Monday, 29 February 2016

:: Singapore : Part III ::


:: ' Jelajah Singapore 1.0' ::

Memandangkan matlamat utama untuk ke University telah selesai semalam, makanya hari ini kita akan jalan-jalan sekitar Singapore. Orang kata jelajah la. Jadi Cik Ina menamakan hari ini "Jelajah Singapore 1.0". Seperti biasa, kita akan berjalan kaki dari Hotel 81 Gold ke Aljuned Station, pagi-pagi berjalan kaki tu kan, MLA akan tengok la ragam orang Singapore, yang pergi kerja naik kereta, naik MRT, yang baru nak bukak kedai mahupun yang baru ulang dari jogging. Apa jogging??

Kalau yang naik kereta, hah! Takkan dengar bunyi hon kereta, diorang ini memang sejenis manusia yang mengikut prinsip hidup ataupun sejenis manusia yang takut pada peraturan? Entah la. Tapi bagus, semua ikut peraturan lalu lintas. Cik Ina je tak. Hah, deme tahu la dari Malaysia itu. Yela, dah ada zebra line, tetap juga nak lintas langsung selambe kadak. Hahaha!Itu sekali itu je. Lepas itu tak buat dah. Malu! Sila ikut peraturan lalu lintas ye!

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Hai, Hai, Hai. Ini kali kedua Cik Ina sampai. Masih ingat lagi kali pertama datang, tercangak bangak juga la, Tapi untuk kali ini dah tahu dah mana port-port istimewa untuk dijadikan kenangan abadi. Heheheeh!! Lepas ini kompem belum tentu dapat datang lagi. Rasanya tak dah. Tak. Hahaha. 
Yang menjadi kepelikkan kepada Cik Ina adalah hari biasa seperti itu pun ramainya himpunan manusia, pelancong barangkali. Ahhh!! 

Happynya Tuan Blog

Tempat yang sama bergambar.

Najwa , Cik Ina & Khairiah

Hah, betul la tu, Cik Ina pun tak tahu - kata Cik Ina kepada mereka. Hahaha

Pelancong Malaysia & Korea
Tengah tunggu Dr Aniza, sempat la Cik Ina dan deorang melepak dekat situ, tiba-tiba group Korea tu datang, katanya nak bergambar, aihh boleh sangat. Mai-mai Cik Ina tolong tangkapkan. 
Boleh la bergambar sambil tengok orang lalu lalang. Lepas itu bergambar lagi, lagi, lagi dan lagi. Sampai naik lebam la. Penyudahnya lapar. Hah!

Disebabkan Cik Ina pernah pergi, keterujaan itu kurang sangat, tapi masih teruja la. 
Yang pastinya, Cik Ina dan Dr Aniza dah duduk dekat kerusi yang disediakan tu, sambil-sambil sembang, borak-borak kosong pasal belajar et al. Haiisssh, tula ye. Hehe!

Disini, ingin Cik Ina menegaskan sama sekali. Sekali lagi, memandangkan Cik Ina pun tak alert perkara ini, pass tourist yang kitorang pakai itu exclude ye, exclude  tidak termasuk perjalanan bas ke USS. Jenuh la bertekak dengan driver bus tu. Ingatkan boleh sekali. Yakin je kata, ini pass tourist.
Lepas itu, dia lepaskan sahaja. Maaf la ye pakcik driver, kitorang dah ramai-ramai ini memang la. Banyak kepalanya. Sabar la.

Destinasi seterusnya - 

MASJID SULTAN

Mengabadikan kenangan dihadapan Masjid Sultan

Orang kata, kalau sampai Singapore, jangan sesekali melepaskan peluang ke Masjid Sultan. Ini kali kedua kitorang datang, semalam dah datang, hari ini datang lagi. Solat Jumaat! Kitorang tak dapat tempat, bersesak-sesak dengan manusia, kalau solat Jumaat tu kan, sampai terkeluar-terkeluar la senang cerita, kitorang menunggu diluar. Deretan kedai di situ juga tutup. 

