Wednesday, 20 January 2016

:: 1 Jan 2016 = Laptop ::


:: Sambil teroyak ::

Jiwa Cinta Hati 2 Tahun

Hahahaha!! Hai MLA. Tahu-tahu jelakan, masa-masa macam ini la semua benda nak rosak, semua benda nak minta ganti, semua benda tiba-tiba punah. Ala, macam Mr. Red la. Time tak bawa, ok je. Bila tengah sesak-sesak tu, masa itu la nak meragam, suruh tukar tayar la, minyak la. Tapi tak apa la. Nak rosak, bukan kita minta nak rosak.

 Baiklah MLA. Cik Ina nak cerita macam mana road to success  Cik Ina untuk Ph.D yang tak tahu masa hadapan. Hanya berserah kepada Allah SWT. Ewaahh!!!. Puan Penyelia Prof Madya Dr Habibah Ahmad, penyelia Cik Ina mewassap Cik Ina pada malam Tahun Baru.
Teroyak beb!! Sambil tengah syok layan HBO, dapat wasap penyelia, apa MLA rasa?

"Zurina, bila awak nak hantar jurnal?"

Hah? Bila? Kata mula-mula sambung penuh dengan keazaman dan iltizam nak memajukan diri.
Hati pun mula la mendetik-detik memberi alasan. Penyudahnya bagi alasan, tak ada laptop!
Cisss!! Apakah alasana itu? Dekat dalam bilik Cik Ina ada dua buah laptop. Penegasan sekali lagi, dua buah. Satu tu Uda punya tapi dah dying sangat-sangat la. Apatah lagi dengan keadaan screen yang bergegar-gegar tu. Memang mencabar. Satu lagi laptop Dato', ate! Laptop dato' lagi la nak dying. Tengah syok-syok typing tesis botak, boleh pulak tak terkeluar ayat-ayat karangan tu. Lagi sakit hati. Tapi Cik Ina tak pernah bagitahu dato laptop dia tu zaman 2000 punya. Hahahah!!

Makanya, "emak, pinjam duit. Nak beli laptop. Woiii!! Malu beb! Hahaha"

Akhirnya, 1 Jan 2016 menjadi saksi Cik Ina membeli sebuah laptop merangkap sekali printer. Senang cerita. Nak bayar, mengeletor la tangan jari kaki semua. Alaaa!! Kenapa asyik keluar duit je ni? Kenaa tak masuk duit? Ahhh!!! Dunia belajar betul la. Dunia! Dunia!.

Okay la. Cik Ina tengah padu azamnya.

Nak siapkan jurnal 2. Hahahah!!

Padu! Padu!


Saturday, 2 January 2016

:: Hari 3 - PD Ostrich Farm & Upside Down Art Gallery Port Dickson::


:: Ke Negeri Sembilan ke kita? ::

Ye betul sangat la dah tu, ke Negeri Sembilan pulak. Konon-konon nak pergi ke rumah terbalik Melaka, tak jadi beb!! Jem krengg punya! Buat keputusan tak apa la, jom la ke rumah terbalik negeri Sembilan. Lagipun, malam itu kita nak menginap di rumah Uda. Well, tak jadi masalah pun.  Mood!! Masih dalam mood bercuti. Yehaaa!!

Dik Hadif yang telah kepenatan
Kan kitorang tidur di Negeri Sembilan, so, uda, pakuda & dik Hadif tak join la trip ke tempat seterusnya. Tak apa la. Sebelum pulang, tengok lena je Dik Hadif tidur. Hurmm, yang mak sedara yang lain, kuat menyakatnya. Sebelum balik salam kepuk-kepuk. Konon, semua nak bagi duit ke Hadif. Amboiii!! Meriah Dik Hadif. **oppsss, bakal jadi Abg Hadif la makchik**. Okay la! Bye! Bye!

