Wednesday, 21 May 2014

::: Kolej Keris Mas & Dinnerlicious :::


:::: Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal 2013/2014::::

Hollaaummm peps MLA. Hari ini semangat untuk menaikkan entrilicious . Tersebutlah kisah dimana aku telah menper'joint'kan diri ke dinner KKM malam tadi 20 Mei 2014/8PM. Temanya tersangatlah princess & Prince sesangat.  "Malam Lukisan Hati Realiti Seindah Mimpi". Hamboii engkau deknon, tema nak gempak, harap-harap perjalanan event pun gempak ye dik. Disebabkan rumet merupakan sekretariat (oh, UKM panggil AJK), makanya proses penempahan meja dan semuanya telah aku serahkan sepenuhnya kepada beliau. Nampak tak mainannya? Pemalas sungguh aku nak pergi tempah-tempah ini. Nak menunjukkan kemalasan yang maha karya malasnya ini, baju dinner pun aku beli malam Isnin. Isnin pagi pergi oter, buat Dat dan sebagainya. Fuyooo. Nak tahap lagi malas, orang dah siap-siap pukul 7, aku pukul 7 iron baju pun belum. 

Yang sebenarnya, semalam aku non-stop buat kerja dari pagi bawak sampai ke petang, dah tu banjir kilat pulak dalam UKM ni, terkandas, siap bermandikan hujan lebat. Bawak kereta sampai tak nampak jalan dah. MasyaAllah, hujan. Menggila nampaknya. Dah petang, badan longlai, mana nak enjoy sangat kalau kepala dah tingtong, hidung dah berhingus. Dimana? Dimana?

Tapi,
Atas prinsip tak mahu melepaskan peluang dan makan, aku gagahkan juga pergi. Namun, aku pulang awal. Pukul 10 dah sampai bilik. Berdengkur. Yehaaa!! Sedang Pengetua memberi ucapan, kitorang sudah makan apa yang patut. maaflah ye!! Semua orang tergesa-gesa malam ini. Kami berempat ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Due date nak hantar malam ini, nak kena betulkan templats bagai. Ohhh, namakan pelajar yang tak ada kerja sekolah? 

Sesiapa yang tengok pamplet ini. Apakah pandangan anda?

Kalau mengikut tentatif program, makan selepas ucapan-ucapan dibuat. Namun, maaflah ye! Tak dapat nak ikut.  Pelajar-pelajar, waawwww, anda amazing sesangat. Awesome bagai. Sangat fairy tales uolss. Yang aku tengok, ramai berdress bagai. Cantik-cantik. Siap tempah mekap lagi. Hamboiii ko adik. Akak ini tak dan nak mekap-mekap. Ingat nak makan je dah ni. 

Sampai-sampai ada adik satu aras panggil masuk, wahh bagus-bagus tak payah tunggu berbaris panjang-panjang. Thanks ye dik. Kalau dari pandangan kasar aku, AJK yang dilantik memang berprotokol. Oleh itu, aku nampaklah kelancaran semasa program berjalan. Berperingkat-peringkat yang masuk ke dalam hall. Bagus! Thumb ups untuk AJK.

Kami-kami masuk, terus dengar MC kata "diumumkan ketibaan blablabla, hadirin diminta berdiri". Okay!! berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku, lagu UKM. Opppsss, maafin aku UKM, ini 1st time aku dengar lagu UKM. Makaihh, rancaknya lagu UKM. Hehehe. Akhhirnya aku berjaya donlod lagu UKM. Nanti jangan ada yang kata belajar di UKM, lagu UKM pun tak tahu. Hehehehe. Me LOVE UKM.

Berdiri sambil melihat perarakan masuk VVIP
Kalau diikutkan memang ramailah manusia pelajar KKM di dalam hall ini. Semuanya cantik-cantik belaka. Baju, dress semuanya sangat muda-mudi. Warna yang menyinari kebanyakkannya aku tengok kaler pastel. Ade yang terang-benderang kaler bajunya, tapi memang cantik-cantik. Aku siap tanya beli dekat mana? Nampak tak? Siap tanya dengan adik yang duduk semeja dengan kitorang, "dik, tempah mekap ke ni? sepesen je muka ni."

