Wednesday, 11 December 2013

:::Perjalanan 1 : Melaka Bandaraya Teknologi Hijau::::

:::: Pemergian Dengan Hati Yang Tenang dan Damai:::

Seperti yang aku janjikan kepada ko wahai MLA, aku semangat nak menyetorikan kisah dan pengalaman aku untuk kali yang kedua menjelajah Melaka Bandaraya Bersejarah. Pandangan, perasaan, malah pemahaman aku tentang Melaka dan Sejarah. Amboiii!!! Terasa berilmiahnya disitu ya MLA.

malam yang nyaman di depan Dataran Pahlawan

Sila jangan tanya mengapakah aku sekarang gembira degan berpakaian skirt merkirt yah!!! Mungkin dan In sya Allah, akan adanya perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Aku sekarang rasa selesa pulak. Lani, seluar-seluar macam dah tak best aje. 

Makanya, perjalanan permulaan dimulakan dengan bacaan doa agar aku dilindungi dari sebaga bencara dan malapetaka. Yelahkan!! Ni musim sekolah, tambah hujan, viruseslah etc. 
pengedaran Questionair mengikut sub topic masing-masing

Ahli kumpulan aku terdiri daripada semua pempuan, sorang lelaki. Udah tak dapat join pulak. Terkandas di Terengganu. Kesian pulak. Apapun, Questionair kumpulan aku paling sedikit dan menyeluruh. Itu yang aku nak ye.

Cukuplah hari ini, aku tersangatlah letih
Hari pertama dilalui dengan tenang walaupun ada aje problem macam orang taknak bagi kerjasama. Yang gatainya!!! Yang miangnye!!! Yang macam-macam lah. Apapun, ia tak mematahkan semangat aku untuk setlekan questionair aku sampai esok pagi aje. Selepas itu, aku nak jadi 'pelancong domestik'. Nak beli macam-macam, nak melawat kat tempat lain. Banyak-banyak.

Oh ye!! tak habis karot pulak. Aku kini berada di Bandar Hilir. Semuanya pusat pelancongan tertumpu di sana. Kalau nak tengok A'Famosa, Kapal Samudera, Muzium, Menara Taming Sari, Jonker Walk, River cruise ke..semuanya berada di Bandar Hilir. Oleh hal itu, Bandar Hilir adalah pusat tumpuan pelancong. Walaupun begitu, ada sesuatu yang membuatkan aku terfikir. 

Cuba MLA fikirkan. Aku fikir lah kan. 

Dimanakah nilai identiti Melaka itu sendiri apabila  bangunan pencakar langit pun ada? 
Apakah A'Famosa yang dahulunya dikenali sebagai kubu pertahanan sekarang hanyalah sekadar hiasan?? 
Aku tak rasa seperti berada di zaman Melaka dahulu bila pembangunan mengakibatkan warisan Melaka itu dipinggirkan?
Kalau bawak anak pun, mungkin mereka tidak memahami istilah kubu pertahanan. Hanya nampak batu-bata yang dah pecah-pecah, pehtu orang tangkap-tankap gambar.


Makanya, dimanakah nilai Estetika Melaka itu sendiri sebagai Tapak Warisan Dunia?


 Melaka mempunyai banyak bangunan sejarah kolonial yang dapat memaparkan imej dan identiti yang nyata. Nilai dan warisan yang menjadikan Melaka ikon sosial yang menghidupkan  kembali zaman kegemilangan Tanah Melayu. Seharusnya seni tradisional, upacara keagamaan, pasar, pameran, persembahan dan sebagainya diadakan. Aku kecewa!! Apa yang aku lihat adalah berbeza dengan yang difikirkan.


Hari Pertama yang ohsem 

No comments:

Post a Comment