PD Ostrich Farm, Port Dickson

Kitorang bertolak dari rumah Uda jam 12.30 tengahari. Uda kata, kompem tak jem walhal mana jalan yang tak jem oii!!! Ahahaha. Kitorang tak tahu nak kesana, makanya En.Waze la. Hahaha! Entah ceruk hulu mana yang dia bawak entah, ikutkan jela. Adoii!!

Tiket masuk RM15 dewasa, Rm10 kanak-kanak. Selalunya duit masuk memang dah siap simpan, nak masuk mana-mana dah bahagikan siap-siap, nak dinner pun memang dah siap simpan elok-elok. Agar tak clash  la duit tu. Ini percutian ramai, siapa yang simpan duit bagai tu, harus la orang yang mengelola trip percutian kali ini, Cik Ina. Tahun depan orang lain ye!

Okay! Jom beli makanan burung unta ni, beli mesti ikut keluarga. Keluarga Kakta, Keluarga Angah, Keluarga Alang & Puan Emak (Cik Ina & Busu la). Hahaha!!

Elsa & Anna = Leesya

Dah taknak pegang-pegang dah! Nak jalan sendiri. Amboi! nampak dah besarnya si leesya Leesyot ni. Haha. Baju semua nak pink colour, nak let it go, let it go sangat. Semua barang warna pink. Aikk, bebudak sekarang ni. Tak mengapa la Leesya, awak tu masih joren macam dulu-dulu.

Tuan Belog yang Penakut

Ahahaha! Tahupun, burung unta nikan, kepala dia kan panjang, tu yang takut tu, tengok-tengok ada sebelah kita. Takut beb. Takut tetiba En Burung Unta ada sebelah. Hah, sudah.

Lari, Selamatkan diri

Kan memang dah cakap, ada burung unta yang dilepaskan. Tak ada, ada pengawal dia. Hahah! Tapi semua pakat larikan diri. Lepas tu gelak kekeh-kekeh. Aje handei deme ni. Semua pakat peluk-peluk. Weh!! Burung unta je tu. Burung unta. Haha! *walhal dalam hati, nak cabut jugak**



KakLong Anje
Cik Ina tunjuk dekat KakLong Anje, "mata bertentang mata, adakah kau terasa,". Hahahaha! 
KakLong dah nak masuk SBP 6/1 ni, Cik Ina pun susah hati, mesti air mata yang banyak keluar tak Opah mesti Alangnya. Haisshh!! Cik Ina juga susah hati, masuk asrama, maknanya makin menjauh la. Susah la nak dengar luahan perasaan, kisah Paris, joyah tempe, mahupun kisah-kisah peribadi.
Tetiba terasa Kaklong Anje makin membesar dengan jayanya.

AbgLong
AbgLong dah masuk Darjah 1. Cik Ina juga merasa semakin besar. Tapi perangai. Hurmm!! Dinasour mesti penuh dalam beg. Tak apa la makngah, deme makin membesar, begitu juga dengan Cik Ina. Hahaha!! AbgLong ya amat suka naik, walhal dia pusing depan tu je, dah melayang RM5 perhead!
Tak apa, kiddos suka, makchik tak kisah. Katanya pengalamankan?.

Intan
Masih jadi group wondergilrs katanya. Ikut ko la Intan, sikit lagi dah nak jadi KakNgah. 
Selamat tinggal panggilan adik. miahahaha. Katanya Tahun ini, masih lagi diberi mandat sebagai pengawas sekolah. Yang sebenarnya, sampai sekarang Cik Ina tak yakin. Haha!

Kakak Puteri
Yang paling excited kalau tahu nak pergi jalan-jalan, mandi-manda, sampai tak nak makan. Tula budaknya. Hah!

Them! Happy
Mereka buah limpa & hati yang sering diukir di langit. Tak ada mereka, apalah nikmatnya pulang ke kampung, sambil mengaruk-menyakat mereka. Ahhh!! Terbaik la.

Sepupu

Sebaya. Beza sebulan sahaja umurnya. Dua-dua ada citarasa & ceritera tersendiri. Dua-dua disayangi.
Dua-dua jugak yang bakal dileteri oleh makchiknya. Weheheheh!!
Kiddos ni bawak la kemana sahaja. Mesti suka, itu yang Cik Ina suka. Bawak la jalan dekat-dekat pun, itu pun suka. Percayalah, masa ini je, nanti dah besar-besar, pakat tak nak ikut je. Based on experiences okay!.

Upside Down Art Gallery Port Dickson


Dekat sini, gambar memang banyak, tapi macam tak semenggah je Cik Ina rasa. Makanya kita isi apa yang berpatutan la ye. Hehehe!!

Adik beradik
Aishhhh!!! Terserlah kejawaan mereka. Tapi gulai tempoyak Ikan keli tetap dihati. Hahahaha. 


Maklang & keluarga
Macamkan ye ye je sampai buat muka sebegitu kan.

Makchik & Puteri
Kakak Puteri suka la benda-benda macam ini.

AbgLong yang posing
Yela dia sorang je yang beria posing sengih-sengih gitu. Aje yang ye.

Lain-lain, okay la. Seronok la masuk. Lepas ini kalau kata ajak pergi rumah terbalik, boleh la kata, "takapa la, taknak dah pergi", hahahah! Jawapan evergreen punya. 

Selesai bercuti!!

Jom pulang ke kampung halaman, mengemas barang Kaklong Anje, menjadi babysitter sementara, dan menyambut Tahun Baru 2016 di atas toto sambil menonton HBO 412. 

Itulah ceritera percutian di Melaka bersama keluarga Ahmad Saidi!

Melaka Wonderland
Bird Park Melaka
Bandar Hilir
Safari Night Melaka
PD Ostrich Farm
Upside Down Art Gallery Port Dickson
Mydin 

Bye! Bye! Trip Vacation 2015.


:: Hari 2 - Melaka Bird Park & Safari Night Melaka


:: Hari Kedua yang teruja::

MLA jangan tanya ke mana kiddos pagi-pagi buta tu. Pagi-pagi dah dibawa busu ke kolam. Diorang jugak la orang group pertama yang terjun tiruk. Aje gembira je dedeme tu. memang la. Mana kolam yang deme tak enjoy. Kakak puteri tanya, "makchik bila nak belikan awak baju renang?".
Okay kakak, nanti ada sale dekat Bangi Gateway macam dulu-dulu makchik belikan yang ala-ala muslimah punya. Hahahaha!!

MLA tahu walaupun ada tiga bilik, bilik Puan Emak jugak menjadi pilihan hati semua. Semua pakat nak bersempit-sempitan. Sanggup la tidur dekat bawah berlapikkan toto narita. Hahaha! Cik Ina la tu. Lepas tu boleh berebut-rebut tilam. Tapi, akhirnya ibu mengandung juga yang dapat atas katil, yang lain, move move turun bawah. Hahaha!!

Melaka Bird Park 

Bird Park Melaka bersebelahan je dengan Melaka Wonderland. Jadi tahu dah la hala tujuannya. Hehehe. Bird park ni kena masuk-masuk-masuk lagi ke dalam. Hah! Yang BIL tanya, betul ke masuk ke dalam ni? Betul la. Okay! Sampai. Jom bergambar. Okay!

Puan Emak ddan cecucu 

As usual, beli tiket dulu. Alhamdulillah sebab masih ada tiket buy 1 free 1. Terasa duit tak keluar banyak pulak. Hehehe! Gembira-gembira. Terima kasih la Uda. Okay! Jom beli tiket, biarkan deorang bergambar kenangan.

So, dekat sini kitorang hanya spend RM250 sahaja. Katanya ada bermacam jenis burung. Auuuu!! Maaf MLA, Cik Ina dengan burung-burung nie tak kawan. Yang sebenarnya takut kena patuk. Tengok yang lain, rilex je. Paling enjoy, kiddos la. Itu la matlamat bercuti kali ini. Makchik-makchik biar melayankan saja ragam deme ye. Hehehe!!

