Saturday, 22 February 2014

~~ Pesta Buku Big Bad Wolf ~~


~~ Siapa suka MEMBACA, sila lambai tangan ~~



Membuka peluang untuk menemui Tuhan adalah dengan mencari ilmu pengetahuan. Percayalah.
-Zurina Saidi-

Assalamualaikum, hyepp MLA. Nampak tak? Nampak tak qoute aku tu. Ya, sangat kan.

Apabila aku dipelawa oleh makrang a.k.a Ain Zainal untuk ke pesta buku, memang tak lah kan aku nak lepaskan peluang. Dah memang K.A.M.I pencinta ilmu gamaknya. Hehehe. Ayat. Makanya, dengan tak berapa nak tahu direction yang tepat, kiranya gamble ajalah. Kalau tak tahu, tanya jah orang. Apa ada hal.

Big Bad Wolf Fireball Booksale  kali ini ada di MIECC ( Mines International Exhibition & Convention Centre). MasyaAllah, harga buku-bukunya ya ampun, MURAH gila beb!! Mau bernanah otak tengok macam-macam jenis buku fiction & non-fiction. Aku? Nangis!! Ya amat syiookk gila. Tinggal member aku. Aku gerak sendiri mencari berjenis-jenis. Kajian mana yang cakap rakyat Malaysia hanya membaca 1 buku 1 tahun?? Puihhh. Baik kome pergi tengok time ada Booksale  bagai, tak pun pesta buku PWTC. Nampak makhluk duniawi bapak banyak. Sampai tak ada tempat nak duduk. Tak kiralah novel cinta, majalah, buku motivasi, etc. Tetapi bila ada saja pesta buku, makanya berduyun-duyun manusia memenuhi setiap inci ruang yang ada. Percayalah. Bayangkan. Imagine kan. Dari harga RM60.50 jadi RM8. RM34.50 jadi RM5. Tak ke mau teroyak laju-laju. (Papa HM Tuah marah aku beli buku yang tak berapa nak ilmiah, eleh buku beliau dah bertingket-tingket, ace bagi ruang dekat anakmu ini beli buku non-fiction pulak.)

Yang pasti.

kebanyakkan buku yang di'lelong' oleh booksale BBWF memang melampau buku omputihnya. Aku? Jeling-jeling senyum-senyum manja. Takat tu masih mampu! Kalau nak baca, mak aih, bila nak khatam nie? tapi kalau MLA tengok matsalih &minahsalih yang datang, siap bawak beg troli bagai. Aku takat 1 kotak je mampu. Ada yang sampai bawak beg besar. 

Yang syiokkknya adalah abangsalih yang tanya itu ini dekat aku. Malu i'olss okay!! BI takat level UPSR aja. Bhaha. Sampai tetiba makrang tanya "Asal tetiba bahasa tante bertukar". Hehehe "Masuk kandang kambing, embek..embekk le kita makrang oiii". Pesta buku sememangnya seringkali aku nanti-nantikan. Kalau orang jadikan fesyen baju tudung sebagai hobi, berbeza dengan aku. Aku lebih prefer memborong macam-macam jenis buku. Dedulu-dulu, azam nak bukak Mini library dekat rumah. InshaAllah, bakal terlaksana. 

Sebenarnya!!!

HooMaiAllah!! Yang sebenarnya buku Kaklong anje yang paling banyak. Buku dia je mencecah RM30. Seronoklah kaklong, pasni membaca saja le kerja dia. "Kaklong, makchik belikan kaklong kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dari jilid 1 sampai jilid 24. Harap-harap Kaklong boleh jawab time exam UPKK". Agaknya, kalau bawak kaklong, mesti dia rambang mata punyalah. Sedangkan makchiknya dah sampai meleleh ayolior.

Ohhh ye!! Aku memang fanatik dengan mamat lidah pendek, ayolior tersemboii keluar kalau time beliau bercakap-cakap dekat 707. Kalau masak, main campak-campak. I'm admire u Jamie!!Muahhh.

Fun Station 4 mylitel redindian Aleesya dan Kakak Puteri
Hah, nampak tak mainannya dekat sini. Nak suruh deme menyepahkan lagi rumah datin. Hehehe. Aku dah tengok dah isi kandungannya, mesti have fun lah. Yang glow&glamour tuh aku dapat percuma. Kalau bagi tester-tester ni memang aku gemor ya amat. Hahaha.



