Monday, 16 May 2016

:: Mencari SOUL ::



:: Jiwa!! Sedang ditenteramkan oleh satu jiwa yang lain, Pungut ::

Pernah rasa tak suatu masa kita rasa stress sangat dengan environment kita? Ada masa macam nak melarikan diri dari surounding kita? Ada masa macam kita rasa "Apa benda la yang aku buat ni?". Kadangkala tu, menyesal pada sesuatu yang kita tak seharusnya kita sesalkan.Macam apa yang sedang berlaku pada diri Cik Ina. Betapa bersungguh dan susah payahnya kita hendak sediakan, akhir kalam!! Stop!! Enough!! 

Perasaan untuk print dan abadikan di salah satu frame utama bilik adalah tinggi

Tapi betul la. "Tanpa kegagalan, kita tak rasa nikmatnya kejayaan"

Jurnal!!
Yes. Kali ini Cik Ina nak share MLA. Kenapa orang kata nak buat jurnal, senang je. Copy paste je tesis kita, combinekan Literature review, put there, put here, put everything there. Done!!
OMG, kalau semudah itu!!! Syukurnya!! Syukurnya!! 

Tapi benar ke??

Sepanjang menjadi RA dahulu, susahnya!! Sampai kena bayar 900USD, bila convert RM3600 MLA oii. Kena tukar itu ini, ayat BI kelaut, kita upah pegawai tiptop dari KPT tolong translatekan. Itu belum lagi masalah analisis SPSS. Katanya kalau sekadar menganalisis menggunakan statistik deskriptif, itu standart level pelajar Sekolah Menengah STPM kata kau. OMG!!! One more time!

Betapa kegilaan Cik Ina untuk kejar Q1, Q2, Q3. (Jangan ditanya apakah itu Q-Q tersebut).

Sampai satu tahap!! Ah!! "Sudah la dengan kau punya jurnal. Aku dah pening". 

Tapi terdetik dihati!! MasyaAllah. Kenapa dengan jiwa!! Perasaan semua itu lahir dari jiwa.
 Ya! Jiwa. 

"Sekiranya mahu berjaya, kita sendiri yang seharusnya mengubah nasib diri kita sendiri"

Kata-kata seringkali terngiang-ngiang, Thanks to Tun. Entah kenapa! Setiap kali dalam keadaan down, kata itu terdetik di jiwa. Makanya, bangkit. Tak mahu mengalah dengan perasaan yang sementara. Walaupun beberapa kali jurnal ditolak, perlu dibetulkan, perlu pemantapan dari segi itu & ini. Walaupun kelihatan jurnal itu sepertinya keanak-anakkan, pun begitu, masih ada ruang untuk diperbaiki. 

Tahu, bila rasa mahu mengalah!! what should I do??

Allah SWT. Sematnya di Hati
Keluarga. Tempatnya di Setiap Hembusan Nafas
Nafas & Cinta. Duduknya di Jiwa. 

Okay!! Jom sambung berjurnal. Doakan semoga kali ini lebih berjiwa. 

Thursday, 12 May 2016

:: Bengkel Jurnal SV Prof Bib ::


Tarikh bengkel dah lama dapat, tapi sifat pemalas yang menguasai diri lebih memalaskan lagi kepemalasan itu. Tarikh bengkel dah ditetapkan pada 10/5/2015 (Selasa), malam tu baru tergesa-gesa mencari data yang entah kemana tersimpannya. Tula, tula!!
Orang dah cakap buat cepat, ini asyik cakap, nanti la, nanti la. Bila dah sampai malam, baru tergesa-gesa. Bila kena tegur masa round jurnal pandai pula malu. Hah!! Itu la dianya Cik Ina. Itu la orangnya. Laghaaaa je banyak. Aisshhh!!

