Thursday, 1 May 2014

~~ Salam Rejab 1435 dan Hari Pekerja 1 Mei 2014 ~~



Assalamualaikum semua pekerja di Malaysia

Tak kiralah anda kerja di sektor swasta mahupun kerajaan . Bila kata ada cuti , semua dapat cutikan . Itu yang seronoknya menetap di Malaysia . Kalau korang nak tahu , Malaysia satu-satunya negara yang banyak CUTI . Kenapa ? Sebab kita banyak perayaan , banyak acara-acara Malaysia , Al-contohnya Raya Aidilfitri , Hari Raya Korban , Tahun Baru Cina , Deepavali , Hari Pekerja , Hari Kemerdekaan ....Hari segala macam maknena cutilah . Bahagia tak ? Bahagia tak ?. Kalau aku , confirm bessssttt . 

Semualah cikgu, pencuci lantai, penjaga bangunan kerajaan, pensyarah, pekerja felcra dan sebagainya
1 Mei 2014 . 
Selamat Hari Pekerja ya semua . Aku tak payah nak selamat , selamat sangat lah . Hari-hari adalah hari pekerja untuk aku . Lagi besttt . Tak tunggu 1 Mei kot . 

Di sebalik meniti hari ini dengan penuh tawaduknya , mungkin ada yang terlupa dalam istilah tak berapa nak tahu dalam definisi tak berapa nak ambil part , hari ini juga merupakan hari pertama bulan Rejab . Kan . Kan .Kan . Oleh itu , salam 1 Rejab . Bulan penuh penghayatan aku rasa . Kalau kira darab tolak bahagi Matematik aku yang lemah ni , kita mungkin ada 59 hari sahaja lagi untuk menanti Ramadhan .Hah , sapa tak ganti lagi pose ? Angkat hidung tinggi-tinggi . Amboi , main-main dia tu ye !! 


Mohon Baca

Bulan Rejab 1435.

Apa yang boleh kita lakukan sebelum menanti bulan penuh kegemilangan Ramadhan ? Hah , cadang-cadangnya apa nak buat ya . 

1. Boleh berpuasa . Yang sebenarnya bulan mana-mana pun digalakkan berpuasa sunat Isnin Khamis kan . Tapi bulan ini lagi best sebab membantu kita untuk berhadapan dengan bulan pose nanti . Tak adalah yang selalu beri alasan gastrik-mastrik tu beri alasan lagi . Lagipun , warga wanita mesti ada yang tak habis ganti pose lagi , makanya.. Hah, gantilah sekarang.

2. Boleh start kira-kira mengaji untuk sempat mengkhatam Al-Quran bulan pose nanti.

Hah , akan boleh mula perlahan-lahan . Tak perlu gopoh-gopoh kan .

Oleh itu , cuti 1 Mei ni apa yang korang buat ?

Aku ? , sedang berusaha menyiapkan Bab I . Due date adalah esok hari . Sedang mentouchup apa yang patut . Alhamdulillah ya Allah .

Bakal meraikan Hari Pekerja,
Zurina Saidi.

No comments:

Post a Comment