Wednesday, 24 August 2016

:: Baby Jannah Adni & Baby Nazrin ::


Kedua-duanya lahir sewaktu bulan Ramadan tempoh hari. Baby Adni lahir hari pertama puasa, Baby Nazrin pula 3 hari sebelum Hari Raya. Ha, macam itu sekali ye perancangan Allah. Makanya meriah tersangat la rumah Puan Emak dengan kehadiran 2 cucu baru dan kesemua anak menantu ada. 
Makanya masakan pun berganda-ganda sangat dengan makanan untuk disajikan ke tetamu yang hadir, dan tak lupa juga kepada yang sedang berpantang. 

Tugas Cik Ina. Haaa' itu la dia nya. Bidan terlajak. Apa MLA ingat Dato' Alif je boleh terlajak laris. Cik Ina pun boleh. Dari memandikan sehinggalah menyiapkan kembali serta menidurkan. Ewah!!

Yang sebenarnya rasa macam dah lama sangat tak menerima kehadiran baby dalam rumah tu, bila tahu MakUda dan Maklong pregnant, ewahh!!! eksaited tak dak la lebih-lebih. Cuma rasa seronok la. Takdak la sampai tak tidur malam. Yang pastinya kedua-duanya lena je sampai ke pagi. Kita pun lena je sama. Hahah

Sekeping Muka photostad abah masing-masing

Hamboii. Nie rasa macam nak balik jumpa deme je. Kekekeke.


Tuesday, 9 August 2016

:: Geng Raya Bujang ::



Perasan Tak Ramai Lagi Geng Raya Bujang

Hai, sambungan part Raya II. Almaklum la, raya kan sebulan, maknanya ada jela jemputan open house, half open house, kenduri kahwin & lain-lain yang berkaitan dengan makan, makan, makan & makan sampai la gemuk. Oikk!! Apa sebut gemuk-gemuk ni. Touching tahu tak! Bila makan dah tak ingat dunia, pakat terkam mana ada depan mata, bila timbang-timbang, terus pengsan, terus husnuzon nak buat diet atkins. Motif.

Geng Leruk lerap SMKCL


Tahun inikan Cik Ina rasa bahagia sangat. Maklum la, bila jumpa geng leruk lerap macam deorang ni baru tahu "Ohhhh!! ramai lagi tak kahwin, bagus! Bagus. Aku memang suka korang semua tak dak calon lagi.".Hahaha.

Tak ada la malu sendirian bila mana sama-sama datang open house bawak badan sendiri je. Enjoy sangat dengan deorang. Okay, Jom bergambar. Hah, pakai iphone Cik Ina. Wahahaha! Pandai semua orang. Bila suruh tangkap semua suruh sapa yang tangan panjang. Gigih tak nak duduk depan-depan.

Gempur. Perwira.
Kalau dah ramai-ramai ni kan, macam-macam cerita la yang kita akan share together-gether. Ada la yang akan bukan cerita lawan kawad kaki sekolah, cikgu itu, cikgu ini, budak itu, budak ini. Amboii. Kephochii sangat geng leruk lerap ni kan. 
Yang bestnya. Semua tak nak ngaku. Hahaha. Semua muka innocent je. Walhal ada je yang dalam tu tak masuk kelas. Apa orang cakap, hah MONDOK. Semata-mata tak nak masuk kelas Kimia Fizik. Alaaa, tak nak mengaku konon.

Puteri Islam. KRS. PKBM. SMKCL 2001/2005
Walaupun setahun sekali je kita dapat berjumpa,
tapi semua tu dah mencukupi bila mana satu hari suntuk kita spend masa sama-sama, makan sama-sama, gelak gembira sama-sama. Perangai tak pernah berubah, tetap macam dulu. Leruk-lerap sangat korang. Cik Ina happy je. 

Till then, kita boleh repeat order jalan-jalan lagi okay Tahun depan.

Pesanan: Jangan kahwin lagi. Biar Cik Ina dulu yang kahwin, lepas itu baru korang follow on call pulak. Kikikikiki.


Raya 2016. Have Fun.