Wednesday, 23 December 2015

:: AMG= Student Mobiliti & Academic Discourse ::



:: Akademi Menara Gading, Kohort VIII melabuhkan tirai ::
 
Okay! MLA jarang-jarang dengar pasal Akademi Menara Gading (AMG). Yela!! Sebab itu salah satu prospek kerja yang tak berapa kerja sangat la!! Hikhikhik. Selalunya, Cik Ina tak akan jawab Cik Ina dah kerja sebab ini kerja main-main. Eh! Ada kerja main-main ke? Ada la! Macam yang Cik Ina tengah buat ni main-main la. Bukan kerja. Saja nak cari pasal! Amboii, ayat! Hahahaha!

Selalunya, bila orang suruh introduce diri, Cik Ina selalu cakap Cik Ina pelajar UKM. Fine! Muka Cik Ina memang tak macam student master, ph.d, sebab tu sesiapa pun mesti assumed Cik Ina pelajar degree!! Alah, tak hairan. pandangan-pandangan bakal 'doktor falsafah' itu Cik Ina dah lali.Hahaha!!
Walhal, hidup Cik Ina dikelilingi oleh individu-individu yang sangat scholar dalam pendidikan. Cewaahhh!! Harus up!!!.

AKADEMI MENARA GADING

Akademi Menara gading merupakan ilham dan perkenan KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Sultan Ibni Ahmad Shah Al-Musta'in Billah melalui Yayasan Istana Abdulaziz dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia. AMG telah dilaksanakan sejak tahun 1999 sehingga kini telah menzahirkan 8 Kohort. Setiap Kohort mempunyai kem-kem besar dan modul kem akademik. Kalau boleh dibandingkan dengan Negeri lain, di Perak, kita panggil Skor A, di Selangor kita panggil PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) et al. Masa zaman Cik Ina belajar, tajaan kita dapat dari Al-Bukhari', tapi berbeza dengan anak-anak Pahang khususnya.

Diperkenalkan Akademi Menara Gading! Hanya untuk anak Pahang! Yang lagi bestnya anak-anak Pahang ini, pelbagai pendedahan diberikan, baik dari segi sahsiah diri, pendidikan, waja diri mahupun kem mobiliti diberikan. Untung betul!! Well, perjalanan dan takwim Kohort IX telah direncanakan. Gembira & berbahagialah kepada yang terpilih. Yang letih 'akujugak,huaaaaaa'.

So, inilah serba sedikit maklumat AMG. Malaslah nak share bagai.

Tapi!! Apa yang Cik Ina nak share adalah trip lawatan Student Mobility & Academic Discourse

Ke sanalah Cik Ina
Alhamdulillah, Cik Ina diberi peluang ke sana. Dalam nak tak nak, yela! Sapa nak naik flight, berapa kali la cakap dengan En Boss ni, Cik Ina naik bas pun okay!! Ayoyoyo!!

Tapi yang menarik minat & ketidaksabaran Cik Ina adalah ke University yang Cik Ina nak sangat-sangat-sangat-sangat pergi. Nanyang Technological Univesity. Beb MLA! Kalau bagitahu dengan Dato' yang NTU merupakan salah satu University pilihan di hati, mesti dia gelak kekeh-kekeh!!

Eh, MLA tahu tak, Nanyang University ada satu bangunan yang green environment. Kengkonon dulu-dulu la kan, masa tengok cite omutih dekat tv, selalu tengok diorang study bawah pokok gitu-gitu la. berangan la, nanti masuk U nanti nak buat gitu. Ciss!! Mimpi di siang hari memang gitu!!
Ahh, tengok-tengok di Nanyang University dapat la Cik Ina ke School of Art, Design and Media
Tahu tak, bangunan tu ada bumbung berumput. Sorry!! Tak dak gambar. 
Sangat-sangat green school + green environment. Nak pergi Nanyang University!! Nak!!

Okay!! Jangan excited. Nanti tak jumpa hala tuju! Hikhikhik.

So, hotel!! Done!
Flight!! Done!!
Surat!! Selesai!

Wecheckin!! Not yet!

