Friday, 16 June 2017

"Kem Menju Menara Gading"


" Kem Menuju Menara Gading"
-
KEJUARA

#kejuara dihati

Tema : 'Setinggi Harapan Setinggi Azam'

Selesai KEJUARA lama dah. Almaklum la, program ini pada 14 -16 April 2017. Bertempat di SMK Dato' Seri Maharajalela, Kg Gajah, Perak. Best! Rasanya ini adalah kali pertama program sukarelawan pendidikan ini masih terngiang-ngiang di telinga walaupun dah melewati 2 bulan lebih Cik Ina rasakan. Sebenarnya, nak melaksanakan bukanlah mudah namun bukanlah sesukar yang dirasakan. Tengok-tengok je. Eh! Dah nak pergi dah? Dah tiba masanya? Macam tak percaya je. Bermula dengan RM0 sehinggalah kita ada balance sampai tak tahu nak buat apa dengan balance keuntungan tu. Tak sesoh nak mencari perasmi bila mana YB Tuan Haji Abdullah Fauzi (ADUN Kg Gajah) sudi merasmi dan memberi sumbangan. Macam dipermudahkan sahaja urusan KEJUARA  ini. Senang sangat pulak rasanya.

Time kesukaran tu rasanya tak sangat. Cuma bila KEJUARA tak mendapat kelulusan BAS dari unit pengangkutan UKM. Bincang malam tu jugak dengan Faz. Esok cari yang paling murah sekali!. Tak sangka jumpa bas murah dengan bayaran RM2800. Lagi apa ye masalah yg dihadapi KEJUARA? Fasilitator yang last minutes tarik diri? Pun tak jadi masalah sebab 29 orang fasilitator dah cukup untuk menghavockan suasana KEJUARA.

Sampai terus ke DM dan makan. Sedapnya!! 12 tahun meninggalkan zaman asrama.
Perasaan Sedih! Sebab dapat makan dalam tray macam tu hah!!
Deorang cakap "Kak Ina imbas kembali zaman persekolahan"

Aktiviti yang dilaksanakan? Banyak!

- icebreaking

Ice breaking. Part one!! Pecahkan kepada kumpulan. Jadi, semua dah kenal satu sama lain.
Kumpulan ini berkekalan sehingga hari Ahad.


Mengajar beberapa refreshment. Part yang paling digemari oleh adik-adik SMK Maharajalela.
- Kumpulanku Hebat

- Kenali UKM & KTHO

- Sembang Santai

- Maharaja Lela Got Talent

Isu yang dibawakan adalah 'Pentingnya ILMU"
- Setinggi Azam

Dan tips yang banyak!!!
- Tips Belajar

Team KEJUARA disini. Baju KEJUARA.
Kami bukan team Bersih. Kami team KEJUARA.
Cik Ina memilih warna kuning atas beberapa asbab.
Antaranya makna SEMANGAT. KUMPULAN & JUARA.
- Saranghae Mentor-Mentee

- LDK 1 - Lukisan Misteri

- LDK 2 - Sarang Labah-Labah

LDK 3 - English Is Fun

- Hala tuju selepas SPM

- Kenali Potensi Diri


Mereka & impian. Cik Ina doakan kejayaan adik-adik sekalian 


Rehat sebentar. 

Penyertaan KEJUARA adalah seramai 171 pelajar SPM & 151 Pelajar Asrama. 

LDK 1 - LUKISAN MISTERI
LDK 1 berobjektifkan agar dapat melatih para pelajar berfikir dan membuat keputusan dengan pantas seta dapat memupuk semangat berkumpulan. Selain itu ia melatih para pelajar untuk menyusun strategik untuk berjaya. Kaedah pemainan bagi LDK 1 ini adalah pelajar akan diberikan sehelai kertas. Ahli terakhir akan membuka satu sampul yang terdiri daripada peribahasa dan dikehendaki melukis. Ahli yang seterusnya akan melukis berdasarkan lukisan yang dilukis oleh orang pertama. Ahli yang terakhir akan meneka lukisan tersebut. Mencabar! Memnag ye! Sebab tak semua orang boleh melukis. Cik Ina, tak reti melukis. 

LDK 2 - Sarang Labah-Labah
Sarang labah-labah berobjektifkan agar membolehkan pelajar berfikir luar dari kebiasaannya. Ia juga dapat memupuk kerjasama antara kumpulam. Cara bermain adalah seperti berikut. Setiap kumpulan akan diberikan segulung tali. Mereka dikehendaki untuk menyambung tali sehingga ikatan boleh menampung seorang fasilitator yang dipilih mengikut kreativiti masing-masing. Kumpulan yang dapat menampung fasilitator tersebu paling lama dan tidak putus dikira sebagai pemenang.