Tante yang ke'happy'an. Bhahaha (gelak sopan)
Sila percaya!! Saya BUKAN YUNA KAK.
Muka pun tak seiras.

Maunya kome MLA tak rambang mata. Dahlah matsalih hensem bergaya, yang datang-datang tentunya daripada field yang berbeza-beza. Dari cara deme-deme pandang buku tu dah tahu deme-deme ini tentunya  educated person. Bayangkan bila baca abstract ja dah kerut-kerut kening. Bhahaha.

Jom Bayar harga buku yang murah gila-gila sampai RM3 pun ada. Muntah!!

 Aku lebih suka bayar guna kad terus. Tapi masalah pulak dah. 2 3 kali try card aku baru boleh. Tetiba macam tak yakin. Tapi cashier chinese girl tu cakap "it's okay Ms, just wait for a while, we will find out...blalalala". Akhirnya, aku check dekat CIMB Bank, takada apa masalah. Bila membeli buku dalam kuantiti yang banyak, aku lebih consider untuk menggunakan card bank terus sebab aku tak pasti berapa yang aku akan spend for that kind of book.Ada masa terlebih budget, tapi kali ini tak lebih sebab aku masih simpan untuk pesta buku PWTC bulan 4 ni.

Susunan buku. Ya Ampun
Gila ko!! Sapa tak kenal beliau? Okay!! fine. Aku ja yang duduk sambil belek-belek. kalaukan manusia yang ada, nasib baik tak berebut-rebut. Steady lah wehhh!. Hah, kotak-kotak yang deme-deme pegang tu adalah bakul untuk deme-deme simpan buku yang deme dah bekenan. Besar weh booksale ni, tapi besar lagi pesta buku PWTC. Ahh, tak kisahlah!

Kalau seharian duduk dekat sini pun, aku gemor oiiihhh. Bayangkan, aku pergi belek dari 1 row ke row seterusnya. Nampak tak? Jiwa aku memang jiwa observe. (orang social work lah konon).

Aku suka observe persekitaran aku. Bila di tempat-tempat begini, aku lihat sesi interaksi itu wujud. Melayu masih berhubungan. Walaupun kita tak kenal each others. Tapi sama-sama berkongsi pendapat dan pandangan. Masih boleh beri ruang dekat kita. Tolong angkatkan beg yang berat-berat. Jadi, siapa cakap kita MELAYU sudah terhakis nilai-nilai murni tuh? Siapa cakap? Nak lempang sedas dua.

Kelihatan beberapa (banyak sebenarnya) keluarga dari anak sampai ke opah deme angkut sama. MasyaAllah. Anak-anak juga sudah dididik untuk membaca, memahami, mencintai ilmu. Disudut sana, terpandangkan aku sepasang kekasih yang sama-sama bergelak ketawa membaca buku berkenaan lovestorybook. Hoomaiii!! Sangat romantik. 

Disudut bacaan kanak-kanak, bed time story menjadi pilihan anak-anak cina manakala anak melayu lebih gemarkan bahan bacaan kartun mahupun buku mewarna. So sweet!! Apapun bahan bacaan mereka, I'm totally AGREE. Lagipun ini proses pembelajaran untuk mereka. Jangan disaratkan dengan buku ilmiah sahaja. Jadikan membaca itu amalan MUDAH untuk kanak-kanak.




K.A.M.I 

Muka tak bersalah duduk dikhalayak ramai sambil selfie sendiri. Tak malu juga kerana duduk dan akhirnya ada juga yang menjadikan kawasan tersebut kawasan istirahat. Yehaaa!!!

Makrang dan twilight beliau. Makrang nak signature mereka.



Berikut merupakan aksi spontan yang tak sangat dengan berlatar belakangkan apa tah.


Oleh itu, tamatlah sudah catatan manja semanis gula aku! Bukanlah apa, aku kan suka menjadikan ia sebagai sebahagian memori yang sukar untuk dilupakan. Wahai abam Jebat, adindamu ini sangat suka dengan buku-buku. Sila take note okay!! (Dah asal abam jebat pulak?)

Orang yang mendapat ilmu adalah orang yang dianugerahkan kurnia dan rahmat oleh Allah SWT. Sebarkannya! InshaAllah, ada ganjaran yang bakal diterima.
-Zurina Saidi-


No comments:

Post a Comment