Monday, 12 June 2017

:: Interview MEP Sesi 2017/2018::


:: 9 - 10 April 2016 ::

Sesuatu yang bakal dirindui

Ada ni hahhh!! Tak ada kemana, ada dekat UKM. Tengah jadi fasilitator untuk mencari bakal-bakal MEP yang layak untuk diangkat menjadi MEP tahun hadapan. Eh! Sesi hadapan laaa!! Tak ada lah tough sangat. Cuma nak melihat kebolehupayaan bakal-bakal ini di dalam melontarkan pandangan, team work bersama dan yang paling penting 'boleh kehadapan'. Tapi rasanya semua boleh kedepan. Cik Ina jela yang duduk belakang jaga masa. Hikss!!!πŸ˜› .

Cik Ina join belakang-belakang jela. Yang banyak lead pun Felo Kanan Hidir & Felo Kepimpinan Zety. Dalam UKM Confession, ada yang cakap Kolej Tutttt* (yang pasti bukan Kolej KTHO la ye), dia cakap "pilih MEP tu sebab MEP tu kawan felo, tali barut felo, kaki mengampu et al. Uisshhhh!! Kalau felo kolej kediaman yang lain Cik Ina tak tahu la. Tapi kalau di KTO, kita menjelaskan secara terperinci tentang modulπŸ’ͺCara pemilihan MEP yang agak detail setiap inci kedetailannya. Almaklum la, Timbalan Pengetua KTHO orang kuat UKM. Lagi la kena pilih rigid-rigid sikit. Jangan main-main dengan KTHO ye!! Hahahaah.
.

Okay. Untuk sesi 1, kita memilih 40 orang pelajar yang meritnya dalam kelompok 40 merit dan keatas. Bengkel diadakan untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi. Bengkel dikendalikan sepenuhnya oleh barisan Fefelos Meletop KTHO seramai 10 orang. Dalam bengkel tersebut, terdapat beberapa modul yang dilaksanakan. Sebelum terlupa, pelajar yang terpilih menyertai bengkel ini akan diberikan surat jemputan kerana terpilih. Matlamatnya adalah untuk mereka rasa dihargai & yakin bahawa mereka layak. Kalau sebelum ini kita guna cara, "siapa nak jadi MEP & PC, sila isi borang", so kali ini kita ubah terus. No more tradisi-tradisi. 😝😝

Bengkel Pemilihan MEP & PC
.
Then, bila bengkel dilaksanakan. Kita akan lihat pelajar yang kesemuanya mempunyai potensi. Tapi yang bestnya tahun ini, penghuni lebih berminat untuk menjadi MEP daripada menjadi PC. Wowwwww!! Cik Ina banyak impress okay. Hikss!! Takapa. Saringan kedua adalah sesi interview!!
.
Markah untuk sesi 1 dan sesi 2 dicampur!.ᐘᐘ
.
Di dalam sesi interview, no more soalan-soalan cliche yang menyoal "awak lebih berpihak kepada yang mana", 'kalau awak diberi pilihan, awak akan buat program berimpak yang bagaimana' et al. Soalan kali ini lebih kepada uji minda. Ewaaahhhh!!! Terujinya rasa. Soalannya adalah "Sekiranya awak diberikan RM1. Apa yang akan awak buat?".

Team rilex

Selesai. πŸ‘
.
Bila dicampur tolak darab dan bahagi. Terdapat saringan ketiga iaitu interview bersama Dato' Pengetua & Timbalan Pengetua bersama felo. Haaaa!!! Tengok! Ingat mudah nak mencari dan memilih yang layak?? Bila dah pilih kena pulak melihat kepada faktor & aspek yang lain. Cuma kali ini, Cik Ina rasa pemilihan sangat sistematik, tersusun & teratur serta adanya kejituan dalam memilih. Makanya, tak boleh la orang confess, MEP yang tu dipilih berdasarkan dia rapat akrab dengan felo, MEP tu kaki ampu, MEP itu sana sini. Hahahah!! Tapi, kolej lain Cik Ina tak tahu. Sebab setiap felo kolej kediaman ada method pemilihan masing-masing sebelum saringan akhir oleh Pengetua & Timbalan Pengetua. 

Okay. Bagi mereka yang terpilih menjadi MEP, tahniah. Namun bagi mereka yang tak terpilih dilantik secara rasminya untuk menjadi PC a.k.a Pemudah Cara untuk Minggu Mesra Mahasiswa. Alaaaaa, adik junior tahun 1 nak masuk. Jadilah kakak & abang-abang fasi. Ewaahhh!!! Itu pun seronok okay.

Yehaaaaa!!!

Finally, selesai Interview!πŸ‘‹

Sesi Interview bersama Dato' Pengetua

MEP pun telah dilantik selepas Watikah Perlantikan tempoh hari. 
Selamat Bekerja sebagai Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun HUssein Onn sesi 2017/2018.

No comments:

Post a Comment