Thursday, 8 May 2014

:: Penantian suatu penyeksaan ::



:: Tidak semua penantian berakhir dengan kebahagiaan ::


I LOVE YOU 

Sejak-bermenjak ini , aku sedikit feeling-feeling tokwan  je . Almaklumlah, apabila melihat ramai kawan sudah mendirikan mahligai bahagia. Memiliki harta istimewa tiada galang-gantinya 'ANAK', yang sedang menuju ke hari bahagia. Semakin kuat pulak perasaan yang pelbagai. Tapi !! Alhamdulillah , masih ada TAPI nya lagi, kuikuikui... Allah tak buka pintu rezeki 'itu' , tetapi Dia menghadiahkan rezeki kebahagiaan lain kepada aku.

Menanti ? Ya , sampai sekarang menanti 'Si Dia' yang bernama lelaki. Aummm, masih belum di tahap desperate ya MLA. Bukanlah apa, masih banyak yang bermain dalam benak fikiran. Bercinta ? Masih belum ketemu . Tapi aku yakin , masih ada 'Si Dia' untukku. #akumasihmenanticintasidia.

Well, seperti yang aku selalu katakan, tidak semua penantian akan berakhir dengan kebahagiaan. Aummak!! tengok-tengok dia telah feeling pengantin atas pelamin dengan wanita marbeles lain. Macam mana tu? Apapun, tahniah, tahniah. Mungkin itu yang terbaik untuk anda. Walau seribu alasan dia berikan, kalau bukan tercipta dia untuk kita. Tak perlu bergadai diri dan perasaan hanya untuk dia. Masih ada 'Si Dia' yang telah dijanjikan olehNya. Mohon bersabar.

Kadangkala, hati dan perasaan kita bagai dirobek-robek sembilu nan bisakan bila rakan yang lain bersoal jawab tentang jodoh dan perkahwinan kita. Namun apakan daya! Memang lumrah setiap manusia , kebahagian itu bermaksud dan bermaknakan PERKAHWINAN sahaja. Ayooo!! tak bahagiakah kita selagi kita tidak mendirikan rumah tangga. Ala, mohon jangan disempitkan pemikiran anda itu. Papa HMTuah pernah berpesan dekat anak dia yang joren ini "Cinta itu patut membahagiakan, tapi kalau cinta menyusahkan ia bukanlah cinta". Hah, nampak tak. Papa HM Tuah sendiri cakap!.

Makanya aku mengambil penekanan bahawa 

"Atas nama Cinta itu, bersaksikan  kalimah Allah SWT, tanpa keredhaan dan persetujuan Allah, 
selagi itu nilainya Cinta masih bertintakan (-)".


Kepada sahabat yang kini sedang gundah-gulana, 
Dugaan itu tidak sesukar yang kau rasakan,
rentetan perjalanan masih kaku setapak ,
mungkin, tiba masanya untuk engkau melangkah dengan gahnya,
tidak perlu membuktikan kepada sesiapa,
hanya pamerkan kepada diri sendiri akan kekuatan yang ada,
Percayalah,
Allah SWT Maha Mengetahui,
Apa yang Terbaik untuk hambaNya yang ikhlas.


Rakan seperjuangan dalam mencari CINTA,
Ina JOREN.

1 comment: