Tuesday, 14 March 2017

:: Cek Mek Molek ::


πŸ˜‹πŸ˜‹

Yehaayyy!!! 

Yang banyak tu Cik Ina yang buat, Dila buat 3 je.
Macam-macam bentuk ada.
Sukaaaaa!!

Kali pertama menyediakan Cek Mek Molek dengan bantuan penuh oleh Puan Dila. Yang proses banyak pun Puan Dila. Eh!! Motif panggil dia Puan pehal?
Ahh!! Ini kali pertama menjadi Cek Mek Molek Cik Ina.
Akhirnya molek juga.

Bahan-bahannya mudah didapati.

Ubi keledek
Tepung Gandum
Garam
Gula

Nak buat pun senang je rupanya. 
Step1. Haruslah direbus ubi keledeknya itu sampai empuk. Sambil-sambil tu masukkan garam sedikit demi sedikit sampai ada rasa. 

Step 2: Lecekkan ubi yang direbuskan tadi sampai betul-betul lecek. Eh!, betul ke ayat diatas. Ahh, ikut jela. Janji faham & boleh buat lagi. πŸ˜†.

Step 3: Masukkan tepung gandum, sikit-sikit then lecek kembali ubi tu sampai tak melekat. Ini petua Dila bagi la. Sambil-sambil lecek tu sambil tengok TV. So, rasa lagi mudah je nak buat.

Step 4: Uli bulat-bulat. Isi gula then betulkan ikut suka hati engkau la, janji ada joren hujung-hujung cek mek tu. Katanya!! Then goreng.

Step 5: Siap!!! Jom makan.

Okay!!! Dah ada feel dah nak buat kuih-kuih. Lepas ini nak buat apa ye?

Kita mula yang simple-simple dulu ye. πŸ’“

:: Tadom Hill & Salmee Wedding ::


πŸ’“πŸ’“

Tunjukkan kasih sayang πŸ’“
Hikss!! Solemnization Salmee dah lama dah, tapi baru nak up story hari ini. Yela! As usual. Sembang jela nak apply '1 hari 1 entry' tu. Gebang la, hehe!! Mie buat majlis di Kelantan, Cik Ina tak dapat hadir. Yelaaa!! Banyak kerja. Tapi, hantar mempelai dekat Kajang ni, Cik Ina wajib datang. Wajib. Nanti Mie taknak kawan dah dengan Cik Ina. Haaa!!πŸ˜†. 

Cik Ina ajak Mama Ya temankan. So, before kita gerak. Jom ke Alamanda kejap. Nak cari roti John. Haaa!! Roti apa-apa pun boleh la. Teringin la pulak. Plus nak fix balik simkad Cik Ina yang bermasalah tu. Penyudahnya tak ada penyelesaian. Buang jela Sim lama. Ganti baru! Puas hati.

Mama Ya & Cik Ina
Tema kita hari tu Pink. Haaa!! Mesti nak sama-sama colour. Ish!!πŸ‘„. 

Lapar roti dah 2 hari
Mama Ya memang suka bergambar. Layankan jela!!!

Selesai pusing 2 round Alamanda, kita balik semula ke Kajang ye. Kita nak hantar mempelai. Eh!! Takkk sabar nak tengok Mie. Lama dah tak jumpa sejak dia kahwin haritu. Busy kerja pun ye. Nak jumpa pun hari Sabtu gitu. Hurmm!! Busy nya Mie. πŸ˜…. Bila nak main masak-masak sama-sama ni?

Eh! Boleh sesat di Kajang. Itu kelakar. Tapi, boleh jumpa. Hahaha.


Bride & Bride to Be!πŸ’‹
 Mie. Awak cantik sangat! 'Na, Mie nak kurus ni. Taknak makan'. Hahaha.
Ikut la mie. Tapi takyah la nak kurus-kurus ni. Dah okay dah gitu. Ewah!!

Nak lagi Pic. Tolong snap jap. Hikss.


Mie πŸ’ Ateh

Seronok tengok Mie dengan Ateh. Semoga kekal abadi selamanya.
Eh!! Tetiba nak nyanyi lagu Sarah Raisuddin. Hikss!


Tak tahu la nak cakap apa. Suka sangat duduk atas pelamin orang. Entah pelak apa tah. Tula kotnya lambat dapatjodoh. Hahaha!! 
Nampak sangat hipotesis Nul gagal ditolak. Hahaha. So, "Tidak terdapat hubungan antara duduk di pelamin orang dengan jodoh yang tak muncul tiba".
Eh!! Boleh pulak berhipotesis ye!
πŸ˜‹.