Puan Emak sedang bercakap dengan En. Burung
"Pandang sana, sana, sana"

Uda merajinkan diri mendemostrasikan cara memberi makan.  Yang lain, khusyuk mendengar. Bila suruh, sorang pun tak nak. Menjerit-jerit takut ye. Cisss!! Hahah!

Okay, rapat-rapat cepat.

Apa yang menarik? Burung la kotnya. Tapi Cik Ina rasanya tak berapa nak suggest la pergi sini buat masa sekarang sebab burungnya sikit je. karang MLA rasa tak berbaloi pulak bayar mahal tapi dapat tengok mun ada la dalam 10 ekor burung yang berbeza, lepas tu ayam hutan, ayam kampung et al. Itu jela. Ikhlas cakap, baik pergi tempat lain. Zoo la senang cerita. Betul.

Air Terjun buatan sendiri

Burung semua tu terbang bebas. Tapi dekat atas nun sana ada jaring yang tak boleh melepaskan burung-burung tu. Tinggi la. Kesian burung. Kata bebas tapi dikurung. Macam mana tu?
Beli makanan burung, pakat kiddos baling-baling je sebab takut punya pasal. Beb! Burung je tu. 
Bukan rimau! Auuuummmmm!!

Mak Yang juga yang posing

Yela. Photolicious makyang je yang menjadi. Yang lain, muka semua takut-takut belaka. Hebat makyang, tak takut. Hebat!! Kitorang sekarang ada di atas tempat apa tah namanya tu, banyak burung bertenggek dekat situ. Panas wehh!!

Tinggi oii!!

Betul MLA. Tinggi. Ketinggian dengan Cik Ina kan bersahabat. Sebabkan tngok kiddos rilex je panjat tangga, Cik Ina pun merilexkan diri jugak la. 

Kekiddos

Nampak bawah tu. Diorang yang lain bukannya nak naik. So, kitorang jela. Katanya buat apa panas-panas nak panjat-panjat. Tengahari rembang kata orang Perak, jangan ingke sangat. Aisshh tak la. 
Kitorang steady je duduk atas nie. Rugi la tak naik. Pengalaman. Tengok AbgLong, sempoi jela. 

Okay! Dah-dah. Jangan lama-lama tengok burung-burung tu, kata nak pergi jalan lain-lain.

Bandar Hilir

Kononnya nak pergi Rumah Terbalik, tak sangka pula kena lalui jem sampai macam tu sekali. Aje handei dedeme semua ni, lepas tu kata tak nak masuk rumah terbalik dekat Melaka, nak masuk rumah terbalik port dickson, eh apa bezanya weh!! Sama je keterbalikannya weh.
Jadinya, berhentikan Puan Emak ke pasar borong depan kapal tu, hah! Nah kome MLA. Belacan, baju t-shirt, keropok et al, semuanya dibelinya. Yang peliknya macam tak pernah datang sini pulak. Haiissh, Puan Emak ini.

Eh! dah nak balik Negeri Sembilan ke? Ala!! Jom la jalan-jalan lagi dekat sini, rugi weh. Lepas ini kata tak nak datang sini dah. Eh, yeke tak nak datang dah? Betul ke?

Okay la. Jom Zoo Melaka

Safari Night, Zoo Melaka

Kitorang sampai pun dah dekat senja dalam jam 6.30 gitu la. Jom, rehat-rehat dulu, kaunter tiket pun tak bukak lagi. Jam 8 baru bukak. So, berehat la kitorang kejap dekat surau yang dekat deretan bawah tu. Ala yang jual souvenier gitu la. Dekat sini Cik Ina ada cerit tak best la. Kena marah la pulak dengan makcik yang kedai hujung sekali dekat dengan surau.

