Friday, 2 May 2014

~~ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014~~


~~ BUKU : MENJANA KEPINTARAN KREATIF~~
Book: generating creative intelligence


Assalamualaikum MLA..
Sementelaah aku tak mempunyai idea untuk memikirkan masalah thesis aku ini , seeloknya aku meninggalkan coretan penuh bahagia aku disini. Daripada aku melayan FB yang memang aku tak berapa gemor (orang Perak kata), baik aku mencoretkan sedikit rentetan perjalanan aku ke pesta buku PWTC. Alhamdulillah , kali yang kesekian kali (tah berapa banyak kali) aku dan keluarga aku menjoinkan diri . Almaklumlah , bila dah deme ya amat gemar menjadikan buku-buku cerita dan koleksi-koleksi novel sebagai koleksi peribadi , pesta buku sebegini memang dinanti-nantikan. Terutamanya KakLong. 

Alhamdulillah , program sebegini memang mendekatkan aku dengan family aku. Semua orang ada kecuali Uda . Meriahkan bila semua berkumpul dekat rumah Angah , masak-masak, makan-makan. Pastu bergaduh , nangis, teriak-teriak tak nak kawan. Ahhh, itu semua aku dah lali. Tak lain tak bukan , abang long mesti bergaduh dengan Intan , Puteri mesti gaduh nak Ipad , Lisyoot mesti nak 'kopek', AbgNgah mesti pukul DikKuan. Ala, itu memang jadi rencah la kalau dah ramai-ramai.

Sabtu 26/04 Kaklong ada pertandingan poem peringkat daerah. Kena tunggu Kaklong selesai,baru deorang boleh gerak ke rumah makngah. Al-kisahnya, kaklong ni bidan terjun je, sepatutnya budak darjah 6 yang memasuki pertandingan tu, last minit dapat tahu kena demam campak,akhirnya kaklong yang darjah 5 tu juga yang kena gantikan. Takapa,mak sedaranya ada boleh bantu. Tahniah, buat Kaklong anje, tak sia-sia berlatih selama 2 hari dan mendapat tempat ketiga.
Tahniah KakLong Anje menduduki tempat 3
Tajuk Poem : Mother Nature 
Bangga!!! Tapi dalam bangga-bangga tu, lesap jugak lah duit mak-mak sedara beliau. Macam-macam nak nya. Tapi, tak apa, janji Kaklong berusaha. Bila dapat tahu Makchik dengan MakUsu nya dapat bocer buku, lagi kuat nak itu ini.

"Makchik, nanti anje nak beli itu, nak buku AnaMuslim, nak yang macam itu, nak yang macam ini"
"Busu, bocer buku tu anje dapat bape? Puteri dapat bape? Lisya dapat bape?"

Hah, lalu kalau dapat anak buah macam ni ? 

Akhirnya Pesta Buku PWTC menjadi saksi Makchiknya telah melenyapkan bocer buku RM250 dengan tambahan pitih lagi tu. Ayoooo!! Itu baru Makchik sorang, belum lagi mak sedara yang lain. Semua ini Pesta Buku punya pasal. Ahad 27/4, kitorang bertolak selepas Zohor, tunggu Makngah habis kursus pulak. Bila setel semua, bergeraklah kami 2 biji kereta. Sesampainya, makaih, parking takda wehh oiii. Cari punya cari dapat lah juga. Hujan lebat pulak. Dengan dukung budak-budak kecik ni, menapak juga akhirnya di PWTC.

Orang?? Hurmmm macam ulat taik. Ramai ya amat. Masuk masuk aja tengok orang beg plastik kiri kanan. Aku . Hah . Aku jadikan pengalaman-pengalaman lepas sebagai peringatan . Aku bawak beg troli siap-siap. Tak lenguh tangan. 


Semua barang boleh sumbat dalam beg troli . Kemudian, seretlah kehulu kehilir pun. tak sakit tangan

Tip : kepada mereka yang nak memborong sakan , Sila bawak beg troli. Kalau tak mesti payah nak pegang, angkut, nak belek-belek buku yang ada. Tambahan lagi, mesti ada yang tercicir kalau suruh budak-budak ni pegangkan. Jadi, elok bawak beg troli siap-siap.