Yela! Balik kg la, makan kenduri la, pergi jalan-jalan tengok wayang la. Amboi!! Masa itu ada pula masa. Tak boleh percaya tau Cik Ina ini. Kata "okay, aku buat malam ini, aku buat. Huh!! Buat depan HBO411. Memang win win situation  la. Kalah!! Kalah lagi dengan hasutan dunia. Tersadai laptop bucu meja study. Tinggal nak kena langkah dengan ahgay je tu. Cis!!! 

Apa-apapun, teguran & penambahbaikan itu perlu dilaksanakan sebelum ISNIN. Yes!!! Sebelum ISNIN. Kalau Selasa, kena round stadium Larkin 4x. Ewahhh!! Mana tahu, kot-kot terserempak dengan footballer Johor. Ceh!! Panjang angan-angan!

Pelajar Penyeliaan Prof Madya Dr Habibah Ahmad

Ramai!! Student PhD sahaja sudah 13 orang. Dah tu semua bunga la. Tak ada kumbang. 
Kalau tengok, Cik Ina, Siti & Nurul paling bongsu. Sebab kitorang baru Tahun 1, yang lain dan Tahun 2,3. Memang selayaknya dipanggil senior. Haippp haippp senior. Mohon tunjuk ajar. 
#IkhlasDariSiBongsu.

Kali ini ada potluck, geng bongsu sediakan Sandwich!! Geng Senior bawa Nasi lemak & kuih-muih. Sambil-sambil perbetulkan jurnal masing-masing, sambil makan-makan, sambil pandang kiri kanan. Sambil tukar-tukar pendapat, sambil tanya SPSS. Tetttt!!! Hah!!
Analisis itu, analisis itu!! Dah 4 bulan ditinggalkan, rasa macam tak tahu apakah itu compute! Ciss!!
Kena check semula buku analisis penyelidikan. No!!! Bab 4 lambattttt lagi. Ha.

Haiii kakak, adik tumpang kasih sayang ye.

Tiba tang jurnal Cik Ina, alaaaa nampak sangat jurnal adik bongsu yang perlu diperbaiki. Tak tiptop macam jurnal kakak sulung semua. Malu iols! Tapi tak apa. Belajar dari kesilapan. Lepas ini, kena mohon tunjuk ajarku sifu la. Best!! 

Nurul, Cik Ina & Kasmira 

Okay la!! Nak betulkan semula jurnal yang banyak silap. sobsobsob tepi katil. 

Mohon iman kuat. Kalau tak, siap Pungut jadi mangsa keadaan.

PUNGUTTTTTT!!! Sini kau.


:: Jalan-Jalan Remaja ::


Haruskah tajuknya REMAJA? Ala yela, kitorang masih single-mingle okay! Seronok pula rasanya balik kampung kali ini. Dapat la berspend time 3x dengan Dayah & Ainur. Kalau nak harap kumpulkan semua geng leruk-lerap memang tak la. Yang dah kahwin, tentu-tentunya susah untuk dihubungi, yang sudah berhijrah, pastinya pula kengkangan masa. Aihh!! Ayat macam touching je. Eh! Tak la. Cik Ina memahami istilah 'tanggungjawab' itu.
Lagipun kitorang masih berjumpa tatkala raya menjelma. InshaAllah.

Okay! Ini Cik Ina nak cerita ini. Almaklum la. Kenangan macam ini, seharusnya diabadikan di MLA jorenpena.blogspot bukan? Untuk tatapan hari tua, untuk bacaan di kala kebosanan. Untuk renungan kelak. Haiii. 

Tahniah Nas & Pasangan. Walaupun tak ada photo  (gambar rosak, tak cantik). Jadi, buat keputusan, sekadar ucapan sebagai pengganti photolicious. Hehe! Ko memang secantiknya, seanggunnya, seperti itu dan dahulu. Selamanya Nastaenah. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu hendaknya. InshaAllah.

BFF Changkat Lada
Jom Ainur ,Dayah!!

Bila lagi nak menjongket (berjalan-jalan) bersama-sama.

Kemana??

Manjung? Hurm

Teluk Intan? Hurrmmmmmmmmm (hurm panjang tanda tak setuju, mudahkan?)

