Tuesday, 28 February 2017

:: Bengkel Pembinaan Instrumen Soal Selidik ::



" Basic Concept of Testing and Measurement "


Dulu, masa degree Cik Ina tak faham langsung apa bendanya kelas metodologi nie. Sampai Master pun blur habis. Bila dalam kelas ada la yang macam pakar, tapi tula, sambung master kena tahu semua benda. Dari tak pernah tengok SPSS sampai sekarang siap buat backup la kalau-kalau software SPSS crack, mana nak cari time nak gunakan. Dah pakai pirate punya.

Gigih la masa Master dulu pergi kelas sana sini semata-mata nak belajar buat template @ tapak SPSS , belajar macam mana nak keyin raw data, sampailah nak proses raw data kepada data analisis. Nak guna term ayat & word pun gelabah-gelabah lagi masa itu. Then, pergi lah MPH dekat Bangi Gateway tu, tempah la buku Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Chua Yan Piaw dari Buku 1 sampai la Buku 5. Kalau murah tak apa buku tu, mahal beb, RM60 sebuah. Dah kalau 5 buah buku, tak ke RM300 habis dekat situ.

Pun tak faham jugak. Patut la orang cakap, kalau sambung belajar SPSS mesti core dalam tangan. Pun Cik Ina tak ada dalam tangan. Sampai one day tu, pergilah satu bengkel anjuran Dr OT , wah!!! excited beb!! Bayaran pun berbaloi la masa itu. Gigih la pergi dengar.

Best! Terus dapat semangat nak belajar analisis SPSS. 

Belek balik buku-buku analisis, almaklum la 1 rak atas semua buku analisis, tapi masih blurrrrr banyak. Tak apa, proses belajar bukan bermaksud hari ini belajar, esok terus pandai sampai boleh ajar orang lain pulak. Tak ye. Hari ini belajar, esok blur, lusa pun blur lagi, tulat blur. Sampai la beberapa ketika lepas praktis, dah tak blur. Tak expert mana, tapi kalau basic analisis dah faham la. Boleh la nak ajar adik-adik degree. Ewahh!!

Sehinggakan Cik Ina bekerja jadi RA setahun macam tula. Prepare jurnal, conference et al. dah jadi mainan pulak. Gaya UKM apatah lagi, dah hari-hari kerjanya siapkan jurnal dan bab "Si Botak", memang akhirnya proposal kita pun entah kemana. Tapi yang bestnya, Cik Ina dapat personal coaching daripada Dr Jamil. Cakap je, tak tahu nak analisis ini, macam mana ye? Nanti Dr Jamil datang, then explain. Hah melekat 2 jam dengar penjelasan Dr Jamil pasal Manova. Haaaa. Dia pun macam tau-tau je kesemangatan dan keexcitedan Cik Ina kalau analisis-analisis ini tau. Sebab tak tau tanya terus, mana nak belajar macam tu. 

Tahap excited belajar metodologi sampailah Tuan Bos suruh mengajar student master course work dia analisis. Dari pembinaan instrumen kajian - template - basic analisis statistik deskriptif. Memula basic sekali. Nervous, takyah cakap. Sebab yang diajar adalah guru-guru sek yang tengah sambung study. Kadang-kadang soalan pelik dia tanya. Kita dekat depan, nganga lepas tu senyum-senyum kambing. Yang Tuan Bos pandang je sambil main hp. Ciss!!

Tapi itu 'pengalaman 1 sem'.

Ada sekali tu kan, salah la apa intepretasi yang Cik Ina bagitau dalam kelas, terus ingat Dr Jamil datang then betulkan. OMG, siap bawak buku Survival Manual SPSS dari Julie Pallant yang Third Edition punya. Emaakkkk!! Rasa horrible sangat masa tukan.

" Nah, hang ambil buku nie. Khatam dulu. Aku ajar hang cara lain, hang buat cara lain. FSSK & FPend lain ye. Tak sama Pusat. Balik, khatam. Esok masuk kerja aku tanya balik. Tak dapat jawab, siap hang. Nah buku nie, aku hadiah dekat hang.Haisshh, orang Perak ni." -Dr Jamil

'Rasa nak nangis. Tapi best. Sebabkan kitorang dapat task ke Pahang sama-sama, Dr Jamil la datang amik dekat kolej, then gerak sama-sama. Dalam kereta siap boleh buat perbincangan SPSS lagi. Tadah telinga oii'

Then, Sabtu 18 Feb 2017

Bengkel Penulisan Instrumen Kajian

First of all, kita kena tahu apakah yang dimaksudkan dengan realibity & validity. Selalu kita guna ayat An instrument must be validity & reliability. Tapi apakah itu validity & reliability tu? Validity mean kesahan. Kesahan itu maksudnya sejauhmanakah alat yang diukur itu betul-betul mengukur apa yang sepatutnya diukur. Reliability pula kebolehpercayaan. Ukuran itu boleh percaya atau tak. Sejauhmanakah ia diukur tepat atau tak diubah-ubah mengikut keadaan, tempat. 

Nak bina Instrumen kajian.

Follow this rule!!
Test - Measurement - Data - Data Analysis - Evaluation

Hah!! Tak ke banyak prosesnya?

Setiap rule diatas ada cabang ilmunya which is kalau nak explain ambil masa banyak. Kita malas la pulak. Hikss!! 

Then Dr Jamil tanya? 'Ini bukan soalan KBAT sekolah, saya cuma nak tanya, research tu apa mendanya?' (*baca dalam nada orang Kedah no*)

Dia tanya then dia jawab sendiri

"Research tu maknanya untuk cari kebenaran untuk selesaikan masalah"

Haissh, Cik Ina baru nak jawab " Research tu maknanya kajian, Hahahaha".

Kata bukan KBAT tadi. Hikss!!

Hampir 60 orang yang hadir.
Sorang pun Cik Ina tak kenal kecuali En Mansor & Dr Jamil sendiri
Okay, kita pun belajar la bagaimana nak bina instrumen kajian, konstruk-kostruk, item dalam konstruk dan lain-lain. Cuma ada beberapa yang tak digunapakai dalam aplikasi FSSK tapi digunakan di FPend. Tu masalah Cik Ina, kalau dia suruh lepas kita bina instrumen, rujuk 3 orang pakar dalam bidang tersebut. Hurmmm!!! Dekat situ je dah  makan masa 3 - 4 bulan tu, hurmm!!!
Okay, okay!  


