Saturday, 23 November 2013

~ TIP 3 : YAKIN DIRI UNTUK BER'PRESENTATION'~

:::: nervous ke Kalau Korang Nak Bentang::::
Rujuk banyak buku. Barat dan Islamophobia. Sila beri perhatian

Hai MLA, semalam aku telah membentangkan  individual assignment yang ohsem sangat. Walaupun 3 Minggu aku cuti sakit, segala macam kerja sekolah aku kena buat. Bukan duduk saja dalam ya!!. Seperti sebelum-sebelum ini aku selalu cakap Master dak sama macam degree dulukan. Aje memang yelahkan. Bukan nak kata degree dulu biasa-biasa, tetapi dari segi modus operandi korang belajar le kan.

DULU : asihmen boleh buat malam sebelumnya kan. (Elelehhh, aku sokmo!!)
SEKARANG: Cuba Try Test Buat macam degree dulu. Kalau tak kena campak asihmen masuk tong sampah, jangan kata beliau adalah lecturer aku. Ganaih tau dak lecturer UKM ni.

So, idea wajib ada seminggu sebelum itu. Kalau korang nak tahu macam mana cara lecturer aku ni mudah aja, ayatnya tersangatlah simple tetapi maksud sangat mendalam.

" Baiklah, minggu depan bentang dekat saya berkenaan ekopelancongan, pihak berkepentingan, potensi dan prospek. " Apakah??? Ingat ayat macam senang. kalau korang tak jumpa jurnal berkaitan, NANGIS. Uwaaa, aku melalut kot.

Baiklah, Jom belajar TIPS dengan Kekna bagaimana mahu menghilangkan rasa nerbes sebelum membentangkan projek anda.

Perkara 1 : Sila memenuhkan diri dengan ILMU berkaitan

Lecturer korang mesti dah bagi tajuk awal-awalkan. Korang seharusnya sudah mempunyai idea-idea bernas dan kurang bernas sepatutnya waktu ini. Sila membuat pembacaan yang banyak tentang tajuk berkenaan. Contoh tajuk Kekna adalah ekopelancongan. So, cuba cari siapa makhluk Tuhan yang telah memberi maksud tentang makna ekopelancongan itu sendiri. Cari orang yang mula-mula quote kan makna tuh!! 

Ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada kawasan semulajadi untuk menikmati dan menyedari akan sifat-sifat semulajadi, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, membawa kesan yang rendah serta membolehkan penglibatan masyarakattempatan didalm sosio ekonomi yang positif. (Ceballos-Lascurain,1996)


       Ini contohlah kan. Bila korang dah ada maklumat-maklumat berkenaan, sila simpan. Cara Keknamudah.Buat note lah deknon oii. Senang korang nak explain lelebih nanti. Orang pun akan salute-malute kat korang okay. 

Perkara 2 : Menyediakan Slaid yang Menarik, Simple, Padat, Menepati Tajuk.

       Ala, macam banyak aje!! Tidak, selalunya slaid Kekna takakan lebih daripada 15 slaid. Sebab??? Kalau banyak slaid maksudnya Terlampau banyak benda yang tidak penting. Korang aje rasa semua benda ni kena putdown dalam slaid tuhh tapi hakikatnya tak pun. Dr korang nak tengok benda penting-penting aje!!
       Slaid Kekna semalam dalam 18 aje (termasuk gambar hutan)!! Penyudahnya slaid no 3 Dr suruh Kekna explain apa yang Kekna nak buat. Masih terngiang-ngiang ayat Dr cakap semalam "Zurina, boleh i rakam suara u tak? Ala, u tak payah tunjuk slaid u, i tahu u boleh talk pasal tajuk u, in 3 word, just tell me, apa yang u nak buat sebenarnya". Joren betoi Dr Er Ah Choy nie, beria aku buat slaid, dia bukan nak tengok. So, Kekna dalam 3 sentence story lah apa nak buat. PADAT.TEPAT.CEPAT.PANTAS. Orang present 30minutes, aku present 10minutes. (penat buat slaid).
So, pengajarannya SILA BUAT SLAID YANG SIMPLE DAN PADAT

Perkara 3 : Berdoa Sebelum Berpresent

Doa simple-simple sudah. Kalau banyak doa lagi bagus. 
"Ya Allah, mudahkanlah urusan aku ini Ya Allah. Moga Dr Er Ah Choy boleh terima tajuk aku. Kalau terima senang dah hati aku. Assignment lain melambak lagi ni. PadaMu aku memohon Ya Allah."

Perkara 4 : Tenangkan Hati/Jiwa , serta SENYUM dan mulakan Presentation Anda
       Amboiii, ayatkan. Ye korang. Mulakan dengan memberi salam seterusnya bentangkanlah tajuk projek anda dengan tenang. Sila attract people around korang untuk dengar perbentangan anda. Kekna tak suka orang tak dengar presentation Kekna, So cara nak attract deme-deme ni, korang tanya balik. Korang Okay tak, boleh saya pergi ke slaid seterusnya?. Hah, ace korang buat macam tu.

       Okaylah, ini diantara TIPS yang boleh kekna senaraikan. Jangan sedih sekiranya tajuk korang tak lepas, korang present ala kadar, rasa tak bersungguh dan sebagainya. Tak nape-nape okay. Cuba lagi dimasa akan datang. Kan kita belajar daripada pengalaman. Pengalaman bekerja dan belajar memang tersangat membantu kalau korang nak interview dan bersemuka dengan individu yang berpangkat/tinggi.

semoga Tips ini membantu sedikit sebanyak. 

Tinta Bicara,
Kekna 
TIPS PRESENTATION

No comments:

Post a Comment