Monday, 13 January 2014

~~ Salam Maulidur Rasul ~~



"Rasullallah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran Sirahmu
Pahit getir perjuangan
membawa cahaya kebenaran"

'Islam Agamaku, Al-Quran Kitabku,
Muhammad Nabiku, Kaabah Kiblat'

Dulu-dulu punya cerita, aku ketua nasyid sekolah merangkap nasyid Fasa 5 dulu. Yang mengajar nasyid mesti Makchik Chek. Mengaji pun macam tu la. Sekarang ni, zaman-zaman nasyid-pertandingan hafazan-khatam Al-Quran dah tak ada lagi dekat kampung. Tetiba touching. Sambutan Maulidur Rasul pun ibarat buat tak buat saja. Tak apalah. Tengok dekat TV pun jadilah.

Ya Allah, Moga aku dan keluargaku serta umatMu tergolong dalam kalangan orang yang beriman
LOVE you MUHAMMAD SAW

Agar aku sentiasa rasa lindunganMu Ya Allah

Ya!! Muhammad itu Pesuruh Allah


Oh Allah, give Me a Streght to avoid a dangerous around me. Please.







Syukur Alhamdulillah,
KeranaMu Muhammad aku berada disini, bertitik tolakkan syiar Islammu. Amboii ayat aku!! Aku bersyukur dilahirkan dalam keadaan beragama Islam. Aku gembira kerana aku memiliki keluarga SEMPURNA dan BAHAGIA. Kini, aku mampu TERSENYUM.

Dahulu, 
Kalau tiba hari Maulidur Rasul, sekolah akan buat perarakan sambil berselawat. Pegang sepanduk!! pusing sekolah kot. Masuklah Fasa-fasa yang terdekat. Makanya, hari itu jadi hari perayaan. Takdak kelas kot. Semua masuk dewan besar, dengar ceramah tentang kisah-kisah Nabi, perjuangan, peperangan  dan macam-macam lagi. Masa itu, makan pun dapat. PERCUMA. Syiokk kan!! Itu masa aku sekolah.

Sekarang,
tengok dekat TV jelah. JADILAH. Dari takdak langsungkan.


Tahun ini sambutan MAULIDUR RASUL aku adalah di .............................................


dalam TRAIN  ETS... Ayooo!!! SALAM MAULIDUR RASUL MLA.

Sedang mengira detik nak balik rumah,
Bangga menjadi Umat Muhammad



No comments:

Post a Comment