Iye, handbag saya dah nampak dah dimana duduknya saya. Hiks 😊

Tengok semua orang excited je dengar penerangan Dr Jamil. Macam mana khusyuknya korang dengar Dr Jamil present, macam tula masa Cik Ina belajar dengan dia. 2 jam rasa tak cukup kot. Patut la orang panggil dia sifu method. Tak mengantuk. Tengok-tengok eh! Dah nak sodakallah. Okay.


Bahasa Kedah Dr Jamil pekat oi. Tapi selamat dah biasa dengar. Hiks

Selama pergi bengkel yang ada tentang penulisan jurnal ke, bengkel penulisan artikel ke, bengkel SPSS ke apa jenis maknena bengkel mesti mengantuk. Eh! Macam mengaku pulak kaki tidur. Hahaha. Betul. Tambah lagi kalau ikut bengkel taklimat siswazah, mesti cakap sensorang 'haish, bila nak habis'. Tambah lagi kalau keynote speaker speaking, hahahaha!! Itu memang Cik Ina la.  Ca Alif but, cabut!!

Memang stail Dr Jamil. Nak tulis. 

Banyak yang Cik Ina perolehi daripada Bengkel anjuran Siswazah FPend ni. Walaupun Cik Ina dari FSSK, its okay, I ols biasa dengan gaya FPend kot. Hikss!!
Datang bengkel pun sebab nak refresh sebab dah lama tak join bengkel sebegini. Ada sekali tu terpaksa melepaskan bengkel Dr OT sebab ada hal dekat kg, dah bayar dah. Burn gitu jela nampaknya. Tapi tak apa, ada rezeki kita join lagi.

So, tengah refresh lagi ini kan, Cik Ina suka belek-belek jurnal then continue dengan instrumen kajian dan kerangka kajian. Memang banyak kelompangan. Macam yang Cik Ina selalu pesan, selagi tak dijilid dan dibukukan, selagi tula kita tak berapa faham apa yang  kita buat. Kadang tu blurrr tak pernah tak ada. Sekarang ni tengah semangat nak betulkan Bab 2, sem lepas dah kolokium, harap-harap sem ini dapat nak berkolokium lagi sekali. Kali ini nak berkolokium dengan instrumen kajian sekali. Kaedahnyaaa sangat. Hikss!!

Oh ye!! Cik Ina join bengkel seterusnya.

11 Mac 2017

Bengkel SPSS Intermediate (T-Test, One Way ANOVA, Two Way ANOVA, Correlation & Regression)

Hahhhhh, yang ini biasa dah. Tesis Datin kita analisis guna analisis inferensi ini. Okay, jom refresh semula. Yela, lupa dah nie. Heee!! Nenek tua betul la.

Okay.

Nak continue tambah jurnal. 😍


Tuesday, 21 February 2017

:: Kursus 5S ::


KURSUS PERLAKSANAAN SISTEM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S)

Dari mana nak mulakan pun tak tahu. Tetiba nama naik time meeting pentadbiran 'Zurina buat'. Macam tu ya feelingnya ya? Feeling sangat nak passing-passing kerja dekat orang lain. Macam tukan rasanya? 

Macam apa yang Cik Ina rasa tetiba dalam minit ada nama kita. Tindakan Felo Zurina. Kenapa bebudak suka confess pasal fefelos dalam UKM Confession, tapi tak pernah nak merasai perasaan kitorang yang selalu tak diendahkan. Sebab bebudak kolej, kita jugak yang kena dengan office. Kita backup la macam mana pun. Pengakhirannya kita fefelos balik yang kena. Tapi, bebudak nie tak puas hati. Direct dalam UKM Confession. Tu je la yang korang pandaikan. Gen Z la kononnya kan. Haaa!! Kan dah melalut.

Time meeting kena marah dengan Dato'. 'Siapa yang kena buat ini Kursus 5S ini?' . Eh!! Apasal, apasal!! Okay , fine! Tengok Tindakan felo Zurina & Felo Aminaton. Eh!! Aku mana pernah pergi Kursus 5S UKM pun. Tak pernah okay. Tak pernah!! Kenapa aku? Getus hati. Bila proposal pun belum upload dekat PPMPA, lagi la kena marah.

" Okay, bagi saya masa 3 hari. Saya buat "

Hahh!! Kau nampak tak kereknya jawapan Cik Ina tu. Kerek sambil bengang okay. 

Proposal siap 1 Hari 1 Malam
Memandangkan perasaan nak marah kuat, semalaman siapkan proposal okay. Selamat la proposal itu perkara biasa yang kami as a felo selalu buat. Kena tahu, nak upload dalam PPMPA, wajib ikut gaya UKM yang ditetapkan. Itulah UKM. Proposal email ke Dato satu, ke En basir satu. Ke diri sendiri satu. Tengahari minta sign En Basir, petang minta sign Dato' pulak.

Nampak tak kegigihannya. Bila dah kena maki malam tadi. Siap terus.

Ini bukan ayat 'bila kena ketuk baru nak buat', bukan okay. Ini tanda kita tak tahu pun kita yang kena buat. Bila dah janji 3 hari. Sehari dah siap. Majayo? Ne! Majoyo. Nak tunjuk, it's small matter okay, tak perlu nak marah lebih-lebih. Hidup ini bukan nak fikir fefelos je, hidup nak fikir tesisfie yang dah kelaut tu jugak. Hikss!!

Timeline tak betul

12 Nov 2016

Dapat kelulusan, bincang nak tempah meja bulat & kerusi, tempahan makanan et al. Sendiri buat beb!! Tak payah nak suruh-suruh felo lain. Buat sendiri, bangga sendirian. Lepas tu dok fikir, 'mana dan nak buat semua' , terus minta fefelos baru tolong handle. Beri tugas, pandai korang la. Kalau tak tahu, rujuk terus Cik Ina. Tak payah nak rujuk orang lain, karang korang yang stress. Hahaha!!

