Tuesday, 21 November 2017

:: KONVO 2017 ::


:: Lihat orang konvo, kita pun jadi HAPPY ::

Percaya tak. tiap-tiap tahun Cik Ina mesti beli hadiah konvo untuk diri sendiri. Macam pembakar semangat macam itu la. Setiap tahun, tak pernah terlepas. Tahun 2015, Cik Ina konvo, dapat banyakkkkk bunga hidup. Dengan bunga tak hidup pun banyak. Lepas itu siap reward diri ke Riau, Indonesia. Ekk! Cuma bear tak banyak. So, konvo yang akan datang, mohon beri bear banyak-banyak ye! Hiksss. Meminta la pulak.

Tahun ini Cik Ina berkesempatan jumpa dengan individu yang sentiasa dekat dengan Cik Ina. Suka melihat mereka happy enjoy dengan moment bergraduasi mereka. Cik Ina nak tumpang sekaki sikit-sikit je, actually banyak gambar tapi kita pilih gambar yang ada di IG je. Nampak tak? Hikss!


Grace Cantik yang berjiwa Sukarelawan

Grace ini, Cik Ina kenal sebab dia MEP IPK. Dan Cik Ina pula FELO Pemantau IPK. Masa itukan Cik Ina baru masuk jadi felo. Tengok dia nak buat program makan-makan gitu la, ahhh!! Tak Ingat la. Tapi banyak la makanannya. Bayar RM5, makanlah sampai kenyang. Kemudian, hubungan itu makin erat bila kita join program yang sama. Bila dia rajin sangat buat program itu ini. Datang tidur di Teratak Asmara 316 Cik Ina, makan masakan Cik Ina, bercerita itu dan ini. Polite sangat si Grace ni.

Dia adalah individu ke-3 yang jumpa Cik Ina di Pintu B, Dektar sambil bagi bunga 2 kuntum. Siap jerit "Kak Inaaaaaaaaaaaaaaaaa, nah". Hahahaha! Thanks Grace! Apapun, we all still keep in touch sebab masing-masing masih berada di UKM. Hahahaha!

Congrate Grace. 

Si Manis Fiqa Basiran

Budak ini memang baik sangat-sangat dengan Cik Ina. Time susah nak minta tolong, InshaAllah dia ada. Time tak sihat ke! Time malas masak ke, panggil la dia. Hahahah!! Cakapnya lembut je. Tak sama langsung dengan Cik Ina yang cakap kasar ni haaa. Hiks! Budak Fiqa yang manis & dah besar. Dah kerja, dah pandai sangat dah nie haaa!! We all suka share isi hati sama-sama. Yang banyaknya Cik Ina la, kalau nak melampiakan rasa tak pua hati pun dekat si budak fiqa ini haa!! We all tak ada la jauh mana. UKM - Sunway! Kalau boring, dia akan datang ke Teratak Asmara 316 Cik Ina. Then, kita decide jom masak! 

Farhana yang Korea
Seperti yang MLA tau la, Cik Ina kan ada ambil Bahasa Asas Korea 1. Haaa! Beliau la Seong Sean Nim (Teacher) Cik Ina. Kalau kena tanya dengan Cho Seong Sean Nim, mesti Cik Ina akan minta dia tolong. Lepas itu baru jawap dekat whiteboard. Hahaha! "Farhana, apa jawapannya?". Haaaa! Selalu la. Then, dalam group Whatapps bertiga "Cik Ina, Farhana & Fatin), Cik Ina la yang selalu tanya. "Eh! Kalau nak buat ayat macam ini macam mana?". Well! Both of them, memang banyak membantu. Deme memang gila ke"Korea'an. Konvo hari tu, si Fatin bagi Cik Ina Fridge Magnet Korea sebab lepas raya haritu dia ke Korea. OMG, bebudak ini jangan taksub sudah la. Cik Ina takat basic 'Anneyonghaseyo' tu boleh la. Hahahah! Congrate Farhana. Farhana special sikti, dapat bunga besar. Sebab masa tu tengah murah! Hikss!. Yang dekat tangan Cik Ina tu, Cik Ina hadiahkan pada si Joren Birthday Girl yang siap request Laksa lagi. Haiiii, si Joren Faz. 

