Monday, 25 April 2016

:: Program Tasik Chini 6 -7 April 2016 ::



:: Tasik Chini ~~~~~~~ Enjoyyyyyy sangat ::

Eh! Eh! Eh! Yang sebenarnya pergi ke Tasik Chini ini tak ada plan pun, tiba-tiba malam tu dapat mesej whatsapp dari Puan Penyelia, Prof Madya Dr Habibah Ahmad. (Fullname terus). 

"Zurina, jangan lupa esok ye"

Baik Dr.

Wowww!! Baik sangat pelajar Dr Bib ni, Hahaha. Walhal kepala dok fikir, macam mana ni, jadual berderet-deret kot. Ke BAKSIS 6.0 Kelantan, lepas tu lagi ke PROJEK SISWI 1.0 Melaka. Amboii!! Tak duduk diam dekat bilik. Rasanya sebab tanggungjawab. Insha'Allah. Sebab tanggungjawab. 
Cik Ina rasa kebertanggungjawaban sebagai pelajar terhadap supervisor (SV) kita, tanggungjawab sebagai felo jugak tak mungkin dilupakan. 

Blok C, Bangunan Penyelidikan

Kalau boleh nak seiringkan antara satu sama lain. Iye!! Nak seiringkan. Kalau boleh.

Makanya, pagi-pagian jam 6.30 am, Cik Ina dah bersiap sedia. Baju simpan dalam backpack  je, tak perlu beg troli sebab tak lama pun, rasanya kalau sampai pun nanti memang lama la dekat bilik RA tu. Haissh!! Memang betul ye. Ini kali pertama Cik Ina sampai ke Tasik Chini. Selalunya dengar student lain je yang cerita pasal Tasik Chini. Kali ini pergi tengok sendiri. Waaa!! Awesome!! Sampai masuk ke kawasan orang Asli bagai, jalan batu-batu, kecil. Uwaaa!! Tasik Chini sangat.

Kitorang lewat. Brieffing pun tak sempat nak join. Tapi sempat makan. Yehaa!!

Lepas makan, kita ke Blok C. Hujung dunia! 

Kemas itu ini, tampal sana sini, paku situ sinun. Lekat sana sana. Ye!!! Selesai kerja. 

Buku Skrap yang menggunakan kertas daun 

Sambil-sambil tampal-tampal, sambil baca. Ohhh!!! Macam itu ke? Ooo!! Kertas skrap tu asalnya dari daun itu. Waaaa!!

Idea Beramai

Team Tasik Chini ramai, ada yang dari FST, ada yang dari CITRA, ada yang datang dari FSSK (Kitorang la tu), ada researcher luar (India, Scotland, Indonesia), hah!! sempat la chit chat walaupun Bahasa ke laut dalam. Janji faham. 

Dr Bib & team

Made by Orang Asli Tasik Chini

Kalau tengok kraftangan yang Orang Asli buat, memang berseni sangat. Halus. Padu.
Asli la senang cerita. Cik Ina rasa nak bawa balik je senduk tu, buat cedok nasi. Kikiki.
Kata Dr Citra tu, Orang Asli sekarang tak banyak sangat buat kraftangan sebegini, weh!! diorang pun dah moden kot. Yela MLA, kitorang balik, kan kitorang lalu kawasan perumahan Orang Asli, fuyooo!! Diorang ada ASTRO, bilik air dalam rumah, rumah batu ye. 

Moden dah!! Sebab hp deorang lagi canggih. Iphone! Okay. Bye. 

Pakaian Tradisional

KAMI. Mekti, Mekyu & Cik Ina. Kitorang adik-beradik tiri sebab SV yang sama. Tajuk je yang berbeza. Kalau sorang kena hantar jurnal, yang lagi dua ketul tu kena hantar la jugak. Padan muka kita. Hahaha. Cik Ina kakak la kot sebab awal 1 sem. Poyooo!!!
Tapi dalam group 'Penyeliaan Dr Bib', kitorang lah paling adik-adik sebab yang lain semua tinggal nak analisis, nak viva. Waaaaa!!! Jelesnya. 