Finally, terlaksanalah Kursus 5S dengan penyertaan sebanyak 60 orang pelajar KTHO yang terdiri daripada Ketua Blok, Ketua Aras & MEP, Felo & Pentadbiran. 

See!!

Bukannya susah nak buat program.

Antara hendak dan tak hendak je. Sama ada kita reti dengan tak reti. Sama ada, program itu berkepentingan atau tak. Sama ada sesama kita main tolak-tolak. Lepas Kursus 5S ini kan, nampak dah la!! Ini belum lagi dunia pekerjaan okay adik-adik. 

Tak susah okay!!

Slot Kursus adalah seperti berikut: Hahaha, ewahhh!!

Bahagian 1: Pengenalan dan Konsep Amalan Persekitaran 5S
Bahagian 2: Perlaksanaan Program Amalan 5S
Bahagian 3: Jawatankuasa dan Kumpulan - Tugas dan tanggungjawab
Bahagian 4: Audit Dalaman 5S - Pengurusan dan Kaedah
Bahagian 5: Standard Sistem Persekitaran Berkualiti
Bahagian 6: Impak Perlaksanaan dan Pensijilan Persekitaran



Sejenis muka bangga

Bangga. Sebab tahun ini banyak buat program sendiri. Minta bantuan pun last-last. Tapi kan!! Ada tapinya.

Tapikan!!


Tapikan!!


Sakit hatikan 'Kalau ada orang claim program yang korang buat tu, dia yang buatkan?? Sakit hatikan!! Macam tula Cik Ina rasa!!

Wahyuuuuuu sangat!

Pleaseee la korang, jangan claim program orang tu, program korang!!

Nak nama ke??

:: Trip SKSP ::


Trip Sek Keb Seberang Perak

Dedek Leesya yang kuat menjongket

"Makchik, awak nak ikut mama pergi trip sek mama. Bye-bye Makchik" - kata dedek Leesya.

"Eh!! Motip sangat nak tinggalkan Makchik ye. Kalau tak ada Makchik, perjalanan korang akan jadi hambar sehambarnya sebab tak dak Makchik kompem tak best!!" 

Terus pecut balik kg. Esoknya gerak ke Marina Island Pangkor Resort.

Haaaaa!! Nampak tak tu. Dengan Puan Emak sekali join bermalam di sana. Alaaaa, bukan la tak merasa tidur di hotel, tetapi sengaja nak memeriahkan suasana. Gempak sangat!! Mak Yang dan Puan Emak sampai ptg sebab buat apa pagi-pagi sangat. Lagipun Puan Emak bukannya nak kemana. Tempat wajibnya pergi beli ikan bilis, belacan, ikan masin Lumut. Tiap bulan wajib ke Lumut. Acane tu?

Kitorang bertolak pagi. Park kereta dekat parking Marina Resort , naik bas nak masuk ke TLDM. Nak masuk je dah kena tunggu dekat sejam. Gituhh kau. !
Selesai mendaftar 3 bijik bas tu kan, masuk la kitorang. 

Galeri Panglima Tentera Laut

Nama lagi Galeri kan . Tak sebesar muzium la ye. Galeri Panglima Tentera Laut ini menjelaskan beberapa pangkat & orang kenamaan dahulu yang mendapat tittle & seterusnya mengharumkan nama Tanah Melayu masa itu. Ada jumpa monumen-monumen / pingat lama yang kita baru tengok masa tu, maknanya sebelum ini tak pernah tengok la.

Tak besar pun, buat bulatan 0 je. Dah selesai. Keluar la.

Puteri , Makchik nak beritahu dekat awak yang dekat dalam ini tertanam kpsul masa TLDM, nanti kapsul ini akan dibuka semula pada tahun 2030. Masa tu Makchik dah tua dah. Hikss!!

Kalau dah namanya cecikgu pun bawak anak kecik-kecik baru Sek Rendah , dedeme nie bukannya nak duduk lama-lama dalam ni. Janji masuk je. Yang tak masuk pun ramai. Selalunya cecikgu lelaki la. Duduk tengok pelatih sedang berkawad dekat padang kawad sebelah sana nun. Hurmm!! 

Buah Hati. Yang hujung tu Aida Dayana. Anak Cikgu Wan

Maskas Udara TLDM

Tak pasti apa yang Cik Ina buat dekat sini, tapi kiddos suka la naik. Apa tah abg navy nie dok pot pet-pot pet cerita , yang Cik Ina ingat la sampai sekarang 'kelajuan helikopter ini kan depend on kapasiti orang dalam tu'. Hahahah!! Maknanya tak boleh bawak ramai-ramai la ye. 

Kitorang sempat bergambar

Best sebab dapat tengok dekat-dekat. Gituh!! Selalu dengar bunyi heli atas bumbung rumah, macam dekat je. tanya la ada kecemasan ke yang bawak nenoneno macam tu. Abg tu cakap 'yg tu tengah latihan tu'. Oooooooooo!!! Berjemaah la Cik Ina dengan kiddos ber Oooooooo nya. Hikss. 😛.


Suri Hati Mr Pilot

Nie namanya salute sambil tutup mata. Menghayati sangat perasaan tu kan. Dulu kan, alaaaa sampai sekarang pun Cik Ina memang suka dengan orang yang berunit-uniform nie tau. Kalau ikut skala markat 3 kan,

1 ( Biasa sahaja) - Askar
2 (Suka) - Polis
3 (Sangatttttt Suka) - Navy.

Yeh!! Hahaha. 

Kaklong Anje dengan Dayana dah Form 2. Cepatnya masa berlalu
Nyaris la korang ni anak Cikgu, boleh la jumpa selalu. Kalau-kalau mama korang buat program sek. Nie masing-masing terperap je dalam rumah layan Hanguk (Korea) sangat!! Tak faham Makcik dengan korang berdua nie. 

KD Hang Tuah

Naik pun sebab nak tengok-tengok apa ada. Okay! Dah tengok. Cuma Cik Ina ada persoalan bagi civilian macam Cik Ina nie la kan. "Macam mana Heli nak mendarat atas Kapal nie? Dah ada logo H menandakan kawasan mendarat, tapi kalau ada palang besi ni tak ke tak boleh nak mendarat. Ooo, rupanya palang besi ini fleksibel, boleh bukak pasang balik. Sebab tu la ada jaring-jaring tu ye. Ooooo!! Still Ooooooo tu panjang. Sebab baru tahu. Hiksss!

Jalan kaki je nak ke KD Hng Tuah tu😉
Berangin je kalau jalan kaki tu. Angin sepoi-sepoi gitu kau. 


Cecikgu SKSP
 Cik Ina tak kenal sangat dengan cecikgu SKSP ini. Ada la 2 3 4 5 orang yang selalu hantar anak deorang ke rumah, kelas malam BI dengan Alang. Sambil-sambil tunggu menyembang la. Yang tu kenal la, yang lain tu takat tau nama la sebab Alang banyak cerita pasal sek. Pejam celik ko Alang dah hampir 13 tahun dah mengajar sek ini. Tak rasa nak pindah ke? Hikss!!

Komplek Pernama TLDM

Oooo, itu la kompleks nya. Okay. Jom bowling tournament. 
Busu main, boleh la dapat no!! Kalau harap Cik Ina, boleh menang jugak, pemenang masuk longkang jela. #SukanBukanJiwa.

Malam Dinner SKSP di Marina Island Resort

Malam dinner tak ada gambar. Hujan lebat, memang tak duga la kan. Kita just merancang. Band nyanyian pun alahaaiii!! Apatah lagi MC nya Pelawak Maharaja Lawak Mega dari Kedah tu sapa entah namanya. Tak kenal sebab Cik Ina tak tengok MLM tu. Cik Ina just memberi cadangan la lain kali cari MC informal yang tahu informal la. Pelik betul la MC dia. Hahaha!! 

Makanan,  banyakkk!! 

Makanan hotel. Sedap la kalau dah lapar. Tambah lagi hujan. 😋.

Okay, jom tidur. 

Eh!! Nak balik dah. Bye.

Tapi, nak singgah Lumut dulu, beli Puan Emak punya ikan masin ajaibnya tu. Puan emak muka mesti happy. Sebab ikan masin tu faberet kitorang tau. 
Okay la terasa nak masak ikan masin nenas gulai lemak la pulak. Hahahah.

K bye. Nak sambung Bab 1 semula. 


Sapa cakap gemuk. Siap la. 😏

Monday, 20 February 2017

:: Trip KTHO ke Pulau Langkawi ::


 6 - 9 Oktober 2016

Iye ! Tau dah, tahun ini dah 2017. Baru sekarang nak story, memang basi la dah. Hiks! Tapi tak kisah, tetap nak semat agar ia menjadi kenangan yang utuh tanpa sempadan pemisah. Biar ia menjadi kenangan terindah diakhir-akhir garisan sebagai seorang fefelos yang tak pernah kena confess dalam UKM confession. Hahaha!! Bersyukur tau tak. Harap-harap nama baik akan sentiasa dijaga. Nak pergi retreet ini pun dalam 3 4 5 juga la masuk dalam UKM Confession cakap KTHO guna duit pelajar.

Hurmmm, dik. Kalau lah adik tahu masalah-masalah yang kitorang fefelos hadapi, tentu adik tak cakap macam tu kan. Tapi tak kisah , bukan Cik Ina yang handle retreet KTHO ini, Cik Ina dah buat dalaman , so kita suruh felo lain yang handle. Kita nak pergi berjalan sambil berbincang akan satu tahun jadual perjalanan program KTHO ye. Sambil-sambil menyelam kita minum la air mun seteguk dua. Jalan-jalan ye. Hiikksss!!

Okay , jom mulakan pecutan penceritaan. Walaupun ejaan dan kosa kata adalah pada tahap darjah 5 sahaja, tapi tak kisah la. Janji MLA faham ye. Faham ye? Baik cakap faham. Yep yep karang. 😜.

Kitorang bertolak 6 Okt malam. Maknanya bermalam dalam bas la. Huisshh!! Dah 6 tahun tak naik bas, okay tipu. Pergi kursus PC dulu naik bas jugak. Hahaha. Alaaa nak cakap, satu tahun tu sekali la naik bas. Dia punya perasaan cuakkkk beb. Tambah pulak lalu terowong Kuala Kangsar tu, memang nervous. Nak seat sorang. Siap bawak bantal, senang nak luruskan kaki sambil-sambil bersila dekat 2 seat. Nampak tak? Hikss!! 

Bye 'Rumahku Surgaku'

Beg Mohabbatein memang banyak membantu la. Semua boleh sumbat dalam tu. Hikss!! Tapi, selepas kejadian ini, nampaknya lepas ini kena cari beg troli yang besar sikit saiznya. Ye!! Sepanjang perjalanan tak buat apa , pasang lagu & melayani social media yang jelas membuka mata sepanjang perjalanan. Bila dah boring scroll lama-lama, ahhhh!! Baik tidur. Nak tidur pun tak best !! Tak lena. Tu la sapa suruh tak bawak minyak panas. Dah tahu ekau tu bukan boleh kena sejuk lebih-lebih. Haissshh, ekau Zurina memang tak nak dengar kata kan??

Sesampainya kitorang dekat jeti Kuala Perlis, sarapan dulu! Feri bertolak jam 9 pagi. Okay , sambung tidur lagi. Eh! Apasal setiap perjalanan ekau tidur? Ohhh 1 Bateri hp mati dah, powerbank pun tak mampu beli. Ekau sadis ye. Hikss!!
Sampai jeti Dataran Kuah Pulau Langkawi , tunggu bas lamaaaaa sangat. Siap boleh berselfie beberapa das la senang cerita. Barulah bas hantar ke Sandy Beach Resort. Performm!!! 3 Tahun lepas buat dekat sini juga. Tapi masa tu Cik Ina belum jadi fefelos KTHO lagi masa tu. Bagi kunci , lepas tu!! Dushhh, melompat atas katil. Tidur lagi!! Eh! Eh!

