Saturday, 23 July 2016

:: Raya Kita ::


~ Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada tuan blog JorenPena ~


Gambar Raya Paling Terbaik Tahun Ini
Assalamualaikum MLA. Ala tahu, dah lambat dah nak cerita bersungguh-sungguh perihal raya yang sentiasa meng'ohsem'kan Cik Ina. Yela, tahun ini dengan kehadiran permata comel, kiut miut anak buah baharu, masakan yang pelbagai & kesungguhan jiran tetangga & sanak-saudara yang datang ke rumah. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, wajib la meriah kebabom--. Tapi, tapikan. Ada tapinya,
kebiasaannya raya pertama mesti akan ada tetamu sehingga jam 12.30 tengah malam. Tapi tahun ini,tak ada pulak yang datang sampai jam tu. Kitorang semua geleng-geleng kepala. Perasaan lain pula, selalunya terus jamu makan malam sekali. Siap masa discuss family board kata menu kita mesti wajib ada malam kedua raya. Eh! Eh! Perancangan awal sangat.

Rasanya, sesiapa yang memang raya dekat kg akan merasai pengalaman & kegembiraan seperti yang Cik Ina dan family rasai. Hari terakhir puasa, dah kepoh dapur rumah, rebus nasi himpit, siapkan awaih-awaih nak memasak (rendang ayam, rendang kerang, daging tok et al) aisshhh macam-macam la. Kalau rumah Cik Ina, kitorang akan ikut suara majoriti (tak ada la majoriti sangat). Selalunya majoriti tu datangnya daripada Alang, Busu & Cik Ina jela. Hahaha! Tak majoriti lagi tu, So kitorang akan decide raya pertama, raya kedua, raya ketiga nak masak apa.

Gambar Kedua Terbaik. Lepas itu tak ada dah gambar raya. Kecewa i'ols.

Jadi, bila beli barang dapur mesti siap-siap bahan mentah sehingga raya ketiga (peti ais Puan Emak macam tuhhhh terbaik). Pun begitu, tahun ini perbincangan macam lari jauh je, raya kedua semua bahan mentah sold out. Perghh!! Banyak betul masak. Tapi tak apa, semua licin. 

Menunya banyak. Ada rendang ayam, rendang kerang, daging tok, lontong (kuah lodeh), laksa, sup tulang, bihun tomyam (repeat 2x), bihun sup, mee goreng, bihun goreng, et al. Tengahari makan berlauk, malam makan berlauk lagi. Perghhh!! Pinggang jangan cakap, macam nak patah. Masak seperiuk belanga besar. Motif? Ye, betul. Nak meraikan kehadiran sanak-saudara yang setahun sekali pun berkali-kali datang. Itu belum lagi anak murid Alang, kawan busu, kawan Cik Ina,kawan MakNgah, jiran yang datang nak tengok baby, besan Puan Emak. Ohh!! Tiap kali raya dah boleh agak dah siapa datang. Hahaha.

Kitorang memang dah ada tugasan masing-masing:
Puan Emak, mengasingkan bahan mentah mengikut menu, masuk plastik siap-siap,cuci & pastikan bahan mentah mencukupi untuk memasak menu yang dibincangkan.
Alang chef of the year. 
Busu, tukang keluar pinggan mangkuk lolok, cawan, gelas et al. Runner beli barang kalau tak cukup.
Mak Yang, jaga baby. Mandikan. Pastikan baby Nazrin & baby Adni smart & comel sentiasa.
MakNgah, kawal selia 3 hero's beliau.
Uda & Kakta - rest berpantang.

Hah!!

Cik Ina? 

Tukang karut jela. Hahaha.

Penat? Memang la. Tiap malam ngadu sakit pinggang, nak pergi berjalan raya tak dan dan pun lagi. Tapi, it's okay. Rumah ini memang menjadi pilihan. Tiap-tiap tahun memang akan meriah. Bebudak yang datang raya pun sampai  4 5 hari tak berhenti. It's okay sangat!!
Kitorang memang suka ada orang bagi salam

"Assalamualaikum, Assalamualaikum. Kami datang nak beraya"

Eh!! MLA tahu tak, itu memang ayat trademark kitorang kalau datang rumah orang nak beraya masa kecik-kecik dulu. Selalunya Cik Ina, Busu & MakYang, baju mesti sepesen, colour je lain-lain. Dulu, dapat duit raya 50sen pun dah happy sangat.Bayangkan! Kitorang boleh tawaf fasa 5, ada 6 lorong tu weh. Gigih. Cik Ina pun ajar anak buah pergi jalan raya rumah orang, tak nak la diorang duduk depan tv tengok kartun, Cik Ina & busu pun join pergi raya rumah jiran. Macam nak repeat raya je ni. Hahaha!!

Haaaaa.

Raya tahun ini tak ada kelainan seperti raya tahun-tahun sebelumnya.
Masih seperti dahulu, adanya perbincangan meja makan bersama family, nak masak apa, nak jamu tetamu apa, siapa kemas depan, kemas luar rumah, bersihkan kipas, buang sawang. Yang enjoynya, tahun ini semua ada, tapi tak ada gambar, haii, family Cik Ina bukan suka bergambar. Anak buah je yang suka bergambar. 

Okay la,

Assalamualaikum wbt,
Salam Ramadhan Al-Mubarak

Kesempatan yang diberikan ini mengajar Cik Ina penuh kesedaran & keinsafan,
Mana mungkin hati tak terdeik, mana mungkin jiwa tak terkata,
Mana mungkin kata-kata itu sepi dihujungnya,
Mana mungkin hati, jiwa & kata-kata tak bersatu.

Di kesempatan yang mulia ini,
izinkan Cik Ina menyusun 10 jari,
memohon keampunan.
Baik yang zahir, mahupun yang batinnya.
Hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui akan apa yang tersimpan dihati.

Salam Anak Kg Changkat Lada,
Cik Ina/ Makchik Ina/ Tante / Ma'de Pungut.

Bye.