Thursday, 20 April 2017

:: BAKTI SISWA 7.0 ::


:: Team BAKSIS 7.0 ke Kg. Peket 60, Simpang 5, Sg Besar ::


Majlis penutupan BAKSIS 7.0

Kalau tahun lepas, BAKSIS 6 pergi ke Kg Jerek, Kelantan. Tapi tahun ini bakti siswa menjejak kaki ke satu perkampungan nyaman di tengah bandar Sg Besar. Walaupun tahun ini Cik Ina tak dapat menyertai. Tapi tak apa, tanda sokongan dan galakan kepada team Baksis, kita datang majlis penutupan pun jadi la. Sedih sebab tak dapat join gagau ikan. Ekk!!!

Amir, Grace, Cik Ina, Fiqa & Reyl

Acara yang Cik Ina nantikan adalah acara gagau ikan, malam kebudayaan which is ada Nasi Ambeng (Majoriti penduduk Kg Peket orang jawa), Persembahan kuda kepang (tak pernah tengok live performance 😅) dan join program ke Sekolah. Alaaaa!!!

Yang pasti, kesemua diatas Cik Ina tak dapat join. Sebabnya hadir waktu majlis penutupan sahaja. Pun jadilah.

Team Baksis 7.0

Memang tak kenal sebab majoriti 1st year yang join. Hukss!! Tapi ada la yang kenal sebab join program Cik Ina jugak. Tapi, majoriti tak la. Mereka ini kena bersyukur tau sebab jadi 1st year dah dapat join baksis, ada senior mereka yang tak pergi-pergi lagi tau. Haaa!!  

Harus la ada dengan sejoren ini

Faz, jom la teman akak. Akak tak ada member ni. Hahaha!! Muka sedih.
 'Okay'. Hahaha.


Kalau tahun depan diberi kesempatan, nak join Baksis. Hikss!!
Nak ke Perak pulak. Ewah!! Sukati je. Hahaha.

Tuesday, 11 April 2017

:: Bengkel Analisis SPSS - Dr Jamil, FPend, UKM ::


:: Best !! 👍 ::

Sejenis budak rabun yang tak mengaku rabun, duduk jauh sebab lambat sampai

Hai, lama tak bersiaran. Bukan apa. Kepochi sikit dengan urusan kolej yang tak selesai. Belum lagi urusan-urusan lagha yang lain. Dan yang penting, gaya-gaya busy tapi tak busy tu kan memang selalu buat. Haaa!! Almaklum la, sekarangkan punya style, tunjuk kerja. So, Cik Ina pun nak buat sama la. Buat-buat busy. Hahaha!! Yang benonya, malas nak mengadap laptop. PC pun dah lama tak bukak sejak rosak hari tu. Makanya mengadap la laptop sampai sakit mata jadinya. Cahaya terang sesangat! Pun jadi masalah. Eh!! Melalut pulak. 

Hari tu Cik Ina join lagi bengkel Dr Jamil. memang bengkel dia memang Cik Ina akan join. Ikut la! Walaupun bukan pelajar dari FPend, tapi Cik Ina hampir dengan FPend okay. Kali ini kita belajar Analisis Data menggunakan SPSS. Aikk, masa master dulu tak belajar ke? Eh! Belajar! Tapi tak indepth macam ini. Lagi satu SPSS ni pulak kena sentiasa buat. Kalau tak memang skill nak click sana sini tu boleh lupa. Lepas tu kita buat-buat expert pakai tekan jela kekdahnya. Ada tau! Jangan tak caya pulak. 

So, SPSS ini penting bagi penyelidik sosial seperti kami-kami ini. Kenapa penting? Dengan adanya SPSS boleh la running raw data yang sampai 3000 responden tu. Takkan nak buat manual? Mau terbeliak mata engkorang. Haa! Ayokk!!!

Rasanya semua dah pro dah analisis statistik deskriptif. Haaa, yang min, median, sisihan piawai bagai tu. Tapi, tak ramai yang boleh analisis statistik inferensi. Selalu kita dimomok-momokkan, 'kajian yang bagus mesti ada korelasi, anova, mancova, manova, nova-nova, SEM dan adik sem yang lain'. Tapi, hakikat sebenarnya kita kena faham dulu prasyarat dan syarat untuk kita analisis menggunakan perisian SPSS ini. Bukan main tekan-tekan dan dapat. Dulu bukan main bangga dah analisis guna korelasi pearson, sekali time jumpa penyelia kena marah sebab analisis sepatutnya korelasi spearman atas sebab-sebab tertentu. Boleh jadi kita punya item dalam konstruk tak mencukupi untuk kita analissi atau kita tak menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Rumitkan sebenarnya analisis SPSS. 

So, kali ini Cik Ina belajar Analisis Korelasi & Regresi , T-Test , One-Way Anova & Two-Way Anova.

Lepas tu, balik bilik pening & pitam.

Sejenis nota yang tersimpan erat dalam fail Pink

Eh!! Amende aku belajar ini. Aku buat apa dari jam 8 sampai 2 ptg td nie? Aku buat apa weh!! Aku dimana tadi. Haaa!! Mesti selalu rasa macam tu. Hahaha!!😆. 

Sejenis prasyarat dan syarat yang pening 

Apa je yang disampaikan oleh Dr Jamil siap rekod dan salin. Entah, amende la yang Cik Ina tulis notes!! Notess!! Lepas tu buat kotak. Amende ini. Hahaha!! 

Yang Cik Ina ingat, One-way Anova maksudnya 1 dependent! Hahah!!

See!! 

Tapi yang sebenarnya banyak nota dapat. Cara nak analisis. Ayat yang seharusnya digunakan tanpa perlu ayat meleret-leret. Semua kita belajar oi. 

Sejenis situasi yang membahagiakan diri

Okay la, nak buat Bab 4 yang tak tahu mana hilangnya. Bye!!
Ada kakak phd sorang ni minta tolong buatkan analisis anova & t-test untuk dia, tapi sampai sekarang tak buat. Takdan!! Okay la, nak cari satu hari free otak untuk tolong si kakak manis ini. Hikss!! 

Sorry kak seri. Hiks!