Ipoh!! Dah tak payah nak hurm banyak-banyak. Ikut je! Hahaha. Tapi kita kesana nak buat apa? Macam tak ad matlamat je? Lahh!! Kata nak bonding time. Puihh!! Blahh la, dulu bonding-bonding ni dekat kedai Pak Leman Laksa pun jadi la. Apasal kali ini beria nak pergi Ipoh sampai sejam setengah tu? Yang ye nye, tak tahu nak kemana.

Ye!! Kami bertiga yang tak punya arah tujuan. Nak mandi Pantai, alasan panas. Nak mandi air terjun, takut musim sekarang ini ular la apa la. Nak pergi shopping, ahhh, sudah la. Menipu. Okay, jom wayang. Jangan banyak soal.

Nak tengok movie apa?? bergaduh manja pula. Yang sorang tak follow Captain America, yang sorang nak Korea!! Ate?? Hahaha. 
Suara majoriti. Eh!! Suara Cik Ina. Ha'a
 Gitu la. Tapi tak apa, semua dah besar panjang, semua dah besar-besar. Dah beremosi, ahh!!
Betapa masa dahulu cepatnya berlalu. Selalu kita cakap "andai boleh kuputarkan semula masa", 
Hah, mana mungkin!! Kalau dahulu, kita berbalah pada benda yang tak penting,
Kini kita berbalah untuk kesejahteraan kita semua.

Kalau dahulu bersaing untuk mendapat tempat terbaik, kita semua bersaing untuk meneruskan perjuangan hidup. Aisshh!!! cepat sangat masa berlalu. Rindu nak cicah mempelam bendang dengan sambal kicap. Ada gula, cabai, belacan! Mantap. Siap buat air sirap. Lepas tu ngumpat-ngumpat (Mesti deorang tahu kita selalu ngumpat siapa, hahaha).

Ainur selalu cakap, memori Cik Ina lost. Tak ingat Sejarah sekolah. Ye! Memang betul pun. Tak ingat langsung. Tak tipu. Macam semua terdelete dalam external hard disk. Tak faham sampa sekarang. Tapi tak apa. Kita akan recap dari semasa ke semasa. Ewah!!

Bonding Time!! Success!.

:: Projek Siswi 1.0 ::


12/4 - 14/4/2016

Tuan Belog Jorenpena

Hye MLA. Program lagi, lagi,lagi dan lagi. Dan Cik Ina still seronok sebab dapat join pelbagai event baik event besar mahupun kecil. Semua menyenangkan. Selagi boleh join, kita join. Tak gitu?? Projek SIsiwi 1.0 anjuran MEP SISWI, Sis Farah. Program santai-santai sahaja. Aktiviti juga santai-santai. Tak memenatkan fikiran, tubuh badan. Sekadar mahu merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Siswi KTHO sesi 2015/2016

Projek Siswi 1.0 bertempat di Ismah Beach Resort, Melaka.

Antara Slot kendalian adalah:

Slot 1: Bicara Fiqh Wanita

Jemputan bagi tazkirah Fiqh adalah Ustazah Hawa. Lawa ustazah. Muda lagi dari Cik Ina. Hehehe! Alhamdulillah. Pelbagai nasihat yang diberikan Ustazah Hawa.  Masih terngiang-ngiang diingatan, katanya "Lelaki!! Disebalik lelaki ada wanita. Disebalik kebaikkannya ada wanita disisi. 
Begitu juga, disebalik kejahatan lelaki adalah wanita."

4 checkpoint  untuk berubah. Seharusnya disematkan diingatan semua.
1. Saat hendak tidur, baca surah Al-Waqiah & al-Mulk, sematkan dihati apa yang hendak kita lakukan esok hari. 2. Saat bangun tidur, bangun awal, solat dhuha tanamkan azam sentiasa. 3. Saat solat fardhu, pastikan jiwa raga itu hanya Untuk Allah SWT. 4. Ingatlah Allah baik ketika susah mahupun senang.