Gambar Konvo 2017

Tahu ke? Gambar konvo Cik Ina tak jadi. Tak ingat apa namanya tender syarikat yang dapat itu. Bayar pakej A RM380. Dapat gambar macam sampah! Better lagi gambar family Konvo Busu. Cantik je. Memang sampai sekarang kita jangan halalkan. Aikk! I emo terus. Makanya, Cik Ina pun pinjam la jubah & bunga seorang yang tidak dikenali. Terus shoot. Dengan harga Rm20, dapat la dengan framenya sekali. Ada la. Hikss! Terus gantung tepi PC.

So, next konvo boleh tak hire photgrapher terus? Amboii, yang itu over! Hahahah!

Okay! 

Semangat nak bertesis itu dah ada. Harap-harap jangan ke laut. Momentum dah ada tu. Jangan lemau macam Puan SV tegur. Sekali dah kena marah 2 minggu lepas, terus iltizam. Eh! Nak kena marah dulu baru nak berazam bagai ye Cik Ina. Okay, jom sambung betulkan questionair & Kerangka. Harap dipermudahkan. Hikss!.

😉




Monday, 20 November 2017

ESCAPE TRIP MARINA COVE, TELUK BATIK

:: Perancangan Jam 3 Ptg ::

Selesai kenduri Aqiqah & Doa Selamat semalam, kiddos dah melompat-lompat nak pergi mandi kolam ke, air terjun ke, apa ke. Well, lunch kitorang jam 2:30 ptg (Jumaat) , si Alang tanya "Makchik, cuba try call Marina Cove tu. Bukak tak wetwater dia. Rasanya sampai jam 6 ptg je". Hurmmm!! Menggigihkan diri untuk call dan tanya. Terus tanya hotel dia sekali. Marina Cove, Teluk Batik. Katanya ada kosong. Okay!

Okay semua. Bersiap.

Bawa swimming suit sepasang, baju tidur dengan baju balik je. Takyah banyak-banyak.
Berdesup terus kemas baju masing-masing. Team emak saudara mengema rumah, bungkus makanan & lain-lain before meninggalkan rumah semalaman. Yang peliknya, Marina Cove dengan Changkat Lada 40 minit je ye MLA. Tapi sebab nak bermandi-mandian, kita tempah la semalam apartment 3 bilik, Marina Cove. Kiddos pun seperti biasa, Yahhhoooooo!!!

As usual, 4 biji kereta.

Sebijik lagi tak join sebab berada di Jempol, Negeri Sembilan. Katanya dinner kepolisan. Ahh!! Dinner sentiasa nampaknya. Keluarga KakTa, Keluarga MakNgah, Keluarga Alang, & team dedara's & Jejanda Anak 7. Kitorang dapat bilik menghadap wetwater Marina Cove & berhadapan dengan Marina Island & Rockbund Fishing Chalet, Marina Island.

Tak tahu No Bilik berapa, call semua orang tak angkat. Tunggu jela depa receptionist depan ini.
Semua malas nak tanya receptionist! Bijak sangat.

Tingkat 8. 811

Apartment 3 Bilik, 2 bilik air & pemandangan yang cantik


Bilik anak dara's & kiddos disini
Kisah sangat nak tidur mana. Bawak toto tak cukup jugak. Haissshhh!!!

Marina Cove, not recommended la! Nanti story.

Keluarga kecil Yusnita Ahmad Saidi
Intan, Kak Long Anje, Yenyen, Abg Wan

Bilik Berkeluarga
Nampak tak tu? Dah tak sabar nak terjun tiruk kolam dah tu. Makchik perhati je Kakak Puteri solat, aihhh. Macam UFO, suruh solat sekali lagi.Haiii bebudak ini. Dah tu yang peliknya, telekung kiddos bawak 1, kiddos ada ramai. Adoiii, tu kalau suruh deorang pack baju sendiri. Sampai sejadah pun lupa bawak. Mangsa sungguh kain batik Makchik tu!👅. Selesai solat Maghrib, apa lagi, melompat!


Pemandangan dari balkoni Apartment 811
Yang dekat belakang sana nun adalah Marina Island. Tempatnya cantik. If nak photoshot gambar perkahwinan, ini tempat yang sesuai. Nampak tak 2 bangunnan tinggi tu, tu hotel Marina Island. Setahun yang lepas, retreet Hari Guru SKSP buat disitu la. Belah kiri Marina Wing tu adalah Chalet Rockbund Fishing, yang itu pun kitorang dah meninggalkan jejak. Bermakna Marina Islang, kita dah tawan. Hahahaha!