Kisahnya begini, Cik Ina dan Uda orang yang terawal sampai ke surau, deorang yang lain dekat belakang. Masuk-masuk surau, MashaAllah, kotornya. Sempit tu tak mengapa, muat la 8 orang sekali nak solat. Tak apa. Tapi  bila kotor memang tak senang la. Dengan sampah sarap, tag tanan masuk ke zoo Melaka dengan air bertakung dekat laluan masuk. Dekat pintu tu. Ni kalau Puan Emak lalu memang boleh jatuh. Dah la Puan Emak tak boleh jalan tempat licin, Sejarah stroke ye. Mesti tempat pijak kaki itu tempat yang bukan licin. Gigih la dengan Uda mengemas, mengemop, sapu air bertakung tu. Eh!! Banyak sampah pulak, kejap nak minta satu plastik sampah.

"Dik, kerja sini ye, boleh tak akak nak minta satu plastik sampah, nie sampah dalam surau ni" - sambil tunjuk sampah pada adik kedai tu.

Tiba-tiba dengar suara dari tepi, "hah tula pelancong, terutamanya Melayu ini, dah masuk tandas, kotor, hancing. Surau tu pun macam tu, mentang-mentang la percuma, dibuat sambil lewa. Blablabla" -banyak lagi la yang dirungutkan sambil mata pandang ke Cik Ina.

Cik Ina perati je, aik, tak mahu berhenti pulak bebelan makcik ni, bukan aku yang buat sepah, siap nak tolong kemaskan lagi untuk kegunaan Maghrib Isya orang lain karang. Cik Ina diam lagi, lepas itu dia tengok kot anak buah Cik Ina keluar masuk, keluar masuk surau, budak kecil kot AbgLong tu, lagipun bukan ada sesiapa, bebel lagi, hah, ini tak boleh jadi.

"Makcik, saya ini tolong kemaskan, bukan buat sampah lagi, tak apa la kalau tak nak bagi plastik, saya boleh jalan ke tong sampah besar tu, makchik tolong la jangan spoilkan mood saya. Terima Kasih." - balas Cik Ina. Diam dianya, sambil masam muka. Cik Ina buat tak tahu je. Penyudahnya lepas kemas surau, masing-masing duduk dekat kaki lima tepi tu, taknak duduk dalam. Tak apa la.


Zoo Melaka in memories

Okay! Jom beratur, hah! Cik Ina orang kedua yang beli tiket, so, jom masuk. Dekat sini, kitorang ambil gambar kenangan, gambarnya. Hahahaah!! Semua pakat tak ready je. Hahaha!!
Diorang Cik Ina tengok gembira je, terutamanya AbgLong la, banyak betul soalan-soalan yang dia tanya, amboii!! 

Pertunjukkan Safari Night, not bad! Okay la. Rasanya lagi best Safari Night daripada Bird Park, muahahaha!!

Jom balik Negeri Sembilan.  

:: Hari 1 - Melaka Wonderland ::


:: Percutian Keluarga Ahmad Saidi & Saaniah::
24 - 27 Disember 2015 

Harus!! . Alhamdulillah Ya Allah, memberikan Cik Ina keluarga yang terbaik dalam kehidupan ini. Semoga kegembiraan & kebahagiaan yang dimiliki ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Selalunya kalau nak kumpulkan ahli keluarga Ahmad Saidi 7 perempuan ini bukan perkara yang mudah. Tapi mudah la! Eh! Eh! Mudah ke tak mudah? Ace betul-betul sikit. Okay la, ada masa mudah, ada masa payah la. Yang selalu buat payah yang hak sulung dengan Uda. Kalau deme berdua, memang! Memang. Tapi, memandangkan kali ini diwajibkan, no excuse kata kerja la, boss itu la, boss ini la. No way bebbbbb!! 

Muka Kebahagiaan Di Situ!

Kisahnya bermula, bila usul bersoal jawab, 

"weh, tahun ni kemana kita? Jauh ke dekat, bermalam ke tak? Planning weh?"

