Friday, 30 September 2016

:: Bengkel Penulisan Artikel Jurnal ::


Bengkel Penulisan Artikel Jurnal Pelajar Siswazah
Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan
25 Ogos 2016


Pelajar Siswazah dibawah seliaan Puan Penyelia wajib hadir dengan berbekalkan sorang satu jurnal belum terbit. Katanya nak diterbitkan di mana-mana Jurnal yang berkaitan. Best sangat. UKM sahaja di bawah FSSK ada banyak jurnal yang berindex seperti Akademika, 3L, e-Bangi. Waahhh!!!
Terus rasa bangga jadi pelajar PPSPP, FSSK, UKM.

Haaaa gituhh!!!

Cik Ina dah Mekyu

Di FSSK, ada beberapa Jurnal yang boleh dimajukan untuk diterbitkan, tapi kena tengok syarat-syarat kelayakan ye. Bukan boleh terbit senang-senang je, ada step by step dia la. 

Antara jurnal pilihan adalah:

Jurnal Geografia
Jurnal 3L
Jurnal GEMA Online
Jurnal Komunikasi
Jurnal Akademika
Jurnal e-Bangi
Jurnal Jebat
Jurnal Melayu
Jurnal Psikologi Malaysia
Jurnal Geografia

Pelajar Dr Bib seramai 13 orang, jadi kitorang ada 'support group' yang sangat membantu. Cik Ina nie kira adik la sebab junior deorang. Deorang dah 2 3 4 tahun dah, Cik Ina baru Sem 3, tahun 2 gitu. Adik lagi la. Proposal pun tak defend lagi. Gituhhh!! So, kalau ada apa-apa masalah terus tanya dalam group, kalau takpun private message la. 

Sebahagian team Penyelia Dr Bib

Banyak input yang Cik Ina dapat dalam bengkel ini. Dah boleh fikir nak hantar junal berimpak dekat mana, syarat-syarat penghantaran, gaya penulisan setiap jurnal adalah berbeza. Begitu juga dengan bayaran. Ahhh.

Puan Penyelia Prof Madya Dr. Habibah Ahmad

Puan Penyelia yang banyak membantu Cik Ina. Sewaktu jatuh tak bangun, sewaktu hampir ke penghujungnya Master & sewaktu dengannya. Dr Bib yang jiwanya seperti emak-emak, marah pada tempatnya. Yang pasti suka membebel sikit. Hahaha! Tapi, itu lah, kalau taknya sambil lewa je Cik Ina nie. Suka berangan. Ayat yang selalu CIk Ina dapat "Zurina ni suka perap dia punya tesis", hahahahah. Yang sebenarnya Cik Ina tak yakin dengan Cik Ina punya bahan. Duluuu la. Sekarang yakin dah. Bhahahaha.



Selesai sesi pagi, bawa ke sesi petang iaitu pembentangan jurnal pelajar,
waaaa, malu rasanya nak present paper kita. Paper deorang dalam BI, term perkataan yang digunakan pun tak pernah dengar, melangut Cik Ina gitu. Haha, okay la. 

Selesai. Kena kemaskini susunan ayat dalam jurnal,
banyak yang perlu dibetulkan untuk satu jurnal yang entah bila dapat proceed ke next step. Tak apa, itulah bayaran & harga seorang pelajar. Mungkin.

Alhamdulillah atas ilmu yang tak ternilai ini. Amin.




:: Kursus Pra-Induksi MEP KTHO ::



Bilik Mesyuarat Kolej Tun Hussein Onn 
20 -21 Ogos 2016


Fuhh!!! Tarik nafas, hembus. Tarik nafas..Hembus. Buat gaya macam kita ajar budak sekolah  rendah ye. Hah!! Penat tak terhingga sebab program dan kem tanpa henti. Tapi tak apa, itu yang Cik Ina nakkan. Kata nak mencabar kelaziman diri yang sentiasa dalam mood mudah je. Sekali kena suruh pergi buat itu ini, memang semput tak ingat dunia punya ye. Hahaha.

Sebenarnya Cik Ina punya cadangan asal adalah Kursus Pra-Induksi MEP diadakan sebelum Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) manakala retreet antara pentadbirannfelo dan MEP adalah selepas MMM. Mana Cik Ina tahu bila selesai MMM, apa jua program yang melibatkan keluar dari UKM, belanjawan akan ber'masalah'. Huh. 

Presentation dari wakil PPMPA

Nampaknya tahun depan, jangan buat macam tu lagi, kena pastikan pra-induksi 2 hari, hari ketiga sampai ke-5 baru terus pergi retreet kekolejan. Okay.

Hari Sabtu 20 hb kita buat presentation sahaja daripada wakil bendahari, wakil PPMPA berhubung dengan program, belanjawan dan prosedur lain-lain. Cik Ina mengharapkan agar mereka MEP memahami lah setiap prosedur yang telah ditetapkan oleh UKM. Taknak lagi lepas ini cakap, kenapa SPI tak lepaskan proposal. Yela, sebab kena tahu prosedur. Bukan hari ini pload, esok dapat keputusan. Pihak PPMPA pun kena bermesyuarat dulu. Lain-lain hal lagi.

Hari Ahad 21 pula, presentation setiap MEP akan program yang bakal dilakukan, sambil itu takwim kolej dah diisi oleh semua MEP. Prasyarat untuk memastikan program mereka layak dan boleh diteruskan adalah memasukkan elemen 'aktivasi blok'.  Penghujungnya, kebanyakkan daripada program mereka akan 'tak lepas'. Cik Ina pun pening. Hahaha.

Akhirnya, selesai. Cik Ina pun stress!!

Persoalan yang sentiasa bermain difikiran

"Bagaimana nak masukkan elemen 'aktivasi blok' dalam program akademik?"

Tuan Belog yang cenging gituhh!!


Okay la. 

Bye.


:: Kem Pemudahcara (PC) UKM ::



Kursus Kem PC di Kem Bina Negara Kuala Lipis
16 - 19 Ogos 2016


Memang berturut-turut tau urusan fefelos KTHO. Kali ini Cik Ina yang akan mewakilkan felo KTHO yang lain ditemani dengan felo Acap. Kononnya turut serta menjadi fasilitator. 1 kolej hantar 2 wakil. Ayokkk!! Kena pula masa ini Cik Ina punya turn. Kali ini dekat Kuala Lipis je, tahun lepas dekat Terengganu.
Havoc gila team fefelos yang pergi. Siap buat group whatapps sampailah ada tagline #KakakConcern #UKMOcemEmmDapNgat

Pening kau tengok taglinenya. Akak pun sama. 


#IPD 4
Cik Ina dapat Kumpulan 4 yang mana tugasannya kena pergi ke IPD.
Emakkkkkkkk. Boleh masuk ke? Tapi, memang ini satu task mencabar la. Cik Ina pun tak pernah terfikir nak buat macam ini. No hp. No money. Sehelai sepinggang pergi ke tempat tu. Buat buku skrap. Kena pandai cari duit untuk survive satu hari. Hurmmm, menarik sangat.

Ditambah dengan menariknya, setiap fasi iaitu felo akan dijadikan sebagai bebanan kepada kumpulan tersebut. Mesti kena pastikan kebajikan fasi kumpulan masing-masing. Hahahaha. Task pulak tu berbeza-beza. Tapi, believe it, ia memang memberi impak besar pada makna 'Kerja Kumpulan'.

Bersama Tuan Amir 

Tuan Amir merupakan pegawai yang bertanggungjawab membantu kitorang. Siap minta belanja makan dan hantar kitorang pulang ke Kem Bina Negara. Hahaha. Team IPD 4 semuanya lain kolej, lain fakulti & yang pasti baru kenal dekat sini. Sangat bekerjasama. Sebagai Princess yang dijaga, Cik Ina seronok dapat team dengan deorang. Hahaha.

Memerhatikan Team IPD 4 menyiapkan buku skrap

Kitorang dapat maklumat lengkap siap dah. Team terbaik dalam Sejarah Asia Timur Tengah. Yehaaaaaaa.

Barisan Felo Kediaman UKM

Cik Ina kenal dekat Kem Felo, kenalan semakin menjadi-jadi bila kitorang diberikan satu bilik yang memuatkan semua felo perempuan. Hahaha. Berhimpit jugak la. Seronok. Ada yang bercerita tentang belajar, aktiviti kolej, program mega kolej, Kursus MEP et al. Fuhhhh!!!!


Bersama TNC HEPA, Dato' Aziah
 Haaa, team felo pun nak bergambar juga. 

Cik Ina ingat-ingat lupa aktiviti yang kitorang buat, yang pastinya semua aktiviti memenatkan. Tenaga habis, mental koyak. Sampai ada yang surrender nak naikkan bendera Malaysia tu. Memang koyak habis la. Tinggal nak menangis je. 

Esok paginya pula, diambil alih oleh PC Pusat, Cik Ina tidur lama sikit, tak tahu apa yang deorang buat. Tengahari & Petang pula baru diambil alih felo. Yang itu besttt!!! Siap diajar berlakon lagi. Best! Best!. Cik Ina siap record lagi tarian-tarian yang best. Yehaaa!!!