Kitorang memulakan langkah ke tingkat 4, dalam tu ada buku untuk kanak-kanak seperti Ana Muslim dan macam-macam lagilah. Sebab aku memang pergi booth AnaMuslim je. Dekat situ je pun dah sejam. Siap mereka memborong sakan buku, beg, alat pensil, tabung, buku-buku-buku-buku. Orang, jangan kata memang ramai.

Nampak tak Lisyoot sikecik, baca pun tak pandai tapi amik buku orang dewasa punya
Busu dan Alang sedang kira-kira

Tips lain yang ingin aku kongsikan kalau kitorang adik-beradik pergi beli buku.

Sila buat kira-kira, ambil saja buku tu mesti calculate berapa telah dibelanjakan. Tambah lagi best kalau ada free gift macam AnaMuslim buat, jadi tengok apa gift yang dia bagi, berbaloi atau tak? Atau free gift tu dah termasuk dalam harga buku tersebut. Hah, nampak tak? memang kena calculate sebab takut overdose pembeliannya. Kalau ikutkan deme-deme, semua benda yang ada, deme nak!!.

Puteri dan Intan sebaya
Ada macam Upin Ipin tak? AbangNgah kaki teroyak

Seterusnya, agenda aku pulak, nak mencari novel Alaf 21, takpun Karangkraf, takpun Norhayati Berahim, takpun...apa-apa novellah. Janji novel, majalah dan bahan bacaan ringan. Eeeeyuuuwww, tak sanggup masuk booth ilmiah-ilmiah ni. Nak pengsan dah tengok buku-buku ilmiah ni. Hehehe, jahatnya!!! 

Tugas aku menarik beg troli ke hulu kehilir
Intan, KakLong Anje,Makchik,MakYang & Kakak Puteri

Alhamdulillah,
segala apa yang aku nak aku dapat walaupun novel-novel aku dapat. Ala, novel nanti ada sale lagi. Jangan cemas okay!!! Sepanjang aku di pesta buku, aku observe jugak. Kali ini yang memonopoli adalah golongan Melayu ramainya. Sebab? Maybe pesta buku kali ini banyak buku ber Bahasa Melayu dan jenis bahan bacaan ringan. Maybe itu sebabnya. Berbeza dengan pesta buku Big Band Wolf dulu, majoriti berbangsa lain. Tak apalah. Yang pasti, pesta buku seperti ini memberi peluang kepada kita-kita ini untuk mendapatkan buku yang baik dan berkualiti dengan harga yang murah dan mampu milik. Dengan pesta buku seperti ini juga  mengeratkan hubungan kita sesama manusia. Tak kenal pun masih boleh senyum, sembang-sembang. Walhal, aku tak kenal pun kak ni, siap tanya anak umur bape? Aku ni nampak macam dah kawin ke? Yahooooo...

Apabila Hati sudah senang
Ini sahaja untukku

Mengapa tabung menjadi kegemaranku? Ya!! Sebab aku suka menabung. Acececeh!! Tabung yang ini aku simpan dekat bilik UKM. Senang. Tapi tabung ini mempunyai saka Ana Muslim iaitu mesti memasukkan duit siling 20 sen,10 sen dan 5 sen sahaja. Hahaha!! Alasan? Alasannya aku ada tabung yang hanya kena masukkan 50 sen je. So, adillah kan. Semua duit siling ada tabungnya. Nanti nak masuk dalam Tabung Haji senang. 

Syukur kepada Allah dengan pemberian Baucer Buku aku dapat belanja anak buah buku, tapi belanja buku bukan tunggu baucer je, kalau masuk Popular pun kena belanja juga. Deme memang kuat ngepow mak sedara deme. Hehehe!! Apapun, Pesta Buku PWTC memang terbaik. Wajib buat tiap tahun ye..ye..

Nota : Tahun depan kena simpan duit lebih sikit sebab anak buah makin membesar, buku pun kena besar juga.

Peminat ke 101 Pesta Buku PWTC





No comments:

Post a Comment