Thursday, 16 June 2016

:: Kisah Jurnal ::


Rasanya semua sedang bergelut dengan exam, paper, assignment yang tak berkesudahan et al. Hah!! Sama la kita. Yes! Yes!! Kadang-kadang tu kan tak sempat nak submit yang hak lama, dia datang yang baru pulak. Itu la dianya kalau dah namanya pensyarah ini. 

Pernah goreng Subjek TITAS & semua subjek

Kepada adik-adik yang sedang menjalani peperiksaan,
bukan istilah good luck yang Cik Ina mahu sharekan,
Cuma nak ucapkan..

Goreng, jangan tak goreng. Minta lagi paper tambahan menunjukkan tahap goreng korang sampai kerentungan. Yehaaa!!

Eh! Pensyarah Cik Ina ni, tak cukup satu, satu lagi dia bagi. Lagi, lagi satu. 
Bila dah macam itu kan, mesti ada yang mengelatkan? Ala, kawan-kawan yang satu team tapi tak pernah nak komen dekat group wasap, yang sakit hatinya dia dah seen notification kita. Aduii!! Sabar jela dapat ahli macam ini.

Mesti MLA pun ada member macam ini, sama-sama-sama.
Kalau ragam Degree macam itu, tak mustahil nanti terbawa-bawa ke peringkat seterusnya. Tapi Cik Ina berpegang pada satu kata "Biaq pi depa la".
Sejujurnya, mereka ini telah berjaya di atas kesusahan kita sewaktu sedang buat assignment. Biarkan mereka. Biarkan. Mana mungkin langit cerah sentiasa. Ewaahhh!!!

Tapi, 

Bukan itu yang Cik Ina nak storykan.

Cik Ina nak menceritakan kisah benar untuk kenangan.Kita selalu kata, 'alaaaa susahnya nak siapkan assignment, jurnal, artikel, adik beradik assignment yang lain', tapi pernah tak kita fikirkan betapa senangnya belajar sekarang berbanding dahulu?? Kalau baca perjalanan someone mengharungi dunia phD dia, insaf sekejap Cik Ina. Lepas tu tak insaf dah. Lalang la katakan. Tapi, apa-apapun, kisah hidup mereka menjadi panduan kepada kita untuk lebih bersungguh-sungguh. 

Artikel Cik Ina, untuk kali kedua, ketiga,keempat!! Ahh!! Malas la buat kira-kira entah kali yang keberapanya asyik kena buat itu ini, sana ini harus tambah. Kadang tu rasa fedap gila, tapi lepas tu, okay!! 'Saya tambah prof, saya tambah'. Sampai la tadi, 'Okay! Boleh submit dah'.

Kau rasa??

Ye!! Rasa nak teroyak (Ayat Perakian). Wehh!! 

Finally. Tak ada la lama Cik Ina berkabung dalam bilik.

Oleh itu, nak merewardkan diri 'Ketiau Tomyam Ayam Daging Skala 8.3"

Okay la.

Selamat Berbuka Puasa.

Just nak tanya, MLA hari ini macam mana?