Wehh beb!! 

Kita kena usaha gigih. Kata nak siap awal. 

Tolonglah percaya. Walhal jurnal makin kelaut. 


Mekti, Mekyu & Cik Ina

Selesai pengembaraan ke Tasik Chini!!

BAKSIS 6.0, Kg Jerek, Kelantan!!! Mohon tunggu Cik Ina

Friday, 22 April 2016

:: PUNGUT: 1 Jiwa ::



:: Pungut = Si Pendamping Baru  ::

PUNGUT = Si CINTA Hati


Hye "DUNIA BARU CIK INA", PUNGUT si cinta hati. Cik Ina jumpa pungut dekat Blok H,
masa itu nak ambil barang, kesian tengok pungut sangat-sangat masa itu. Yela!! Dah lah comot, tu belum lagi tengok kekurusannya. Rasa macam terpanggil untuk bawa dia pulang ke bilik sendiri.

Lagipun masa itukan hati & jiwa Cik Ina dalam kekusutan sangat. Rasa memerlukan somebody  untuk diluahkan sangat-sangat. Orang yang boleh dipercayai, yang tak akan tikam dari belakang mahupun yang bermuka-muka dengan Cik Ina. Amboiii!! Nak kan somebody yang sebegitu. Ada ke dalam dunia ini? Sedangkan Cik Ina sendiri pun penuh dengan kekhilafan.

Tak suka baring atas katil. Tempat istimewa lorong nak ke dapur

Mungkin ye! Mungkin Allah SWT mempertemukan jodoh Cik Ina dengan pungut.
Masa itukan, tak fikir panjang dah, ambil je. Selamat jenis yang tak takut dengan manusia bengis macam Cik Ina ni, kalau tak. Lagi bertambah sentaplah kehidupan Cik Ina.

Balik bilik - mandikan - rebus ayam - bagi makan. Hadiah pertama yang Cik Ina dapat adalah lovebite pungut. Amboi! Mentang la tak biasa mandi. Okay, nak duduk bilik Cik Ina wajib bersih & tak kotor hidung, tangan kaki semua ye. Sebab Cik Ina mudah bersin. Bulu pun tak boleh terbang banyak-banyak. Perghhh, banyak syarat nak duduk bilik Cik Ina.

Mulanya, cadangnya nak bagi pungut rehat dekat bilik kejap je, lepas itu nak lepaskan dia. Ikutlah hatimu mahu pergi kemanapun wahai pungut. Tapi lama-lama rasa sayang. Yela, entah kenapa Cik Ina bersungguh-sungguh nak membela, siap rebuskan ayam tiap kali nak makan, bangun pagi-pagi mesti pungut dicari. PAnggil je PUNGUTTTTTTT, hah dah terpancul depan muka.

Kalau nak eeyak, dah tahu dah, kotak dia, kalau takpun dalam bilik air. Sebab Cik Ina pernah kurung sekejap, suruh dia belajar. Aikk, sekejap je boleh diajar. Makanya, bilik Cik Ina tak bau eeyak pungut, pun tak kencing merata-rata. Jadi persolan timbul, eh! Pungut ni ada orang bela tak sebelum ini? Kesian tuan dia kalau tengah mencari.Macam mana ni? Uisshh, tak boleh jadi. Survey punya survey, ada la 2 3 orang datang bilik Cik Ina mengaku kata "saya tuan pungut". Rasa luruh jantung.
Alaaa, kenapa pula? Rasa macam dah betul itu tuan pungut. Mungkin bila pungut dah gemuk, bersih, wangi & handsome! Semua nak mengaku itu hak dia. Eh! Bukan mudah ye nak lepaskan pungut macam itu je. Cik Ina tanya, kalau betul pungut awak punya," dia jantan ke betina?".

Nama Pungut! So, memang tak tahu la kejantanan atau kebetinaannya. Betul tak?
Alaa dik, try next time!!