IPD 4 in memory

Masih lagi ada group whatapps TEam IPD 4 cuma dah tak sehebat dulu la, sama-sama share kenangan. Nampaknya deorang dah makin busy, Kak Ina deorang ni pun semakin busy dengan urusan kolej dan diri sendiri.
Apapun, kenangan-kenangan dahulu sentiasa dihati. Ewahhh!!!.

Bye Kem PC.


Tahun hadapan felo lain pula ye. 

:: Program Akademik Menara Gading SMKDM ::


Anjuran Kolej Tun Hussein Onn
 dengan
 kerjasama Great Vision Publication (GVP) 

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Maharajalela, Kg Gajah, Perak

5 - 8 Ogos 2016



Habis Kursus Felo terus Cik Ina menerima kehadiran seramai 149 pelajar Tingkatan 5 & 20 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Maharajalela, Kg Gajah Perak.

Haisshh, Kg teman le tu. Hehehe!! Tapi Cik Ina tak ada la sekolah dekat situ. Cik Ina sekolah dekat SMK Changkat Lada & SMK Sultan Abdul Jalil Shah (Form 6). Pengetua SMKDM tu dulu guru BM SMKSAJS. Itu la kisahnya. Sek ini nak buat Teknik menjawab soalan dekat UKM. Ubah angin sikit katanya. Tapi, yang tak syoknya, masa SMK nie datang tak tepat. Almaklum la, penghuni kolej semua tak ada, cuti Semester, Pemudahcara (PC) dan fasiliator (Fasi) pun tak ada jugak. So, aktiviti yang selalu kita buat tak dapat dirasai oleh student SMKDM ni.


Slot 1 : Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan

Nah engkau. Petang tu dapat info suruh bagi talk dekat pelajar semua ini. Tajuknya tula, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Hah!! Dah tak ada fasi susah jugak. Selalunya Cik Ina memang mengharapkan mereka untuk bantu slot Cik Ina la. Tak ada fasi, barisan felo aku kerah. Padan muka. Hahahaha!!

Bila dah merepek dalam setengah jam, jemput fefelos untuk turut serta kongsi idea. Thanks pada felo Hidir, felo Reyl dan felo Acap. Pandai korang la. Penyudahnya terus jadi moderator. Bijak tak mainan Cik Ina? Haha.

Semua share dan aplikasikan tanggungjawab masing-masing, menaikkan semangat pelajar untuk sambung pengajian baik diperingkat Universiti mahupun peringkat kemahiran. Share serba sedikit tentang kehidupan peribadi (dalam braket pendidikan jela), dan lain-lain.

Tengok, adik-adik SMKDM teruja la. 

Aik, banyak pulak soalan deorang ni. Tak letih ke dik? Naik bas, jalan jauh. Kena naik tangga lagi. Tengok ceria je. Ke sebab geng fefelos KTHO hensem belaka sebab tu la kotnya ye?? Amboiii!!


Team GVP

Hectic gila bila kita tak cukup team, tapi pujian tulus ikhlas Cik Ina untuk team daripada GVP sebab sudi membantu dari awal pagi sehingga lewat malam, bergerak semula awal pagi sehingga lewat malam. 

Memang tabik hormat kepada mereka.

Program Alhamdulillah berjalan lancar.

Kitorang dapat hadiah cenderamata dari pihak sekolah iaitu Tuala Sekolah dan Mug. Cantikkkkkk.

Pada majlis penutup, Cik Ina merakamkan setinggi tahniah dan ribuan terima kasih dan kita akan berjumpa lagi dengan program timbal balas daripada team Fasi KTHO ke Sek Maharajalela pada bulan 2 2017 nanti dibawah anjuran Kelab Akademik dengan kerjasama GVP. 

Insha Allah.


:: Kursus Felo Kolej Kediaman UKM ::


:: 31 Julai - 2 Ogos 2016

Kali ke-2

Hah, berapa lama masa nak ambil untuk semadikan dalam MLA nie? Tengoklah kemalasan Cik Ina sampai ke tahap macam itu sekali. Tapi, balik Redang memang dengan keazaman yang utuh dan jitu agar segala aktiviti yang Cik Ina lakukan akan terus tersemat di dada MLA ye. Kononn!! Okay, abaikan.

