Friday, 19 May 2017

" Lawatan Kepengetuaan - 2016/2017 "


Lawatan Kepengetuaan Blok B

Semester ini, awal-awal lagi kitorang dah pilih tarikh untuk lawatan kepengetuaan. Jadi, preparation itu dah dibuat semasa Sem 1 lagi. So, tunggu jela Dato' pengetua, Fefelos dan MEP datang meenziarahi dari bilik ke bilik. Di Blok B, Cik Ina jaga seramai 82 orang pelajar prasiswazah dari tahun 1 - tahun 3. Kami ada group wasep Blok B. Jadi, kalau ada persoalan dan masalah, memang waseplah penghubungnya. Alhamdulillah. Tahun ini Blok B tak ada masalah seperti kecurian ke, lelaki masuk blok ke, apa ke. 

Sesi 2016/2017, Cik Ina di bantu oleh adik-adik manis ini.

Fazirin
Mashi
Anne
Ketul
Alya

Haaa!! AJK tertinggi Blok B

Senang je nak bincang dengan deorang ni.
"Korang nak cat kaler apa blok kali ini? Korang nak kutip berapa? Pehtu nak buat button badge ke? Deorang nanti protes tak? Tak banyak ke collect dari deorang. Eh! Nanti kena UKM Confession pulak nanti"

Haahahahaha!! Bagus betul la. Tak takut.

"Alaaa Kak Ina. Kita buat je!"

Bagus betul la. 


Joren-joren AJk Blok B
Masa lawatan kepengetuaan hari tu kan, kitorang bawak ronda la dato' dan fefelos masuk bilik ke bilik. Melawat bilik penghuni. Kemas je bilik deorang. Bersih dan wangi. Lepas habis melawat, kita buat sikit jamuan, nasi lemak dan teh O panas. Jadi la. Hikss. 😆.
Fefelos dan sebuah bilik pelajar yang telah didekorasi cantik-cantik

Cantik kan!!


Aras 1 - Aras 2 & Aras 3 berlatar belakangkan warna gold
Haaaa!!Meriah sangat blok B.

Tahun lepas tak nak cat-cat lagi ye!! Nak dekorasi lain pulak. Hikss!!

Okay. Bye penghuni Blok B sesi 2016/2017.
Cik Ina harap korang masih lagi stay dekat Blok B ye. 
😝

" Penyeliaan Berkumpulan - SV & PG "


" Penyertaan adalah wajib - Mandatori "

Semester 3 lepas, nak dikatakan tiap 2 minggu sekali mesti sv nak jumpa kitorang seramai 10 orang nie kan. Ada je tugasan yang sv mahukan. Terutamanya progress tesis, jurnal, bab dalam buku, buku & lain-lain tugasan on the spot beliau. Jadi, memandangkan kami-kami ini anak solehah, ikut jela. Selagi mampu buat kita buat. Selalunya akan siap on the spot jugak. Hujung tahun lepas memang hectic bila mana kitorang disuruh buat Bab dalam Buku. Cik Ina dapat Bab 9 dan Bab 10 (Penutup), tapi tak tahu la bila nak publish buku tu. Ada jugak la sumbangan ilmu kepada masyarakat. Hikss!! Tetiba terus bangga diri. Alaaaa.

Cumanya!!
.
.
Cumanya kali ini disebabkan ke'busy'an melampau Puan Penyelia, jadi kami jarang-jarang sekali dapat jumpa bersama-sama. Tapi, Alhamdulillah! Dapat jugak semester 4 ini Cik Ina berjumpa mereka, so dapat la breakfast - lunch bersama, chit-chat tentang tesis masing-masing. Yang lagi best! Bincang tentang baju raya. Hahaha!! Best! Lama tak jumpa jadi banyak benda nak sembang. Terlupa terus matlamat utama penyeliaan. Hahaha!!

Yang ini banyak bincang pasal Raya

Bincang tesisnya sikit je. Hanya nak tahu progress sikit je.👄 

Sambung menyembang di Canselori
Okay la tu. Sekurang-kurangnya semester ini berjumpa la kita ye kakak-kakakku sekalian. 😜

" Indepth Interview - Jabatan Warisan Malaysia "


" Kisah Tesisfie "

Kalau nak story tentang tesisfie, memang selagi tak dijilid tebal, selagi tu la. Kalau dalam group PhD tu tak ada apa ceritanya kalau tak tesis, data, analisis, masalah-masalah-masalah-masalah. Sampai kita dah lali dengar kisah rakan-rakan yang lain. Bagi Cik Ina, setiap orang, liku kejayaan mereka adalah berbeza-beza. Depend! Kalau ada orang tukan, sepanjang buat tesis tak ada masalah pun dengan sv dia, sekali dah nak jilid, bergaduh kaw-kaw dengan sv sampai sv block dia. Haaa!! Tak ke naya tu. Cik Ina banyak dengar kisah-kisah tak best antara sv dengan PG masing-masing. Jadikan kisah mereka sebagai pedoman jela. Cik Ina Alhamdulillah.

Mula-mula sem 3 hari tu jiwa ada kacau jugak la dengan sv, tapi lepas face to face! Kami jadi okay kembali. Yang penting, jangan sesekali lost contact dan sentiasa terima arahan sv dengan hati yang terbuka walaupun tak ada la terbuka mana sangatkan. Hikss!! 😉 . Hanya mereka yang mengetahui.

Nak dijadikan cerita, Cik Ina disuruh melaksanakan indepth interview dengan Pengarah Jabatan Warisan Malaysia. Cik Ina pun ubuat appoinment. As usual, *baca dalam nada husnuzon*, orang kerja Kerajaan, biasa la. Hahaha! Lepas 4 minggu tunggu jawapan, baru la JWM bagi kata putus. Cik Ina buat appoinment dengan Tuan Mohd Muda (Pengarah Pendaftaran Warisan). Okay. Selesai.
 

Cenderamata untuk JWM

Kelam kabut mencari hadiah untuk diberikan kepada Pengarah. 
Finally, jumpa jugak. Jadilah!!

Perbincangan dengan Tuan Muda pun tak lama, sebab semua maklumat ada yang ada, ada yang tak ada. Banyaknya tak ada. Hahaha! Apa ingat, pergi satu tempat dapat semua yang kita nak. Ahhh!! Bersyukur la kalau pergi satu tempat dapat semuanya. Hahaha! Tapi tak apa, sekurang-kurangnya ada sesuat yang Cik Ina dapat disana. 

Terima kasih Tuan Mohd Muda
Pengarah Pendaftar Warisan

Okay!! Sebelum balik, jom selfie dulu depan tu hah!! Asyik lalu je, tak pernah pun nak bergambarkan. Hari ini kita abadikan sekali. Hiks!!

Okay! Boleh balik dah. 

Ustazah Zurina. 💓

'Life - 2 Urusan 1 Masa'


" Hye there!! "

Memang la Cik Ina nie kan! Suka memberi harapan palsu, ada ke patut kata nak selalu up entry untuk kenangan masa hadapan. Tapi hakikatnya, lama dah tak jengah blog sendiri. Kata nak abadikan. Hiksss!!Tula, tak boleh percaya. Busy macam mana pun, mesti la kena ada waktu dekat MLA kan? Kan? Hikkss!! Betul la, punya banyak cerita yang tak dikongsi. Sebabnya, malas. Tu jela jawapan sebenarnya. Okay! Okay! Tak nak bebel lebih-lebih. Nak bebel sikit-sikit je. As a felo KTHO UKM, macam biasa jugak la, urusan SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) tak selesai-selesai lagi. At the same time,kelas dan exam tak jugak selesai. Ada masa tu datang oral tanpa preparation pun. Bila seanseongnim tanya soalan, memang tak boleh jawap. Nampaknya lepas ini kena study hard, exam & oral around the corner! Malu la kalau tak dapat jawap exam. Hikss!!

Hah! 2 Urusan dalam 1 Masa
Pelajar Sangat!!!
Menguruskan pendaftaran koperasi sebenarnya bukan mudah. Makan masa hampir 8 bulan untuk akhirnya "Berjaya MENDAFTAR'. Haiii, bila dah berjaya mendaftarkan Kolej Tun Hussein Onn sebagai "Koperasi Gemilang Kolej Tun Hussein Onn Berhad" lain la pula perkara yang perlu dilaksanakan. See!! Memang la urusan dunia takpernah habiskan.

Tapi tak apa. Best! Seronok!

Banyak sangat Cik Ina belajar sepanjang menubuhkan KGKTHO ini. 

Okay!! 😉