Tadom Hill

It's Me. Cik Ina

Lepas tukan, both of us kata, jom jalan! Tapi taknak la mall-mall nie. Cik Ina bukan kaki mall. Kalau tak ada sebab taknak la. Hahaha!! Apa kata mandi-manda. Haaaa!! Tak pernah sampai Tadom Hill. Jom!!

Muka banyak gembira. Mama Ya. 

Makaihhh, ramainya manusia. Kitorang sampai pun jam 4 macam tu, rugi je sebab dia tutup jam 6;30 gitu. Dah Cik Ina plak malam memang fail la nak drivewithout spek. Dah spek tak bawak. Terpaksa balik awal. Tengok, perancangan entah apa-apa. Lain kali nak ke Tadom Hill nak datang awal pagi.
Tapi, no doubt!! Memang best. Air dia macam air mineral. Best!!

Merasa la naik kayak buluh tu. Sambil-sambil tengok matahari terbenam. Hurmm!! Best!! Tapi ramainya manusia hari Sabtu tu. Rasanya jangan pergi time cuti. Pack kot. Takdak ruang nak merasa kuak kentang ke, kuak kupu-kupu ke. Hahaha!!πŸ˜†.

Memang orang akan tangkap dekat sini ye?

Best la!! Ini memang jiwa la. Pergi tempat yang boleh menenangkan jiwa. Itu terbaik!

😜

Okay. Nak bagitau je. Penutup 2016 Cik Ina last berjalan ke Tadom Hill. Hiks! Nak pergi mana lagi ye area UKM ini ye?? 

Hahhh!! Danau UKM. Hahaha. 


Friday, 10 March 2017

:: English Language Carnival ::


Pusat Citra + KTHO = 22 Nov 2016

Annyeonghaseyo.
Saya Felo Akademik & Inovasi

Hai MLA. 

Tengok la Cik Ina nie, kata nak story bersungguh-sungguh kenangan-kenangan lalu didokumentasikan supaya satu ketika nanti kita tak lupa yang kita pernah join program besar sebegini. Sebelum tu, boleh tak nak buat ucapan siap-siap dulu? Ke nak kena last-last ucapannya? Okay!!

Sesi 2016/2017 Cik Ina diamanahkan, tak la diamanahkan sangat! Cik Ina cop siap-siap nak pegang Portfolio Akademik. Ahh! Gigih. Okay! Tau. 
Kali ini semangat nak jaga portfolio lebih berganda-ganda dari sebelum ini. Ewaahh!!! Mungkin sebab Cik Ina sayang Faz banyak-banyak kot. Hahaha!!Eh, taklah. Sebab rasanya kali ini Cik Ina nak menutup saat-saat menjadi seorang Fefelos KTHO dengan sesuatu yang bila ditinggalkan menjadi kenangan yang tak mudah nak lupakan. Yelaa!!

Pusat Citra UKM dengan kerjasama Kolej Kediaman UKM = English Language Carnival. Haaa!! Kali pertama la digabungkan. Maybe next year boleh lagi. Kali ini punya Carnival, Beesssttt!!! Memang tak dinafikan. Cik Ina pergi meeting kali-1 dengan Pusat Citra. Okay! Boleh! Bersetuju. Yeehh!! 

Makanya gerak kerja pun bermula. Tak ramai pun, nak 10 orang je yang jadi Crewnya. So, kita open kepada pelajar Tahun 2 yang tak cukup jam kredit kemahiran insaniah Citra. Kitorang pun tak meeting banyak kali. Semuanya based on whatsapps. Tambah pula kebanyakkannya semua dari Blok B . Ahh!! Memang lagi mudah. Deorang pun sangat-sangat membantu. Eh!! Tetiba sayang semua. 

Anne, Ketul, Alya, Lin, Syafiqah, Wani, Fiqah, Faz.

Crew Crossed line KTHO

Tanpa deorang, aihhh! Tak jadi KTHO hantar wakil untuk Pusat Citra. Haaa!!
Malu i olsss nanti. Masa Cik Ina cabut undi tu, dapat crossed line. Hah ekau, macam mana tu? 

Tengok la kitorang punya booth
PENUHHHH!!

Tahu ke nak main macam mana? Ala senang je. Macam main telepon-telepon tu, komunikasi melalui telefon tu, then tanya "Hello, it's Clinic?", kalau tak jumpa, cari sampai dapat. Banyak q-card yg kita bagi. Senang je. Mana tau tetiba bertemu jodoh main benda ini. Haaaa!! Tak tahu. πŸ˜†.  