PANGGILAN PUNGUT

On the way nak balik bilik lepas beli makanan pungut, dok terfikir nak panggil nama apa la oren ni, takkan oren? Dia dah la bijak, handsome, manja, joren dan seangkatan dengannya. Apa ye, lagipun nama mestilah sesuatu yang mudah & manja (eh!! Yeke pungut tu panggilan manja?). Yang lebih penting, nama itu masuk ke jiwa. (Eh!)

P.U.N.G.U.T

Ye! PUNGUT.


PANGGILAN MA'DE

Ma'de bermaksud MAK MUDA. Yang ini Si Riya tulah, dia yang kata "Ina, kalau di Indonesia, bukan mak betul atau mak tiri atau senang cerita selain panggilan mak, kita panggil ma'de.Perghh!! Okay la. Cuba try panggil sekali. Pungut pandang, okay la tu. Faham la kotnya tu. Hahaha!!

Maaf!! Dah edan kasmaran sangat-sangat dengan Pungut. Hahaha!!

Bila dipanggil PUNGUT, laju je. Macam yakin orang panggil dia


'Korang, jangan la datang bilik akak minta pungut. Akak tak boleh la.'


Pungut
Rakan baru yang Allah pertemukan
Rakan bercerita, mengumpat, mengata, bersembang
Rakan membaca jurnal sampai rabak mata
Rakan bermain & makan bersama.

Pungut
Sahabat yang mengajar erti tanggungjawab sesama makhluk

Pungut
Sesuatu yang ikhlas
Sesuatu sangat!

Sehingga hari ini, Pungut telah bersama Cik Ina 10 hari. Insha'Allah, bila pungut dah boleh jaga diri & dah besar sikit, Cik Ina akan lepaskan dia. Kan hak dia, nakkan kebebasan. Dengan Cik Ina takat jalan dekat aras & bawa ke rumput dekat blok H. Supaya dia rasa bebas sikit. Ye, pungut! Nanti, bila tiba masanya goodbye. Alaa, sedih la kalau macam tu. 

** Pungut, lepas makan, mesti tidur. Kalau ahgay tengok, mesti sakit hati. Nanti nak bawa balik kg, perkenalkan adik beradik tiri baru. 

Tuesday, 5 April 2016

:: Interview MEP & PC Sesi 2016/2017 ::


Semua berbakat. Betul. Tak tipu. 
Tapi yela, penilaian kita based on criteria yang diberikan.
Tak boleh pilih sesuka hati. Lagipun, ramai kot yang mohon. More than 60 candidates.
Bagus. Macam tahun lepas juga. Masa interview, ada kami as a fefelos KTHO  dan Dato Pengetua.
Cik Ina tak ada tanya soalan, demam kot. Sambil batuk dengan elok lengkap pening kepala.
Tapi sebab dah tugas & tanggungjawab, datang ye. Lagipun Cik Ina suka.
Nak juga tengok siapa la yang berminat sangat-sangat nak jadi PC (Pemudahcara) dengan MEP ini.
Dan sejujurnya Cik Ina akui, Cik Ina tak kenal sangat budak-budak ini, muka kenal, nama tak kenal.
Lagi satu, Cik Ina kan problem nak hafal nama & muka orang ni.

Jangan tak tahu ye, Cik Ina bagi markah banyak-banyak belaka. Hahaha!
Jangan tak caya ye. 

Markah beria 4 out of 5
Soalan? 
Macam biasa la. Perkenalkan diri, kursus apa, asal mana. Ala, biasa-biasa je soalan.
Sepanjang setahun duduk di KTHO, program apa yang anda ikuti, jawatan di dalam program tersebut et al. Alaaa, kita nak tahu la penglibatan deorang ni kan. Kalau banyak join, banyak la sikit markahnya. Cik Ina kira macam tu je. Mudah. Senang. 

So, markah dah ada. MEP & PC juga dah dipilih. Tunggu nak releasekan nama je lagi.

