Wednesday, 7 May 2014

::: Berkata - kata lebih MUDAH dari melaksana :::


::: Kadang-kadang kita asyik meluahkan , tapi bila nak melaksana.. IQ diskala 1::::

Assalamualaikum MLA. Hari ini bukanlah bertujuan untuk mengaitkan sesiapa dalam entrilicious aku ini. Tapi, mungkin sebab sekali dua membuka FB , aku disajikan dengan bahan-bahan lawak dekat wall aku. Kalau tak baca, rasa bersalah. Bila dah baca. Bersalah itu ku rasa. Hah, acane tu?

Kadangkala,
kita suka MENINGGI DIRI,
kadangkala,
Kita suka meRIAKkan diri dengan itu dan ini,
Kadangkala,
Kita suka meLUAHkan,
kadangkala aib seseorang tanpa kita sedar Kita SAMPAIkan.
SEBENARNYA..berkala-kala orang boleh tafsirkan SIAPA KITA SEADANYA.

True BUT sometimes I need to correct a 'brilliant'

Kome tak takut ke? Kadangkala di laman FB kome meluahkan ketidakpuasan hati sambil menulis *&%#@&% (ayat maki hamun), kan menampakkan kome jenis hati yang keras , kusut, dan kurang mendalami ilmu agama kerana orang yang bersabar itu adalah lebih baik. Tak payah nak mencarut bagai dekat status kome. Takpun jenis yang suka bertolo-tolo menaikkan status kesedihan. Selama mana mahu menghadap rasa kesedihan. Kome tak rasa ke orang boleh tolong baca dan kome 'sabarlah', sabarlah'. Namun hakikatnya, itu semua atas kehendak diri kome sendiri untuk bangun dari kejatuhan tersebut.


Kenapa aku tak suka facebook ?

1) Dahulu , aku tak pernah ada. Tapi sokongan kawan kerja sosial merangkap ada group social work nak tak nak aku kena buat. Bila dah ada, mulalah ada yang nak add . Takpun aku yang nak add. Tapi aku tak pernah suka pun. Aku jarang naik status , aku jarang bukak. Tapi aku suka stalker bila aku bukak. Hah, nampak tak mainannya dekat situ. Tak jadi ketagih sebab aku cepat sedar apabila laptop murah aku tu selalu kena format. Bayangkan satu bulan 2 kali format. Sekali format kena RM50 dekat kedai amoi Sg Dua USM. 


2) Aku jadi Jelous melampau bila tengok orang itu ada ini, itu, pergi sana dan sini. Pakai baju,handbag, Ishhh banyaklah perkara yang menjeleskan aku. Okay!! Dulu zaman jahiliyah tu kuat. Bhahaha. Namun, selepas usia menginjak 22 tahun, perasaan itu semakin luntur. Yezzaa!! Sifat jeles-menjelesi semakin terhakis. Nampak tak laman FB boleh buat kome sakit. Sakit apa? Sakit jeles terlampau.

Ia, jangan sampai hati aku dipenuhi rasa kebencian

3) Sehingga kini , sementelaah aku menyambung pengajian di bumi UKM ini, aku semakin tak gemarkan FB. Aku suka melayan wechat dan wassap. Dekat wechat , rakan-rakan yang ada hanyalah rakan-rakan kampung, USM dan UKM. No more invisible friend or unknown friend. Hah, lagi rasa senang. 

Tapi ,

berbalik kepada tajuk aku. ::Berkata-kata lebih MUDAH dari melaksana ::: , itu aku tujukan khas untuk diri aku. Kadangkala, aku pandai ya amat berkata-kata. Tapi bila melaksana ya amat payah. Hello, Allah tak suka orang yang pandai bercakap, tapi buat tak reti.

 Contohnya , "oh, saya pandai mengaji, tapi cuba suruh baca surah yassin, macam-macam alasan dia bagi".

Hah, ini antaranya lah.

Oleh itu seruan aku kepada MLA.

Aku bermohon kepada facebooker, wechater, wassaper..
Aku menyeru kepada kalian semua agar,
 sebelum menaikkan status anda,
mohon untuk berfikir sejenak,
sama ada perbuatan tersebut membawa kepada kebaikkan
mahupun menunjukkan kelemahan yang maha dasyat.
Kerana, perbuatan kita ini dilihat, diteliti, dikaji malah dianalisis oleh insan lain,
Kalau korang ada kawan macam aku yang jenis suka observe behavioral 
Adoiii!! Sebab itu orang tak suka kawan dengan pegawai psikologi mahupun pekerja sosial.
Kikiki.



Biarkan aku tinggalkan kenangan untuk dikenang

Makanya walai MLA sekalian,

'mohon berfikir sebelum menaikkan status anda'



Individu unfollow FB

No comments:

Post a Comment