Ni namanya katil ajaib
Boleh lena kau. Letak sat ja kepala, siap boleh mimpi. Mana tak ajaibnya? Dah bangun tau lapar. Itu mainan perut. Ahh!! Tidur lagi syok. Petang tu, kita bestt!!! Main bola tampar pantai dengan tema kain batikku, kain pelekat nya. Felo VS MEP. Haruslah Felo menang. Tak tahu la mereka sengaja kalah atau felo memang hebat bermain tipu-tipu. Hikss!! Cik Ina, jadi tukang kira je. Main? No way okay. 

Photo mana? Entah!! Dah banyak-banyak tu sampai tak tahu simpan dalam folder mana entah. Hikss!!

Malam itu, ada ikrar okay!


Sesi Ikrar & Amanat Ayahanda Dato' Pengetua
Alllllaaaaaaa, amanat tu 2 tahun lepas lagi biasa dah dengar. Cuma ada penambahan dalam tu. "Kolejku Kediamanku, Kediamanku Kebanggaanku". Hekk!!! Iyoo la tu Dato'. Harap-harap direalisasikan la. Macam tahun lepas "1 MEP, 1 Program", tapi tahun ini berbeza banyakkkkkkkk sangat. Sedang felo pun blurrr pada mulanya, apatah lagi MEP. Tapi, rasanya semua dah memahami makna disebalik tema sesi 2016/2017 ini ye. Yesss!!!

Okay, selesai malam pertama. Jom supper. Dato' belanja makan. Hahaha!!
Sedap weh, Cik Ina makan Ketiau Ladna. Tapi nak cerita la, malam tu kitorang jumpa serang artis ini , sapa ke namanya !! Alamak, sapa ke namanya. Ahh, tak ingat sangat ni. Dulu famous la, sekarang pun famous. Artis kan. Beria Puan Dila kita nak bergambar, kita layankan. Selamat la artis tu tak sombong kekwat, yang kekwatnya fefelos pulak. Hahaha. Korang pun.

Okay selesai hari pertama.

Sambung.

Hari Kedua 

Well , di hari kedua. Perancangannya banyak sangat tau. Banyak. Tapi tula , kita merancang. Allah jua la yang menentukan. Ha! Macam itu mukadimahnya. 

Langkawi SkyCab & 3D Art Langkawi

Semua tau ini tarikan utama. Kalau datang ke sini, tak sah okay kalau tak masuk sini. Nak lagi detail , boleh search official website dia la. Cik Ina tetiba tak dak masa nak taip banyak-banyak. Mengantuk dah ni, dah jam 1;12 am dah nie. Hahahah!! 

As usual , tinggi - tinggi macam tu ingat Cik Ina suka ke? Ahh!! Boleh la. Layankan jela. 
Acahhh fefelos Vogue
 Dah over bergambar banyak-banyak dengan fefelos , MEP semua. Kita dah melihat panorama yang indah , laut biru yang terbentang , air terjun di sisi kanan kalau nak naik keatas, check point berbeza-beza. Ikut la, nak turun ke taknak turun. Dah penat. Okay!! Jommmmm. Tengok 3D Art. Pun pening. Hahaha!! 

Bye SkyCab
Rupanya seharian dekat situ , tak ada masa nak pergi Beras Terbakar , makan Mahsuri et al tempat-tempat lain. Well , bagi Cik Ina yang dah pergi beberapa kali, tak ada la rasa kesal ! Tapi, tak best la. Nak berphotolicoius  dengan deorang. Tapi, masa tak mengizikan kita. Petang ini dah ada pertandingan macam-macam. MEP dah prepare acara sukaneka. Follow jela.

Dedek Cik Ina. MEP Nad & MEP Faz
Petang tu, kitorang ada acara sukaneka. Joint la. Kumpulan Cik Ina dapat No 1. Nampak tak mainannya dekat situ. Sebab main tipu. Percayalah. Kitorang gun tudung botol utk penuhkan air laut dalam botol tu. Takpun, basahan tudung, then perah. Ah!! Semua group main tipu. Haaa! Yang sebenarnya hadiahnya sama je. Siap share makan time meeting seterusnya. Motifff sangat beria nak menang. Hahaaaa.

Malamnya , malam gala gemilang dengan tema Kesultanan Melayu Kedah Tua. Gituhhh !!! So, ramai la menjadikan kain batik sebagai pakaian utama. Eh! Tu je yang korang fikirkan. Sama la. Hahaha!

Cik Ina dan MEP sesi 2016/2017
Selesai Malam Gala Gemilang , kitorang pergi lagi sekali jalan-jalan pantai et al. Lastnya berhenti kedai yang sama, pekena teh ais segelas. Hikkss!! Tu la faktor kegemukkan. Tak ada kesedaran. Fullstop!

Selesai Hari Kedua.

Kita continue hari Ketiga which is last day.

Baru la merasa breakfast sebab semalam dah terlajak laris sangat! Biasa jela. Tinggal belen-belen jugak la sebab dah lewat. Lepas tu sempat la bergambar dipantai. 
Cik Ina, Acer , Ajuten Mazhar & Puan Dila

Haaaa. Jom acer kita selfie . Cik Ina tak ada lagi gambar kita berdua. Hurmmm!! Sampai kesudah tak ada. Ada je sejenis manusia yang nak masuk sekali mengabadikan bersama. Haisshh korang berdua nie kan.


Nampak happynya disitu

Sebabkan dari tahun 1 lagi mereka dah kenal Cik Ina & Cik Ina pun selesa. Apa kata kita tambahkan keselesaan kita dengan menjadi satu team! Team berprogram untuk KTHO. Tapi , kalau salah kena jugak. Time enjoy, kita enjoy. Time buat program , harus menyeluruh & tanpa prejudis. Time merasai pengalaman menjayakan program , sila bangga diri dalam erti kata bahagia dengan pencapaian kamu ye. 

Bukan bangga maksudnya kepala dongak langit, bukan. Bukan. Hahahaah!!

Dongak Langit seperti gambar ini ye. 

Gambar diatas sebab ada sejenis manusia yang mengajar Cik Ina Kalau tak memang tak reti la. Aje yang haru biru!!

Beliau lah kaki merapu yang ajar posing merepek-repek. 
.
.
.
.



Beliau ini la. Felo Annsschapppppppp

Okay. Jom. Jom. Gerak. 


Kilim Geoforest Park 

Datang sebab wajib jugak. Tak sah tak pergi. Haaa laaa. 

Felo Hidir, Felo Reyl , Felo Nida , Felo Zety
Wefie together. Tak pernah tak suka. 
Best !! 

Deorang ni bukannya beri tumpuan terhadap penjelasan yang adik ni bagi . Boleh buat ala-ala Gerak Khas sebab dipaksanya adik boat nie speed laju, berlumba diorang. Tu la penjelasan disebalik kenapa Cik Ina seorang je yang pakai life jacket. Wehh!! Aku ada pengalaman kot balik Pulau Redang bulan lepas, nyaris speed boat nak terbalik. Okay!! 

Pengalaman ngeri okay.  
Pembuktian kitorang dah sampai KILIM 
Tetiba rindu Kilim. Sebab Cik Ina kan minat benda-benda macam ini. 
Rindu tak pasal-pasal pulak. Haaiisshh!!

Selesaiii!! Jom singgah Komplek HG. Haa! Syurga coklat. Jomm!!

Belikan anak buah yang asyik mengorder je!! 

Okay la.

Bye.

Eh! Sebelum tu. Ucapan please!!

"Cik Ina mendoakan semester 1 & 2 sesi 2016/2017 memberikan pengalaman berharga , menjadikan Cik Ina lebih dewasa & matang dalam membuat keputusan. Menjadi seorang leader yang bukan sahaja memberi arahan tapi juga bersama-sama turun padang. Yang paling penting, kita enjoy walaupun masalah di KTHO tak pernah nak selesai sepenuhnya. Hikss!!

Jangan lupa tema!!

"Kolejku Kediamanku, Kediamanku Kebanggaanku"
Tuan Belog beri PEACE terakhir

Friday, 17 February 2017

:: Scaling gigi - Dunia Terbalik ::


Yehaaaa!!!  

Orang pertama yang mendaftar

Bukan nak cakap apa la , Cik Ina dengan ubat , mesin-mesin masuk-masuk perut, mulut, badan memang tak la kan. Cadangannya ! Cadang baru , tahun ini nak pakai braces , almaklum la si kakak dah 2 tahun pakai , rilek je dia. Dah la dia paling penakut , tapi dia boleh pakai braces. Sekarang , gigi MakYang dah teratur . Yehhh!!! Dah boleh ngorat abg polis dah lepas ni. Cik Ina dengan penuh rasa kesungguhannya buat la appoinment dengan PK (Pusat Kesihatan) UKM sebulan yang lalu.

Sepatutnya tarikh scaling hari Rabu , tapi Rabu tu Abg Dr semua meeting , so tunda hari Jumaat pagi, 8.30 pagi. Nak tahu kegelabahannya macam mana, dari hari Rabu minggu lepas dah tak lena tidur. Sampai bawak ke mimpi. Sebab baca blog orang cakap sakit, berdarah. Macam-macam la. Sampai member fefelos pun cakap benda yang sama. Aishhh!! Baru nak scaling. Belum braces lagi. Ayoyoyoyo. Amma.

Well, family Cik Ina memang takut jumpa Dr gigi. Tak tahu la kenapa. Kalau tak caya, cuba tanya Alang. Hahaha. Tapi, sebab dah buat appoinment sebulan lepas, sambil dah berniat nak pastikan karang gigi dibuang, gigih la pergi jugak. Sampai PK jam 8.20 pagi, daftar diri. Woww!! Orang pertama. Tunggu Dr Sam sampai. Jam 9.05 pagi macam tu, dah kena panggil. Emakkkk!!

Bukti tau. Jangan kata tak scaling, siap up dalam group family. Bangga

Masuk bagi salam. Dr Sam tu Cina, ahhh. Lantak la. 

Ayat pertama " Saya takut nie"

'It's okay.'

Ciss!! Tu je. Kalau gitu, Leesya Chot pun boleh cakap 'Alaaa MakChik, okay'. Ciss!! Dr nie tak tahu ke Cik Ina dengar gerudi-gerudi pun dah cuak. Blahhh la Dr, tak memberi semangat langsung. Kena baring , nganga luas-luas. Lepas tu entah apa yang Dr Sam ini cakap pasal gigi Cik Ina. Yang sorang lagi dok tulis apa entah. 

Dengar-dengar je, dah kena 2 tampalan baru. 

Aikkk kejapnya. Tak. Rupanya baru tampal. Scaling belum lagi. Emakkk!!

Baru la proses scaling. Percayalah sepanjang scaling Cik Ina pejam mata, dahi kerut 1000 kot. Sampai mengeletar badan semua. Kaki dah terangkat dah. Dah tak tahan ngilu, buat isyarat tangan. STOP. Rilex je Dr Sam tu ' rilex'. Hekelehhh!! Dia dok cuci, buat nehen je dengan kekerutan dan kepejaman mata menunjukkan tahap skala takut tu tinggi. Cepat la Ya Allah, cepat la.

Lama-lama eh, syok la. Tapi rasa pedih sikit. Apasal. Tapi syok. 

Selesai. Suruh kumur. Masa nak kumur tu buang dulu yang ada dalam mulut ni. Ya Allah darah pekat. Okay nak pengsan. Dia tak tahu ke Cik Ina nie penakut darah pekat? Hahaha, tentu la tak tahu. Dah berpinar bijik mata dibuatnya. Dapat ubat kumur, dia suruh balik. Ek!! Gitu je.

Okay.

Tapi darah still bleeding dalam mulut sebab terasa rasa je masuk tekak. Aikk!!
Pergi toilet, kumur banyak kali. Sampai rasa okay. Yes!!
Mula-mula rasa ringan je gigi. Macam re-born la gigi Cik Ina. Wowww!! macam ini rasanya cuci gigi ye?? Best!! Best!!
Nak cuci lagi la lepas 6 bulan nie. Hehehe!!

