Saturday, 11 January 2014

~~ Throwback/Flashback/Imbas kembali 2013~~

~~ Goodbye 2013~~

Yehaaa!! Macam terlewat sajakan. Tapi baru melangkau 10 hari terawal 2014. Kira bolehlah. Bolehlah. Bolehlahkan. Akibat masa tersangat banyak pada hening malam yang mulia merangkap ketiadaan rumet yang tak sabo-sabo nak balik kampung. Maka, tinggallah aku sendirian. Tengah duk belek-belek photolicious lama-lama, aku terfikir. Kalau aku recap balik boleh kot. So, "welcome dear flashback memories".

Flashback 2013 hanyalah sewaktu aku bergelar seorang pelajar Sarjana Sains Pembangunan di Universiti Sains  Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

Semester 2 2012/2013

Kami seramai 10 orang sahaja. Penyeri kelas!! Havoc tak Havoc. Semuanya berlainan bidang. Ada yang Sarjana Muda Biotech, Degree Industry, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Pembangunan, Antropologi Sosiologi, Ekonomi, dan aku Kerja Sosial Sains Kemasyarakatan. Nampak tak field kami berbeza tetapi kami disatukan dalam Sains Pembangunan. Selamat bertemu.

Bila adanya fieldwork, kamilah ahlinya, kami jugalah ketuanya. 


Dihadapan rumah tok ketua Segamat, Johor. Makaihh!! rumah deme kalah rumah Dato' Tajuddin dekat Kg Gajah tu. 
Berapa umur kami?

Ala, mesti ada muda, ada yang sudah berusia. Agaklah!! Lagipun age is only numbers!! Apa ada hal.


Me and Anis Zafirah. We're a collegue + friend + enemiess.

Semester 1 mempertemukan aku dan dia dan dia. Ada lagi sorang meknuyu. Tapi beliau tiada dalam photo tersebut. Semester lepas, mana saja ada assignment group semestinya kami bertiga MekNis, Mekna dan Meknuyu. Deme berdua merupakan senior 1 sem aku. Apa masalah, berkaitan GAYA UKM, sila cari mereka. Terima kasih kerana sudi menerima aku dalam group dan aku dapat dekan. Yehaaa!!!

Aku mesti akan ada photolicious dengan BAS UKM. Wajib!!
Yang BAS USM pun sama. Memang tak boleh kalau tak ada. Rasa menyesal tak sudah nanti kalau tak tangkap. Mangkak!!!
SEMESTER  1 2013/2014
Yess!! Pejam celik pejam celik. Welcome SEMESTER 1. Makin bertambah rakan kelas. Makin banyak pulak assignment menanti. Fieldwork pun fieldwork jugak.

Siapa kata tak ramai semester 1 2013/2014
Aku rasa macam dah masuk kembali zaman degree. Bayangkan dalam kelas wacana sahaja terdapat seramai 76orang candidates. Tak ke ramai pelajar master UKM? itu baru semester ini. Belum yang lepas dan akan datang. Begitu juga dengan mereka, pelbagai bidang. Tetiba muncul dalam Sains Pembangunan. Mantaplah ko dik oii!!

Fieldwork sambil menelaah plan pembangunan terancang MRT Sg Buloh

Bayangkan!!
Apa yang korang rasa bila buat fieildwork tanpa dibayar. Okay!! Great. Tahupun. Seksa rasanya jiwa raga korangkan? Okay!! Itu yang kita kata bayaran untuk mendapatkan ilmu. terima ia seadanya dan jangan merungut-rungut. Takut tak berkat pulakan.


Dugaan Allah

Ya. Allah uji hambanya kerna Dia tahu kemampuan hambanya itu. In sha Allah. Walaupun semester lepas aku didatangi oleh penyakit-penyakit yang memerlukan aku bergantung kepada ubat sepanjang masa, namun itu tidak mematahkan semangat aku untuk sambung belajar. Aku bersyukur kerana aku INSAN TERPILIH. Terkadang bila aku terkalih pada landasan, aku kembali semula. Bila aku rasa down nak makan ubat-ubatan hospital yang bagai maknek ini, aku selalu fikir, orang dekat hopital sakit lagi teruk. Yang guna alat bantuan pun ada, tinggal tercabut nyawa dari badan aja. Hanya Allah yang tahu.

Kenangan menjadi pelajar. 

Tentulah banyak. Kalau nama pelajar taksah kalau tak menjongketkan? 
So, aku pun sama apa. Berjalan, makan angin, merendek, berliur, window shopping, karok jamban, etc.

Pahit?

Gaduh dengan classmate? Itu perkara biasa. Tak dapat sangkal. Kadang-kadang boleh bawak sampai berbalah. Tapi, kita kena smart lah kan. Bergaduh secara falsafah dan inteligent. Mampu ko? Tak mampu jangan sambung. Anda boleh untuk menidak cakap pensyarah. Masa ini lah nak gaduh dengan mereka. Kalau jenis lecturer yang act sangat. Baik jangan LAYAN. Hah, puas hati den. Bhahaha. Apa yang penting, 
kalau nak argue sesuatu perkara itu, pastikan artikulasi dan hujah membawa kepada gist of knowlegde tu ya MLA. Kikiki. Malu dek orang kalau jawab macam budak sekolah form 3. 

Kesimpulannya, Semester 1 dan 2 complete!!

Tunggu Semester depan buat Tesis. Ngobak laju-laju. 

throwback 2013,
Student Sc Development

No comments:

Post a Comment