Sunday, 9 February 2014

~~ Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Belia dan Sukan ~~



~~ Potential : 0.1 out of 10 ~~

Hyeep Pep MLA,

8/2/2014

Hari kelakar seMalaysia ye. Aku menghadirkan diri. Candidate le senang cerita. Dimudahkan cerita banyak sesangat moment-moment  mangkak yang aku buat.

1. Aku ingat 8/2  hari Ahad
2. Exam ropenya pukul 9 bukan 8 daa.
3. Tak jumpa Sek Men Vokasional Persiaran Brash, walhal dekat Taman Polo Ipoh je.

Oleh itu, nampak tak mainannya disitu. yang lagi kelakar. Masih menjadi titik persoalan " Ada ke aku minta Pegawai Belia dan Sukan?". Aku tak pasti, dah lah aku tak menjointkan diri dengan aktiviti sukan. Ishh. Tskkk. Dushhh. Namun, aku gagahkan jugak untuk pergi. Mana tahu rezeki Allah ada. 

Preparation? Yuhuhu!! 

Agreed!! REZEKI ALLAH LUAS DIBUMI BERTUAH INI

Mari aku sharekan serba sedikit infomasi kepada mereka-mereka yang akan menduduki peperiksaan SPA. Tak kiralah pegawai ke, penolong pegawai mahupun apa jawatan sekalipun. Kan sekarang diwajibkan menjawab soklan dulu. Wajib ikut step by step. 1) Examination. 2) Temuduga. 3) Panggilan menduduki jawatan. Nampak tak mainannya disana. 

Akibat daripada lambakan, lelehan, kemerekahan graduan universiti yang mengganggur, semua orang isi SPA. Walaupun kekosongan hanya 6, candidate yang dipanggil melebihi 1000 orang. Persaingan yang sengit sangat. Namun begitu, sila bersabar. Rezeki Allah luas. 

Berikut merupakan flow peperiksaan

Seksyen A (Pengetahuan Am)

Tips untuk MLA, soalan Seksyen A tersangatlah umum. Oleh itu, pengetahuan Am diperlukan. Namun begitu perlu diingatkan, tengok jawatan yang dipohon. Kalau Pegawai Sukan dan Belia, adalah wajar untuk MLA tahu tentang sukan-sukan, BMI, Sukan Olimpik, Paralimpik, Olahraga dan Olahragawati, jenis sukan, Hari Belia dan Sukan dan sebagainya. 

Jangan lupa untuk checkmate NKRA Malaysia. Sambil-sambil tu jangan lupa tengok jam ye. Soalan ada 50 objektif dengan masa 45 minit sahaja. 

Tips : Kalau tak tahu, pejam mata. Zikir. Tindik je A B C D E.

Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah)

Siapa fail  Matematik time sekolah dulu? Yess!! Sama lah. Soalan Seksyen B pada mereka yang tak gemorkan kira-kira tersangatlah boring. Tetapi 45 minit macam 10 minit ya. Soalannya hanyalah peringkat darjah 6 saja. Aku aja yang over! Kan kena recap balik. Masalah. Masalah. 

Apapun, aku masih boleh jawab, cuma yang tak sempat, as usual aku hentam sajalah labu. 

Seksyen C (Esei Bahasa Melayu)

Ayoooo!! Soalannya. Semuanya akan berkaitan dengan sukan. Aku mengambil langkah selamat dengan menjawab general question sajalah. 
"Apakah ciri-ciri yang wajar ada dalam diri seorang atlet"

Umum soalan, umum jugaklah jawapan yang kuberikan. Hanya dengan 1 muka surat. Sedangkan orang lain bermuka-muka surat yang banyak mungkin sebab ada yang angkat tangan meminta kertas jawapan tambahan. Bagus.

Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris)

Soalan umum jugak. Semuanya berkaitan dengan sukan juga. Baguslah!! Yang ini aku pilih soalan 2 " The important of communication skill ". Baguslah!! Oleh itu, aku jawab  depan belakang. Jadilah. Dari tak jawab langsung.


Bayangkan!!

Dalam dewan sekolah tu, ada lebih 90 candidates yang semuanya lepasan ijazah. Semuanya bertungkus lumus menjawab. Berusaha dan seterusnya berdoa agar diberikan peluang. Percayalah!! Semua orang memerlukan pekerjaan dan status hidup yang lebih baik lagi. Ada scene dimana sekeluarga duduk di pohon pokok, ada yang membawa buku tebbal barangkali beli online ebook, yang layan FB dan chitchat.

Aku disudut tepi, layan wechat group. Bhahaha. 

Candidate yang keluar selepas 15 minit,
Zurina Saidi

2 comments:

  1. akk dapat interview lgi ker?? ni yg baru punya ke yg tahun lpas punya? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye!! Yg ini lain..selalulah isi ye..mana tahu ada rezeki nak dpt..

      Delete