So, kali ini kita tawan Marina Cove. Tu yang MLA tengok gelongsor biru-biru tu, tula wetwater Marina Cove! Dewasa RM10. Kanak-Kanak RM8.

Kiddos SAHAJA
Yang pool ini untuk kiddos la. Rendah je. Paras pinggang Leesya. So, rasa selamat la.

Hai Sepupu
Leesya Syot & Dik Quan
Handsome Dik Quan ini bila besar nanti

Abg Long Amsyar & Adik Quan.
AbgNgah dah sejuk

KakLong Anje, Puteri, Intan main pool dewasa sebelah tu. Cik Ina siap recordkan cara terjun tiruk masing-masing, kemudian up dalam ig. Hahahah! Padan muka. Malam ini ada dinner dari Jabatan Perangkaan tak silap, deorang buat family day gamaknya. Makanya, sambil kita mandi-mandi, sambil tu juga la telinga disajikan dengan tarian & nyanyian. Wahh!! Hebat sangat dah tu nyanyi lagu P.Ramlee. Hikkss!

Bila dah berendam 3 jam pool yang sejuk macam itu, baru tau lapar. Pool Marina Cove tutup jam 10 PM. Jam 10 PM baru naik bilik. Matlamat sangat kekiddos nie haa! Dah lampu tutup baru nak naik. Adoii! Dah tu baru cakap "lapar la Makchik". Haaa! Tunggu mama korang balik, tadi mama keluar beli nasi. Haaaa! Kecut semuanya. Dah selesai makan, kiddos belek-belek gambar dalam hp Cik Ina. Gelak-gelak tengok aksi kuak-kuak lentang, mendada & aksi kuak-kuak yang lain. Haiisshhh!! Tidur la.

SABTU 21 OKT 2017

Bangun pagi-pagi, pergi beli roti canai & kuih untuk kiddos, balik-balik tengok deorang dah selamat dekat dalam pool dah. Jam berapa deorang nie melompat masuk ni? Sanggup makan roti gardenier. Tak dan nak tunggu dah. Mama Papa deorang best la breakfast disediakan. Yang kiddos, dibelinya roti canai, bukan nak makan. Mandi itu lagi penting dari segalanya. Kata mereka! Hahahah!

Jam 10:00 Pagi

WetWater Marina Cove

Haaa, jom!! Kita tawan pulak sini. Jom!!!

Gaya tawanan Team Kekiddos

Macam ini la kalau nak gembirakan kekiddos ini. Bawak mandi tu dah habis syok sesangat dah la tu. Tambah lagi syok kalau banyak tempat mainan. Dah tiap-tiap minggu asyik ikut mama dia pergi ulang alik sekolah, takpun duduk rumah, masa ini kita kasi can la.

Dulu = Takut Air
Sekarang = Tawan Air

Kenapa macam tak ada orang?

Sebab baru jam 10 Pagi. Orang baru sampai nak beli tiket bagai. Hahaha!! Yang kita dah tawan dulu. Air pancut-pancut tu pun baru bukak sikit-sikit. Aje, handei betul bebudak ni haaa!!

Swimming suit Leesya dah elok berganti
Asbabnya seksi sangat dah. Sampai kena pakai legging pink. Hahahah!
Kelakar betul Leesya Syot nie haa.

Kakak Puteri punya style
Apa boleh cakap
Dah sampai gelap la muka tu. Nak jadi cerita masa ni panas sesangat rasanya.Cik Ina takda try pun gelongsor tu sebab tengok laju semacam je. Takut plak. Eh!! Yang sebenarnya memang penakutkan?
Jam 12:30 petang dah suruh selesai-selasi. Nak checkout bagai. Tapi kiddos buat nehen. Macam biasa. Puan Emak, KakTa & MakNgah dah chckout, baju persalinan kitorang tinggal dalam 1 bg. Yang lain selamat sampai rumah, Kita? Masih disini. Ayoyoyo!!

Tak puas hati lagi, kita repeat dekat pool Marina Cove! Dah tu tak ada orang, kami sahaja. So, macam-macam aksi dirakamkan! Haisshh!! Siap bertanding, sapa sampai dulu dari hujung sana ke hujung sana, siapa tahan nafas paling lama, siapa yang paling cantik aksi terjunan & macam-macam pertandingan yang dipertandingkan. Jurinya adalah Yedek Leesya. Dia pakai petik je nama pemenang. yang ini lagi handal.

