Tuesday, 25 March 2014

~~ Bookerville A Magical Town of Book ~~


~~ Theme memang dah GAH sesangat ~~

#prayformh370
Haiiip MLA, mari mulakan coretan emosi kita dengan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penumpang #mh370 ya. Walau dimanapun mereka berada, mari bersama-sama mengharapkan kepulangan mereka. Andai takdir lebih menyebelahi mereka, mohon mereka di tempatkan dalam kalangan yang sentiasa dibawah lindungan Allah. Come back!! Please #mh370, we are still need you. (sentap).

Bookerville A Magical Town of Book

Sememangnya pesta buku sering aku nanti-nantikan. Siap pakat ajak ramai-ramai, tapi yela, kalau dah nama buat tesis, makan pun tak lalu. (aku masih lalu lagi...kikiki), ada yang demam, alahan, tak sempat, sakit. Makanya aku pergi bertiga dengan Kakmi dan Kas. Jadilah!. Tapi aku HAMPA.

Eh, tadi cakap nanti-nantikan. Asal ada HAMPA-HAMPA plak ni.




Terlampau "TERLETAK"
Maknanya tersusun, terancang dan semua ter lah. Ala, tak seronok. Rasa macam masuk BOARDERS Queensbay pulak. Kalau rasa nak baca-baca tak beli sesuai la dekat POPULAR dan kedai buku seangkatannya. Ala, Hati aku kata tak best!! Tapi Kas pergi esoknya kata best. Ciss, mungkin hari pertama, tak berapa nak gempak lagi. (tenangkan hati sendiri).

Cadangnya nak "menghadiahkan" kepada seseorang
Terfikir mesti pesta buku PWTC akan ada jual jugak. So, sabarkan hati. In sha Allah, akan beli. Kalau tengok deretan Al-Quran dan Terjemahan pun dah gentar hati, inikan pula membacanya. Tiba-tiba rasa kerdil dan banyak khilaf. Ya Allah.

Menayakan orang saja produk ni
Wahai penjual FCC, sampai hati jual yang dah expired date, Oooo sebab jual harga runtuh, memang runtuh sesangatlah ya? Sampai hatikan. Dah lah aku beli untuk kawan, rasa bersalah sangat bila beliau cakap dah expired. OhhMaiAllah, bersalah sesangat. Sampai sekarang terkesan. Pengajarannya, jangan nak tunggu promosi runtuh sangat la Ina oiii. Inilah jadinya. pity me!!

Buku yang "teringin" dibeli
Teringin. Tapi tak ambil. Apasal dalam sejarah hidup Cik Zurina pergi pesta buku, tak beli satu pun buku. Apasal? Hehehe, aku sorang je sebenarnya tahu kenapa. Sebab aku tunggu pesta buku PWTC. bila campur baucer buku aku ngan adik. Huaaa!! RM500, boleh beli banyak tu. Share lagi dengan kaklong, Puteri, Lisya, Abanglong,Abangngah, Dik Kuan, huahua. Tak sabar wehhh.

Hadiah tuk Sarah


Sedang menanti Mie
Mungkin sebab mood untuk memborong sakan tak ada. Apa kata kita sedas dua selfie sendirian. Eh, teringat baca satu artikel yang tulis golongan berselfie sampai lima jam. Omaakau!! Lamanya. Betul ke? Methodologi apa yang pengkaji tu guna? Ke pakai cekup je? Surat Khabar dan Majalah!! Sometimes, u're not relevent enough!. Kikiki.


Tinta bicara,
Zurina Saidi

No comments:

Post a Comment