Well, untuk program yang ini, crew dibahagikan kepada beberapa tugasan, antaranya program, publisiti, pemasaran, jamuan, dekorasi & tugas-tugas khas. Which is everybody should expose in every task. Semua kena buat sebab kita hanya 10 orang je. Dengan felo-felo sekali kena buat. Tapi itulah yang Cik Ina nak buat untuk tahun terakhir ini. Bukan sahaja memberikan arahan tetapi turun padang sekali buat. Supaya rasa kebersamaan itu ada. Ewaahh!!! Tahun ini la. Hehe!! Ada yang buat bunting, button badge, kad & Sijil. Dan lain-lain.

Sumbangan pulak banyak. Kita dapat duit. Dapat 250 bungkusan bihun goreng dari Hasmabi Enterprise & kita bagi hadiah dekat pelajar yang menjointkan diri dekat Booth Crossedline iaitu Button badge yg cantik tu. Hikss!!πŸ‘„.

We all + Datin + Dato'
 Tq so so so much Datin, sebab beri peluang dekat Cik Ina joint program Pusat Citra. Walhal tak pernah masuk bangunan Pusat Citra pun. Banyak yang Cik Ina belajar dari Datin. Terima kasih atas segala bantuan yang diberikan sepanjang kitorang nak prepare booth sehingga tamat program. 


Cik Ina + Datin
 Seharusnya!! MEP Faz yang suka kacau dekat bilik akak. Ada je yang dia naknya. Hiksss!!! Yang senang sangat ajak rundingan. Sebenarnya tak banyak yang Cik Ina tolong sebagai felo pemantau, banyaknya dia yang bergerak sendiri. So, Cik Ina harap agar apa yang Faz dapat sepanjang menjadi MEP dapat menjadi alat ukuran untuk mengorak langkah lebih jauh lagi. Eh!!! Over plak ayat diatas. Hahaha!!


Hai LH!! Faz budak baik ini. Jangan lupa kerap whatsapp tanya khabar dia. Okay!

 Alhamdulillah!



Selesai English Language Carnival 

Booth Crossed line dapat tittle "Popular Booth"

Eh! Harus la, kitorang mendapat penyertaan paling banyak iaitu seramai 250 orang pelajar. Hiksss!!

Tahniah kepada Crew English Language Carnival Booth Crossed Line KTHO.

Cik Ina πŸ’“ u all.


Thursday, 2 March 2017

:: Kisah KADS1M Debit ::


πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬

?????

Tabung 50 sen Cik Ina tak akan pernah penuh


Semangat betul hari ini nak buat assignment page 14-28 . Lepas tu teringat 'Eh, aku tak daftar lagi online KADS1M (Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia) yang tentunya dapat RM250. Haisshh, nama lagi student tegar. Mana nak dapat BRIM ke apa ke. Family sorang pun tak dapat, tinggal la Cik Ina jela yang masih lagi mencari-cari lubang mana kot-kot boleh la beli buku ke apa ke. Baucer buku tahun lepas pakai habis tu pun siap tambah RM140 gitu untuk buku analisis yang tak bukak-bukak lagi plastiknya. Hikss!!.

Kenapa kita kena buat:

Sebab

3 in 1. Kad Debit, Kad ATM & Kad Diskaun

yang ciri-ciri lain macam berkonsep syariah, takdak riba atau gharar, lain-lain keistimewaan tu. Tu semua kad pun macam tu. Yang pentingnya hangpa p buat dulu. Isi online terus dekat www.bankrakyat.com.my/bppt - semak status permohonan melalui email - kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk tuntut KADS1M Debit tu. Susah ka?

Tapi, Cik Ina bukan nak cerita pasal KADS1M Debit ini. Bukan juga nak cerita pasal 'kebaikan kerajaan' sebab bagi RM250 kepada kami-kami ini. Tapi nak cerita pasal mentaliti. Mentaliti bukan pelajar sekolah menengah, bukan pelajar matrik / STPM / STAM mahupun DIPLOMA. Bukan juga pelajar Degree mahupun MASTER. Tapi seorang pelajar PhD. Seorang je. Tak ramai okay. Sorang je!!Kononnya!! Yang banyakkkkk sangat mengomel pasal itu ini. 

Bagi hang yang memang anak orang kaya, apa sangat la RM250 tu. Cik Ina yang dah 3 tahun jadi felo KTHO, dah macam-macam perangai adik-adik Cik Ina tengok. Yang tak mampu nak makan, yang makan nasi bujang je, yang hanya boleh beli nasi dengan sayur je. Yang beli nasi dengan ikan, bahagi 2 pulak tu lepas tu. Hang memang tak tahu sebab hang datang penyeliaan berkumpulan naik kereta buatan Malaysia. Bagi kami-kami ini, RM250 boleh buat makan 2 bulan ke 3 bulan. Sebab nak berjimat punya pasal.

Suruh pi online. Bukannya beratur pergi isi borang. Hadoiii!! Sejenis manusia yang sentiasa hebahkan vibes negative. 

"byk kerja sungguh..mcm xnak bg jer...." ' Kakak tegar

Itu ayatnya!! Banyak apanya. Hang melepap atas katil, bukak link yang Cik Ina bagi tu, sambil makan kruppkrappkruppkrapp hang boleh isi kaknon oii. 

"Baik sungguh kerajaan sekarang....sbb tu ramai orang bukan warganegara nak jd rakyat Malaysia. Mana tau esok2 lahir anak kt Malaysia..buka mata jer blh buka akaun simpanan bank rakyat. Nama pun bank rakyat" - Kakak tegar.

Ya Allah kaknon, sampai gitu sekali kaknon punya negative vibessss!!!

Apa rasa Kak Kiki, Abg Athur & rakan-rakan Phd yang lain yang ada dalam group tu. Kak Kiki ada melahirkan baby comel dekat Malaysia. Dia tak pula kata nak jadikan anak dia rakyat Malaysia ke apa ke. Dia hantar anak dia dekat sek swasta lagi. Motif sangat. 

Boleh tak kalau sesekali kita tolak fahaman politik. Kita kekalkan minda, jiwa dan raga hanya untuk ilmu. Sebab ilmu tu nilainya mahal. Berjuta pun tak mampu nak didik & membersihkan hati kita dengan ilmu. Sebenarnya lagi banyak kita belajar, sepatutnya mengajar kita untuk lebih husnuzon dalam mengeluarkan kata-kata. Bukan membahan pada yang tak pasti. Apa tujuan utama kajian? Untuk menyampaikan sesuatu.

Kalau hang pun fikir buruk sentiasa, macam mana hang jadi pendidik satu masa nanti? Kalau anak Cik Ina belajar dengan hang, tak tahu la macam mana nak cakap. Minta dijauhkan. Bukan sebab hang banyak mengomel itu ini, tapi sebab hang asyik hebahkan ion-ion negative dengan orang. 

Penyudahnya, kalau hang rasa susah sangat nak buat KADS1M tu, hang takyah buat!! Lagi ramai lagi yang memerlukan dari hang. hang kan mampu.
Bagi pada anak-anak miskin nie nak pakai duit tu untuk kelangsungan hidup di bumi yang makin mencabar ini. Hang hidup la dengan angkuh sombong tu. 

Tapi pelik !!

Setiap apa yang orang maklum, hebahkan, bagitau, share!!

Hang mesti nak komplen.

Apa hang ada masalah hati ke???

:: Ami & Rizam = Kahwin Dah ye! ::


πŸ’“

Kalau meeting Kolej malam-malam , mesti minah nie lewat ! Lepas tu dia tak da la lain "Ina, cantik tak yang ini? Okay tak? Lawa tak? Aku tak boleh decide". Hikss!! Cik Ina layankan. 'Lawa yang ini, ini sesuai. Masuk la dengan ko, ko kan putih. Ko nak tema apa'. Haaaa !! Memang orang kalau nak kahwin dia punya topik perbincangan pasal hal kahwin je ye? Haipp!! Cik Ina takdak calon lagi, so tak feel la. Tapi bila tengok macam-macam jenis pelamin! Harap pelamin anganku tak musnah la ye. Hikss!!

Dua-dua sombong, ekkk!!

As a bff kolej merangkap kawan sek Ting 6 , Cik Ina, Puan Dila, mami Ya & Fiqa excited la nak pergi. Yela!! Kalau kitorang tak datang macam pelik, eh!! Yela, lepas kahwin Ami tak jadi 'Fefelos Meletop KTHO' dah ye. Dah tak ada kawan karaoke tetengah malam tu, tak ada dah kaki rempits balik kg lepas Subuh sebab taknak jem!! Konon. Tak ada dah kawan lepak makan-makan tepi kedai car wash tu semata-mata tunggu ketanya siap dipolish!! Tak ada dah la lepas ini cakap 'woi Ina, jom balik kg!'. Haaa!! Jam 2.30 am pun kitorang lenjan balik kg kalau nak balik. Gigih pulak rasanya.