Pertandingan siapa paling lama ampung badan. Juaraya Makchik. Hahahah!
Tapi Leesya petik nama Kakak Puteri. Dah tu kakak dia. Dia juarakan kakak dia sendiri
Air pool sejuk. Sampai dah merekot-rekot jari tu, still taknak naik. Dah jam 2 lebih pun masih lagi. Eh! Siapa tangkap gambar, moment-moment macam ini? Selalunya Cik Ina, tapi Cik Ina tengah ronok-ronok tu haaa!! Of coure le Alang. Eda dengan Busu pergi keringkan baju. Hahahaha!


Kak Long Anje dengan tanda keamanannya
MakChik, Intan & Puteri tengah bincang hal dunia

Well said, macam ini la. Eventhough Cik Ina ini masih single (Eh! Tetiba), Cik Ina akan pastikan kita ada masa yang sangat berkualiti dengan team kekiddos gegirls ini. Almaklum la, nak minta tolong pun senang. Lagi pulak. ada la kiddos kenangan & pengalaman. Merasa la. Time Cik Ina kecil-kecil macam kiddos, merasa la berjalan ke Genting Highland. Puan Emak pakaikan Cik Ina & Busu skirt pendek warna biru purple. Hahaha! Zaman bebudak sangat. Itu pun dah pergi canang dekat memember sekolah rendah. Hahaha!! Perangai budak-budak sangat.

Kenapa say No to Marina Cove!
Bilik dia kotor, macam dah lama tak cuci
Tak friendly receptionistnya. Paksa-paksa orang suruh ambil 3 bilik bagai. 
Lift dia tak boleh tekan No 8. Eh!! Hantu ke yang buat? 
So kena naik tangga pula nak ke bilik.


Banyak cerita cakap 'BERHANTUUUUUUUUUUUUU"

Kenapa say YES to Marina Cove!
Kolam dia Best!
WetWater dia okay la untuk kiddos


Okay la. 

Alhamdulillah sebab kitorang tak ada kena apa-apa. Cuma, minggu depannya emua demam brmula dari Cik Ina. Hahahah!! Si Leesya kena inject ubat ikut bontot, Busu pulak drip air, Alang sampai cuti sehari sekolah. Intan & Yenyen demam. Anak MakNgah je kuat. Tak demam. Herooo belaka. Hikkss!!

Family Trip Every Year kita ke mana ye?

Itenerary dah buat dah.

Mesti kiddos tak marah dah. Cik Ina menjanjikan Sepang Gold Coast ataupun Lexus Hibiscus. Tapi, hampa!!! Full booking. Makanya, harap-harap kiddos lupalah pasal private pool tu haa!! Sebab itenerary langsung takada nama Gold Coast dah. Ha! 

Stay Tune!

😆




Friday, 3 November 2017

:: KENDURI BERENDOI & MAJLIS DOA SELAMAT ::


19 Okt 2017

Manggis Mama
Hyeeee MLA. Cuti sekolah seminggu tu kan, deorang decide buat kenduri Doa Selamat & Berendoi Yedek Zahra. Kali ini 2 kali juga la kita tukar tarikh, sekali tu sebab MMM Cik Ina, lagi pulak semua nak balik ke destinasi masing-masing, macam rushing pulak kan nak kenduri. Rasanya tahun ini baru inilah kenduri pertama. Tahun lepas berderet juga la. So, kali ini nak tak nak kena juga buat. Sebab ini macam nazar busu la, tapi belum la sampai ke tahap nazar.

Kenduri kali ini sebab Busu pun dah bekerja sebagai Guru Sains di SBPI Sabak Bernam sanaaaaa nunnnn! Tambahan pula, yedek Zahra nak naik buai katanya. Merangkap la Puan Emak sihat , sembuh dari penyakit. 

Family MakNgah & PakNgah!
Abg Long Amsyar, AbgNgah Zahin, AbgCik Quan

Keluarga KakTa
KakLong Anje, Abg Wan, KakNgah Intan, Dedek Yenyen
Kebiasaannya kenduri rumah arwah Pak Mat mestimakan sedap-sedap dan best! Yeh! Tak dinafikan. Dan aktiviti wajibnya adalah dengan memasak sendiri. Ye betul. Puan Emak ada segala perkakas mak nenek kuali, periuk belanga & semua jenis perkakas kenduri. Makanya kita jarang sekali tempah luar. Cuma kali ini, tempah juga la. Sama je konsepnya masak sendiri. Adoiii! La haiii Emak oii.