"Well, kitorang ikut je, malas nak fikir"

"Bajet?"

Dalam sembang-sembang kosong adik-beradik tu, maka Melaka menjadi destinasi **walau dah sampai, Melaka jugak menjadi pilihan, haiiissshhh**  Tapi, kali ini kitorang tak nak jalan-jalan tengok-tengok Sejarah Bandar Hilir, nak bawa kiddos mandi-manda. Okay! Jom Melaka Wonderland.

Nak dijadikan cerita, Puan Uda dapat tiket percuma, banyak wooo!! Kitorang dah save dalam RM350++ dekat situ. Cik Ina pun terkejut bila kira-kira semua bayaran masuk dalam RM650+ semua la. Alang call kata Uda dapat tiket free, buy 1 free 1. Beb!! Untung gila-gila-gila-gila dekat situ. Rezeki sungguh aku rasa. Rezeki weh. 

Pagi-pagi jam 8 pagi bertolak dari Sg Buloh ke Melaka, jalan jem!!. No komen!

Pagi-pagi jam 5 dah kena kejut dengan makngah, "Makchik, bangun la. Masak". Okay! Sentap! Hahaha!!

Melaka Wonderland

Keluar tol Ayer Keroh, dah jumpa dah tempat menginap Ayer Keroh Country Resort,
jalan kedepan lagi, jumpa dah Melaka Wonderland. Auuu, dekat jela. 2.8 km sahaja. Aucchhh!!!
Sampai jam 11, tengok orang ramai berbaris. Parking full beb! Busu jugak yang advance, terus jumpa parking betul-betul depan entrance. Kitorang ini menapak ya amat jauh. Haiisshhh!!
Cik Ina baca blog lain, kata kaunter jualan tiket panas bebb!! Tapi, Alhamdulillah, masa Cik Ina datang, semua itu telah berubah wajah. Dah ada atap. Dah upgrade dah.

Berbaris dan menunggu giliran. Kiddos dah tak sabar, tepi pokok pun dah boleh salin swimming suit. Aje handei deme. Sambil-sambil tunggu turn, sambil kira-kira. Sampai turn Cik Ina, alaaaaa cik kaunter, senyum la sikit. Kan anda baru memulakan tugasan hari ini. Satu yang Cik Ina tak suka bila orang Melayu jaga kaunter macam ini, dia punya lagak. Walawehhh!! Tapi tak mengapa la.
Janji Cik Ina dapat tiket masuk. Selesai!!

Masuk-masuk, ada tram. Wah! Bagus! Puan Emak tak ada la bersusah payah nak jalan jauh. 
Dah masuk, tak jumpa dah kiddos. Kaklong, Intan, Puteri dah tah kemana, AbgLong, AbgNgah, Dik Kuan pun dah tak tahu kemana. Cari Puan Emak, carikan tempat berteduh untuk Puan Emak, pergi sewa pelampung, pastikan everything under control, baru pergi salin baju. Hah, begitu la kalau dah diberi tanggungjawab urusetia program. Ciss!! Tahun depan, orang lain pulak. Hahaha!!

Makanya kami sekeluargapun memandikan diri di tengah panas yang terik. Bebb!! MLA!! 
Panas beb! Panas!. Tapi pelik tengok kiddos,mandi itu adalah lebih baik. Panas! Tak ada hal la makchik. Kitorang dengan panas adik-beradik. Hah??

Them!
Ini di Adventure Island. Tak tahu dimana keadventurelan ia, tapi sesuai la untuk kanak-kanak. Kalau nama ada gelongsor, air pancut-pancut, itu dah cukup membahagiakan kiddos. Percayalah!


