Friday, 20 September 2013

~Kami BUDDIES~



~Kami buddies taakan terpisah selamanya~

Siapa takada kawan? Janganlah macam tu, kawan ni penyeri hidup kita sebenarnya. Memanglah ada masa kawan boleh jadi lawan, tetapi itu tidak menjadikan bahawa kita tidak boleh mempunyai kawan. Sedangkan Nabi Muhammad pun banyak sahabat. Sahabat yang bersedia! BERSEDIA PELBAGAI ASPEK YE!.
Kekna pun ada kawan, sahabat,rakan,member kamceng etc lah. Yang pasti kawan-kawan Kekna semuanya baik-baik belaka. Sehingga sekarang kalau jumpa kat kampung masih bertegur sapa ye adik-adik.
Mai Kekna perkenalkan kawan merangkap BFF Kekna dekat kg. Mereka inilah yang sentiasa ada kala Kekna nak pegi kenduri kawen kawan ke. Raya time. Cuti-cuti Malaysia ke. Sume yang tersenarailah senang cerita.
Mereka ini Kekna kenal ada yang masa primary and secondary school. Kawan mengumpat banyaknye. Bukan study mana sangat masa dekat sek dulu. Deme-deme ni amat suka ada jawatan masa dekat sek dulu. Wakil sekolah debat, pidato-medato, Kawad kaki lah etc.

.Memang musim orang kawen time ni, baru balik dr rumah org kawen. 

DAYAH
Sudah bertunang. Waaaa, so sad. Masakan taknya. Kekna akan kehilangan sahabat suka duka Kekna. Dea banyak mempengaruhi dalam Kekna membuat keputusan. Suka bebeno dea. Dea pandai masak laksa. Sedap. Dabek. So, kalau raya mesti dea buat laksa. Kekna akan datang. Wajib. Kalau nak cerita perwatakan, panjang bebeno plak ang, tapi biarlah Kekna. Kekna kenal siapa dea. Dealah SAHABAT.

AINUR
Okay. Noted. Sahabat. Dulu-dulu ya amat suka datang rumah makan buah pelam cicah sambal kicap, ayor oren. Lani pokok pelam udah kena tebang. So, pokok rambutan, mempelam dan sebagainya dah taada sebab rumah Kekna makin membesar seperti penghuni dalam rumah tersebut. Arakiannya. Dulu kitorang ya amat gemor mengumpat, bergaduh. Kami BELUM BERPUNYA. So Sad!! Sob..sob…sob… Ainur seperti Kekna, sambung study, tp dea dekat UUM. Kalau balik kg, WAJIB jumpa dea sebab kitorg dekat, tasampai 5 minit kot rumah kitorang.


AINI
Kekna suka panggil dea Etong. Suka. Tapi dea xsuke. Argghhhh!!! Tapeduli..nak panggil jugak. Sekarang dea dekat Sarawak. Ngajo sane. Ape ke hei nye jauh bebeno? Sian ko Etong. Tak nape-nape. Nanti kita jumpe time ko nak kawen. Wink *___*.




YATI
Jarang benor jumpenya. Tapi ia tidak membataskan kekna untuk mengetahui perihal kehidupan sosial hariannya. Cehhh! Susah kot nak jumpe deme-deme yang dah kerja ni. Lagi payah bila yang kerja cutinya tak sama belaka. Lagi sedih. Tapi, Kekna still akan keep in touch dengan dea. Antaranya menggunakan medium chat FB la. Takena duit kot. Save.



Wahhh, sebenarnya semua kawan Kekna adalah buddies Kekna. Sebabnya mereka semua dipanggil RAKAN. Bagaimana pertemuan kami, semua itu atas kehendak ALLAH SWT. Tiba-tiba kita akan diperkenalkan dan terus akan terjalinnya satu perhubungan. Semoga perhubungan ini akan selamanya berkekalan. Sumpah. Terharu sesangat.

Mereka ya amat suka begambo. (*during Dayah's enggagement)


Pe'el Kekna kalau datang rumah org mesti nak tengok photolicious perkahwinan deorang

Photolicious yang lain semua tajadi. Kesian deorang. Tak nape-nape.

Ada diantaranya telah mendirikan masjid, bakal mendirikan masjid dan akan mendirikan masjid. Tantekkan kawan-kawan Kekna

Deorang berdua ni Bespren4eva.. Kerja pun sama. Kalau balik sure jumpe dekat pasar

Aku rindu ko la Mie
BFF Kekna di USM dulu. Rumet Emi. Asal Kelantan. Dari dea la Kekna tau bahasa Kelantan. Paham la kalau sesape nak ngumpat tu hati-hati ye. Kekna paham. Wakaka. Setiap hari mesti dengar bebelan dea. Itu ini. Ohhh!! Dengan dealah Kekna merendek pusing-pusing Penang. Rumet Emi banyak info pasal USM. Ala, dah dea amik Masscom. Memangla. Buat Buletin USM lagi. Tiap minggu bacalal surat khabar dea bawak balik. So, dea memang banyak cerita. Sampai sekarang Kekna keepintouch. Kalau nak info, mesej dea. Wahhh. Duniawi. Apapun, kami memang begini. Kami berdua aje udah gempak bilik tu. Bilik kami paling bersih sekali. Cehhhh!!1 menceceh.

buat rumetku Emi,
Apapun dugaan yang telah Allah sajikan kepadamu,
terimalah dengan terbuka.
Andai telah Allah tetapkan 
jalan hidupmu sedemikian rentetannya
bukakan ruang itu untuk menjengah
semoga rahmat Allah melimpahi dirimu Emi.

khas buat Emi dari Ina


So, kalau jumpa mesti ada yang aje. Selalunye yang mana Kekna rapat, mesti huahua la. Tapi kalau yang rakan biasa-biasa tu, Kekna berceloteh jugak. Hahaha.. memang tak ingat dunia kalau udah menyembang..walau apepun, kitorang jarang jumpa sebab mudah aje. Kalau balik kg, Kekna lebih suka duduk dalam rumah, keluar jalan dengan family. So, memang kalau balik masa lebih banyak dihabiskan dengan family. Yela, dah la jarang jumpe (tipu-tipu sebab Kekna mesti balik 2 minggu sekali) Hahaha.

Sebelum Kekna mengakhiri kalam ini, Kekna nak pesan..

" Berbuat baiklah sesama insan kerana kita sentiasa memerlukan insan dalam hidup kita untuk menceriakan kehidupan ini. Jangan ditangisi pemergian rakan yang tidak pernah menghargai kita tetapi tangisilah rakan yang sering menghargai kita."


Dicoretkan oleh,
Kekna Joren


No comments:

Post a Comment