Ye! Balik dari Siswi 1.0, jiwa Cik Ina tak tenteram. Rasa sepertinya sebahagian jiwa itu hilang, pergi entah kemana. Entah dimanalah pelbagai masalah merundung jiwa. Akhirnya, kita laksanakan perkara yang disampaikan oleh Ustazah Hawa, Alhamdulillah, ketenangan itu hadir sebentar. Syukur.

Gambar sebelum bergerak ke Ismah Beach Resort
Slot 2 : DIY (Do It Yourself)

Yes!! Do It Yourself. Kreatif tahu Siswi KTHO. Dari baju, boleh jadi beg.

Slot 3: Tatarias Dirimu

Dikendalikan oleh Dara.Com. Best!!

We All Enjoy!! 
Slot 4: Jenayah Wanita

Penceramah jemputan En Kamal Affendy. Best!!! Sangat Bestt!! Lepas ini boleh dijemput lagi. 
Kalau tanya Siswi, semua tak ngantuk, siap boleh gelak-gelak lagi. Amboii!! Mentang semua siswi. Best!! Tak dinafikan.

"Seorang lelaki yang sangat istimewa sekalipun, jangan lupa akan fakta ini, dia (lelaki) tetap lahir dari rahim wanita.   Wanita seharusnya diangkat martabat dan kehormatannya sebagai wanita" - Kamal Affendy, 2016

Slot 5: Malam Santai Siswi

Sambil berBBQ, sambil layan karaoke! Famous. 

Selesai Projek BAKSIS 1.0


Cik Ina & Barisan MT SISWI

Done. Good Job everyone.

:: BAKSIS 6.0 Kg Jerek, Kelantan ::



:: 8 - 11 April 2016 ::

Team BAKSIS 6.0

Assalamualaikum MLA, nak tulis cepat-cepat, sebab nak siapkan jurnal, nak siapkan. Nak siapkan sangat-sangat. Okay!! Macam tak siap, tak apa, nak siapkan jugak. Nak jugak. Nak jugak. Hahaha!! Macam tula ye MLA kalau dah tak berapa nak betul, tingtong tingtong jugak la. Tonggggg!!!
Cik Ina nak abadikan kenangan masa Cik Ina sama-sama join BAKSIS 6.0. 
Lamaaaaaaaa sangat rasanya tak join BAKSIS. Dulu-dulu pun macam tu jugak.
Rindu pula rasanya nak ada mak ayah angkat, yang bila bangun pagi, makanan dah terhidang dekat meja makan, boleh kenal adik-beradik, sepupu-sepapat, sedara mara. Dan yang penting, boleh taste makanan Kelantan.

Well, well, well. Ini kali ke-2 Cik Ina ke Kelantan. 

First impression, Wowww!! Diiringi kompang kepuk-kepak,kepuk kepak. Enjoyy!! Rasa welcoming sangat-sangat-sangat.

Second impression. What!! What!! What!!! Air pakai hari-hari hanya RM30 setahun. What!! What!!
Kalau bagitahu dengan ma angkat, rumah Cik Ina sebulan dekat RM120, mahu terkejut beruk zas zas ma angkat tu. Cik Ina pun dah terkejut beruk. Kata ma angkat, Dulu RM20 setahun, sekarang mungkin GST, tambah RM10. Ciss!! Hahaha!! Ma angkat buat Lawak Ke Der!

Okay!! Jom start  dari mula. 1          2              3. Pecut.

8 April 2016 (Jumaat)

Kitorang bertolak dari Dektar jam 12.15 pagi. Lewat 15 minit. Tapi rasanya pakcik driver bas tu pun lewat jugak. Sampai-sampai je terus kena tengking bebudak Baksis ni. Kesian sangat deorang, terkulat-kulat kena marah. Makanya dalam perjalan jadi krik krik. Selamat la pakcik yang marah tu dekat bas lagi satu. Dah dia yang lambat, bebudak ni pulak kena marah. Eh! Eh pak cik ini.
Pak cik buat sepoi mood  peserta Baksis 6.0 tau. Hukhukhuk. Jam 5.45 am kitorang sampai dekat Hentian Gua Musang. Rehat, mandi, solat!