Hurmm!! AMG memberi peluang kepada Cik Ina untuk bertrip + vacation + study  dalam masa yang sama. Thank Dato'. *taknakucapdepan2, takgeng.Hikhikhik* Tapi, bukak je semester 2 nanti!! nah ko! Kerja ko melambak!! Dengan fefelos, ph.D candidate, AMG, tesis, jurnal.

Wahh!!! Bestnya . enjoynya. Life nya. **sarcasm sangat* 

Okay la! Nak sambung dengar lagu Putus Terpaksa. Wahh!! 

:: Bernafaslah Dalam Sejahtera ::


:: Tajuk entry tiada kena mengena ::

Adoii!! Ommakekau!! Cik Ina nampaknya dah semakin menjauhkan diri daripada 'CH', yela! Memang tak cari jurnal, tak baca buku berkaitan mahupun berjumpa dengan Puan Penyelia. Ohh!! Prof Bib, jangan marah ye, semester depan Cik Ina janji, Cik Ina akan berjumpa dengan Prof sebulan 2 3 4 5 6 kali. Insha Allah!! Cik Ina tak sempat la nak buat apa-apa lagi. Kerja tu memang tak pernah tak habis. Aisshh!! Dulu-dulukan, walaupun tengah belajar, Cik Ina masih boleh bahagi-bahagikan masa. Masa melaro', masa tengok movie hindustan, masa berclubbing dengan rumet atas katil. Hikhikhik!! Masa mengumpat, masa stalk-stalk FB Bf, aihhh!! Senang cerita pandai beb nak bahagikan masa ada sesuatu yang sepatutnya.

Tapi!!!

Tapi!!!

Patut la, kawan Cik Ina pernah personal massage cakap dia nak stop study sebab tak dapat beri komitmen antara kerja, isteri dan mama! Woww!!! Gigih. Cik Ina siap bagi nasihat ung-pang,ung-pang!! Ciss!!! Tak kena dekat diri sendiri boleh la. La ni, hah!! Ternganga sensorang nak bajet masa macam mana, apa ka, semua kena fikir 2 3 4 5 6 kali. Kadang-kadang tu, sampai fikir, weehh!! tak payah la meeting bagai malam ni. Tak sanggup nak paksa diri. Kalau cerita skop kerja. Beb!! Teriak weh! Tapi sebab minat & cita-cita, Cik Ina hadam. Tambah perisa sebab hati kering.

Tapi, hati tak kering bila mana tengok tesis student Dato' lancar je, atenye!! Tesis Cik Ina ape ke heinya proposal pun tak lepas? Oleh itu!! 

Itu yang nak ter confess,

Maaflah 'Cinta hati'
Untuk semester ini, sememangnya Cik Ina mengabaikan CH,
Tapi!! tapi!!
Cik Ina janji semester depan, CH terletaknya dipenghujung hati.
Semoga CH akan sentiasa istiqamah' & berjiwa semangat!
Jangan sesekali berhenti bernafas,
Tak pernah walau sekali & sesaat Cik Ina tak memikirkan CH.

Okay!! Permulaan langkah!!

Jom buat proposal! Cari jurnal, baca mukabuku! Eh!Eh! Silap, buku daa!!

Saturday, 19 December 2015

:: Sem 1= Felo KTHO ::


:: Meeting, Makan, Program, Jiwa-Jiwa ::

Rasanya macam dah lama sangat tak up entry perihal kehidupan sebagai seorang fefelos yang tak berapa nak berjaya. Yela, banyak-banyak sangat program yang direncanakan untuk Sem 2 ini, jiwa sangatkan. Sem 1 semakin hampir ke penamatnya, Cik Ina masih sebegini, tak jugak. Haisshhh!! Tengok la proposal pun tak lepas-lepas jugak. Apakan daya, kemalasan itu semakin hampir menguasai diri. Yela!! Jiwa masih SAYANG kan jawatan KTHO itu.

Kebanyakkan daripada program KTHO anjuran MEP akan dilaksanakan pada sem 2, aihhh!! memang akan kelaut jugak la nampaknya masa bersama diri sendiri dan keluarga. Tak apa, tak apa. Kita akan cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa dengan kehidupan sendiri. Ewahah!! Ayat tu!