Kepanasan masa itu, meamng mencecah kehangatan la senang cerita. Sambil-sambil tunggu itu, Cik Ina menawafkan diri di deretan kedai sambil cari servinior untuk yang sedang menanti. Ewahh!!
Tapi tak mengapa, tengok orang ramai, kebanyakkan orang Melayu Islam & Pak Arab la. 
Dekat luar masjid itu, adalah yang jual tisu et al. Persekitarannya hampir sama dengan di Masjid Malaysia kan. Tak ubah, cuma suasana sahaja. 

Pelajar Akademi Menara Gading (AMG)

ZAMZAM MURTABAK SINGAPORE

Ini lagi satu, orang kata tak sah kalau tak menapak disini. Hamboii!! 
Lepas Solat Jumaat, ramai-ramai bebudak AMG ke Zamzam Murtabak, ala berhadapan dengan Masjid Sultan. Senang je. Keluar je pintu masjid, diorang pun panggil la masuk. 
Memandangkan Cik Ina bukan peminat mamak, ikutkan sahaja la.

Katanya kalau kesini, jangan pernah tak makan murtabaknya. Okay! Cik Ina pesan itu la.

Menu di Zamzam Murtabak
Masa ini ramai sangat manusia. Memang femes la kotnya. 

Murtabak Cik Ina

Ingatkan saiz biasa, ini saiz besar punya. Lah! Banyak ini, Dr, mai share sama. Mai semua, makan sekali. lagipun Cik Ina sekadar nak merasa sahaja. Memang perut lapar, tapi mana mungkin makanan mamak. Hahaha!! Tapi tak dinafikan memang sedap! Betul tak tipu. Percayalah!

Next dextination!!

BUGIS STREET

Dari Masjid SUltan, kitorang berjalan kaki sahaja untuk menyampai ke Bugis Street, jangan tanya Cik Ina lalu ikut lorong mana, yang ini orang yang bawakan, kalau ikut Cik Ina, sesat. Tak jumpa arah tujuan. Jalan punya jalan, sampai la ke Bugis Street, Woowww!!

Memang tempat yang sibuk dengan manusia yang menjual pelbagai jenis keperluan, kalau tak datang ke sini, memang tak sah la orang kat. Lah!! Orang kata lagi. Hahaha. Yela! Murah, boleh la. 
Mampu la nak belikan. Dekat sini, Cik Ina banyak beli keychain, fridge magnet, baju et al. 

Cik Ina dan Shah

Best la! Yela! Cuma tak boleh nak tawar menawar la. Memang dah fix dengan harga itu dah.
Yang pasti kena pandai cari tempat yang jual lagi murah la. 
Tipsnya mudah je, MLA pergi ke belakang-belakang, lagi murah.
Kalau masuk pintu depan, jangan beli lagi, terus lagi lajak ke belakang, selalunya murah.
Macam Cik Ina buat la. Nak banyakkan?


Cenderamata

ESPLANADE & MERLION (THE STATUE OF MERMAID LION) 

KAMI
Destinasi seterusnya disini, sambil berjalan menyelusuri waterfront sambil tangkap-tangkap gambar. Waa!! Memang mengabadikan sungguh-sungguh. Tangkap gambar banyak kali pun, tetap masih terkenang-kenang kenangan berada disini. Masa ini rasa, kalau tak kerana Program Mobiliti & Academic Discourse, belum tentu Cik Ina sampai sini. Hahaha!

Berlatarbelakangkan Marina Bay

Jom jalan-jalan ke tempat singa kencing tu. Kata bebudak AMG ini. Lah!! 
Namanya Singa kencing ke. Ahh!! Tak kisah la. Masalahnya masa kitorang datang tak tepat. Tengah dalam pembersihan. Yela, Nak cuci singa tu, asyik berpanas, bersejuk dan bermandikan peluh sahaja. Hahaha. Tapi jangan tak tahu ye, ramainya manusia. 

Singa tu rilex je. Diorang yang lelebih. 