Tapi, itu semua kenangan yang menyeronokkan. Nanti dah ada cucu boleh cakap ' Dulu tok Ami tu dulu 1 sek dengan opah, tapi opah dulu kerek je! Kaki tidur dalam kelas. Mana nak bermasyarakat. Hahaha'. Nampak tak?

Well said, dia dah kahwin. Cerita kahwin dia pun dah basi dah. Tapi baru nak up entry la sebab pagi nie macam ada masa je nak flashback  story lepas-lepas. 
Eh! Terpanjang pulak mukadimmahnya hari ini ye!!

Okay. Jom!!
KL mari hadiah ni tau

Kitorang bertolak Jumaat tengahari gitu! Sampai senja kot!! Yela, ada je persinggahannya. Ami ada booking homestay tapi tak tergamak pulak. I ols nie orang Changkat Lada, apehal la pulak nak berhomestay dekat kg sendiri. Itu aje yang ye!! Call Alang tanya kunci 'Rumah Cantik' dekat mana. So, Cik Ina decide dah ramai yang join, tidur rumah Alang la. Alaa, belakang Sek Dato Sagor tu. Berderet 1 kawasan tu rumah cecikgu belaka. Okay la. So, privacy banyak la.

Yeyeh!! Kita belum lagi

Malamnya, Ami akad nikah. Sedih sangat moment ini. Kitorang duduk dekat tepi ramai-ramai. Ada la Kak June (PA YB), ada PA-PA yang tentunya Cik Ina tak kenal mana. Hikss!! Kenal Kak June jela. So, kitorang kata nak tunggu sampai selesai akad nikah. Sedih je dengar. Eh! Sedih kenapa pulak. Orang happy la. 

Lepas tu, kitorang makan. Yeyehh!! Makan sup tulang! Memang itu la yang dinanti-nantikan sebab orang jawa kalau masak sup tulang memang terangkat kot!! Sanggup taruh perut. Ada sup kaki ayam jugak. So, kita makan slow-slow ye! Lagipun 'malam masih muda'. Hahaha!! Selesai semua, balik rumah Alang. Kroohhh!!! Kroohh!!.

Keesokkannya!

Bangun - iron baju - bersiap - sampai - makan

Suka ambil tema kita. Kita pun tema kuning tau. πŸ˜‰

Haaa!! Gitu!! Pergi jumpa Ami. Wooo! kuning kau. Cantik.

Penjoren-joren Cik Ina

'Weh, doakan aku pulak ye. Hikss!! Sempat selitkan ayat berharga itu. Haaa.

Kekitorang yang makan bertambah

Tunggu majlis sampai selesai. Dengarlah Dato' A. Rahman nyanyi lagu sedas dua. Lepas tu Dila pulak nak menyumbangkan sedas dua lagu. Aje yang ye kata orang Perak. Cik Ina, haaa memang tak la. I ols pemalu. πŸ˜†.

Pelamin Ami & Rizam

Photobooth dibelakang. Tak tahu kenapa kitorang melindunginya. Alaaa
Okay la. Selesai. 

Tinggal la Cik Ina je yang masih bersungguh menjadi seorang Fefelos Meletop KTHO
Deorang dah tinggalkan Cik Ina dah!! Hikss!!
I ols tak boleh move on.
KTHO dihatiku

Ami dah angkat barang semua dah. Tinggal Dila la. Yelaa!! Dia pun dah move on! Nak bekerja di SUK Kelantan dah. Cik Ina? Well, selagi hidup dengan #tesisfie, selagi itu la. Mana pulak nak move on kemana. Itulah jiwa & ragaku buat masa ini. Life ketika ini #HECTIC sangat. Hikss!!

Doakan Cik Ina habis study cecepat ye!

Tak sabar oiii. Nak sarung 'Baju Merah'.

Sebahagian Fefelos Meletop KTHO
Felo Yap, Felo Reyl, Cik Ina & Dila
Haaaa. Apa feeling-feeling ni. Jom set date!!

Apa guna banyak group wasap "Geng Karok" tapi tak bersosial ni. Kata nak celebrate birthday sampai kesudah angan jela ! 

Okay la. Tamat!!


πŸ’“Tahniah Ami & RizamπŸ’“