Friday, 19 May 2017

" Indepth Interview - Jabatan Warisan Malaysia "


" Kisah Tesisfie "

Kalau nak story tentang tesisfie, memang selagi tak dijilid tebal, selagi tu la. Kalau dalam group PhD tu tak ada apa ceritanya kalau tak tesis, data, analisis, masalah-masalah-masalah-masalah. Sampai kita dah lali dengar kisah rakan-rakan yang lain. Bagi Cik Ina, setiap orang, liku kejayaan mereka adalah berbeza-beza. Depend! Kalau ada orang tukan, sepanjang buat tesis tak ada masalah pun dengan sv dia, sekali dah nak jilid, bergaduh kaw-kaw dengan sv sampai sv block dia. Haaa!! Tak ke naya tu. Cik Ina banyak dengar kisah-kisah tak best antara sv dengan PG masing-masing. Jadikan kisah mereka sebagai pedoman jela. Cik Ina Alhamdulillah.

Mula-mula sem 3 hari tu jiwa ada kacau jugak la dengan sv, tapi lepas face to face! Kami jadi okay kembali. Yang penting, jangan sesekali lost contact dan sentiasa terima arahan sv dengan hati yang terbuka walaupun tak ada la terbuka mana sangatkan. Hikss!! 😉 . Hanya mereka yang mengetahui.

Nak dijadikan cerita, Cik Ina disuruh melaksanakan indepth interview dengan Pengarah Jabatan Warisan Malaysia. Cik Ina pun ubuat appoinment. As usual, *baca dalam nada husnuzon*, orang kerja Kerajaan, biasa la. Hahaha! Lepas 4 minggu tunggu jawapan, baru la JWM bagi kata putus. Cik Ina buat appoinment dengan Tuan Mohd Muda (Pengarah Pendaftaran Warisan). Okay. Selesai.
 

Cenderamata untuk JWM

Kelam kabut mencari hadiah untuk diberikan kepada Pengarah. 
Finally, jumpa jugak. Jadilah!!

Perbincangan dengan Tuan Muda pun tak lama, sebab semua maklumat ada yang ada, ada yang tak ada. Banyaknya tak ada. Hahaha! Apa ingat, pergi satu tempat dapat semua yang kita nak. Ahhh!! Bersyukur la kalau pergi satu tempat dapat semuanya. Hahaha! Tapi tak apa, sekurang-kurangnya ada sesuat yang Cik Ina dapat disana. 

Terima kasih Tuan Mohd Muda
Pengarah Pendaftar Warisan

Okay!! Sebelum balik, jom selfie dulu depan tu hah!! Asyik lalu je, tak pernah pun nak bergambarkan. Hari ini kita abadikan sekali. Hiks!!

Okay! Boleh balik dah. 

Ustazah Zurina. 💓

No comments:

Post a Comment