Friday, 4 October 2013

~ TIPS 1 : BERDIKARI~



~~ RASA TERPANGGIL UNTUK MENGOLAH WORD BERDIKARI~~

  Hye "MyLittleAdore".. semakin hari aku semakin terpanggil rasanya untuk share sesuatu yang aku rasa perlu untuk dikongsikan bersama." lets we spread our minds". Ayoo, bila aku tengok adik-adik UKM freshieslicous ni aku jadi kesian sesangat. Teringat masa mula-mula aku masuk USM, semuanya berteman, tetapi lama-kelamaan aku semakin memahami istilah sebenar BERDIKARI. Bagi adik-adik yang dari kecil sampai ke besar memang tinggal dekat rumah time sekolah dulu memang akan merasai perkara ini. 

         Bangun pagi : Mak kejutkan
         Breakfast : Mak sediakan
         Kemas katil+basuh baju+lipat baju : Mak buat

    Apa yang adik-adik buat?? nothing right.

     Makanya, bila adik-adik merasai satu pola perubahan seperti ini, adik-adik kena faham dengan makna berdikari tersebut. Kini, bukan lagi waktunya ada orang terpekik terlolong nak kejut pagi, nak kemas katil, basuh baju. Itu semua perlu dan wajib dilaksanakan sendiri. Siapa yang akan bantu? you,yourself.


INGATI ALLAH DALAM SETIAP HELAAN NAFAS YANG DIHEMBUSKAN


Explaination aku simple as i thought:

Kini, bukannya masa untuk kita meminta-minta untuk dikejutkan, bukan lagi masa untuk merasa mudah+senang. Kini, adik-adik kena berdiri di atas kaki sendiri. Buat segalanya by yourself. Tidak lagi perlu meminta-minta bantuan orang lain. 

"Jom, teman saya makan."
"Saya rasa sedih awak buat saya macam ini"..

Helo, adik-adik.. zaman belajar sekolah tidak sama seperti zaman sekolah. Kita ada kawan sekolah yang membantu. Disini, sekiranya adik-adik lambat, orang tinggal. Kalau rasa rakan kita menyusahkan, leave her alone. Itukan modeniti sekarang ini. Orang terlampau memikirkan kemajuan diri sendiri sehingga mengabaikan budaya dan nilai-nilai kemasyarakatan kan?.


please adik-adik, bare in mind..
Ada masanya kita perlu bersendiri untuk menyediakan kekuatan diri. Sikap dan nilai yang ada dalam diri perlu dipupuk dan diubah selaras dengan kehendak diri adik-adik. Jangan merasa tersepit dan terhimpit dengan dunia baru ini. Sememangnya ia baru, cuba perlahan-lahan.

Contohnya:

1) Set alarm bangun pagi, solat Subuh, mandi awal dan breakfast. (biskut Jacob + Milo = Jadilah).

2) Pergi kelas awal. Kekna tau korang pergi kelas naik bas U, jadi pergilah awal kalo taknak kena tinggal. Walaupun korang sorang-sorang tunggu bas, takda member sekali. Sila jangan gundah-gulana. Cuba menyembang dengan orang yang ada kat sebelah. Buatlah tanya sihat ke tak?. Ambik kos apa. Cuba ramah-tamah sikit. 

3)Cuba berkawan seramai yang boleh. Jangan stick pada kawan yang satu tu aje. Ishh, Kekna ramai betul member macam ni. Kawan yang tu aje, bila gaduh. Hah, barulah nak cari kita. So, jangan gitu ye adik-adik. Korang cuba kawan dengan semua rakan kelas. Mudah.

4) Buat assignment dengan banyak kumpulan yang berbeza. Baru betul. Nanti adik-adik akan kenal tiap-tiap ragam kawan adik-adik. Masa tu dah boleh buat penilaian. Mangkuk ni, sleeping partner!! Sem depan. Avoid. Si polan, rajin ya amat!! Join sem depan. Hah!! Kan adik-adik dah boleh buat keputusan kan kan. Nampak tak?.

5) Berkeyakinan dalam berdikari.  Kekna sedih betullah. Baru-baru ni member kelas ada sembang. dia dalam bas, tiba-tiba datang seorang adik ni cakap/tegur.

" Kak, saya sedihlah. Takada orang nak kawan dengan saya. Saya budak kampung aje. Saya sorang-sorang aja. Pergi kelas sorang, makan sorang, duduk dalam kelas sorang. Sume saya buat sorang-sorang".


Aduhaiii adik, Sila jangan bersedih. Itulah kita. Oleh itu, Sila berusaha untuk memperbanyakkan kawan. Kekna paling menyampah betullah bila kita set minda kata kita orang kampung, orang miskin, takada kawan. Ayooooo!! sangat diploma macam tu ye adik-adik. Siapa pun kita, asal manapun kita. Kita sama sama. Takada yang membezakan. Oooo, ingat kampung. Orang tanak kawan. Jangan gitu okay!! Sila buang pemikiran tersebut di Sg Kelah sana nun!! Sila bangkit dari rasa down tersebut. Berkeyakinanlah sebagai BUDAK KAMPUNG!!. Kekna pun budak kampung jugak!! tak moden langsung. Tapi Kekna kenalah mengambil tahu isu semasa. Contohnya pemakaian, gaya berfikir masyarakat bandar dan sebagainya. Walaupun begitu, Sila jangan mengubah diri anda menjadi orang lain. BE YOURSELF.

     Oleh itu, kini adik-adik sudah BERDIKARI. Menjadi sebahagian daripada diri adik-adik. Bila ada masalah, SILA LUAHKAN. Bila ada pertanyaan. SILA AJUKAN. Bila rasa terpanggil untuk menyatakan pendapat. SILA SUARAKAN. SILA...SILA..DAN SILAKAN. Kekna amat suka kalau adik-adik belajar daripada kesilapan. Ia akan memandu adik-adik dalam membuat keputusan. PERCAYALAH. 

Cukuplah bebelan Kekna kali ini. SO, PLEASE.. BARE IN MIND..BE YOURSELF..dan SILA BERDIKARI. Inilah masanya.


Aku yang prihatin,
*____*





No comments:

Post a Comment