Wednesday, 29 January 2014

~~Melayani kerenah MANUSIA BANGGA DIRI+SERBA TAHU~~

Persoalan : Bagaimana korang nak deal serta melayan karenah manusia yang sering bangga diri dan merasakan diri serba tahu?

Assalamualaikum MLA

Bagaimana kalau MLA ada 'kawan' (bukan kawan pun sebenarnya, lebih kepada musuh satu ketika dahulu, bhahaha) selalu bila bersembang macam dia sorang aje yang bagus. Meninggi diri kau tak ingat dunia. Kalau bercakap, semua benda dia tahu. Dia tahu sikit ja story tu, dia punya gulung habis bersepai.
 Example: 

Dia : KTM sampai Rawang  aje. 
Aku: Ko biar betul. KTM biasa tu sampai Tanjung Malim. Ko tukar aje KTM lama dekat Rawang tuh. 
Dia : Taklah. KTM sampai Rawang ja. Aku tahu le.
Aku : ?????? (Dalam Hati ** layankan aje minah SPM ni)

Cuba ko fikirkam MLA, aku nie pengguna tegar transport awam di Malaysia ini. Mana pulak aku tak tahu KTM. Dah aku selalu balik naik ETS. Lagilah aku tahu. Mesti kalau bersembang nak menang aja. Mangkuk betul. Nampak sangat!! 
  Bagaimana nak handling dengan manusia begini?

Yehaaa!!

Belum apa-apa aku terus sembur dengan soklan phd kan??

Ohhh MLA. Biasalah tuh!! Dalam sekerat dua member kita. Mesti ada yang macam ini. Kerlass kau jah ada member macam ni. Aku?? Tersemestilah ADA. 

Apa aku lakukan?

Motto KEHIDUPAN aku simple-dimple.  Aku memang ada sorang member yang macam ini. Apakan daya. Aku LAYANKAN aja. Alasan aku senang aja, ' dia meletakkan diri dia dalam standart dia sendiri, makanya LAYANKAN aja'. Kadang-kala aku jemu mendengarnya. Tapi, kesian dia. Pada sapa lagi dia nak meninggi diri kalau bukan dengan aku. Kikiki.


Kepada ko MLA, aku ada prinsip. Auuu mak. tadi Motto pehtu prinsip. Banyak bebeno tu yong oii!! 
Kikiki. Sukati lah.

Yes!! Aku ada PRINSIP.

Aku suka mendengar pandangan, pendapat, persepsi dan idea-idea orang lain. tetapi ia tidak memungkinkan aku untuk menerima ia bulat-bulat. Aku punya prinsip.

10 yang disampai,
9 aku dah tolak ketepi,
1 aku was-was.

Yehaaa!!

Mesti buat macam ini. Kalau tak....kikiki..

Muka tak heran!! 

Selamat melayan kerenah rakan-rakan ye MLA

Sajak betul hari ni!!
Zurina Saidi

No comments:

Post a Comment