Meeting - Meeting - Meeting Fefelos KTHO
Perbincangan Meja Petak

Selalunya, kalau buat meeting memang macam ini la. Meeting pun malam-malam je. Yela, fefelos bukan boleh jumpa masa siang. Ada 4 felo yang bekerja, selebihnya student master. Yela! Deorang pun penuh dengan jadual kelas & perbincangan dengan lecturer. Itu belum lagi kalau masing-masing outstation, conference, balik kampung, tunang, honeymoon, perghhh!! Macam-macam ye fefelos KTHO ini. Tapi awesome!!!.

Kadang-kadang time meeting , Cik Ina tak ada. Ada masa tu ke Kuantan, urusan keluarga et al. Ada masa tu, sampai tak nampak la muka Cik Ina dekat kolej. Okay!! Perbincangan fefelos KTHO!!
Macam-macam!! Pasal kolej, pasal MEP, pasal program, pasal jadual, pasal perihal-perihal berbangkit. Yang penting, pasal merit kolej.! Sabar jela ye!Selalunya akan berbincang pasal program yang terdekat. Supaya fefelos ambil maklum akan jadual yang kadangkala akan berlaku perubahan dari semasa ke semasa.

Cik Ina pulak,  tiap kali meeting tak ada kerja lain nak cakap. Duit! Duit! Duit! Felo Bendahari la katakan. Mata & mulut tak habis-habis duit, duit, duit!!

Semua khuyuk je dengar talimat dari Felo Hidir

Selalunya kata sepakat akan kita temui la. Walaupun meeting terkadang ambil masa 2 jam. Tak apa. Kita layankan. janji kita semua setuju dengan perbincangan tersebut. 

Majlis Perlantikan Jawatankuasa Pengaktivasian Blok 
Kolej Tun Hussein Onn
Sesi 2015/2016 

Yep!! Masih menjadi felo aktivasi blok untuk sesi ini. Dah rasa macam kerja hakiki pulak ye! Hikhikhik! Tak apa. harap-harap semester ini Blok B masih menjuarai & mengondoli anugerah Blok & Aras tercantik la ye. Tahun ini juga Cik Ina merancang untuk melaksanakan majlis pelantikan bagi semua ketua aras dan ketua blok. Bersama la kita mengakui jawatan mereka. 


Cik Ina bersama bunga-bunga MEP KTHO
5 bunga MEP KTHO. Mep S/U Atin, Mep ICT  Fariha, Mep Akademik Dayah, Mep Siswi Sis Farah, Mep Palapes Syud & Mep Keusahawan Grace

Perlantikan Jawatankuasa Blok 

Banyak perancangannya untuk aktiviti penghuni kolej. Tapi tak tahu la sempat ke tak nak selesaikan semester depan. Yela!! Bertimbun tu programnya. Yang penting dan diharapkan program siswi dibawah pantauan Mep Sis Farah terlaksanalah. Hehehe!!

Majlis Perpisahan Felo Mazian

Mazian telah tamat kontrak. Tahniah Mazian! Felo Mazian merupakan felo yang agak lama (3 tahun) menjadi felo KTHO. Sememangnya banyak info dan maklumat yang dishare sewaktu beliau menjadi felo. Beliau juga banyak mengajar Cik Ina perihal tugas-tugasan sebagai seorang felo. Itu ini, sana sini. Tahniah sebab sudah mendirikan rumahtangga.

Barisan Felo KTHO
 Aisshhh!! Tetiba rindu dengan fefelos lama ini. Walaupun pada asalnya felo hanya berenam sahaja. Tapi unity sangat rasanya. Ini lagi ramai, lagi bergabung meletop. Alhamdulillah, semua fefelos sekepala. Gembiranya dengan pengalaman ini. 

Oh ye!! Cik Ina tamat kontrak bulan 1.2016. Tuan Pengetua, Dato Samsu suruh isi borang continue!!
Ye Dato', saya akan isi, Sayang nak tinggalkan KTHO!!
Terasa remaja selalu dengan penghuni yang awesome, felo yang merepek!
Serta pentadbiran yang eh! eh!. Hahaha!!

