelupoh, bukan dengan rotan ye tapi dengan pokok daun kuning tu. Tah apa tah namanya! Itulah beliau, puan emak. Guru dulu, kini dan selamanya.

"GURU TERBAIK DARI SEGI PENGAJARAN DAN PALING GARANG"

Teacher Yati

tahun lepas Alang dapat tittle GURU PALING GARANG. Beliau telah mendidik pelajar Sekolah Kebangsaan Seberang Perak selama lebih kurang 10 tahun kot. Aku pun tak kira!!Bhaha. Yang pasti beliau mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Namun adik beliau yang ini tak pandai BI. Puihhh!! Yang pasti tiap kali hari guru, soalan familiar yang akan aku tanya, berapa kotak hadiah tahun ni?? Selalunya..hadiahnya kain pasang, sabun, pen merah,biru. Takpun mug dan seangkatan dengannya. 

Kalaukan tengok gaya, macam sopan. Hakikatnya kalau mengajo, suaranya boleh dengar sampai ke kantin sekolah. Itu belum lagi time beliau mengamuk marahkan student. Aku selalu dengar cite macam-macam dari beliau. Yang pasti, beliau tersangatlah workerholic. Manakan taknya, sambil ngajar BI, ngajar bola jaring (dapat pergi peringkat negeri ye weh?? Tahniah!!) Tak sia-sia muka hitam.

Tahniah, tahniah.
Puan Emak siap suruh bawak tikar bantal ke sekolah??

Walaupun tahun ini, beliau tak pegang kelas, tapi jawatan-jawatan penting dekat sekolah sememangnya akan menjadi tugas beliau. Dulu, kini selamanya aku rasa beliau akan jadi SU Peperiksaan. Bhahaha!!. Weh Alang, tak ada ke cikgu lain nak ambil-alih tugas tersebut? Aku naik me'ronsing' tengok banyak-banyak kertas atas meja study tu. 

Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
'Donkey, donkey I beg you, please dont sing he ho..
I shall feed you, I shall feed you,
pelase dont sing he ho.

Apapun, aku percaya. Baik pelajar, guru-guru mahupun ibu bapa pelajar yang pernah menerima khidmat didikan beliau meyakini kebolehan beliau sebagai seorang guru. Takkanlah jadi cikgu femes dekat sekolah. Aku masih ingat kata-kata beliau..

"Ina, kita tak payah nak canang dekat orang kita boleh buat itu ini, orang yang melihat akan tahu dengan sendirinya. Lagipun mesti ada yang memerhati. Orang sendiri akan menilai kita. Kalau tak, segala macam kerja takkan bagi dekat kita kalau kita tak berkebolahan dan berkelayakkan untuk buat."


Kaklong anje dan Kakak Puteri di hari pertama sekolah
Oleh itu, aku bagi 100 bintang kepada Alang a.k.a Teacher Yati. Kalau ada Vote untuk guru paling ajaib, aku nak pangkah nama ko Alang. Moga-moga boleh dapat APC lagi tiap-tiap tahun. Boleh bayar buku 55555 yang bertambun tu. Bhahaha.

" GURU KAKI BERGAYA DAN SUKA JADI MC"

Dulu, Kini dan Selamanya Kaki bergaya

Beliaulah empunya nama Cikgu Sidah. Beliau mengajar pendidikan khas. Beliau dan aku memang gila warna terang-terangan. Tak adalah panggilan beliau dirumah makngah. Makngah merah menyala. Disebabkan Matapelajaran yang diajar bukanlah satu bebanan yang maha dasyat seperti Alang, tetapi tugas dan tanggungjawab itu bukan senang untuk dipikul. Tahniah MakNgah!. (Up sikit, mana tahu datang rumah nanti boleh hulur-hulur sikit). Bhahaha. Beliau juga sudah mendapat APC. Harap-harap ko dapat lagi MakNgah. Boleh belanja aku!!

Tak dinafikan beliau suka bergaya, bukan di sekolah baru beliau, tetapi di sekolah lama beliau lagi, beliau suka berlumba-lumba berpakaian cantik-mantik. Katanya "PUAS HATI tengok aku lawa". Syukurlah!! 