Ustaz Syakirin tengah cuba naik ye??


Yeh!!!! Berjaya. Tahniah adik-adik. 

Kuat. Utuh & tegap. 

LDK 3 - English is Fun
English is Fun diadakan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini adalah berbentuk explorace. Terdapat 5 checkpoint yang harus dilalui oleh pelajar serta dibantu oleh fasilitaor setiap kumpulan. Antara checkpoint yang disediakan adalah crossed lin, Puzzle, Who am I, Celebrity Chef & Speling Bee. 

Puzzle ohh puzzle.

REFRESHMENT 

Yang sentiasa diminta. Tarian ziguiriguidum.
Pokemon dance.
Tepuk Semangat.
-Pokemon Dance
- Head Shoulders Knees and Toes
-Senaman Orang Bilang
- Ziguiriguidum
-Tepuk Semangat

Hari pertama sampai, terus bahagi kumpulan. Hari pertama! Sambutan galak. Tapi Cik Ina tak berapa nak husnuzon takut hari kedua & ketiga pelajar SPM tinggal sikit je. Almaklum la, deorang kan duduk luar. Tapi tak sangka, deorang ada sampai hari Ahad. Cikgu pun terkejut. Hurrmmmm!!! Maybe kakak & abang PC datang dari jauh kot. Nak jumpa adik-adik. Kami sampai disambut dengan budak asrama nak pergi ke Masjid solat Jumaat. So, pepandai la pergi ke asrama jumpa Puan Pengurus Asrama, dapat letak beg-beg semua dalam surau, pasang banner & sediakan peralatan semua. Tunggu ketibaan adik-adik SPM. Wowww!!! Tak sabar. Ada yang datang awal. Nampak tak?? Banner kitorang besar gedabak dekat luar dgn dalam dewan. Haaaaa!!!!

Malam. Team Asrama 150 pelajar.
Ada yang balik kg. Ada urusan

Haaaa!!

Selesai Hari Pertama
Kita post-mortem & present acara esok
Selfie! Balik asrama. Tidur. 

Hari kedua. Cik Ina sepat berjalan-jalan di Muzium Pasir Salak. Membawakan Cik Riya kita yang tak pernah sampai ke Perak. Bagi dia semangat Dato' Maharajalela dengan si Puntom. Mana tau boleh bertemu jodoh disini. Tapi, hampa!.

Cabut dari KEJUARA sebentar.
Tahu yang Faz pasti boleh handle.
Adik didik siapa? Ye!! Betul.
Hikss!!
Cik Ina sampai sek, tengok slot pagi selesai.
Kan dah cakap, Faz boleh!!

Faz boleh!! Yehaaa!!. 

Sebahagian daripada hati Kejuara

Okay ! Semua. Mari-mari!. Jom bergambar.
Buat kenangan. 

Dekorasi dewan SMK Maharajalela. Tiptop!!

As usual. Hari ketiga! Selesai program pagi, majlis penutup. 

Thanks YB. 

Banyak yang Cik Ina lalui sepanjang bersama KEJUARA.
Tiada kesedihan melainkan kegembiraan.
Tahu apa yang menggembirakan Cik Ina??

Bila mana, adik-adik Cik Ina masih menganggap Cik Ina ini sebagai felo pemantau KEJUARA sekaligus kakak yang mereka kenali. Itu dah cukup adil buat Cik Ina. Agar ingatan itu sentiasa utuh dalam kalangan team KEJUARA sendiri. 

Jiwa KEJUARA disini

Sekalung Penghargaan diucapkan kepada:

Ahli Dewan Undangan Negeri, Kampung Gajah
Great Vision Publication
Amaz Setia Entreprise
PMUKM
Kolej Tun Hussein Onn
Tuah Tekali Transport
Kiosk-Kiosk Kolej Tun Hussein Onn
Sek. Men. Keb Dato' Seri Maharajalela, Kg Gajah

Kenangan, sampai sekarang Cik Ina bina kenangan dengan team KEJUARA. Mungkin sebab KEJUARA ini bukan didendangkan sentiasa macam program lain, jadi dia macam ada tak ada orang tak hairan. Tapi, pada Cik Ina ia harus dikenang. Rindu dengan KEJUARA sampai ke hari ini. 


Bye-bye adik-adik SMK Maharajalela. Cik Ina sentiasa ada di CL.


Thanks!!! 

KEJUARA. Always in my heart. 💓


1 comment: