Wednesday, 20 November 2013

:::falsafah + philosophy : falphy::::

:::: Mencarik-Carik philosophy Beliau Untuk Lekat Di Minda::::


Nampak tak?? Aku admirer betul la

.........
.........
...........
................

Well..well..Aku sangat bangga dilahirkan sebagai anak merdeka. Merdeka dari dijajah, ditawan malah minda aku sendiri merdeka. Freedom. Keramat sungguh. Cehhhh!!! Ada jugak yang tak merdeka. Nun, bebudak yang taberapa nak merdeka, selekeh sungguh bila tak memerdekakan diri ini.

Nampak tak??Nampak tak aku melalut-palut ni. Cisss!! DOKTOR UMUM. Kome dah baca ke belum?? Sama le. Aku baru page 37. (malu i’olss nak kabo,reality). Walaupun baru sikit, aku dah baca banyak dah. 

Falsafah Tun tersangatlah philosophy. (Sangat takpaham).

Subjek Falsafah dan Teori mendekatkan aku dengan beliau. Baru lah ni tahu Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu dibentuk,diwarnai,distrukturkan, di segala macam di adalah berdasarkan fahaman ahli falsafah Barat. (Ala, macam boring aja nak cerita).

Ala, aku cuma nak bagitahu, baru-baru ni ada seorang penulis novel yang aku jumpa dan kitorang menyembang panjang sampai 2 jam 30 minit dan beliau macam tak caya yang bbila tiap-tiap buku aku  balut. Makanya, aku saja nak tunjuk kalau-kalau dia terbacakan blog mepek-kepek aku ni. (Nanti aku stori-mori panjang siapakah gerangan penulis famous tersebut). Saja nak buat suspens sebab novel beliau sekarang ini sedang difilemkan. Acecehhh!!! Bangga.

Sapa dekat sini kodkan buku-buku anda dan membalutnya cantik-mantik?? Sila angkat buku. Yess!! Bagus.Bagus.Bagus. Aku sayang kome sebab kome sayang ILMU.

Jom berILMU kejap.

Tun M ikut fahaman apa?? Siapakah yang mencorakkan pemikiran dan landasan beliau untuk mentadbir Malaysia?

Tak salah kalau aku katakan beliau mengikut ahli falsafah Barat yang tersangat liberal ekonomi iaitu Adam Smith. (Sapa nak bangkang?)
Fahaman Tun M adalah berasaskan liberal ekonomi. (Liberal sangat Tun M). Maknanya pembangunan Malaysia suatu ketika dahulu dijana oleh golongan kapitalis. Zaman Tun M, adanya division of labour (agihan tugas mengikut peraturan) dan dibantu oleh technical innovation yang menggerakkan perjalanan pembangunan itu sendiri. Beliau BERJAYA mengubah negara tercinta ini daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian.
Kome lihat tak bahawa pembangunan kita beransur-ansur?? Yes!! Adam Smith sangat.
"Smith's Key Ideas"
"division of labour driven by technical innovation which via the regulation of the invisible hand of the marketplace generated material and moral advanced"
nak faham lebih lanjut, kome carilah buku "DEVELOPMENT THEORY AN INTRODUCTION by PW PRESTON". (aku fotostat aja, mahal kot!! Tamampu)

Sejarah hanya tinggal sejarah  penghujungnya nanti
Bila belajar 4 orang ahli falsafah Barat iaitu Karl Marx, Adam Smith, Max Weber, Emile Durkheim, kita akan tahu PEMIMPIN KITA mencoretkan perjalanan Malaysia ini berasaskan apa?? Lepas tu barulah kome boleh mengomen panjang lebar dengan menggunakan manifesto yang lebih radikal dan diyakini berilmu. Lepas habis kelas baru aku tahu ooo dulu Pak Lah gini orangnya. Patutlah ........(Sila sambung ayat berikut), ooooo Abang Najib macam ini ke, memang patut ler ..........(Sila sambung ayat berikut).
Apapun, aku sangat SAYANG dengan Tun M. Bila baca buku beliau, betapa beliau tersangatlah ohsem!! Nak sign please!!
Assignment Dr June tersangatlah wacananya. Moden dan modernity. Sesuai sangat dengan buku aku beli the impass of modernity . Kesinambungan sungguhkan apa yang aku belajar Sem nie. Nampak sangat bacaan aku bertambah dari semasa ke semasa(nyampah betoii).

Aku kan suka buku motivasi, so buku chicken soup for the soul tu dah lama sangat dah pun, tapi baru page 40. (Buku omputih memang lama daaa, awok tapandai omptih). HM Tuah bagitau aku kena banyak baca buku omputih, baru aku faham. (dia cakap le,kikiki). 
Soklan UPSR 
Berapa lamakah Tun M meminpin Malaysia?

Bangga Jadi Anak Tun M



No comments:

Post a Comment