Kepada yang berjaya menjadi MEP & PC
Tahniah. Semoga anda semua boleh melakukan kerja dengn penuh dedikasi, bertekad & berazam.
Tidak menjadikan jawatan yang anda pegang itu sebagai batu loncatan nak menyombong ataupun membelakangkan kami as a fefelos, memandangkan kita akan bekerjsama selama setahun.
Cik Ina berharap agar sekiranya ada masalah, kita bawa berbincang.
Jangan bergaduh sesama sendiri, mahupun ada sikap program aku dah selesai, dah la.
Hah, masalah tu ye. Banyak sangat nasihat nak bagi, tapi tunggu la masa program kita nanti.

Kepada yang tak berjaya,
Jangan rasa sedih. Tak berjaya tak semestinya gagal.
Markah tak cukup la tu kotnya. Kalau takpun, ada faktor lain tak terpilih menjadi MEP & PC. 
Result Sem juga kita nilai ye. Ada yang 4.0 flat tau. Hah!

Cik Ina bukan totally handle interview ini, Cik Ina nak beri kredit kepada felo Aspirasi la, Felo Zety,
memang ini tugas dia la. Cik Ina felo kolej. Hahaha. Nampak tak tu? Kalau ada sakit ke, histeria ke, accident ke, hah, felo kolej sangat, Heheheh!! Selamanya.

Oh ye! Portfolio juga dah berubah. Ye!! 
Cik Ina nak belajar benda lain pula.

Cik Ina pegang portfolio MEP Kerohanian dan MEP Akademik.
Okay! Tak tamak ye! Tapi sebab tahun depan tak nak dah pegang aktivasi blok, terus pilih 2 MEP. Hahaha. Bijak. 

Interview session
Selesai. Tahniah. & Selamat Sihat dari demam ye Cik Ina. 


:: Short Vacation - Cameron Highlands ::


:: One happy family at HOME ::

18 - 19 MAC 2016

Asalnyakan, Cik Ina balik untuk temankan Puan Emak menjalani rawatan susulan dekat KPJ, Ipoh.
Dah siap-siap nak pergi itu, call la PA Dr. Kalidasan tu, auchh. clinic will be close for 2 day. Auchh!!
Alaaaaa, kenapa la tak perasan tarikh tu. Alaaa.

Jom, Cameron nak? Pergi cari pokok cabei.*baca ala-ala orang Perak sebut ye* .Okay gak tu. Lama tak pergi. Dah 2 tahun. Jom, siap baju semua. Eh! Mana bawa balik baju. Ingatkan nak balik hari Ahad esoknya je. Alaaa. Ahh! Lantak la. Jom!! Bergerak Jumaat Tengahari lepas Zohor, noknei noknei, sampai petang la jugak. Kitorang naik ikut Tapah, balik ikut Simpang Pulai. Bagus perancangannya. Konon taknak jem la. Konon.

Tuan Belog. Demam.

Cik Ina nak ingatkan la ye, dari Tapah, MLA tak akan, tak akan sekali lagi penegasan, tak akan jumpa shell, Petronas et al. sebab hutan bukit bukau. Dah rasa menyesal tak buang air siap-siap. Aihhh, menahan dari Tapah. 2 jam kot!! Balik ikut Simpang Pulai pun macam tu jugak kisahnya. Adoiii!! Sabar jela.

Malam Sabtu, kitorang ke Pasar Malam Brinchang. Amboi, siap beli sweater purple tu, jeles tengok anak buah beli sweater, Cik Ina nak juga. Tak ada apa sangat aktiviti malam tu balik bilik, cicah la strawberry dengan coklat. Habis malam tu, 3 kotak strawberry. Cik Ina, bukan kaki strawberry. masam. Tang mana yang manisnya?

Pagi Sabtu. Demam. Muntah.

Mungkin cuaca & badan pun terkejut kot. Entah la. Dah tak enjoy nak jalan-jalan.
Tapi still berjalan. Orang lain kata panas, Cik Ina sorang yang kata sejuk. Ada hikmah tu yang beli sweater tu kotnya. Hahaha!