Makchik & Puteri

Tempat ini namanya Lazy cum Crazy River. Aihh!! Ikut jela namanya apa pun, janji kita cuba. Dalam lazy-lazy tu, 2 kali jugak kitorang menapak bawak kiddos. Diorang pakai la life jacket, Cik Ina tukang pegang. Tapi tak mengapa, baik KakLong dengan Puteri, masing-masing pandai berenang. Cik Ina perati je dari dulu, entah mana deorang belajar entah. Boleh pulak dari hujung sana ke hujung sana, sambil kuak-kuak. Okay! Surrender. Cik Ina tak boleh selam kepala dalam air ye! Nebesss je!!

Busu & Dik Hadif
Busu tak apa la, dia memang ambil kelas renang sebab dia orang sukan. Cik Ina? Alaaaaa!! Fail!.
Photolicious deorang yang lain, banyak! Tapi tak apa la. Jangan show off banyak-banyak. Ewahh!!

Apa yang kitorang main di Melaka Wonderland?

Semua la

Tornado Chaser
 - sentap MLA. Mengeletor kepala lutut. rasa nak teroyak laju-laju. Ada orang tu, siap ajuk Cik Ina macam ni "huk huk huk huk *ala-ala orang utan punya nada, ciss**

Kamikaze Race
 - yang ini Cik Ina nak belagak la. Suara Cik Ina jerit sampai masuk la air dalam mulut. Eeee yerkk!!!


Adventure Island
- untuk kiddos!!

Crazy Slide
-Yang ini penutup acara, Cik Ina, Busu, Kaklong Anje, Puteri & Intan. Semua nak cuba.
Menjerit-jerit bilatersangkut dekat tengah-tengah. Apdaa!!

Ohh ye, memandangkan tiket free tu termasuk pelampung, dari RM20, jadi kena bayar RM15 je. Kalau pulang balik pelampung, deposit RM5 dikembalikan. Rasanya, mana-mana taman tema semuanya macam itu. 

Food Court. Pergghhh!! Tak payah la weh! Sebaab itu, sebelum masukkan kiddos, pastikan perut deorang kenyang. Tapi yela, dah berendam dalam air, memang lapar balik. Air botol pun RM3. Aje yang ye betul! Memang dia check betul-betul masa nak masuk. Auuuhh!!! Gigih!

Okay! Semua. Jom balik resort! Siap!

Ayer Keroh Country Resort

Puan Emak sudah Cik Ina transfer ke resort. Puan Emak tengok macam tak larat je, jam 3, keluar wonderland, terus check in . MLA, Cik Ina tengah basah masa tu, tapi tak apa, sempoii!!
Kitorang tempah 3 bilik. Bersebelahan. Senang. Letakkan Kakta dengan emak dekat resort, kitorang, sambung balik pelayaran. Hahaha!!

Baca blog orang, kata resort ini tak mesra pelanggan, bilik kotor, wifi tak ada, kolam buruk, makanan tak sedap et al. Wooowww!! Cik Ina pun mengadu dalam group family cakap macam mana?
Tapi tak ada respond, kira on jela ye. Tapi hati cuak jugak la. Karang takut mak tak selesa. Bilik? 211,212,213. Tingkat dua. Minta tingkat satu, fully booking

Tapi!

Tapi!!

Memang tak dinafikan, receptionist sorang tu je yang tak mesra pelanggan, yang lain baik-baik belaka. Yang lain. Perfect! Kalau orang kata tak ada wifi, ahhh!! itu tidak menjadi masalah sebab Cik Ina tak perlukan pun. Hahaha!! Semua ada depan mata, wifi apa lagi nak??

Makanan? Terbaik! Sedap! Pedas! Meletop! Kakta yang suggest bihun goreng dengan nasi goreng kampung. Siap service penghantaran sampai ke bilik. Yang sebenarnya dah malas nak turun.

Kolam? Cuba tanya kiddos, dedeme enjoy tak? Kalau dah menjerit-jerit dalam kolam tu, apakah maknanya lagi. Senangkan anak buah Cik Ina? Ye! Time ni aja la yang senang. hahaha!!