Alumni AMG Kohort XIII ini kan, perangan gila-gila. Bila kena marah dengan Dato' diam, tapi kalau dekat belakang, hurrmmmm tak berhenti la deorang ini menyembangnya. 
Enjoy je muka masing-masing. Gembira Cik Ina dapat kenal dengan deorang ni. 

Perbincangan untuk penyediaan Buletin Khas
Besttt!! Bergambar - Done! Bersembang - Done! Okay! Jom bincang apa yang kita mahukan dalam Buletin Khas nanti.  Ini merupakan antara moment-moment yang Cik Ina tak akan lupa bila mana semua orang melibatkan diri secara langsung. Sampaikan ada di antara pengujung yang lain tangkap gambar kitorang trngah discuss. Lah! Dah kenapa pula. 

Okay! Selesai.

Jom balik Aljuned Station. Malam nanti kita buat refleksi pula ye!

Enjoy! Happy! Trauma ! Letih!


:: Singapore: Part II ::


:: Perjalanan mencari ILMU ::

NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE

Perjalanan hari kedua, seperti hari pertama, rilex  smooth sahaja. Sambil-sambil berpusu-pusu dalam MRT. Masa pack kot, orang semua nak pergi kerja. Jam 8.30 pagi sudah menapak di Aljuned Station. Ha, macam itu la, berebut-rebut nak masuk MRT. Yela! Kalau lambat memang akan kenal tinggal la. Dah tu pulak kita banyak stop dan change MRT  dan sampai la ke Lower Kent Ridge Road. Jadi, kalau tertinggal memang tak tahu arah tuju la.

Lepas MRT, turun naik bas pula. Ha, gitu kekdahnyanya. Cukup lengkap pengangkutan yang kitorang naik. Boleh pula silap naik bus, naik turun bus. Memang gembira la. Dah tu, boleh pula berjalan kaki dalam 800 meter nak menyampai ke NUS (National University of Singapore).

NUS = Universiti Terbaik Dunia. Setuju!

Okay! MLA jangan la tanya mana gambar-gambar kenangan di NUS. Mohon jangan tanya lagi. Nanti sedih. Yela! Kenangan terabadi hanya dalam memori ingatan semata-mata. Di NUS. Banyak aktiviti yang dilakukan oleh Pelajar AMG, antaranya menemubual pelajar NUS. Tengok budaya belajar disana, melihat penampilan dan tatarias pelajar disana, ada yang dressup biasa-biasa, ada yang luar biasa. Budaya berbincang perihal ilmu, sambil makan sambil membaca!! Persekitaran yang Cik Ina rasakan sungguh wowww!!!

Bon Appetite! NUS foodlover#

Seterusnya, Cik Ina bergerak ke Nanyang Technological University. Seronokkan! Naik MRT dari Boo Lay - turun naik bus 179 ke Nanyang University. 

NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY

Universiti tertua di Singapore yang masih mengekalkan tradisi masyarakat Cina. Yang pastinya kenapa Cik Ina berkehendak sangat sampai ke sini adalah kerana architecture universiti ini sendiri. 
Disini, Cik Ina diberi taklimat berkenaan muzium Nanyang, penubuhan et al. Sekali pandang, memang tak lari pandangan dari kehijauan pokok-pokok hijau yang itu tinggi-tinggi, besar-besar dan yang pasti berpuluh-puluh tahun pokok itu berada di sana. Ewaaaahhh!!! Akhirnya dengan mata kepala, impian & harapan, tercapai juga hajat dihati melawati University idaman dahulu kala. Sekarang tak idam dah la. 

Green Roof di Nanyang University
Kolej Kediaman Pelajar

College of Humanities, Arts & Social Science
Hah, tula, disana! Ye, disana. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Tengok la tu, atap deme pun ada pokok-pokok. Waaa!! Tengok dari jauh dah menggembira hati, inikan pula kalau dapat belajar dekat sini. Macam mana la P&P deorangkan? 

MUZIUM CHINESE HERTAGE CENTRE, NANYANG UNIVERSITY

Pelbagai maklumat tentang kedatangan masyarakat Cina ke Singapore, asal usul penubuhan Nanyang Universiti, bayaran  & yuran pengajian sewaktu penubuhan Nanyang et al. Penerangan tentang perkembangan pendidikan, pelajar et al.




Hive, Mercu Tanda Nanyang University

Cik Ina: Atok! Atok! Atok buat apa tu?
Atok: ni hah, tengah bercucuk tanam, kita kan orang susah!

MASJID SULTAN SINGAPORE

Perjalanan Cik Ina diteruskan ke Masjid Sultan Singapore, nak merasa sembahyang Jamak di sinikan. Masjid Sultan ini di daerah Kampong Glam. Kena turun MRT Bugis kalau tak silap Cik Ina la. Jauh juga kalau jalan kaki tau, kena lepas trafic light la, kena lepasi Hospital la, macam-macam la. Enjoy!!! Mula-mula kitorang pakai redah je masuk, rupanya tempat solat wanita di belakang ye! Kena naik lif lagi tu. Woww!!! Tempat wuduk wanita dekat luar, lepas itukan, tak ada kasut, dah tengah panas terik masa itu, Cik Ina pinjam je selipar jamban sesiapa dekat luar tu. Tersusun la sebab ada tempat kasut. jadi, jangan letak kasut merata-rata. Waktu kitorang solat, ruang solat wanita tengah mini under construction gitu. 

Dilarang sama sekali BARING. Lagi sekali diberi penegasan & penekanan. Dilarang keras BARING walaupun tak tidur. Mesti kena sound direct punya. Bagi Cik Ina Masjid Sultan sama seperti Masjid yang lain. Menariknya rekabentuk masjid tu la. Yehaa!!

Sambil menanti yang lain usai solat

Ye!! Cik Ina dikelilingi adik-adik AMG yang banyak ragam. Sabau jela dengan kerenah deorang ni. Tapi yang pasti dalam banyak kerenah, pandai-pandai deorang ini. So, tak apa. Senang diajak berunding, minta tolong pun mudah. 

MUSTAPHA CENTRE SINGAPORE
Malamnya pula, kitorang menapak ke Mustapha Centre. Kalau dekat sini, kita boleh samakan dengan Mydin. Tapi ini Mustapha Centre harga boleh tahan mahal! Apa kes nak samakan dengan Mydin? La, samakan dengan Mydin dari segi produk jualan yang kebanyakkannya macam keluaran sendiri, lepas itu, susun atur kedudukan barang jualan, pekerjanya et al la senang cerita. 

Dekat sini, Cik Ina memborong coklat la. Hahaha!! Memang sedap-sedap. Percayalah. Cik Ina belikan untuk keluarga, kolej KTHO, fefelos meletops. Itu jela. Baru coklat sedap-sedap. Dekat situ, Cik Ina disuggest untuk membeli coklat jenama La Siussa Serravalle Scrivia -Italia , perghhh!! Namanya sesedap coklat itu. Mahal kot! Dah tu packing banyak-banyak, macam mana nak bagi ke orang. So, kena bagi sikit sorang la. 

Sesiapa datang bilik 316 Cik Ina dapat la merasa, memang sedap! Macam-macam jenis coklat Cik Ina beli, tapi yang ini memang sentiasa diingatan la. Nampakya kena cari dekat sini. Hehehe!!
Cik Ina beli juga sandal, keychain, baju I Love Singapore, serba sedikit cenderamata untuk kawan-kawan. 

Selesai!! 

Enjoy sangat hari ini!! Gambar yang cantik-cantik!!

Kenangan yang sentiasa mencengkam emosi
Kegembiraan yang sentiasa memenuhi impian
Percayalah
Semua ini tak terduga dek akal
Terima kasih Ya Allah 
atas peluang yang Engkau berikan

:: Singapore : Part 1 ::


:: 6 Jan 2016 - 9 Jan 2016 ::

Alhamdulillah Ya Allah di atas permulaan tahun yang membahagiakan. Kalau tengok Cik Ina punya entry sebelum ini ada cerita pasal Nanyang University kan. Hah! Tula MLA. Tula. Tapi sebelum Cik Ina nak story panjang-panjang perihal kebahagiaan Cik Ina pada trip kali ini, Cik Ina nak cerita tentang satu kisah sedih yang sampai sekarang masih menghantui jiwa dan menyekat sedikit kegembiraan ini. 

Memory card rosak! Ye betul! Memory card untuk semua gambar-gambar di Singapore telah rosak. Rosak! Entah dimana silapnya. Cemerkap Cik Ina. Ahhh!! Nangis banyak kali pun tak akan mengembalikan semula gambar-gambar penting dalam itu. Yela, photolicious yang ada di dalamnya akan digunakan untuk buletin Bulan 2 nanti. Untuk Akademi Menara Gading ye! Macam mana?

Cik Ina dah usaha sampai ke IMBI Plaza, Lowyat & seangkatan tempat dengannya. Pun begitu, berita mendukacitakan! Memory card tak dapat diselamatkan. Memang kesilapan Cik Ina, selalunya urusan kerja, mesti laptop akan diusung kehulu ke hilir. Selalu photolicious juga akan terus disimpan di laptop. Kali ini!! Menangis 4 malam MLA. Maaflah! Hanya itu ayat yang dapat diungkapkan!! **sambil mata nangis, menitik-nitikkan air mata lagi. Takut.

Tapi, masih ada sedikit photolicious yang disimpan sebagai kenangan. Ada la! Jadi boleh la untuk distorykan ke anak cucu masa akan datang. Yang penting nasihat berguna ini 
*#buatbackupuntuksemuakerja

Amboii!! Siap # bagai. Yela. Sebagai pengajaran. Jangan kena marah untuk perkara sebegini. 
Okay! Sambung cerita. Pagi-pagi bertolak naik cab  dengan Dato' & Dr Aniza. Dari KLIA 2 hanya kitorang bertiga sahaja. Yang lain, naik dari Kelantan seramai 15 orang pelajar AMG. Kitorang menapak la sebab sampai awal. Deorang sampai tengahari macam tu la, so jenjalan la Cik Ina dengan Dr Aniza dekat Changi Airport tu. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Dato kata deorang sampai ke Terminal 3. Kitorang dekat Terminal 1. Okay! Jom gerak ke Terminal 3.
Tuan belog

Perjalanan? Woowww!! Kalau kaki tak kuat berjalan memang akan jemkreennggg la. Sebabnya dari satu destinasi ke destinasi yang lain, memang akan menggunakan kudrat kaki untuk melangkah. Tak caya? Hah! Dari Terminal 3 nak ke MRT (Mass Rapid Transit) pun ambil masa ye. 

dekorasi di Changi Airport
Disana, Cik Ina menggunakan "Singapore Tourist Pass". Kelebihan pakai pass ini tersangatlah maha agungnya sebab boleh jimat tahap kedekut punya. Itupun sebab memang Cik Ina kesana ke mari akan menggunakan pass ini sebab MLA boleh pakai banyak kali bas & MRT. Singapre Tourist Pass ini MLA pakai la banyak-banyak kali sebab ia "unlimited" sepanjang MLA ada dekat Singapore tu.

Singapore Tourist Pass for 4 days
Dari Terminal 3 Changi Airport, Cik Ina menapak ke destinasi pertama iaitu Aljuned Station. Nak kata jauh tak jauh la sebab kita guna MRT. Yehhh!!! Pe'rak tak pe'raknya Cik Ina tengok kerusi dalam MRT sikit je. Ate, dekat mana kita nak duduk? Tak ye! Harus berdiri jela. Tapi memandangkan waktu kitorang naik bukan waku kemuncak, boleh la kita duduk. Tapi sangat sedikit kerusi yang ada. Selesai dengan pelajar AMG di Aljuned Station (tempat kediaman), bergerak la Cik Ina, Dr Aniza & Dato ke Hotel 81 Gold, 20 Geylang Road, 398738, Singapore. 

HOTEL 81 GOLD, 20 GEYLANG ROAD, 398738, SINGAPORE

Bilik 313

Dari MRT Aljuned Station ke Hotel 81 Gold, jaraknya adalah 800 meter. Hah, nampak tak? Jauh beb! Tapi Cik Ina rasa okay la. Sekurang-kurangnya jauh la perjalanan Cik Ina sepanjang 4 hari itu. 
Bilik? Macam yang MLA tengok la. Muat-muat la berdua. Bilik air bersih, iron board kena call tanya. Arah kiblat? Aihhh, tengok la kompas MLA oii!! Cik Ina ambil katil tepi tingkat. Pemandangan luar, dihalangi oleh kondo sebelah tu. miahahaha.

Cik Ina berkenalan dengan housekeeping Hotel 81 Gold ini, nak tahu siapa, Hahh!! Orang Melayu, Lelaki, 24 Tahun, Asal Kuala Selangor. Tengok, kita rakyat Malaysia boleh bermaustatin / berhijrah di Negara orang, sebab?? Hah! Pandai sendiri la. Sembang la Cik Ina dengan budak tu, namanya Wan. Dah lama kerja. Wan cakap, kebanyakkan housekeeping adalah rakyat Malaysia. Katanya lagi seronok menetap dekat tempat orang, aisshhh!! macam-macam la Cik Ina sembang. Tanya pasal life, kewangan et al. Kata Wan, kerja disini lagi untung dari Malaysia. Senang cerita dia boleh buat duit la. Katanya dia belajar tak pandai, BI SPM pun C. Tapi bila duduk sini, excellent BI katanya. Hahaha!! Memang tak nafikan, time dia tolong Cik Ina pasal masalah simcard  tukan, dia je yang bercakap. Yang pasti katanya, "apa-apa pun yang kita buat, kita kena tawakal kepada Allah." *pergghhh!! Cik Ina sentap tanpa sedar, sangat kagum dengan manusia begini*.

ION ORCHARD

Dari Hotel ke Ion Orchard masih menggunakan MRT. Masa ini Cik Ina dah tak mencatit dah laluan perjalan sebab kena turun MRT pergi MRT sebelahnya untuk tukar destinasi, that's why  map kena ada. Cik Ina ikut je rentak kaki deorang yang lain. Malas dah nak tengok-tengok map. Pemalas okay! Memang.  So, kita turun MRT Orchard Street (NS22), sampai la. Datang situ sebenarnya untuk suka-suka je. Bukannya nak membeli mahupun memborong sakan.


Bergambar bersama pelajar AMG di hadapan PRADA
REFLEKSI DIRI

Banyak benda / maklumat / info / kenangan yang Cik Ina kumpul hari pertama je baru. Hah! Belum lagi hari-hari seterusnya. Enjoy!! Budaya? Singaporian kebanyakkannya suka buat hal masing-masing. Selalu sibuk sahaja. Kalau dlam MRT kan, diorang lebih prefer dengar lagu, tengok youtube, layan movie, et al. Yang pastinya, kalau mereka bercakap di telefon, tak kuat ye. Sayup-sayup je suara deorang. 

Kalau kerja, pergi awal pagi, balik malam. Perghhh!! Jauh berbeza dengan sikap Cik Ina, kalau boleh nak balik awal. Hahaha!! Mula-mula sampai dekat sana, kitorang bersaing la kan berdiri dekat esklator tu, lepas tu asyik kena excuse me, hello et al. Hah, tula pasal, jangan halang laluan orang nak lalu. Kalau tak nak cepat ke kiri lalauan kanan untuk pejalan kaki yang nak cepat. Ishh! Eskalator tu dah laju dah, lagi mau laju ke?

Jiwa mereka ini, kalau kerja, kerja bersungguh-sungguh kalau cuti/ rehat, rehat betul-betul bersungguh-sungguh. Yammpoiii!! Hahahaha.

Gemuk VS Kurus

Kenangan
Biar Ia Jadi Kenangan Yang Tak Akan Dilupakan


Tinta Bicara,
Zurina Saidi.
Penjelajah Singapore!