Yang dok momokkan dengan kesakitan tu kan, sebenarnya nak cakap sakit macam mana ye? Sakit sekejap. Lebih banyak ngilu sebenarnya daripada rasa sakit. Cuma tak biasa mesin gerudi tu dimain-mainkan dengan gigi kita. Macam tu la rasanya. Nak adapt sekejap je mesin gerudi tu dekat gigi, lepas tu otak dah proses cakap kita ngilu je. Tak sakit aihh!! Pergi scaling gigi. Jangan tunggu sampai gigi rosak. Yang sebenarnya pun untuk kesihatan kita jugak. Kalau tak cuci gigi, nafas berbau. Kita pun tak selesa nak cakap dengan orang lain. Eh!! Berceramah pulak.

Okay, dah!! Pergi buat appoinment scaling gigi. Okay.

Nampaknya macam kena hold dulu je braces!! Hahaha!!

Sejenis muka pasrah
Yeha!!! Rasa gigi baru re-born. Tak nak makan la. Sayang. 

Thursday, 16 February 2017

:: Interview Fefelos KTHO ::


:: 3 Tahun menjadi Felo KTHO, 2x join interview Felo ::

Well said , masa Cik Ina jadi felo KTHO. Tak merasai pengalaman kena soal banyak-banyak. Cik Ina kena interview dengan Dato' Samsu je dekat office. Masa tu kan , kakak office semua over , bising-bising dekat luar tu. Entah apa yang disembangkan sampai dengan dalam bilik Dato'. Lepas habis interview, ayat klise la tu "Okay Terima Kasih, sekiranya dapat panggilan, itu tandanya awak layak menjadi sebahagian daripada penghuni KTHO".

Ayat diatas, ayat klise. Sebab 2x dah interview fefelos yang lain. Ayat tu la yang kitorang guna. bhahahaha. Tapi kali ini punya pilihan , kesukarannya berada di skala 2 jela. Sebab memang ada yang menjadi aim kononnya. Kali ini punya interview , Cik Ina tak ada la menyoal. Eh! Tahun lepas pun mana ada Cik Ina soal. Cik Ina menjadi tukang rekod markah jela. Bendahari kan dulu. Sesi  2016/2017 baru up sikit, Timbalan Felo. Hiksss!! Eh, gila jawatan ke apa nie. Pemangku Bendahari pun nak!!. Hahaha. Kali ini pulak, siap bawak laptop sekali sebab tengah buat minutes meeting "Projek Buku 2017". Tak pasal-pasal habis meeting tadi, kena suruh buat minutes. Eh! Motif sangat! Tapi,  boleh je. 

Interviewer

 Proses interview adalah seperti sebelum-sebelum ini kan. Masuk 10 orang sekali. Eh ! Ramai nak jadi felo KTHO ye. Korang tak tahu ke, fefelos KTHO selalu kena kecam dalam UKM Confess. Tapi secara individual la. Cik Ina tak pernah lagi kena confess. Selalu kena tula, Zety, Hidir tentu la pasal jawatan felo kanannya tu, Reyl tentulah pasal style Koreanya, yang lain pulak punya confess adalah secara overall. Macam bila kita buat sportcheck, haaaa!!! 5-10 confess pasal benda tu. 

Berani ke bakal fefelos ? 

Confess tu tak larat nak layan dah . Kena layan benda lain , program yang semakin hambar , pelajar yang banyak songeh. Kejap nak duduk atas, kejap nak bawah. Yang masalah dengan roomate et al. Larat ke nak layan ? 

Itu baru sikit. 

2 in 1
 Soalan selalunya telah di standart kan dulu-dulu lagi. Pasal KRA , program , solan-soalan GST tak ada ya dalam interview ini . Soalan banyak berkaitan dengan UKM dan Kolej Tun Hussein Onn. Elemen-elemen politik tidak dimasukkan di dalam temuduga. 

Dato' Samsu , En Basir (Timbalan Pengetua), En Said , Barisan Felo lama
 Selesai interview selama sejam lebih , dah boleh buat kiraan markah . Dah boleh agak dah sebenarnya. Well !!! Barisan felo sendiri kena bincang semula portfolio masing-masing , pembahagian program mega kolej , pegawai insiden blok et al. Hahh!! Tradisinya begini ye. 

Sebahagiannya
Well said , bakal felo kali ini kan ada yang pernah mewakili Universiti ke Luar Negara bagi program itu ini , pernah menjuarai itu ini dan yang paling penting pernah buat program havoc. Itu sangat membantu la. Tahniah kepada yang berjaya. 
Felo Aisyah , Felo Jihah , Felo Yap , Felo Zahin.

Tahniah.

Selamat menjadi fefelos KTHO.

Jangan lupa trademark felo-felo "Jom bersosial".


Tuesday, 14 February 2017

:: Koperasi Gemilang KTHO ::


'Dalam Penubuhan'

Fuhhh !! Rasanya yang paling hectic sepanjang menjadi seorang felo KTHO adalah untuk menubuhkan satu koperasi kolej. Bayangkanlah , Cik Ina bukanlah siapa-siapa yang tahu tentang prosedur itu ini tentang cara menubuhkan koperasi. Tiba-tiba nama kita naik, "okay, Ina cuba try contact SKM (Suruhanjaya Koperasi) okay. Cuba semula permohonan sekali lagi. Kisahnya sebelum ini adalah seorang individu yang katanya 'pandaiiiiiii sangat nak menubuhkan koperasi, dalam masa sebulan dah boleh setel semuanya'. Atas tiket percaya, KTHO tanpa teragak-agak membayarlah sejumlah amaun yang diminta. Maka buat la kita MAP (Mesyuarat Agung Koperasi). Rupanya MAP ini kan lasssssssttttttt sekali bila mana proses-proses sewaktu penubuhan selesai. Dah kenapa mula-mula dah buat MAP? Masa itukan, call tak angkat, mesej tak reply, lepas tu kan En H* tu datang office, muka macam balak mati je. Sebabkan dia. Kita pulak yang kena marah. Geramm!!!