Perjalanan seterusnya ke Gua Stong. ,So dekat sana Izwan (KP) bagi brieffing sikit, pembahagian tugas et al. Selesai, sesi suai kenal antara peserta & AJK, kita buat sesi bergambar la, apa la. Aktiviti santai sebelum sampai ke Kg Jerek, sejam perjalanan lagi untuk sampai ke sana. Cik Ina pun ada brieffing sedikit. 4 perkara yang Cik Ina sentuh & memberi peringatan. 1)Jaga mulut, jaga tingkahlaku sebab kita masuk tempat orang, jaga nama keluarga, kolej dan UKM terutamanya 2)Masa- puntual 3) Kenal each other sebab ada diantaranya tak kenal 4)Sakit- jumpa AJK kebajikan ye. Sebab kadangkala, sakit ini datang tak kenal tempat, masa & ketika. 

Selesai di Gua Stong, kitorang bertolak ke Kg Jerek. Okay!! Cik Ina sempat tidur lagi. Argghhh!! Badan sakit ye. Kikiki. Sampai-sampai jam 12 tengahari, kitorang dialu-alukan dengan paluan kompang, ayoyyoyyyy!! Meriah sangat. Gigih tau komuniti dekat sini berpanas menantikan kitorang, dah la tak ada tempat berteduh. Panas terik pulak tu. Tapi nampak semangat kekampungan tu. Terharu. Terharu tau MLA.

Ketibaan dijemput dengan paluan kompang

Barisan Felo KTHO - Rully, Cik Ina, Reyl & Hidir

Sampai terus buat rehearsal untuk majlis penyerahan anak angkat. Letihkan. So, apa yang Cik Ina pelajari, lepas ini sesi rehearsal semuanya sepatutnya dijalankan di kolej sebelum bergerak pergi. Supaya semua tak jadi kelam kabut. Tengahari, kitorang makan nasi putih, ayam goreng, gulai lemak terung, petola & baby corn, budu & sambal merah. Perghh!! Sambal  merah dia. Ayoookk!!.

Selesai penyerahan anak angkat. Jom balik rumah ma angkat.

9 April 2016 (Sabtu)

Senamrobik bersama penduduk Kg Jerek, diketuai isteri Tok Ketua. Nahhh!! Gituu!
Bangun pagi-pagi, tengok dah terhidang makanan. Thanks maaaaa. Ayoyoyoyo!! Manja kita ye. Cik Ina serumah dengan Rully. Tapi rasa bersalah sangat sebab tak ada masa nak sembang beria-ria.
Tapi tak apa, nanti-nanti sempat nak sembang, cari masa,cari masa. Malam tu Cik Ina dah rasa gatal badan, tapi tak ada la gatal beria-ria. Pagi tu ada senamrobik. Lepas itu ke Sekolah Tahfiz untuk majlis perasmian sikit. Kitorang dibahagikan kepada 3 team. Team ke Tandak Air, Team Sekolah Tahfiz & Team Masak Bihun Goreng Singapore. Cik Ina di Team 3, masak memasak. Tengah masak-masak, dah rasa badan gatal-gatal, cakap dengan team masak, Cik Ina nak sejukkan badan bawah kipas. Tak sampai 15 minit, rasa muka badan-badan semua bengkak-bengkak.
Makkkkkk tolong!! Kenapa ni? Kenapa?

Kumpulan Mak Jemah - Bihun Singapore


Terus shoot ke Hospital Gua Musang. 45 minit. Uwaaa!!
Sepanjang perjalanan ke Gua Musangkan MLA, Cik Ina berkesempatan tengok kesan-kesan Tsunami Kelantan (Banjir 2014) dulu. Kata Dayah, Kg Jerek dah macam 1 kepulauan. Yang lain dah tak nampak. Macam lautan. Just imagine, macam mana pokok ya amaaat, amaaat tinggi tu boleh ditenggelami air?? Ya Allah. Terus bersyukur sebab tak terkena walaupun Kg Gajah kena serpihan-serpihan banjir je. MLA pergi sendiri tengok kesan banjir. Sampai sekarang.

