Wednesday, 4 January 2017

= 2017 & Love =


:: 2017 Peransang Kejayaan & Angan -angan ::


Salah satu azam adalah "Kurus". Gila Tipu. 
Assalamualaikum 2017. Harapannya moga Tahun ini tahun terbaik buat Cik Ina dan kehidupan. Agar liku-liku perjalanan untuk mencapai 2017 menyusuri dengan jayanya. Hai, Cik Ina tak ada azam spesifik macam rakan-rakan yang lain, tapi ada la mun satu dua yang menjadi igauan malam-malam lelap mimpi Cik Ina. Alahaaaiii !! 2017 sebenarnya membuka lembaran baru dengan rencah cerita yang pelbagai. Salah satu azam Cik Ina kan adalah untuk menstorikan semua kisah suka duka perjalanan kehidupan dekat blog jorenpena nie la. Alaaa dekat mana lah lagi tempat meluahkan rasa kalau bukan disini . Tapi semenjak dua menjak ini kan, macam dah banyak yang Cik Ina tak share , tengok la dah masuk 2017 , kisah jenjoli sakan tak update pun . Kata nak jadikan kenangan abadi. 

Azam lain , nanti- nanti la . Tak lari gunung dikejar , konon ! 

Rasa macam nak recap balik Sejarah dan kenangan 2016

Boleh tak MLA ? Boleh ye . Alhmadulillah. 

Kalau imbas kembali Sejarah 2016 , semestinya ada manis , ada pahitnya , tak lupa jugak masam masinnya . Tapi itu semua tak mematahkan semangat kita mungkin. Yela , kita ini ada tiang agama yang mendokong , kalau kata kita putus harapan, padaNya la tempat kita berserah, tak gitu MLA ? Kalau tak pun, kepada keluarga tempat kita mencurahkan rasa yang pelbagai. 

Awal tahun 2016 , Cik Ina ke Singapore. Yehaaa !! Berjalan sakan oii . Semua pergi , dari naik MRT laju , pergi la bergambar sana sini . Pergi makan murtabak Singapore , deorang kata tak sah kalu pergi sana tak rasa makanan deorang . Yang kecewanya tak dapat makan Sup Merah Gear Box . Tak dan. Makanya , Cik Ina dah macam kira azam pulak , satu tahun , 1 kali menjejakkan kaki ke Luar Negara walaupun Negara Sebelah . Yehaa !! Tapi , tahun ini masih tak planning nak pergi mana . Cadangnya Thailand . Kot laaaaaaa.

Awal tahun pun sedih jugak . Tetiba Puan Emak didiagnosiskan ada ketumbuhan dekat pangkal nonok. Nonok dalam erti kata kemaluan wanita. Nonok tu bagi bunyi tak mencarut je. Nanti anak buah terikut-ikut, tak ke bunyi nonok tu comel je. Hahaha ! Ishh, memang dukacita kami sekeluarga . Memikirkan kesakitan Puan Emak dan kewangan yang diperlukan untuk pembedahan di KPJ. Alhamdulillah, pembedahan Puan emak selesai. Lepas selesai semua-semuakan , kitorang decide nak buat kenduri mun setalam dua untuk Puan Emak & arwah Abah. Alhamdulillah, termakbul semuanya. Moga-moa Puan emak sentiasa sihat wal-afiat , tak sakit-sakit, boleh jalan sana - sini , boleh solat seperti hari-hari biasanya.  Hurmmm !! Kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. 

"Emak, Tahun ini nak apa pulak? Gelang. Cincin. Dah. Nak apa lagi? Bagitau je. Orang belanja."

Okay la , tak nak cerita sedih- sedih la kalau gitu . Cik Ina nak cerita best - best punya kenangan. Pejam celik rupanya tahun ini kitorang dah berfamily day 2x kot. Sekali masa bulan Februari dekat Cameron Highlands , sekali lagi hujung tahun ini la pergi Johor Bahru. 

Tahun 2016 jugak membawa Cik Ina ke 3 buah Negeri yang berbeza , minggu berturut-turut . Dalam Sejarah , Cik Ina prepare siap-siap baju dalam 3 beg yang berbeza. Minggu pertama Cik Ina ke Tasik Chini , Pahang atas urusan belajar , sampai bilik senja, mandi salin baju terus tarik beg troli menuju ke Panggung Seni untuk naik bas ke Kg Jerek, Gua Musang, Kelantan untuk urusan Program Baksis (Bakti Siswa ke Kg Jerek) selama seminggu , lepas itu sampai-sampai . Buat perkara yang sama, mandi -salin baju terus ke Ismah Beach Resort, Melaka untuk program Projek Siswi 1.0 . Hahhhhh ! Engkau . 

Hah, kumpul-kumpul baju semua , 3 kali basuh baju guna mesin basuh . Gigih . Sampai sakit-sakit kaki bengkak , muka bengkak -bengkak. Finally, seminggu demam  dekat bilik. Nak bangun pun tak larat . Minta tolong Cik Riya urutkan semua badan-badan . Pengajaran daripada kisah perjalanan Pahang - Kelantan - Melaka adalah "Takyah over sangat semua ko nak sertai ye".

Sebelum raya kan , geng Bff Gediks kata nak jalan-jalan Pulau . Kata nak spend time together. Okay ! Cik Ina on , tapi taknak organize okay . Okay. Bagus deorang ini mendengar kata. Finally , kitorang mencapai kata sepakat "Pulau Redang, here we come". Kiranya, Sejarah tercipta . Kaki jejak jugak akhirnya ke Negeri Terengganu. Terengganu la yang Cik Ina paling paling paling takut nak pergi. Akhirnya pergi jugak. Hahahaha! Poyosss!!

Lepas Terengganu , kita discuss sesama Felo MEP kita akan ke Pulau Langkawi . Okay! Hitam . Fine . Muka aku pun memang muka hitam , mana mungkin akan cerah secerah muka Tiz Zaqyah ? Best !!!! Pusing sebulatan la Pulau Langkawi tu . 

Ingatkan setel jalan-jalan , dapat call dari family "Jom, Makchik. Marina Island".

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal , Jommmmmmmmm!!

Bahagianya hidup bila mana Mood Family Vacation ON. Johor . Cik Ina nak datang sekali lagi ke Legoland , terima ye. terima Ye. 

Last , for 2016 mood jalan-jalan On. 

Tadom Hill. Okay . Selesai.

Bila Check balikkan . Eh ! Tiap bulan aku berjalan ke sana ke mari. Kata duduk memerap dalam bilik , no life , phd student life stand for L. OMG , Cik Ina kaki temberang la nie. Kata sendirian mengisi kekosongan jiwa. Walhal kehulu ke hilir tak bertepian . Lepa sikit . Hilang la dari kolej , bila ditanya kemana, jawapan mudah mencari identiti diri. Cittt !!

 Okay la, kita sambung berangan buat azam jom.