Hiasan dan kedudukan meja

Sempitkan? Sempitkan? Apakan daya DEKTAR memang sempit. Ini pun kira ada juga ruang. Dan aku percaya. Mereka telah susun atur sebaik mungkin kedudukan meja kerusi ini.  Ada aku bagitahu tak, iringan muzik sepanjang program adalah petikan daripada lagu Frozen tula. Let It Go. Hamboiii!

Menu
Okay!! Fine. Bila tiba tang menu, aku mesti nak merungut bagai. Aku rasa bukan aku je, separuh darinya mungkin. Nasi mentah. Itulah masalah bila kita makan menu begini. Pelik tak? Tema wonderland, menu Orang kahwin? Ayooo!! Tema dah havoc sangat, makanannya macam nak pergi sambut menantu. Tiba tang meja aku, nasi mentah lansung tak boleh makan. Ragam aku pulak, kalau kata makan-makan, aku memang simpan perut sebab nak makan. Aku rasa yang ini sahaja yang aku tak puas hati. MAKANAN. Bila nasi hujan panas yang tak panas dah tu mentah, takat boleh ratah-ratah jela. Katering mana ni ye? Sampai hati, balik bilik masak megi sebab dah tak lalu nak pergi cafe.

Namun begitu, walaupun makanannya 'lekyoooiii" tapi props dan photo booth sangat awesome. Amazing. Wonderful & Wonderland. 

Winter & Wonderland

Okay!! Bab props dan photo booth aku salute. Memang cantik. Kami-kami keluar awal, makanya tak ramai yang bersesak-sesak. Boleh tangkap macam-macam style dan props lah. Boleh tangkap sorang-sorang jugak. Ada dua photo booth. Tapi yang ini aku suka. Hahaha. Kami berempat. Dah Mie tak ada, tak cukup korum le pulak. Nampak mainannya 1 Perakian, 3 Kelantanese

Princess Zurina Bt Ahmad Saidi
Auocchh!! Nak jugak tambah nama princess-princess ini. Sememangnya baju aku tak ikut tema. Apakan daya. Aku bukanlah nak bertema bagai. Ini pun semuanya last minutes preparation. Seperti yang aku cakap Malam Isnin mencari baju di "boutique uptown" , hari Isnin pagi pergi hantar tailor & francis potong sedikit kain bawah, buat tali,hari Selasa petang pergi ambil. Selendang memang dah ada. Eda punya. Senang cerita pakai mana ada, brooch, pin kebarung semua memang dah ada. Tinggal nak mix & match jela. Ikut kepala. Tangan gatal tengok kalau-kalau baju ini boleh diubahsuai, tengok online boutique, . Hoii, tak mampu. Apa pening-pening, lebihan kain potong aku buat tali, IKAT. Dari nama baju ini Dress Emma Maembong, jadilah dress ini Dress Ina Maembong [nakjugaknamamaembongtu]. Apa yang aku suka dekat Dress Ina Maembong ini adalah kainnya berat, tidak jarang & tak crowded dengan perhiasan bagai. Tone warna juga sekata. Oleh itu, aku memberi 10/10 terhadap Dress Ina Maembong ini. Bhahaha. Nampak syok sendiri disitu ya!!.

free style dari Puteri Ina Elsa
Gigih nak jadi puteri Elsa. Akhirnya bagikan nak jugak Elsa tu. Secara overallnya , aku suka dengan baju aku. Hahaha. Siap upload dalam wechat.Kata nak pakai baju ini time raya. Nampak mainannya tak payah beli baju raya. (Ahh, tipu ini semua). Well, apapun, secara kasarnya kerana aku hanya berada selama sejam sahaja di dalam acara ini, aku lihat semua orang bekerja keras menjayakan makan malam ini. Semua orang enjoy dengan artis jemputan, makan-makan, bergambar bagai. Hari penuh keceriaaan. Tahniah kepada petugas-petugas yang tanpa henti bertugas. Kalau tak ada anda, anda dan anda, event mungkin jadi tak semeriah ini. Apapun, thumb ups kepada semua.

Untuk aku pulak.
Tak payah nak beria sangat. Mulai start hari ini sehingga minggu depan akan menghadap laptop sepanjang masa, nak siapkan questionair untuk officer TMM2014, nak hantar itu ini, isi form sana sini, kehulu dan kehilir. Harap-harap urusan aku dipermudahkan. Amin. 

Akhir kata, wawww!! aku enjoy sangat!!!


Adik-beradik Puteri Elsa,
Puteri Zurina. 

No comments:

Post a Comment