Wednesday, 14 May 2014

::: Dunia Semakin Menderita dengan adanya KAMU :::



::: Tamsilan sungguh tajuk aku ::::

Hai MLA, mungkin hari ini tiada pic disajikan pada entrilicious kali ini. Ini kalilah!! Hari ini terdetik banyak-banyak-banyak-banyak dan banyak berkenaan sebuah keluarga [kisah separa benar]. Almaklumlah, kita ini hidupnya bermasyarakat. Semestinya terlalu banyak mata telinga yang memandang waima memerhati. Saya pula seorang anak kampung. [Arghh, mengapa saya tetiba?] .

Masih aku ingati bait-bait, kata-kata, puitis-puitis ini yang menegurku.

'Aihh, buat apa la sambung-sambung belajar ni. Duit pun tak ada. Keroje pun tak dapat. Belajar tinggi-tinggi, keroje tak ada. Mana dapat duit nak bayo tu? Hah, tak lain tak bukan jual p***** le tu.'

Oiii mengkome-mengkome sekalian. Bait-bait ayat 'manusia' ini masih terngiang-ngiang sehingga sekarang. Apakan daya, sememangnya keturunan beliau SPM pun tak lepas. Aku abaikan. Bila cakap diberikan biasiswa, sudah dikatanya aku orang UMNO. Lagi aku nak tersedak dan gelak berdekah-dekah. Aku suka balik ke kampung halaman!!!

MLA nak tahu sepanjang aku sambung belajar , tidak pernah dalam sejarah hidup aku menunjukkan siapa aku yang sebenarnya kepada 'mereka'. Jahatkan aku!! Aku selalu meletakkan pandangan kosong dan penilaian negatif aku kepada 'mereka'. Senyuman sumbing aku selalu hadir tatkala aku memandang 'mereka' dari kejauhan. Fahamilah wahai 'mereka', kamu-kamu-kamu dan kamu bukanlah SESIAPA. Kamu hanyalah "orang kampung yang selamanya kekampungan". Sejauhmana kebenaran kata-katamu masih aku sangsi kerana kamu bukan sesiapa. 

Aku tidak pernah meletakkan 'mereka' setaraf denganku. Kerana Allah sedang memberi aku peluang untuk pergi lebih jauh, lebih jauh dan jauh dari kamu. Dahulu, kita berbeza. Kini, kita semakin berbeza. Mungkin dahulu aku tak ubah seperti 'budak kampung yang selamanya kekampungan', tapi kini "aku budak kampung dan berjaya". Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah abah:

"Apa yang membezakan kita dengan mereka adalah ilmu pengetahuan,
Sebab kemana pun orang mencampak kita,
kita masih punya ilmu,
punya ilmu untuk menilai baik dan buruknya sesuatu".
[Ahmad Saidi,  2000]

Pernah suatu ketika dahulu, aku jadikan kejayaan kakak-kakakku sebagai batu loncatan. Mereka berjaya dengan khudrat tenaga dan tangisan untuk berjaya. Kenapa aku tak? Akhirnya aku disini. Walaupun belum mempunyai pekerjaan tetap, tetapi aku percaya rezeki Allah luas di bumi bertuah ini. Jangan beri fahaman sempit 'mereka' dengan mengatakan 'belajar tinggi-tinggi, keroje tak ada'.  Ini kerana mereka tidak pernah erti akan makna ilmu itu. Jadi, abaikan. 

Bait-bait cinta ini kutujukan kepada mereka.

Untuk 'mereka',
kesakitan yang dahulunya amat kuat ku rasa,
kini semakin pudar,
namun itu jadikan aku lebih kuat,
kenangan RM2 masih aku simpan semat dihati,
Bahasa mulut dan perilakumu masih utuh difikiran,
Untuk 'mereka',
Aku ragui segala-galanya,
andainya boleh ku undur segalanya,
Akan ku sahut cabaran itu tanpa gentar serta kentalnya jiwa ini,
Percayalah 'mereka',
Kamu bukan SESIAPA,
Selamanya 
KAMU ORANG KAMPUNG YANG SELAMANYA KEKAMPUNGAN.

Entrilicious sepertinya berbunyi dendam kesumatkan!! Bhahahaha!!. Hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui akan apa yang sedang aku rasai kini. Aku punya soalan untuk MLA.

." Selalunya, apakah perkara yang akan kita kenangi dengan 'mereka' sebegini?".

Still memikirkan siapakah 'mereka'???


No comments:

Post a Comment