Kehadapan fefelos di seluruh Universiti,
Satu pertanyaan dari Cik Ina,
Bahagiakah anda menjadi seorang fefelos?
Cik Ina bahagia!!! Yess!!

Friday, 18 December 2015

: Refarm Leisure, Kampar :


:: #familybonding ::

Kiddos!! Takkan pernah dapat gambar bebetul. Hahaha

Rasanyakan, tiap-tiap kali pergi mandi-manda, mesti tak Teluk Batik, mesti air terjun area-area yang dekat dengan rumah. Ala, konon-konon sebab bertolak dah tengahari. Alaa!! Tapi tak apa, kali ini rasa macam nak pergi tempat kolam-kolam kononnya la. Nak bawak kiddos  pergi tempat lain tapi dekat. So, Alang suggest Refarm Kampar. Uiishhh, dekat mana tu? Dekat dengan Mambang Dek Awan ke? Yela!! Dekat Kampar kan? Ok! Tak jauh tu. Jom la. Bila? Bila? Jumaat cuti. Okay!!

Refarm Leisure, Kampar

Kalau dari Fasa 5, Changkat Lada, rasanya tak jauh. Dalam 45 minit macam tu la. Tapi sebab sesat. Waze pun buat ajaran sesat. Berhenti kereta, tanya dengan aunt sayur tu. Tula, tak tanya, sesat jalan la. Dah tanya!! Lah, dekat situ je?? Cisss!! Finally, sampai la kitorang. 2 biji kereta. Begeberak la dengan kekiddos belaka.

Kaklong Anje, Intan, Puteri, Leesya, Abg Long, Abg Ngah, Dik Kuan, Dik Hadif
Auchh!! Kiddos je dah ramai. Mak ayah dedeme tak ada. Ke Indonesia, ditinggalnya anaknya dengan Cik Ina,memang diperkasamkan la. Hahaha!! Selamat la refarm ni kolam mandinya luas tu je. Kalau luas besar, memang tak reti la nak kawal. Lantak korang la. Hahaha! Makchik  betul.

Yang awesomenya Refarm ni sebab kita boleh bawak makanan dari luar. So, before masuk, kita masak siap-siap dari rumah. Haisshh!! Kalau dengan kiddos , bukan boleh makan luar. Berperang la kalau nak  makan. Kalau masak, nak kau! Boleh ulang 2 3 4 5 6 kali. Menu pilihan (photo unavailable)  Laksa, Nasi, Ayam Goreng, Ikan Keli tempoyak, Kangkung elacan, Ulam Petai & Jering et al *lupa dah*.

Parking? Tak ada masalah. Memang parking baik punya. Tak jauh. Tiket? Boleh la. RM5 kiddos,  RM10 dewasa. Masuk je, kena jalan kaki sikit ke dalam, tempat kolam renang. Tapi tak payah risau sebab laluan pejalan kaki dia redup je. Nak tangkap gambar boleh MLA. Tapi rentikan le, kalau nama bawak kiddos, bukannya nak gambar-gambar, nak terjun mandi ye. Kids!

Entrance! Penampakan Puan Emak yang joren. Hikhik

Ada gazebo! Masa kitorang sampai ada 2 gazebo sebelah menyebelah kosong. Okay! Kita duduk situ, menghadap kolam, senang nak monitor deme tu. Mana deme? Eh! Lah, dah terjun. Tula MLA, kata nama bawak budak-budak, memang tak bergambar la. Tak. Noktah. Menu makanan pun takdan nak klik klik. Tak apa la, janji dah sampai refarm leisure. 

Ada dua kolam yang bersambungan. 1 yang hak dalam punya untuk dewasa, 1 lagi yang hak bebudak la. (kitorang punya gabezo dekat kolam bebudak). Ada air terjun, so, dekat situ je dah 20 minit berendam. Air kolam  tu asalnya daripada air terjun tula. Sejuk. Tapi air dia tak jernih la. Cuma air tu mengalir la. Okay la. 

Toilet. Cik Ina tak berapa gemar sangat. Tak boleh nak bilas badan. Suruhnya bilas badan dekat luar, bilik tu hanya salin baju semata-mata. Aisshhh!! Tak gemar le pulak. Hahaha!!