31 Julai 2016
Dewan Kuliah DKB1, FST,UKM

Orang lain best rehat dekat dalam bilik, ni barisan felo kena hadiri kursus. Gembira sangat! Dah diwajibkan semua pula tu, tapi bagi felo yang bekerja luar dan tak dapat menyertai, it's okay cuma perlu take note la info-info berguna. Fix sangat jadual hari pertama tu. Pagi tu ada taklimat kursus, majlis Perasmian oleh YBhg. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM. Seterusnya ceramai 1: Peranan Felo Penghuni, Ceramah 2: Pengurusan Aktiviti Pelajar, Ceramah 3: Felo Dahulu, Kini dan Masa Hadapan, Malamnya pula ada LDK. 

Hah, mengantuk takyah cerita. Zaman dengar taklimat banyak-banyak ni macam dah bukan aku je' - getus hati kecil Cik Ina. Hahahaha. 

Okay. Mesti ada yang macam blurr je, amende le felo-felo ni? Siapa felo? Felo apa? Kenapa perlu ada felo dalam setiap kolej kediaman UKM? Apa ciri-ciri asas felo?

Okay, ini notes yang Cik Ina rajin sangat tulis time mengantuk dok terlentok-lentok tepi bahu Puan Dila.

5 Ciri-ciri asas seorang felo adalah:

Sayang dan kasih pada pelajar
Moral dan sahsiah terpuji
Aspirasi UKM dijunjung dan diperjuangkan
Relevan kepada pelajar
Tegas dalam menguatkuasakan peraturan


Bila tengok ciri-ciri asas tu, terpikir kejap, aikkk. Macam tak tersenarai je. 

S - Macam mana nak sayang dan kasih?? Hurmmmm. Cik Ina ni dah la mempunyai kelemahan yang ketara iaitu tak ingat muka penghuni dan nama. Sedangkan jiran depan bilik pun, sampai sekarang nama dengan muka tak ingat. Dah dengan rabun power 250++, chances untuk nampak jelas muka deorang adalah susah. Hurmmmm.

M - moral dan sahsiah. Hurmm!! InshaAllah, Cik Ina sentiasa mengajar diri untuk berubah kearah yang lebih baik lagi. Kalau tahun lepas sedikit lantang berkata-kata dalam mengutarakan pendapat dan rasa hati, tapi untuk sidang ini lebih banyak mengambil sikap dengar, lihat dan konklusikan.

A - Okay.

R - Releven kepada pelajar? Tang mana tu? Tapi memandangkan Cik Ina memantau portfolio Akademik, rasanya releven la kotnya dengan program yang banyak melibatkan akademik dan pendidikan pelajar. Mungkin.

T - Tegas. Haisshh!! Tak tahu nak tegas tang mana!! Sebab Cik Ina pun adanya masanya melanggar juga peraturan kolej contohnya setinggan. Cik Ina setinggan dengan Pepungut Ma'de. Hahahah!! Setinggan la tukan?? Kan??
Rindu Pepungut Ma'de tu. 

1 & 2 Ogos 2016
 Kem D' Agroloka, Jelebu



Cabaran felo sekarang dengan felo UKM dahulu berbeza ye. Dahulu Felo UKM hanya tertumpu kepada bidang pendidikan dan akademik pelajar, tapi sekarang ruang lingkup tugas felo semakin ketara sukarnya. 

** Cabaran dalam menyumbang kepada menjayakan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara

** Cabaran dalam mencapai KRA 1 - KRA 6: Khususnya KRA 1 dan KRA 6 tanpa meninggalkan KRA yang lain 

** Cabaran dalam kebolehpasaran Graduan:72%

** Cabaran dalam menguruskan kerencaman pelajar UKM

**Cabaran dalam berhadapan dengan Prestasi dan Pencapaian Pelajar UKM yang semakin hebat

**Cabaran dalam peruntukan aktiviti yang semakin berhemat

Dan banyak lagi cabaran-cabaran jelas dan kabur yang kami dibarisan felo kolej kediaman kena menangani bersama-sama pihak pentadbiran kolej dan UKM. Yang terutamanya cabaran kewangan. Termasuklah kewangan sendiri. Bhahahaha. 


Orang selalu cakap tugas felo senang je. Okay! Taknak cakap dah.

Jadi, bila ada kursus seumpama ini, kita boleh la nak buat keluhan kesahan dan adik beradik an an yang lain. Jiwa tercalar ke, jiwa tak kental ke sebab nama naik dalam UKM Confession ke, penghuni maki ke, ahhhh. Itu perkara biasa. Tapi, tak biasa dekat Cik Ina sebab tak pernah kena lagi. Penghuni kolej KTHO pun Alhamdulillah tak pernah lagi yang datang bilik Cik Ina serang. Hahaha.