Dah tu, En H* (Okay la, bagitau jela nama dia. En Harisi) ni kan selalu introduce diri dia "Saya Dr Harisi". Perghh!! Mangkuk. Dia tak tahu ke? Nak siapkan proposal pun makan masa 9 bulan. Itu belum lagi dengan masalah-masalah kemudian hari. Siapa percaya dengan En Harisi ini memang BM dia Gred F dulu. Hahaha!! Eh! Eh! Marah pulak kita kan. 

Okay! Okay! Kita mulakan penceritaan semula. Yg tadi tu mukadimah. Pengajarannya, jangan mudah percaya dekat orang walaupun senegeri! Harus letakkan diri dalam keadaan berwaspada. 

Kali ini biar Cik Ina handle dari A - Z. Kalau gagal penubuhan koperasi ini, maknanya GAGAL la Cik Ina. Kalau berjaya, mohon kreditkan nama Cik Ina ye. Jangan la pulak puji manusia lain. Dah duit habis, tenaga habis, masa habis. Semua la. Jangan jadi macam jurnal! Tak memasal letak nama orang lain. Itu tak jujur tu. Etika 0 . Eh! Eh! Membebel lagi. Okay. Jom.

Kali pertama ken ke SKM, Shah Alam. Make an appoinment dengan Puan Sarah. Cik Ina nak tahu prosedur memohon & maklumat-maklumat penting. Do's & Don't make it. Selepas discussion dalam sejam lebih, dah bersemangat dah nak mendaftar. Daftar online. Isi maklumat lengkap di portal online SKM apponline.skm.gov.my . Bagi permohonan baru, kena 'Daftar Pengguna Baru'. Seterunya click dekat 'Permohonan Penubuhan Koperasi'

Bodyguard Peneman ke SKM Shah Alam

Langkah Pertama:
apponline.skm.gov.my - Permohonan Penubuhan Koperasi - Daftar Pengguna 
Baru

Isi lengkap maklumat dibawah:

1. Pra-Syarat Dan Terma
2. Maklumat Asas Koperasi
3. Aktiviti Koperasi
4. Maklumat Pemohon (3 org)
5. Semakan Dan Perakuan
5. Selesai

Kertas Konsep Koperasi Gemilang KTHO

Penting: Jangan lupa sediakan Kertas Konsep Penubuhan Koperasi. Kertas konsep ini macam Proposal Tesis kita la senang cerita. Buat dalam 30 pages! Selesai. Submit. Tunggu la dalam beberapa bulanuntuk diproses. 

Masa Cik Ina selesaikan semua urusan pendaftaran online hanya memakan masa 2 minggu sahaja. Maklum la, asyik call Puan Sarah SKM tu tanya macam mana permohonan. Selang 2 hari call. Mungkin dia jemu layan Cik Ina. Hikss!! Akhirnya dapat result Layak. Yehaa!!

Koperasi Gemilang Kolej Tun Hussein Onn UKM Berhad (Dalam Penubuhan)

Kena ingat ya, kalau dalam penubuhan kita tak boleh menjana pendapatan. Tak boleh declare itu duit koperasi. Walhal kita dah jana banyak dah. Hikss!! Next step ini lagi mencabar sebenarnya. Cik Ina kena berhubung dengan individu lain pulak. En Zaki & Puan Hariani (Pejabat SKM Wilayah Hulu Langat / Gombak). Both , okay. Melayan je. Senang dibawa berbincang. Masih lagi make an appoinment, bincang itu ini. Discuss - discuss - discuss!! Kena isi bornag yang bapak maha banyak menggunakan ballpen hitam dan kemudian ditaip semula. Ya!! Kerja yang amat leceh. Salah sikit , kena print baru. Ahh!! Tension nak mengisi borang. Dah lah maklumat kena detail sedetail-detailnya. Salah isi, mereput engkau sorang-sorang. Sign pun macam tu jugak. Yang paling penting, kena mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) dalam masa 3 bulan. Lagi pening. Mana nak cari 60 orang pelajar yang masa itu sedang exam? Nak design logo & singage bilik koperasi & Bilik Operasi. 

Salah satu contoh penjanaan Koperasi adalah dengan bayaran Parcel pelajar

Lecehhhhhhhh sangat !!

Finally , kita dah adakan MAP, dah melantik ALK (Ahli Lembaga Koperasi), kita dah minta Ahli Koperasi isi borang itu ini. Kita pun dah masukkan nama semua dalam sistem. Kita pun pengsan!! Hahahah!!

Borang-borang yang diisi banyak-banyak tu kena re-type semula. 2x ganda leceh. Then Cik Ina rasa dah lengkap semua, pergi SKM Hulu Langat, nak hantar borang. Kali pertama pergi, reject!! Ah!! Stresss kau nyah. Sebab 1 borang sign ALK tak lengkap. Apasal! Apasal????? Kali kedua hantar, Alhamdulillah. Diterima untuk disubmit ke HQ SKM. Okay!! Dah boleh tarik nafas lega dah. Syukur. Tak perlu lagi datang SKM. Call tiap-tiap selang 2 hari. Menghadap borang-borang yang banyak macam nak pengsan. Lepas hantar borang, boleh berhenti ke IKEA. Tanda bahagia. Nampak tak tu?

So, sekarang ini tunggu prosessss lagi. Katanya keputusan boleh diketahui selepas 3 bulan. Okay. Lega. Yang tak leganya bila Dato' asyik tanya 'Koperasi macam mana?'. Cik Ina jawab 'Masih dalam proses'. Lah betul la. Jangan la tiap kali jumpa asyik tanya koperasi je. Nampaknya muka Cik Ina ni muka koperasi ke? Lepas ini nak letak jawatan koperasi. Hahaha. Okay, gurau.
Apa yang seronoknya, Cik Ina dah tahu dari A-Z prosedurnya. Boleh la kalau kolej lain nak minta tolong. Ewahh!! Offer diri pulak ye. Hikss!!

Sebenarnya ia pengalaman buat Cik Ina & ia melelahkan tapi membahagiakan sebab ilmu itu mahal harganya. Bye.