Friday, 16 June 2017

"Majlis Perpisahan Kak Ita, Felo Yap & Felo Aisyah"



" Adat pertemuan, bertemu & berpisah"

Yang hadir dalam kehidupan Cik Ina hanyalah sementara. Macam itu jugalah barisan-barisan pentadbiran & felo yang silih berganti. Yang tamat kontrak, pindah ke kolej lain & lain-lain lagi. Memang ye la, sepanjang 3 tahun menjadi felo kolej kediaman, hampir 13 orang yang meninggalkan Cik Ina. (Felo Lukman, Felo Ami, Felo Mazian, Felo Dila, Felo Yap, Felo Aisyah, Felo Hariz, Felo Rully, Kak Ita, Kak Min, Kak Tipah & yang terakhir Dato' pengetua sendiri).
Tengok!!!

Cik Ina masih lagi disini. Bila nak keluar? Hahaha!!

InshaAllah.Satu hari nanti.

Selagi masih diperlukan dan memerlukan, sehingga itu Cik Ina akan berada di sini. Hari tu ada buat sikit-sikit majlis perpisahan serentak 3 orang sekali. Kak Ita, Felo Yap & Felo Aisyah. Sedih. Bila dah jadi geng, dah nak berhenti atas pelbagai faktor-faktor yang tak dapat dielakkan. Komitmen. Hurmm!! Betul. Tak semua orang boleh buat 2 ke 3 kerja dalam satu masa. Pengalamankan!
Dulu rindu zaman-zaman fefelos bergelak ketawa, meeting sampai pukul 2 3 pagi. Rindu zaman pergi makan dekat uptown. Belanja makan pun pakai duit fefelos meletop. Rindu zaman dimana kita seangkatan.

Rindu sangat.

Kak Ita bertukar ke Kolej Ungku Omar

Felo Aisyah mendapat tawaran kerja di Bangsar.
Komitmen kerja yang memerlukan beliau meletak jawatan felo

Felo Yap. Bekerja

Langkah baru yang mereka ambil semestinya untuk kemaslahatan dan kelangsungan kehidupan mereka. Cik Ina doakan mereka berjaya dalam setiap apa sahaja yang mereka ceburi. Cik Ina gembira dengan masa-masa yang pernah kita bina bersama.

Semoga pengalaman menjadi fefelos meletop KTHO menguatkan semangat dan kecekalan dalam diri kalian. 

Mee Kari yang tiptop dibantu Teh O'. Meletop letop!!

Cik Ina juga perlu memikirkan soal masa hadapan. Insha Allah!!
Ada sesuatu yang Allah telah sediakan untuk Cik Ina.
Husnuzon!. 💋

No comments:

Post a Comment