AGRO-TECHNOLOGY PARK MARDI

Ini tempat nak tengok bunga-bunga la. Nak masuk kena bayar. Cik Ina tak tahu berapa, semua urusan duit-duit masuk bayar, tugas Alang. Cik Ina demamkan. Lagi pula tolak kerusi roda Puan Emak,
memang tak la kan. 


K.A.M.I
Anak buah Cik Ina suka bergambar, suka selit-selit, nak kata senang bawa jalan, tak juga.
Meragam juga, tapi okay jela. Nama budak-budak, mesti nak itu ini kan.
so, mama dia la yang kena layan. 

Jantung Hati Cik Ina

Eh! eh! Puan Emak gembira sangat dapat beli bunga kaktus, pokok itu ini. Yang lagi kelakar, AbgLong pun siap beli bunga. Amboii, ko nak letak dekat mana Along? Siapa la yang nak siram hari-hari bunga ko? MakChik bet tak lama la bunga ko hidup Long. Hahaha.

LUPA NAMA TEMPAT


Harus ADA

Walaupun demam, ia tak jadi halangan untuk Cik Ina menyemadikan gambar kenangan ini. 
Sebab tahu, belum tentu 2 tahun lagi nak datang sini, dah la dengan jem krengg nya hari Sabtu. Hahaha!! Bertabah la duduk dalam kereta. 

Matlamat UTAMA

Masa ini Cik Ina dengan Puan Emak tengah bersila pilih pokok cabai. Ada RM18, ada RM8, ada RM10. Cik Ina punya RM8 sahaja. Yang dekat tangan tu. Puan emak, dapat 3 pokok cabai. Cik Ina 1 je. Ahh!! tak adil ini. 
Walaupun demam, hidung dah berbuih-buih, kepala dah tingtong, tengok pokok cabai, sihat kejap. Lepas tu demam balik, hahaha. Cadangnya nak ambil pokok daum kesom, mana tau kot nak buat laksa ke, asam pedas Perak ke, tapi bila fikir, asyik mati je. Hurmmmm!! Tak jadi ambil.
Ada juga pokok daun pudina, aissshhhh!! Tak suka la.

"Mak, pokok cabai yang ini okay tak? Yang tu? Alaaa yang ini la. Eh jangan yang tu, kecik". Hahahaha!! Gigih ye.

TRINGKAP, KEA FARM ,STRAWBERRY FARM

Kali ini,kitorang tak sempat nak pergi ke Taman Rama-Rama, Taman itu ini la. Kan dah cakap, matlamat nak cari pokok cabai je. Haa'. Singgah lagi dekat Tringkap ke mana ke, tak tahu la. Tapi famous la, jual sayur 10 jenis sayur = RM10.  Aisshh!! Memang teroyak kalau tak beli.
Cik Ina pula jalan dengan Puan Emak, deorang jalan dengan anak masing-masing. Ewahh!!
Kitorang pergi cari pokok cabai lagi la. Tak tahu dah berapa pasu dah yang kitorang berdua beli.
Lepas itu bising,

"Mak, nak letak dekat mana. Hah, letak kat kaki org lagi ke, org demam ni mak" -adu Cik Ina

"Haa', time beli cabai tak ingat demam"

Ciss!!Nyampah. Esok berebut la nak pokok cabai Cik Ina, bla la Emak. Hahahaha.


Puan Emak tengah explain cara menanam pokok cabai

Cik Ina& Puan Emak tengah tunggu deorang yang lain, kitorang dah setel awal. Datang segerombolan aunt Cina dari Pulau Pinang, pelik tengok kitorang kecoh-kecoh pasal poko cabai, deorang datang, pelik je.

Ayooo, banyak beli pokok cabai ye.

Haa', nak buat tanam dalam pasu balik nanti. Puan Emak siap sembang-sembang bagitahu kedai mana murah, kedai mana mahal. Ha' siap hafal jalan, kedai no berapa. Ciss!!
Enjoy je dia sorang-sorang duduk atas kerusi roda tu. Eleh, bla la Emak. Hahaha.