Kumpulan 1

Hari itu kitorang kena masuk air. Tasik D'Agroloka tu la. Haishh, air dengan Cik Ina bukan boleh dekat sangat. Tapi boleh la. Gambar diatas, tugasannya adalah mencari batu penanda di dalam kolam kecil ini. So, kumpulan 1 dapat 2 batu penanda. Prasyaratnya kena 3 batu penanda. Jadi, hukumannya adalah sapu lecah dekat muka. Nah!!!
Sedang menanti pergerakan kumpulan lain
Best,sebab kursus felo dulu tak buat dekat luar. Jadi, Cik Ina tak berapa kenal felo dari Kolej lain. Dengan adanya kursus seumpama ini, Cik Ina kenal la mereka. Tahu la courses mana, asal. Biasiswa or pinjaman peribadi sambung belajar.


Tasik D'Agroloka, Jelebu

Yang ini seram. Kalau tetiba ada ular air macam mana? Hah, selalu fikir merepek-repek. Tapi, best!!! Tu je nak cakap.


Okay la. Kursus felo Selesai.

Alhamdulillah.




Wednesday, 28 September 2016

:: Jurnal Geografia Ogos 2016 ::



Hai MLA, lamaaaaaaaa sangat Cik Ina tak chit-chat dengan awakkan? Yela! Banyak sangattttt sanggaaatttt insiden menggembirakan dan dukalara yang berlaku dalam hidup. Lepas tu kan, dah namanya tak bukak laptop. Habis tu macam mana nak update blog, Makanya bersawang dan bersarang lah penuh. 
Mula-mula ada blog dulu, semangat waja perkasa tak payah cakap, makin lama makin tak waja dah. Tinggal persona jela sekarang ini kan. 
Tapi tak apa, Cik Ina akan review semuaaaaaaaa semuaaaa yang telah berlaku dekat Cik Ina sepanjang bulan-bulan yang tak menjelma tu. Haaa.

Garap terus dalam satu bulan, harap-harap menjadi kenyataan la. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah. Okay! Okay! Selesaikan omelan-omelan kecil tu. Sekarang, Cik Ina nak share pasal #PhDMoodOn. Yes!! Pasal jurnal yang telah diterbitkan. Apa? Apa? Alaaaa, ingat tak, dulu Cik Ina ada la sekali dua meroyan dekat FB dengan wechat pasal jurnal asyik kena reject je. Motif sangat pensyarah tu, tapi akhir kalamnya jurnal Cik Ina diterbitkan juga selepas berperang air mata dan tangisan sendu sendan dihening pagi. 

Pagi 21 August 2016, Cik Ina dapat berita gembira. 

'Salam, sukacita dimaklumkan bahawa Geografia Vol 12 Issue 10 Ogos 2016 telah terbit. 

Wahhh!!!


Senyum sampai menitiskan air mata. Bangga sangat! Tak kisahlah nak teriak jugak. Nak teriak jugak. Tak nak control air mata ini. Sampai bilik terus peluk Pepungut Ma'de yang tengah syok tidur tu. 

"Pungut, jurnal Ma'de dah terbit. Pungut. I Love Me & You. Pungut. Ohhh Pungut. Jurnal Ma'de dah terbit. Okay, jangan hyper sangat. Jom, Ma'de belanja ikan rebus 5 ekor besar punya. Pungut duduk sini, Ma'de nak rebus. Hadiah. Hadiah okay.


Jurnal 1


Kegembiraan itu sehingga disharekan sekali dalam FB. Motif sangatkan. Tapi tula, nak cakap yang nak terbitkan satu jurnal pun penuh dengan tangisan. Macam mana la yang akan datang. Mau makin gemuk. Bila diterbitkan kan, ada satu perasaan lain hadir tanpa diundang. 

Rasa macam-macam tapi yang pasti rasa SATISFACTION, kelegaan berpanjangan, tagisan kegembiraan dan perasaan ke'bodoh'an yang disimpan.

Ahhh!!! Jiwa betul la kalau cerita pasal #PhDJourney & #RoadtoSuccess ini kan.

Okay. Kalau MLA dah baca, nak citationkan kan, MLA ikut je style UKM Style takpun APA Style, takpun ikut la U MLA guna style apa, tapi jangan lupa cite tau. Kebahagiaan Cik Ina bila mana MLA cite sikit la nama Cik Ina dalam tesis mahupun jurnal MLA. Ewahh!!

Citation:

Zurina, A.S. & Er,A.C. 2016. Penggunaan bekas makanan mesra alam di Malaysia: Kajian awal pengetahuan dan kesanggupan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 12(10):113-126.

Okay. Yes.