Dayah kata lagi, kawasan situ kawasan Orang Asli. Based on Dayah's experience, dia tanya sendiri. Dia cakap Orang Asli sempoi. Masa banjir, mereka pergi ke kawasan tinggi.Malam 1 tidur berbumbungkan langit, malam ke-2 banjir, dah siap 1 rumah panjang didirikan untuk orang tua, wanita & anak kecil. Makanan pula mereka perolehi di gunung-gunung, bukit-bukau.
Waahh!! Impress betul dengar cerita Dayah. Boleh buat conclusion "Orang Asli & Alam berpisah tiada".

4 jam bertenggek dekat Hospital Gua Musang, masuk ubat 2  3 jenis entah apa-apa. Sedih!
Aktiviti petang, terus tak buat. Sukaneka rakyat et al, memang Cik Ina tak join la.
Balik rumah - jumpa ma angkat - makan nasi - sembang-sembang - tidur.

Majlis Perasmian Peletakan signboard Sek Agama
Malam tersebut, peserta BAKSIS 6.0 dihidangkan dengan ceramah agama. "KELUARGA SAKINAH". Alhamdulillah. Walaupun badan penuh bintik-bintik, muka bengkak setalam lebar, tapi hati gigih nak join. Ustaz Mokhtar Hj Yaakob menjelaskan "kalau kamu berkehendakkan keluarga sakinah mawardah, kamu sendiri yang harus membentuk disiplin dalam keluarga kamu sendiri. Bagaimana caranya? Bagaimana? Dengan bersembahyang. Cuba bayangkan, di waktu pagi, kamu tidak solat Subuh, kamu tidak menemui Allah diwaktu pagi yang indah, sunyi dan penuh ketenangan itu, percayalah, kamu akan ditimpa beberapa penyakit. 1. Kebingugan 2;kesibukan dan 3; angan-angan Mat Jenin."


Insha Allah, kami nak bentuk keluarga Sakinah
10 April 2016 (Ahad)

Next Programme!!!

Ye! Masuk Sekolah. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Ikut sekolah juga. Kalau sekolah kecil macam Cik Ina dapat, cukup sekadar 20 orang, kalau sekolah yang besar, memerlukan fasilitator yang ramai. Modul? Ye!! Disediakan oleh fasilitator yang berpengalaman handle acara sekolah.
Cik Ina?

Fasilitator Sek Keb Jerek

Ye Betul. Bergaru-garuan di belakang pentas. Alahai. Cik Ina dan Rully tak tidur malam tadi sebab masing-masing bergaru sakan. Punca! Unidentify! Entahlah. Ingke sangat kot orang Perak kata. Tapi tak apa la. Sekurang-kurangnya tolong menolong menyapukan ubat ke badan terlaksana. Enjoy that moment. Mana tahu, lepas ini tak ada dah. Yela!!

Cik Ina decide nak pergi Klinik Kesihatan Kg Jerek. Memandangkan ubat sapu semalam sudah habis. Mana tahu kot Cik Ina dapat ubat lagi power. Kata MA Klinik, suruh cucuk, Cik Ina cakap sudah-sudah la dengan cucuk tu. Tak larat dah tangan ini. Banyak aktiviti terbatas nanti. Ahhh, semua gaa-gara penyakit bintat-bintat merah ini. Okay! Tak marah ye! Tak! Tak!. Jam 12 pm, team Sek Jerek selesai.

Gambar kenangan Team SK Jerek
Petangnya, acara gotong royong masak-memasak besar-besaran. Yang memasaknya kebanyakkannya orang kg Jerek. Kitorang? Tolong tengok. Masakan dia. Wowww!! Sedap weh! Tak tipu MLA.

