Friday, 16 June 2017

" Isra' Mikraj"


" Salam Isra Mikraj" 

Kami. Tengok KEJUARA masih ada dimana-mana

Sebelum perjalanan Isra' Mikraj berlaku, dada Nabi Muhammad SAW telah dibelah untuk kali ke-2. Ia simbolik kepada umat Islam bahawa pengakhirannya kehidupan ini, hanya amalan kita sahaja lah yang bakal dihitung. Oleh itu kita perlu bermuhasabah diri. Hanya amalan kita sahaja yang akan ditimbang tarakan. Kata Ustaz, amalan berkait rapat dengan hati. Hati pula ada 3 kategori. 1. Hawa nafsu, 2. Syaiton yang direjam, 3. Akal. Maka, pilihlah akal. kerana minda itu perlu diusap dengan pengetahuan. Akhirnya "belajarlah selagi masih ada ruang yang diberikan"

👆 antara isi-isi yang sempat dicatat. Ewahh!! 

Felo Zahin & Felo Arnida

Selalunya, bila MEP Kerohanian buat majlis sebegini, Cik Ina akan usaha untuk hadir sebab kalau dekat luar macam susah je. Hikss!! Tapi yang sedihnya, program yang macam ini yang sikit sangat kehadiran penghuni. Tapi kita masih husnuzon bahawasanya mereka dengar di bilik sahaja sebab speaker kuat. Hihihi!! Dan ceramah Isra' Mikraj bukan dari sekolah lagi kita follow. Hikss!!😉

Adik-adik tahun satu

Sekiranya masih berkesempatan, marilah kita bersama-sama hadir ke majlis ilmu. Nanti dah kerja, belum tentu diberi kesempatan untuk menyertai. Almaklumlah komitmen kerja kan!!
Cik Ina dulupun masa kerja dulu, memang out. Bila dengar ceramah isra' mikraj, jadi terfikir "Apalah yang aku kejar dalam hidup ini?"

Adik-adik yang kak Ina sayangi. 💝

Okay la!! Tahun depan join lagi ye ceramah Isra' Mikraj.
Sekiranya diberi kesempatan oleh Allah SWT.
Masakan kita tahu ajal kita bila menjelma?
Selagi diberi kesempatan, rebut ia! Raih & dakap dalam pelukan.

No comments:

Post a Comment