Pembahagian tugas, memang ada. Kita dah biasa dibahagi-bahagikan tugas. 

Jemput Jiran Tetangga 
MakNgah & Busu

Kemas Rumah / Cuci Pinggan / Cuci kipas & tingkap
Kiddos

Beli Barang basah di Teluk Intan
Cik Ina , Busu , Alang

Dekorasi Buaian
MakYang & Kiddos

Souvenirs Kumpulan Marhaban
Busu , Puan Emak, Alang

Tukang Masak
Alang / Kakta / Cik Ina

See!!! Semua ada tugas. Tapi mana tugas Abang ipar semua. Haaa! Waktu hari kejadian tu la. Susun meja kerusi, angkat pinggan makan, buang sampah & lain-lain kerjanya. Mereka diperlukan time-time tu la. Tapi kali ini, family Jamatul Akmar a.k.a Uda tak ada la. Almaklum la, dinner la, kerja la! Ini la 1st time tak cukup korum. Tapi tak apa, tak ada pun, bajet masukkkk!! Kebiasaannya keluarga Ahmad Saidi akan share bajet sama-sama. Sama je konsepnya kalau nak pergi family vacation. Set 1 family RM500 (Contoh la). Lepas itu, team beli barang basah akan bajet beli apa, berapa kilo nak udang, ayam, tulang, daging semua. Senang cerita tiap kali raya ke, kenduri ke, family vacation ke, konvokesyen ke atau apa-apa je yang melibatkan keluarga, kita akan share, tak sikit banyak, tak banyak, sikit. Macam itu la didikan Puan Emak & En. Abah. 

Puteri, Makchik, MakYang, KakLong Anje, KakNgah Intan, Dedek Yenyen

Makchik & Yedek Leesya.
Ustazah marah tak bertudung 😉

Kenduri kali ini Puan Emak beli buaian & meja TV. Amboiiii!!! Sukaaaaa. Siap susun bunga Cik Ina (sejak bila jadi milik Cik Ina entah), dekat atas meja tu haa! Gemor gubah-gubah Puan Emak. Lepas tu Puan Emak cakap "Ina, stokin dah pecahkan pasu tinggi tu, ganti balik". OMG, Stokin Panjang tu Leesya yang punya, siap bawak tidur bersama lagi tu. Cik Ina jugak ke yang kena ganti?

Bacaan Yassin, Berzanji & Bermarhaban
Team Makcik Fasa 5

MENU KENDURI 

Pagi-pagi jam 5:30 am dah kena kejut. Start masak memasak.

Menu Breakfast
Bihun Goreng
Pulut & Sambal Ikan Bilis
Kuih-Muih (Tempah)

Menu Tengahari
Kari Ayam
Daging Hitam
Sambal Udang
Ikan Rebus Goreng
Pecal
Sayur Campur
Telur Asin
Ulam (Kacang Panjang, Timun, Daun Selom, Petai)
Sambal (Sambal Ikan Bilis, Sambal Macang, Sambal Belacan)

Pencuci Mulut
Bubur Kacang
Puding Jagung

Kari Ayam Cik Ja masak (Tempah)

Sambal Udang tanpa petai kali ini
Signature Keluarga PakMat
Pecal Sedap!! Habis. 
Daging Hitam
So, kali ini daging hitam dia bukan Cik Ina expect macam ini. Tapi ini pun sedap!
Ingatkan daging hitam yang pakai kicap kuah pekat-pekat macam kita semlalu buat time raya.

Sambal macang
Kalau nama sambal, tak pedas! Tak sahkan. Maaflah cecikgu ye! Cik Ina kuat makan pedas. 

Yang ditempah Kari Ayam, Daging Hitam & Pecal. Yang lain masak sendiri. Adoii!! Penatnya sama dengan masak sendiri. Haa! Signature rumah Pak Mat adalah Sambal Udang Petai. Tapi kali ini petai kita buat ulam je sebab halusss.

Jam 10:30 pagi, team marhaban seramai 20 orang dah ada. Jadi, mula la Bacaan Yasin & Al-Mathurat. Lepa itu barulah berzanji & bermarhaban. Lama juga kali ini. Sebab mula-mula buai Zahra, lepas tu masukkan Yedek Nazrin pula. Lepas selesai semua, MakNgah agihkan goodies bag dekat Makcik-Makcik Marhaban. Sporting la!! Sebab kita dah lama tak buat naik buai dekat rumah Changkat. 

Then, jam 12 Tengahari start makan tengahari. Berperingkat-peringkat la orang Fasa 5 datang. Alhamdulillah. Selesai kenduri kali ini. Petangnya pula kemas-kemas khemah & susun kerusi meja, basuh pinggan! Kita pun kroohhh! Penat. Tapi best. Kiddos suka la. Deorang apa yang tak suka kan?

Till then, Bye!👱



Tuesday, 17 October 2017

:: KERABU MAGGI NIRMALA ::


:: Asbab dengar lagu Nirmal Dato' CT ::


Wahhh!! Tahniah Tokti. Semoga kandungan kali ini milik Tokti. I ols happy sangat! Benarlah caturan Allah SWT itu INDAH belaka.  Lagu Siti Nurhaliza requested by Cik Ya. Almaklum la, dia suka dengar lagu Siti Nurhaliza. Cik Ina pula ada koleksi dari lagu lama-lama dahulu sampai la lagu sekarang. Tapi Cik Ina lagi suka Ziana Zain. Eh!! Tapi disebabkan tengah dengar lagu Nirmala, makanya kita namakan Kerabu Maggi Nirmala. Nahhh!!!

Kenapa Kerabu Maggi?

Pemberian Farhana.
Terima Kasih

Sebab Fahanah Blok A bagi 2 bungkus maggi Serda ini dekat Cik Ina. Tak tahu nak buat apa, kita pun search la menu sesuai. Ohhh!! Maggi ini la yang orang buat kerabu maggi tu ye? Takpun maggi celup! Ohhh. Okay. Jom search, nak  buat macam mana Kerabu maggi nie? Senang ke susah!

I olss gigih okay.

BAHAN-BAHAN KERABU MAGGI NIRMALA

2 bungkus Maggi pemberian Farhanah
Sotong 5 ekor
Udang 15 ekor
Bawang Merah 3 biji
Fishball
Cabai Merah banyakkkk!!
Limau Kasturi 4 bijik
Carrot
Brokoli
Tomato
Daun Ketumbar. Bukan daun ketum ye!
Sos Ikan
Garam
Secukup Rasa
Lain-lain sayur. Sukati la.



Bahan-bahan yang disediakan adalah berbentuk suka hati sendiri

CARA PENYEDIAAN:

Rebus udang, sotong, fish ball, fishcat, carrot, brokoli. Toskan! Pastikan dalam air rebusan tadi dah letak sos ikan, garam, gula, secukup rasa. Bagi ada rasa. Jangan lupa bawang merah sekali.

Rebus pulak mee maggi.

Dah potong-potong ikut sukati la cabai merah, daun ketumbar & tomato.

Haaaa, gaul semua sekali. Jangan malu-malu okay!

Last touchup, jangan lupa perahkan limau kasturi. Perghh!! Lepas tu makan cepat-cepat. 

Terasa ketiptopan kerabu maggi cubaan kali ke-137 kali. 


Dapat 2 pinggan

Makanya Cik Ina panggil adik-adik Cik Ina untuk join sekaki. Kalau sedap puji. Kalau tak sedap pun puji jugak. Halau karang dari bilik! Haaaa, kekdahnya sangat!

Deorang balik UKM nanti, nak buat menu kerabu Maggi Hati Kama la sebab tengah dengar lagu Hati Kama Siti Nurhaliza. Hahahaha!!

Presentation harus meletop

Bye Kerabu Maggi Nirmala

Welcome Kerabu Maggi Hati Kama

👫

Monday, 16 October 2017

:: JOM, MAKAN KENDURI ::


:: Memenuhi Undangan perkahwinan rakan Cik Riya ::

Ini kisah kelakar. Kitorang tak tahu pun dekat mana Puri Buana Garden Wedding tu dekat mana. Siap cakap dengan Cik Riya, 'Hurmmm!! nampaknya kena bukak waze la kita Ya oii. I tak tahu ni mana tempat nie, tak pernah dengar pun Puri Buana. Puri Pujangga I tahu la, dekat UKM tu haaa! Hahahha'. Makanya kami berdua berhuhuhuhu dalam kereta. Bukak waze, beliau pun menyuruh kitorang masuk eksyen 15 (Pasar Malam Selasa), ikut jela! 

Eh! Eh! Nie nak ke Balai bomba nie. Eh! Eh!.

Lahhh!!

Puri Buana tu sebelah Ana Petai Ikan Bakar jela!

Berdekah-dekah la kami bergelak. Lahhhh. Dari UKM ke Ana Ikan Bakar tak sampai 5 minit pun. Hahahah! Itu la kan, haissshh. Pernah sekali macam tu jugak. Nak pergi kenduri ke Kajang je! Sebab tak tahu tempat, entah waze nie mengajak kita masuk ikut kawasan perumahan mana entah. Bila tembus dekat laluan biasa kita lalu. Lahhhh!! Waze nie pun. Bukan boleh caya. Tapi kena guna jugak.

Okay, itu la kisah kelakar kami.

Tolong la gelak.

Pergi Berdua sahaja

Makanannya banyak weh! Tapi apakan daya. Terpaksalah makan banyak! Hiksss.

Menantikan pengantin bersantap. Kita selfie sekali dua

Dan kelakarnya lagi. Kitorang tak ada gambar dengan pengantin. Ada dalam kamera photographer. Dekat Cik Ina punya hp entah kemana. Haaaa, itu kelakar. 

Tempahan baju dekat Kak Jie
Sesiapa berkenan boleh terus ke Kolej Zabaa
Lepas ini tak boleh dah cakap tak tahu mana Puri Buana tu haa!!

Ke Warta mencari Barang dapur

Walaupun pergi kenduri kahwin, barang dapur dalam peti dah kosong. Wajib la mengisi. Almaklum la, tekak macam buaya, nganga je bila kena suap. Haaa! Bukan membela ye. 

Next kenduri kahwin PLEASEE!!!

👪



:: KEK BATIK VASDHI-VASDHI ::


:: Try Test Kek Batik ::

Cantik tak?
Macam Kek Batik tak!


Kek Batik Vasdhi-vasdhi ini adalah cubaan kali kedua Cik Ina. yang sebenarnya nak pulangkan bekas Felo Amir, hari tu dia ada bagi lemang dengan rendang ayam. Almaklum la, orang memberi kita merasa. So, nak pualng bekas tu kena la ada sesuatu. So, Cik Ina fikir buat kek batik vasdhi-vasdhi la. Senang. Bahan pun dah ada. 

BAHAN-BAHAN KEK BATIK VASDHI-VASDHI

Biskut Marie
Susu Coin
Telur Sebiji
Esen Vanila
Milo 500 gram sepeket
Coklat Masakan
Butter 

CARA PENYEDIAAN

Yang ini amat senang. Mulakan dengan Bismillah. Panaskan butter ke dalam kuali ajaib, dah cair butter masukkan susu krimer jenama coin. Murahkan susu tu. Kalau F&N mahal la. Depend la nak pakai susu jenama apapun . Janji susu 1 tin. Kemudian masukkan coklat masakan. Orang tanya kenapa kena ada coklat masakan? Alaaa!! Hari tu ada lebih buat topping apa entah, so sukati la nak masukkan ke taknak. Cik Ina nak perabih coklat masakan je. Hahaha! Nampak tak tu? Kemudian masukkan sepeket milo 450 gram tu. Masuk semua kacau. Masukkan telur sebijik dan setengah sudu esen vanila. Kemudian masukkan biskut marie yang telah dihancur-hancurkan tadi. Jangan hancur sangat. patah-patahkan besar-besar pun tak apa. Masukkan dalam kuali. Walaupun bunyi campak-campak. Tapi masukkan ikut step by step. BUat kuih tak sama macam masak masakan campur tau. Tak ikut step, tengok la. Murka terus kek tu. Terus tak jadi. So, better ikut peringkat la ye. 

Kemudian, sejukkan sekejap. Orang terlebih rajin macam Cik Ina tak tunggu sejuk. Terus masuk dalam bekas. jangan lupa lapikkan dengan plastik putih tu. Taknak melekat dekat bekas jenama tuppaware ye. Sebab nanti kalau dibelah nanti takda la rosak. Yang hak Felo Amir punya pun buat macam tu jugak, lapik dengan plastik.

Final touch, simpan 1 malam dalam  peti sejuk. Esok bagi dekat dia. Siap!

Panggil si joren Faz, suruh belah. Edar-edarkan sikit sorang dekat bebudak blok.

Sekian kisah Kek Batik vasdhi-vasdhi.


