Friday, 25 April 2014

~~ Kenduri Doa Selamat Buat Mak Buyung Uda~~


Tiada dalam istilah ya MLA melenggang perut

Assalamualaikum MLA . Hari ini kerajinan untuk menjengah jorenpena diskala 8/10 . Lah!! Asal tak 10/10??. Hehehe. Hari ini aku kira Jumaat INDAH buat aku apabila aku telah mengetahui penyelia a.k.a SPV aku lah . Punya selama 3 minggu ini aku berada di awang-awangan . Sehinggakan balik kampung membawa diri selama 2 minggu setengah . Tak lama ke tu? Oleh itu , jorenpena pun aku tinggalkan buat sementara waktu . Jangan marah ya MLA . Anda masih dikenang dalam ingatan tulus ikhlas. Okay !! Sepanjang aku membawa diri ini (bukanlah bawa diri sangat) , aku mempunyai banyak agenda setting yang kadang-kadang tak dapat nak setting betul-betullah . 

Jumaat [ 18 April 2014].

KENDURI DOA SELAMAT UNTUK MAK BUYUNG UDA

Alhamdulillah . Due bersalin dijangka pada bulan 6 . Tapi yelah kan , kita merancang . Allah menentukan yang terbaik untuk hambaNya . Rancang tak rancang sebenarnya kenduri ini . Tapi , bila kata nak buat memang terus buat . Menunya pun dibincangkan pada Khamis malam Jumaat . gamble sokmo keluarga Ahmad Saidi ni . Yezzaa!!

Menu pilihan :

1) Ikan bawal taucu andainya kau tahu
2) Udang sambal petai kekasihku di ambil orang
3) Sayur tauge tumis kau kekasih awal dan akhir
4) Ayam goreng tepung biarlah rahsia
5) Sambal belacan menggoda kalbu
6) Ulaman cinta Shah jehan dan Mumtaz
7) Buah tembikai seutuh cinta Uda dan Dara

Hahaha , naik status Wechat . Kawan-kawan cakap menu tak boleh belah punya . Menu pun meransang dan teransang . Hahaha . Tiap kali balik rumah bila habis masak mesti nak show off dekat wechat . Nasib le weh oiiii . No FB okay!!. 

Selalunya kalau buat kenduri Malam , tak ada lah ramai sangat sampai 100 orang . Dalam 60 orang macam tulah . Ahli jemaah surau dah tak ramai dah kalau Fasa aku tu , kalau Fasa lain tak tahulah . Selalunya kalau dekat depan 8 seperah dah cukup dah . Alhamdulillah , ramai jugak yang hadir malam itu . Habislah menu-menu yang disebutkan sebentar tadi . Namun, menu feberet adalah udang sambal petai lah . Yehaaa!!

Ini namanya kenduri di KAMPUNG , bukan BANDAR

Kenapa namanya KENDURI KAMPUNG? Sebabnya dikampung makannya masih berhidang lagi , bukan buffet . Lagipun, semenjak ada arwah abah lagi , kalau buat kenduri , mesti orang makan itu dihidangkan . Syukur , masih lagi menjadikan amalan berterusan .

Jemput makan tok aji tok aji

Kenduri ini dibuat sempena MakUda yang tak lama lagi bakal melahirkan cahaya mata yang pertama selepas 2 tahun menanti dengan penuh debaran . Semoga nak bersalin nanti dipermudahkan . Doa selamat untuk semua !! Doa juga kepada arwah abah yang telah pergi meninggalkan kami . Semoga segala amalan dan doa dari kami yang tidak pernah putus ini mengiringi . 

Dahulu,
kini,
Selamanya,
Armarhum Ahmad Saidi Razali dalam doa dan ingatan.

Anak ke-6,
Zurina Saidi.





No comments:

Post a Comment