Team AJK Makanan
Singgang Daging dia sangat mantap!! Cik Ina tambah itu sahaja 3x. Percayalah! Ada rasa masam, ada rasa manis, nakkan rasa pedas. Tu dia, tu dia sambal merah menyala depan hang tu. Buh la satu senduk. Berasap!!!


Daging Singgang

Penambah perasa = ikan kering & Sambal Merah Menyala
Peserta BAKSIS 6.0 & PakCik Kg Jerek

3x tambah

Malam terakhir di sana, ye betul. Malam perasmian yang dirasmikan oleh Tuan Amran, SUK YB. Senator Dato Dr' Ashraf Wajdi (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Malam tersebut ada persembahan kompang, Nasyid serta dikir barat. Meriah! Ramai orang datang. Orang Kg Jerek, sporting okay!

MEP Grace, Felo Rully, Cik Ina & MEP Atin

Atin & Grace dapat keluarga angkat yang sporting. Waaa!! Enjoy diorang. 

Untuk Kenangan kata Cik Ina
Terima kasih buat Reyl & Hidir, tolong support sekali team BAKSIS 6.0. 

Malam terakhir melabuhkan tirainya. Perkara yang berlaku sepanjang program diharapkan dapat diambil iktibar. Tak pernah terlintas diingatan untuk menyalahkan sesiapa, pun begitu, kita semua belajar untuk menjadi lebih baik & lebih berorganisasi suatu masa nanti. Acehcehcehceh!!

11 April 2016 (Isnin)

Isnin. Sebelum pulang petang harinya. Tugasan terakhir. Memberi sedikit sumbangan kepada keluarga miskin. Dengan bantuan ketua kampung & juga orang kg, kita dapat kenalpasti keluarga-keluarga yang perlu diberikan bantuan. Bak kata pepatah "Hulurkan tangan, ringankan beban". Walaupun tidak seberapa dari pihak kami, pun begitu diharapkan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung. 

Team Meli Tok Gantang

Team Cik Ina 4 orang je. Sikit. Meli Tok Gantang. Namanya pun dah gah. Inikan pula orangnya. Pak Cik Meli menghidap strok selepas pulang dari mengerjakan Haji tahun 2007. Cik Ina tengok memang dah berusia. Tapi, kadang-kadang ingatannya masih kuat. Apapun, takziah Pak Cik Meli. Pengorbanan & jasa yang Pak Cik Meli taburkan berhasil kini, tengoklah cucu cicit kini, boleh bernafas tanpa perlu memikirkan ancaman komunis mahupun bintang 3. Ayoyoyo!! Cik Ina dengar sejarah Pak Cik Meli. Best!!

Sumbangan daripada BAKSIS 6.0

Selesai!! 

Weh!! Ada masa lagi sebelum majlis penyerahan anak angkat. Jom mandi air terjun. 
Team hiking sambil selfie

Walhal deorang ini kebanyakkannya satu aras dengan Cik Ina. Selalu dengar suara deorang bising-bising, mungkin tengah betulkan tudung di cermin besar tu. Jarang-jarang bersembang dengan Cik Ina. Selalunya Cik Ina la yang suka nak minta tolong deorang. Bagus budak-budak ini. 

Selesai majlis penyerahan anak angkat. Tok Ketua dera kitorang, disuruhnya jalan kaki dari jambatan runtuh akibat banjir 2014 dulu. Nervous gila, tapi tengok yang lain rilex siap selfie, kita pun okay la. Sedih tahu tak nak balik. Nak tinggalkan kenangan-kenangan yang kita bina bersama selama 4 hari itu. Banyak moment-moment yang mana Cik Ina sendiri baru belajar. Banyak perkara dan maklum balas yang Cik Ina rasakan Cik Ina perlu perbaiki lagi. 

Jambatan sementara

Kenangan

Ye!! BAKSIS 6.0 Selesai. Alhamdulillah.

Felo Penasihat 

Jom!!