:: POOL HOTEL FALIM, SERI ISKANDAR ::


Cuti Raya Haji, kita mandi kolam Hotel Falim

Tak ada rancang pun, terus je buat keputusan. Sehari sebelum Raya haji, lepas pergi Pasar Basah Teluk Intan, call rumah, suruh bebudak tu bersiap. Nak bawak pergi mandi kolam. Apa lagi meloncat-loncat la si Puteri, Intan, Leesya. Deorang tu bukan boleh cakap nak pergi mandi kolam. 

Chuupp!! Terus cari baju renang masing-masing. Dah tahu dah opah letakkan baju renang deorang dekat mana. So, sepanjang nak balik dari Pasar Basah teluk Intan sampai ke Changkat Lada tak habis-habis call "Makchik dekat mana tu, kitorang dah pack baju dah nie". Nampak tak? 
Sanggup kemaskan rumah yang disepahkan. 

MakNgah tinggal rumah, yelaaa. Dah nak habis berpantang. AbgLong Amsyar, Abg Ngah, Abg Cik Kuan pun tak ada, PakNgah bawak balik rumah opah Parit. So, kiotrang pergi satu kereta jela. MakYang dekat Kuala Kangsar lagi. Dalam perjalanan call PakNgah, tanya nak join tak?
Kalau nak join, jumpa dekat Hotel Falim, Seri Iskandar. Call pulak MakYang, kalau nak join datang Hotel Falim.

Haaaa, nampak tak kitorang punya perancangan? Tak perlu rancang. Nak join jomm!!!

Setakat bayaran masuk mandi kolam, apa sangat la. Alang boleh bayarkan! Hahaha.
Duit balance share adik-beradik beli bahan masak Raya Haji ada lagi, pakai tu jela. Nampak tak. Kitorang akan kumpul duit setiap kali ada apa-apa, wajib!

PakNgah anak beranak, Alang anak beranak & anak dara Pak Mat

Pak Ngah nie walaupun MakNgah tak ada, bukan heran. Dibawaknya jugak anak-anaknya join. Kekiddos nie memang suka kolam. PakNgah MakNgah nie memang dah simpan siap-siap dalam kereta baju renang anak-anak deorang nie, sebab kadang-kadang tu memang kitorang tak akan buat perancangan teliti kalau bab mandi-mandi nie. Kalau kata hari tu nak keluar mandi, memang pergi la. Lagipun yang menariknya Changkat Lada nie, banyak swimming pool. Tak dekat Seri Iskandar, kitorang pergi Kuala Kangsar, Ipoh, Manjung. Banyak la pilihan tempat mandi.

Itu bagusnya ada Makchik yang tak kahwin lagi ini. 

Cakap nak kemana! Senang. 

Tengok le tu. Deme je yang mandi dalam pool tu. Tak ada orang lain dah.
Kiddos anak Makngah PakNgah deme manja dengan makcik-makciknya

Tapi, kalau kena marah pukul dengan makcik-makciknya itu perkara biasa. Sebat dengan hanger ada juga. Kalau dah tak mahu dengar cakap sangat. Tapi tula, anak lelaki kot. Kiotrang nie pulak bukan pernah ada pengalaman lelaki dekat rumah kecuali abah dulu. Hahahaha. 

Baju nak sama
Wondergirl sangat Intan, Puteri, Leesya

Kak Long dah bukan team wondergirl. Dia dah team Korea dah sangat! Dah bajet-bajet dah sekarang. Nak suruh bergambar pun kena pilih-pilih lagi tu. Haiishshshh!! Cepatnya masa berlalukan. 

KFC Time

Bukannya nak balik rumah. Pederap ke KFC Seri Iskandar pulak. Puan Emak dekat rumah dah tanya-tanya bila nak siang ikan, ayam, daging semua. Kita melepak sini. Tu la, ajak Puan Emak, dia cakap tak larat. So, duduk rumah dengan MakNgah la ye! Hiksss. Kalau ayam KFC tu, laju je deme! Nie bukan kira sebulan sekali dah, nie kira sebulan 3 4 kali dah nie. Eeee!! 

Okay, dah jom balik.

Opah tinggal dengan MakNgah. 

Balik rumah, badan Cik Ina gatal. Hahaha!

'Kegembiraan mereka, tanggungjawab mak sedaranya.'
Hal-hal belajar serah ke Maklangnya, hal melagha, serah ke makchiknya. Betullll!!