Friday, 11 March 2016

:: KTHO - Bowling Tournament ::


" Enjoy - Happening - Jiwa & Dunia "

Assalamualaikum MLA. Wowww!! Enjoy sangat-sangat duduk di KTHO. 
Kalau time bercinta dengan deorang, bercinta sangat!!!
Kalau time nak marah, marah sangat-sangat. Ewahh!! Hohh! Maroh! Maroh!


Padu!!
Tak pernah tak sayang, tak pernah tak cinta,
Terkadang, yang tersebut dibibir, yang itulah yang difikirkan,
yang disampai di hati, yang itulah diingini.

Terkadang, bila disoal, berpatah-patah jawabnya!
Bila dimarah, berjela-jela muncungnya.

Itulah MEP KTHO,
Cik Ina tegur, untuk ilmu,
untuk pengalaman terkemudian hari.
Semoga silaturahim ini berkekalan jua hendaknya.



Cik Ina suka dengan group 5 Cik Ina, Mad Baik & Atin. Elok la! Cik Ina bukan pandai main, boleh pulak bola tu kebelakang, habis kena gelak kaw-kaw dengan deorang. Dalam kena gelak tu, yang bagusnya deorang bagi kata semangat. "takapa kak ina, boleh buat. Boleh". Ayoyoyoyo!!!
Sweet la tu, bagi kata-kata peransang. 

Ishh!! Ishh!!
Baru-baru inikan, Cik Ina dapat maklumat #sumbersahih. 
Katanya Cik Ina garang dalam meeting , ada je yang salah dalam program, alaaa korang pun,
Bukan senang nak laksanakan satu-satu program, Cik Ina garang time tu je. Bila keluar, masih boleh selpie kot. Jangan dengar cakap orang lain.

Kenali dahulu. Jangan terus judgement Cik Ina dengan hanya mendengar omongan kosong dari orang lain. Tapi, Cik Ina sedikit terluka dengan kata-kata dia. Kalau ikutkan hati setan, lama dah nama dia dalam list buan kolej, tapi hakikatnya, siapa la Cik Ina untuk buat macam itu. Tak berhak, walaupun ada la sikit. Hahaha!! Ikut hati waras, tak apa la. Budak tak matured, apapun, Cik Ina kena kuat semangat. Hahaha!! Jiwa sangat.

Ohh ye!! Pesanan! Jangan lupa datang ke karnival FESSAT Festival Satria Sanjungan KTHO dari 11 -12 Mac 2016. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!! Dekat je, di Dataran Seni, UKM.

Jiwa Fefelos KTHO !!

Tuesday, 8 March 2016

:: Tahniah - Biasiswa MyPhD ::


:: Syukur Alhamdulillah ::


Cik Ina panjatkn segala kesyukuran nikmat ini Ya Allah. Syukur atas pemberian ini. Tatkala Cik Ina pun dah tak bekerja, tiada pendapatan tetap, ditambah pula dengan keadaan kewangan yang seringkali menghambat rasa. Mungkin ada hikmah disebalik segala kejadian yang ditetapkan olehnya.
Perkhabaran itu Cik Ina terima tatkala Cik Ina di KPJ Ipoh. Masa itu debaran hati tak terkata, aihh, layak ke memohon, nampaknya pengambilan kali ini agak rigid  sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mula la hati gundah gulana, takut masa isi online salah la. Apa la.

Dari petang tadi debarannya, baru berkesempatan log in,
once bila tengok TAHNIAH! Air mata pun bercucuran jatuh ke pipi
Ah dramatiknya ceritera ini,
Ya Allah, syukran atas segalanya!

Sedang badai ombak terhempas-hempas dilautan hati,
Engkau hadirkan kebahagiaan yang pasti.
Terima Kasih oh Ya Allah.

Semoga istiqomah ini sentiasa terpahat disanubari.
24 Feb 2016

 Tahu tak yang memohon untuk biasiswa adalah lebih 5000 candidate?



Ye!! 5,000 untuk MyPhD. Alhamdulillah, Cik Ina adalah dalam kalangan tersebut. Syukurnya Ya Allah. Allah  Mengetahui akan jiwa & Hati Cik Ina.

Penting sangat-sangat biasiswa ini, Penting!

Kepada yang gagal. Janganlah berputus harap, masih boleh memohon! 
Jangan jadikan kegagalan ini mematikan langkah anda,
mana mungkin kegagalan itu berulang selamanya. Bukan begitu?