Yang pasti, beliau seorang yang friendly . Mudah mesra rakyat disamping gila bercakap. Kalau boleh nak jadi MC semua acara. Hah, masa tu memang pakaian beliau akan tiptop. Siap nak ajak pergi butik cari baju lagi. Adoiii!!. Aku layankan saja. mana tahu kot-kot dapat sambar selai dua baju. Nampak tak mainannya dekat situ??

" GURU TO BE"

Busu aka kaki minta cerah
Hah, beliau adalah anak bongsu keluarga Ahmad Saidi tetapi yang paling tinggi sekali. Beliau bakal menjadi seorang pendidik 2 tahun lagi. Tapi sekarang pun sudah mengajar di sekolah untuk acara-acara kesukanan khususnya. Sewaktu pertandingan bola jaring, beliau diimport oleh Alang untuk mengajar step-step tertentu. Walaupun diimport, beliau tidak dibayar. Ikhlas?

Namun begitu, beliau kini merupakan instructor di UPSI walaupun sedang menuntut di UPSI. Katanya buat tambah duit poket. Baguslah dik!! Jom belanja sizzlingTesco. Walaupun bekerja sebagai instructor, beliau tetap akan memohon pencerahan selalu. Selamat ko adik sebab ko adik!!. Harap-harap tempias cerah tu, aku dapat jugak.

" GURU SEMENTARA DAN IN SHA ALLAH BAKAL MENJADI PENDIDIK JUGA"

it's ME
Ye!! Aku pun bekas guru jugak! Sampai hati kome taknak tahu. Kan aku cakap aku buat dua kerja masa dalam satu masa. Part time aku adalah menjadi guru PTRS Selangor. Subject pilihan aku masa itu adalah Matematik dan Sejarah. Sejarah memang tiptop, Mate lemah la sikit. Tapi, kalau persamaan-persamaan kuadratik tu, mampu la aku! Kikiki.

Sememangnya tak dinafikan, kesukaran nak menghandle lebih 50 orang pelajar satu masa, tapi kalau pandai tackle mereka, In Sha Allah, kelas akan berjalan lancar. tapi ada je mangkuk-hayun yang tak reti bahasa. Tapi, selama mengajar mereka. Ia memberi aku banyak peluang. Kadang-kadang tak sia-sia ambil kos KERJA SOSIAL masa di USM dulu. Memang berbaloi-baloi.

Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung belajar ke UKM. Mungkin rezeki Allah semakin meluas selepas ini. Amin!!.

Kepada semua guru-guru yang pernah mendidik diri ini, tahniah dan Alhamdulillah kerana Allah mempertemukan aku kepada kalian semua. Tanpa kalian, tiadalah insan yang bernama Zurina Ahmad Saidi yang erti akan makna kehidupan ini. Walaupun ingatan aku sedikit lost pada nama-nama cikgu aku. Tapi ada cikgu yang masih lagi menjadi pujaan hati seperti cikgu Norsham, Cikgu Halim, Teacher Juliana, Cikgu Megat, Cikgu Hamdan (tanpa mereka tak dapat A Sejarah STPM aku wehh oiii), Cikgu Is (Sastera Melayu A), Cikgu Pengajian AM, Perniagaan & macam-macam lagilah. Yang pasti jasa cikgu-cikgu masih kekal dalam sanubari. 

1)  Tadika Fasa 5
2) Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka
3) Sekolah Menengah Kebagsaan Changkat Lada
4) Sekolah Menengah Teknik Slim River
5) Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung
6) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah
7) Universiti Sains Malaysia
8) Universiti Kebangsaan Malaysia


Akhir kalam mungkin, Selamat Hari Guru. Semoga keberkatan pekerjaan ini membuahkan pahala berlipat ganda. Semoga anda kental dalam mendidik pelajar kini. Mungkin dugaan tidak terduga menghampiri anda, namun percayalah, anda wahai guru, sangat ohsem!! Tahniah !! Tahniah kerana anda seorang GURU.

Bekas pelajar, Bekas pendidik, Bakal mendidik,
Zurina Saidi.


No comments:

Post a Comment