Satu yang bestttt lagi!! Kan 1 bilik, 2 kupon makan. Kiddos macam mana? Makngah pergi tanya, dia cakap mudah je, "kak bayar RM20, kak ambil la makanan yang ada 1 set". Wahhh!! Kira dah bagus sangat dah tu. Sambil makan, sambl suap untuk kiddos semua. RM20 untuk 7 mulut kiddos. Hahaha!! Tak meriah ke macam itu. 

So, lepas ini jangan mudah terpedaya dengan apa orang kata. Pergi jejakkan kaki dulu, lepas itu barulah buat kesimpulan sendiri. Ewahh!!


MITC, Melaka

Jom, dinner!! Ngantuk! Jom la. Okay!! Selesai western food. Kononnn sangat!! 

Okay! Balik bilik, tidur. Esok nak pergi jalan-jalan lagi.

-Selesai, Hari 1-

Friday, 1 January 2016

:: 2016 ::


:: Welcome 2016 ::

Hye 2016
Source: google

Hye MLA. Assalamualaikum MLA. Yehaaa!! Welcome 2016!

Mahu bermula dari mana ye? 

Tahniah 2015! Tahun itu tahun yang membahagiakan buat Cik Ina Tahun untuk senyuman yang berpanjangan, tahun yang penuh dengan 'rasa CINTA'. Tahun kepada pelbagai kenangan! Ye 2015! Ye! Ye! Ye! 2015, kamu akan sentiasa menjadi kenangan yang terindah. 

2015!!
Keluarga bahagia Cik Ina diserikan dengan berita-berita serta perkhabaran indah dari-Nya! Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan. Sesungguhnya kepercayaan dan kesabaran itu sejujurnya sedang diuji. Pun pengakhirannya, ia sesuatu yang manis untuk dinantikan. 

Perkhabaran indah satu demi satu itu Cik Ina selit dan simpan ia menjadi suatu memori yang tak mungkin akan dilupakan, ia adalah catatan sejarah yang esoknya akan dikenangi dan diratapi kembali oleh sang insan yang bernama Cik Ina. Kan!! Hehehe!!

2015 mencatat memori pahit! Ia diungkap dengan titis-titis air mata yang pastinya melukakan hati yang berduka. Ahh!! Benarlah ungkapan pepatah itu
"Gembira itu awannya Duka"

Iya, duka sungguh rasa dihati bila mana sesuatu berlaku!
Bila mana hati tak kuat menerimanya!
Bila mana patah semangat dan harapan itu kembali bertamu!
Ahh, semuanya bila mana!

Pun begitu, 2015!!

Cik Ina sangat bahagia!

Sangat!
Sangat!
Kehadapan 2015
Anda memberikan banyak kenangan terindah buat Cik Ina!
Memberikan satu 'kematangan' akal & ketenteraman emosi,
Mewujudkan satu 'ruang' dalam hidup,
Mengajar & mendidik & membimbing Cik Ina untuk tidak lelah dalam perjuangan!
Ketahuilah MLA, kegembiraan & kebahagiaan yang dipamerkan, tidaklah disertakan 
dengan niat riak&takbur mahupun hasad, 
Tetapi sebagai penghibur pada hati yang sedang bersedih, 
sebagai kekuatan untuk yang sedang mencari kekuatan diri!
Menyertakan idea tentang kehidupan bergelar pelajar, fefelos & 'kekuli!!

Dikesempatan ini,
izinkan Cik Ina menyusun 10 jari memohon ampun & kemaafan
 andai MLA tersinggung perasaan, terkesan dengan kata-kata, 
termoody mendengar bicara,
mahupun merasakan Cik Ina tidak seadilnya menghenyak perasaan MLA, 
ketahuilah Cik Ina, insan biasa!!

Kepada sang sahabat,
Cik Ina masih Cik Ina dahulu,
sentiasa joreennnnnn seperti dahulu

Kehadapan 2016


Cik Ina menanti perencanaan itu!!