Layak Sambung Belajar! Hehehe

:: Kursus Protokol - KTHO ::


::Kursus Pengurusan Organisasi ::

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI
KELAB PROTOKOL
KOLEJ TUN HUSSEIN ONN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SABTU/ 27 FEBRUARI 2016

DEWAN ANUWAR MAHMUD


Ye! Sem ini banyakkkkkkkk sangat program yang menanti. Contoh yang hampir Fessat. 
Makanya kursus sebegini seharusnya perlu dilaksanakan untuk kefahaman dan memudahkan urusan & perjalanan sesebuah program. Cik Ina rasakan ini kali pertama anjuran sebegini yang Cik Ina suka sangat-sangat. Yela! Nak buat program, bukan main hentam kromo je.
Kita kena tahu perjalanan program, prosedur yang betul, bagaimana dengan pengurusan oganisasi et al. Makanya, ini medium yang baik untuk semua.

Cik Ina ingat lagi Felo Mazian selalu cakap "protokol salah, program hancur". Bunyi memang nampak ganas je, tapi itulah kenyataannya. Tak payah car jauh, Cik Ina ingat Cik Ina konvo USM, memang berprotokol habis. Hahaha!Korang ingat salutasi main bedal je. 
Panggilan YB korang bantai letak Encik, memang kena la. Yang pasti, Cik Ina pun belajar benda baru. Yela! Tak semua Cik Ina tahu. Terutamanya post protokol.

Antara slot yang dijalankan sepanjang hari adalah:

1. Kemahiran Pengurusan Protokol dan KOmunikasi
2. To Lead, To Manage and To Run
3. To Write and To Report
4. To Gain and To Give

Apapun tahniah kepada MEP Petadbiran & MEP KTHO



KONSERT DIRAJA 27 FEBRUARI 2016


Cik Ina suka. Suka sangat kalau free, Tambah pula ada Atilia, ratu jazz, kalau ada Yuna, Najwa Muhyidin. Okay! Terus rasa gempak. Tak apa, ada Atilia sorang pun cukup dah. 
Hahahah! Tiket siap ambil 3 lagi, konon-konon nak ajak MakNgah. 
Ada pulak disuruhnya jaga anaknya, ohhh noo!!!

Well!! Malam itu kita enjoy!!!


:: Welcome Sem 2 Sesi 2015/2016 ::


:: Barisan Pentadbiran mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus ::

Hye MLA, selamat kembali menuntut ilmu. Cik Ina pun nak ucapkan sendiri pada diri, Welcome Back! 




Cik Ina mendoakan kepada semua pelajar UKM terutamanya penghuni Kolej Tun Hussein Onn,
selamat menempuh Semseter 2 2015/2016 dengan jayanya, 
sambil anda-anda semua melakar memori-memori indah untuk disimpan dalam kenangan sentiasa.

Motto Sem 2!

"Janji Lulus".

Yes!!

Lulus kelas SKAP6004-Methodologi Penyelidikan & 
SKAP6014 - Penulisan Akademik Sosiologi

:: Zaliza solemnization ::


:: What? Maried!! ::


Kenduri kahwin pertama yang Cik Ina hadir untuk tahun 2016 Harap-harap 2017 tahun keramat Cik Ina pula la ye! miahahaha **gelak minta penampo orang kata** Memandangkan Cik In da di kampung,
kita bermuafakat la ke kenduri kahwin zaliza. Geng kutu's 2016 kata kau!



Pasangan Pengantin diapit dara's

Makanya, lepas ini makin ramai la geng's kutu yang nak kahwin main kutu. Hehehe!!
Cik Ina main kutu sebab nak bayar rotax kereta atau nak berhonemoon dengan family.
Tahun ini cadangnya Langkawi. Hamboii!!

Ala, geng kutu's lain, jangan cepat sangat. Bagi can dekat Cik Ina cari calon dulu.
Hahahah!!
Entah kenapa harus ada juga disini

Apa-apapun, tahniah Cik Eja kita. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Dikurniakan anak yang comel & hensem sambil mengamalkan pemakanan vit-C.
Akhirnya, semoga geng kutu's dapat kutu pada masanya. 

Yehaaaa!!

:: Puan Emak di KPJ Ipoh, sakit itu kifarah ::


:: Dugaan Allah beri tatkala Cik Ina bahagia, Cik Ina redha ::

Assalamualaikum MLA, ye betul. Lama dah kisah ini, lepas balik dari Singapore, esoknya dapat perkhabaran dari kampung, Puan Emak dah warded di Hospital Changkat Melintang. 
Tanpa fikir panjang, buat keputusan LJ, Cik Ina terus shoot balik kampung.
Ye! Puan emak sorang, kerja kita boleh cari lepas ini kan. 
Rezeki Allah SWT tu banyak, sedunia ini empunya-Nya. Jangan takut untuk buat keputusan ye MLA. Tapi Cik Ina kecewa! Kecewa sekali! Kalau boleh Cik Ina nak menebus kesalahan 'itu'. 
Ahhh!! Mungkin belum masanya.