LADANG TEH BHARAT

Requested by AbgLong. Dia yang nak minum teh konon-konon sambil pemandangan pokok teh. Konon sangat. Tapi penyudahnya, dia yang buatragam. Adoiii. Sabar jela. Habis semua meragam, mungkin penatkan. Banyak tempat singgah, jadi macam tula. 

Rasa Teh la.

Walaupun anak MakNgah meragam, Cik Ina buat tak tahu je. Demam. Hahaha. Cik Ina geng dengan Puan Emak je. Haruslah. Sambil mengeteh, sambil layan suasana. Tak ada la layan sangat.
Yang sebenarnya lapar. Tu yang ye nye.

Seketul MakChik dan Seketul KakLong Anje

Inilah pokok teh. Hah. Nak juga bergambar berlatarbelakangkan pokok teh. Okay! 

Selesai.

Short vacation . Enjoy!


:: FESSAT2016 -Awesome!! ::


:: Imbas kembali FESSAT ::

Hye MLA. Lama tak sembang-sembang, share apa yang patut. Share pasal kehidupan sebagai fefelos meletop KTHO. Ahh!! Banyak yang telah Cik Ina tinggalkan, maklum la, macam-macam berlaku dalam kehidupan seharian Cik Ina, nak buka blog pun, dah buka tutup balik. Okay! Tak ada arah tujuankan.

FESSAT XV 2016 dah melabuhkan tirainya lama dah. Cik Ina baru nak berstory mori. Mungkin sebab masa! Yess!! Hari ini ada masa sangat. Sampai pandang laptop pun macam nak makan. Dari pagi tadi dok tadah air dalam tong hitam, baldi 3 dan botol-botol air. Tahukan UKM tak ada air, dah 2 hari. Selamat la bilik felo Cik Ina ini, ada air, tapi kecil la. So, melangut la tunggu air penuh. Hah! Selingan la perihal UKM & air yang memang sentiasa menjadi salah satu pengalaman dekat sini,

Okay! Okay! back to the main point.

FESSAT XV 11 -12 MAC 2016

Kali ini 2 hari je, macam semester lepas 3 hari. Walaupun 2 hari, padat dengan program.
Tema kali ini still kekeluargaan. Jadi banyak program yang melibatkan hubungan satu sama lain. Walaupun Cik Ina bukan felo pemantau FESSAT, tapi Cik Ina joinkan diri sebab Cik Ina tak nak tinggalkan moment-moment kehidupan di KTHO ye.

Antara program FESSAT XV:
Pertandingan Mewarna -anak yatim
Sembang santai "Jom Sihat"
Cat Show
Demostrasi Silat Cekak Hanafi
Charity Night Run With Aman Palestin
Majlis Perasmian FESSAT 16
KTHO Grand Style (Sukaneka, Senamrobik)
Final Sukan Mega
Pertandingan 'Acoustic Enthusiastic)
Pesta Apresiasi Budaya
Majlis Perasmian Penutup dan Majlis Makan Malam ALUMNI
 dan Pesta Apresiasi Budaya KTHO


FESSAT kali ini menampilkan sesuatu yang baru. Cik Ina memuji team kali ini yang Cik Ina rasa mempunyai kesungguhan & keyakinan yang padu untuk memastikan program kali ini berjalan lancar. Itu bagus. Walaupun terdapat kelompongan-kelompongan sikit-sikit, itu perkara biasa. Mana ada seperfect yang kita inginkan, yela dengan hujannya. Nak buat rehearsal terkandas sebenar. Tapi itsokay! Cik Ina best je kali ini.

Barisan Felo di Majlis Penutupan & Makan Malam Alumni
Bertemakan "Sireh Pulang Ke Gangang"

Best!! 


Tak cukup seorang!

Ucapan!!

Tahniah,
Kalau tidak kerana team FESSAT 16 yang best-best, tak mungkin ia berjaya seperti ini.
Walaupun pelbagai rintangan, halangan yang terpaksa ditempuh oleh team FESSAT,
tapi Cik Ina yakin semua orang berasa PUAS dengan pengorbanan yang anda lakukan.

Good team!! Best! enjoy!