Monday, 26 May 2014

:: Putrajaya again & vision ::


:: Interview, interview & interview ::

Hyep MLA, dekat wechat aku tak habis-habis naik status nervous-nervous gitulah. Sampai tak lena tidur malam tadi takut punya pasal. Well, aku kena buat indeeeeeepppp interview pasal tesis aku. Cadangnya tak nak pun adakan indeep interview ni, tapi bila dah kena satu bab pasal dia saja. Nak tak nak, gigihlah aku ke office buat surat menjalankan penyelidikan. Nak dapat surat pun seminggu walhal surat bercetak komputer je. Baguslah!!.

Minggu lepas aku telefon bahagian sekretariat Pelancongan ni, konon-konon nak buat appoinment bagailah. Alhamdulillah, perjalanan itu nampaknya smooth je. Mungkin sebab skala excited nak siapkan semester ini jugak kot. Aku ni sanggup tunggu Sabtu Ahad ini semata-mata hendak berjumpa pegawai tersebut.

Indeep interview pukul 11, memang sharp pukul 11 aku call En Zaffwan ni. Perjalanan nak ke Putrajaya pun lancar sahaja. Ditemani roomate. Hoii, menggigil jugak la drive di Putrajaya. Nak tak nak tawakal sajalah. Bayangkan, aku ini kalau sebut banyak-banyak kereta, skala fobia itu memang paling teratas sekali. Tapi, aku tahu. Allah denganku.

Fokus dan fokus

Almaklumlah, bila berurusan dengan human being ini, terkadang mesti akan berubah-ubah. Ewahh!!. Tunggulah aku dalam 10 minit menanti En Zaffwan yang tak kunjung tiba. Akhirnya penantian berakhir. Dibawanya aku dan roomate Mas ke biliknya. Makanya, bermulalah sesi soal-jawab-soal-soal-jawab-jawab.


Nampak tak, soal-jawab-jawab-jawab-soal-soal
Hoii, akhirnya selama sejam lebih soal-soal-jawab-jawab, settle jugak. yehaa!!. Tak sia-sia menanti beberapa hari semata-mata mahu berjumpa beliau. Tersangat friendly, memahami tiap bait-bait soalan yang ditanya, menjawab dengan pantas,padat dan berinformasi. Tahniah En Zaffwan. Hehehe!! yang sebenarnya sememangnya aku nakkan semua yang diberikan kepada aku. Yuhooiii semangat nak siapkan tesis!! Semangat. Dah tu, siap bagi goodies bag lagi. Yang menariknya dibaginya sekali kera bekantan tu. Aku pun bagi juga. Tu tu hah dalam bag UKM tu. Siap-siap nak bagi. Hahaha. Orang berbudi, kita berbahasa. Tak gitu?

Kera bekantan & maskot VMY 2014
Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan?

Kadangkala, sifat dan keperibadian kita ini mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Kalau kita mudahkan ia, maka segalanya akan menjadi mudah. Sekiranya kita menyukarkan ia, semuanya akan jadi sukar. Kita yang mencorakkan segalanya. Makanya, kita juga yag bakal menerima bentuk corakkan itu.

 Tak gitu?

Yehaa!! Jom sambung buat bab ini. Moga-moga Supervisor Mami akan menerima tanpa bangkangan serta senyuman lebar sebab tiap-tiap evolusi edisi itu aku dapat. Yehaaa!!!


Insan yang penuh dengan semangat.

No comments:

Post a Comment