Pulang ke kampung, melihatkan puan emak terbaring atas katil, perlu cari kekuatan itu. 
Agar tak tumpahnya air mata untuk kali yang keseterusnya. Melihatkan darah ketul-ketul di pampers, air kencing yang bertukar kemerahan, hati siapa yang tenang?
Doc Hosp Changkat Melintang tulis dekat report "not finding result",
apa MLA rasa?

YE!!

Akhirnya family buat keputusan hantar puan emak ke KPJ Ipoh, Cik Ina, Busu & emak hadir untuk kali pertama. Kemasukan & pemilihan Doc untuk check Puan Emak, tak fikir apa, kita proceed  je. Doc Kalidashan A/L Govindan. Cik Ina memilih Doc ini sebelum lihat expertise bidang , tapi bersykur, lepas itu beliau memang Doc yang Cik Ina rasakan layak merawat puan emak.

Puan emak lakukan cystho  pada hari itu juga, keputusan 90% ketumbuhan. Terasa macam dalam film bila mana Doc Kalidashan panggil Cik Ina dan busu masuk ke dalam bilik cystho  untuk lihat sendiri ketumbuhan di pundi kencing emak. Ahh!! Bila lihat darah yang banyak bila dipotong sedikit.
Pengalaman yang tak akan Cik Ina lupakan sampai bila-bila. Ingatkan dalam filem je, Doc panggil keluar, beritahu kondisi pesakit.

Jenuh menidakkan! Tapi siapa kita? 

"Doc, selain perkataan kanser, tolong la guna term word yang lain, tolong la"

"Selalunya kita selalu nak denied. You kena terima, so, you kena fikirkan langkah seterusnya"

Dengar kata Doc Kalidashan, mana mungkin tak meleleh air mata, Puan Emak tak sedarkan diri. 
Duduk sebentar di kerusi, tak sedar air mata deras, dah tak malu dengan manusia yang lalu lalang, tak kisah sudah! Minta kekuatan ya Allah. Minta kekuatan.
Bila kekuatan hadir, Cik Ina perlu sampaikan kepada adik beradik yang lain.

"Semua, kome kena balik kg sekarang, tak boleh cakap disini"

Ye! Semua balik. Kita kena fikirkan langkah seterusnya. 

Rasanya baru sekarang Cik Ina mengerti akan penderitaan orang! Tak kisahlah derita sakit apa sekalipun. Finally, bila semua balik. Masing-masing dengan keputusan.
Puan Emak discharge selepas 3 hari cystho, operation akan dilakukan seminggu selepas itu.
Alhamdulillah, semuanya okay sahaja. Cuma Puan Emak kena pantang, tak boleh makan itu ini, 
tak boleh buat itu ini, tapi Emak! Emak la. Bukan boleh duduk diam. 

Itulah Puan Emak. 

Operation Day

Ward 3
Bilik 211-3
Dr Kalidashan A/L Govindan

Seminggu berkampung di KPJ Ipoh. Seminggu juga la melihat patient sebelah yang bertukar  silih berganti. Hari operation, jangan tanya debarannya. Eda, ambil cuti separuh hari, begitu juga Alang, tiada kelas tambahan. Sambil menanti, sambil mulut tak lepas dari mengaji.
Puan Emak masuk bilik operation jam 2.00pm - 6.45pm. 
Takut? Ye! Rasanya semua tak tunjukkan rasa gundah gulana itu.
Ye! Kami kuat!

Alhamdulillah! Selesai operation Puan Emak, seperti yang Doc Kalidashan kata terdapat risiko-risiko sewaktu pembedahan. Namun, Alhamdulillah. Puan Emak selamat. Itu yang Cik Ina dan keluarga doakan. Alhamdulillah Ya Allah! Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Puan Emak & Cik Ina

Walaupun seperti yang Doc Kalidashan beritahu, 'ia' akan hadir kalau kita tak menjaga pemakanan, life style  dan lain-lain. Jadi, semua itu perlu di 'take note'. Perlu jumpa dengan Doc dengan appoinment yang diberikan. Jangan tinggal ubat-ubatan & most important DOA.

Ye Doc! 

KENDURI KESYUKURAN

Ye! Itu memang hajat Puan Emak, jiran tetangga datang melawat diharapkan membawa rahmat. Amin. Semoga semuanya selamat dunia & akhirat. Sentiasa diredhai Allah SWT.
Semoga derita itu tak hadir menjelma. Agar saat-saat bahagia itu sentiasa didampingi.
Amin. 


Kenduri Kesyukuran

Ya Allah, Ya Tuhanku
Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah, terimalah taubat kami ini.
Dampingilah kami agar tidak terkalih dari landasanMu ya Allah.
Perkuatkanlah keimanan kami keatasMu Ya Allah
Agar kami tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.
Amin.