Tuesday, 25 March 2014

~~ Penemuan Cinta Hati Noraini ~~


~~ Allah menjodohkan beliau dengan seorang askar? OhhMai..fruitliver. ~~

Cuti 23.03.2014 memang membawa memori indah buat mereka. begitu juga dengan ku. Semoga laluan perjalanan hidupku seindah yang aku impikan dinihari. 

3 perkara 1 hari. Ohhseemmnya hidup.

Ainur dan Noraini
Mereka berdua memang bestfriend sesangat. Masa kitorang tingkatan 6, aku pernah cakap.."weh, klu korang lain U macam mana?". Uiihhh, masin mulut aku. Ainur ke UUM, Aini ke UPSI. Aku ke USM. Huahuahua. Zaman persekolahan banyak mengingatkan aku dengan kenangan-kenangan. Baik yang manis, apatah lagi yang hak touching feeling-feeling. 


Jangan PERCAYA pada saiz

Nak cari pun payah. Yang lagi syok, adalah sahabat aku sorang tu (**krik~~krik), memang mantop!! Tertarik!! Meletop. Debooom.. Boleh gelak 7 keturunan. 

"Aku hadiahkan dia baju tidur malam, seksii woooo". Kata beliau. 

Aduhaiii sahabat, ko pun, mengekek kitorang dalam kereta tu. Gegak-gempita rasanya. Weh joren , time aku kawen nanti aku taknak taw. Jangan mengada-ngada bagi. Hehehehe.

Ada pulak hantaran
Yang ini aku discuss dengan member UKM aku. Deorang kata ikut la pada individu tu. Kalau masa bertunang tak ada hantaran-hantaran bagai ni, time bertandang nanti bawak la. Ooohhh gitu. Layankan aje lah.



When you clearly see the combination beauties of God's and our creation. Alhamdulillah. Thankful  
Amboii!! Sukahati lalalala. Aku bersyukur dengan apa yang ada pada diri aku ini. Walau tak sesempurna mereka-mereka yang lain. But most important aku belajar BERCINTA dengan semua. Yehaaa!!.

Tinggal K.A.M.I berdua sahaja lagi.

Yesss!! Don't worry my dear, Allah merencanakan hidup kita sebaiknya. Mohon jangan gundah-gulana..Hehehehe, tapi bila kawan-kawan dah ada anak 2 3 orang, masa itu WAJIB gundah le dah kotnya. Hehehe!! Tapi, tapi, penuhi impian kita dahulu ye Ainur. 

K.A.M.I
Kenduri Ke-2

Balik rumah tengok adik tengah bersiap.

"Adik, nak g mana ni? nak ikut". 'Kawen kawan sekolah dekat dewan besar, jom'

Hahaha, walhal aku tak kenal pun siapakah gerangannya. Makan lagi. Makan dan makan. Kenduri kahwin kalau tak ada nasi minyak memang tak sah ye?? Hehehe, aku penggemar nasi minyak. Nasi minyak aku 5 tahun lagi. In sha Allah.

Aku tak tahu la. Suka sangat dengan pelamin. Tak kisahlah banyak bunga-bunga, rompol-rompol, kerawang-kerawang. Dah namanya raja sehari, memang indah-indah belaka aihh!! Tak kisah la orang kata muka nampak tak berseri, mekap tebal etc. who care!! Lagipun memang kahwin ye. K.A.H.W.I.N. 




WELCOME A LITTLE MERMAID 
Alang-alang dah hantar yati. Singgah tengok baby girl. Welcome!! Welcome!! Ishhh, budak ni, gigit hidung tu baru tahu. Mulut tu nak kena sium-sium ni. Aje yang ye baby-baby sekarang ni. Macam nak lambung-lambung dua tiga kali. Geram bebeno rasanya. 

Makchik a.k.a tante Ina  mendoakan agar az-Zahra menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. Semoga Zahra dapat merasai nikmat hidup yang Allah rencana dan tintakan. Agar Zahra mempunyai kekuatan untuk berjuang atas nama Zahra itu sendiri. Dan yang pasti Zahra adalah terlalu ISTIMEWA untuk mak dan abah.

Hari ini dalam Sejarah,
makan,makan dan makan.

No comments:

Post a Comment