Selesai! Jom jalan-jalan tengok haiwan. Abg Long memang peminat haiwan. Bawak tengok kura-kura, kambing * Lah, kambing pun tengok* , kuda, et al. Tak ingat. Cik Ina dengan haiwan tak geng sangat. Tapi kena ikut jugak. Kalau tak sapa nak tengok kiddos, bukan boleh lepe', leka sikit hilang la kejap lagi. Haiisshh!!

Abg Long & kambing
'apasal la budak kecik ni tinggi sangat bagi makanan ni - En Kambing'

Okay! Jom balik.

Well, untuk kiddos , deorang sentiasa enjoy. Bawak la pergi mandi tepi Sg Perak pun, on je. Tambah lagi si Puteri. memang gemo! Janji mandi-manda. Family Cik Ina ni, kalau nak keluar jalan, tak boleh planning lama-lama. Tak jadi, elok la 2 3 hari lagi nak berjalan baru cakap. Hahaha!!

Kepada kiddos, nanti kalau kome dah besar, bawak pulak makchik pergi jalan-jalan ye! masakkan pula makchik ikan keli gulai tempoyak. Hikhikhik.

Nasi & Kuah
"Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?"

Refarm, Kampar. Kiddos enjoy. Cik Ina kasi High 5. Yehaa!!!


Thursday, 17 December 2015

:: Temerloh:Buang Jiwa di Dubai ::


:: Buang Jiwa di Dubai ::

Hye Dubai!! Jiwa Cik Ina tak pernah kesepian
Cik Ina dikelilingi oleh "Cinta Hati"

Hai..hai MLA. Ala-ala, selalu macam tu kan, kengkadang muncul, kengkadang mendiam 1000 bahasa. Ala, alasan kata kerja banyak tu dah tak boleh terima la Cik Ina. Cik Ina kaki auta kuat. Yang sebenarnya cakap jela malas nak on lappy, kaki TV. Cerita best ke tak best ke, layan je. Eleh, CH pun dah bising emo-emo dah. CH tanya, bila nak siapkan proposal hantar ke Puan SV??

Okay! Okay! Jangan marah MLA. Cik Ina tengah menyusun semula jadual kehidupan yang semakin ke laut tu. Lepas tu, susun lagi, dan lagi susun, susun, susun dan susun sampai la alasan susun jadual tu tak praktikal lagi untuk dijadikan sebagai alasan tunggal. Dah la tak nak merapu banyak-banyak. Kata nak cerita Temerloh. Ye! Temerloh. Untuk kali yang keduanya sampai ke tempat yang sama, suasana yang masih sama, kedai makan yang sama et al. yang masih Cik Ina rasakan sama., Yela, tak silap Cik Ina 2 tahun lepas, Cik Ina dah datang teemrloh semata-mata nak makan ikan patin tempoyak tepi sungai Pahang tula. Mengidam okay!

Matlamat utama ke Temerloh. Aishh, tak pasti la. Nak kata holiday, rasanya bukan holiday sangat. Nak kata short vacay, bukan juga short vacay, ate nye?? Nak namakan apa ye? Hurmm!! Sebab Cik Ina sendiri tak berapa pasti matlamat hadir. Dah la, Cik Ina namakan kehadiran Cik Ina ke Temerloh, Pahang untuk "Buang Jiwa di Dubai". Aucchhh!! tamsilan sangat dah tu. Deep  sangat dah tu. Mohon agar jangan dipersoalkan. 

 Questionair Atok B

Questionair Ph.D

Cik Ina, Dr Jamil & Fiqa. Kitorang bertolak hari Jumaat Pagi. Noknei-noknei, sampainya waktu solat Jumaat juga. Aisshhh!! Itu matlamat pertama la. Untuk mengedarkan borang soal selidik kepada golongan sasaran iaitu 19-25 tahun di Temerloh. Yang sebenarnya MLA, pengalaman sebagai enumerator ni banyak ye. Banyak sangat. Ada responden yang bersungguh-sungguh nak jawab, ada yang tak nak, siap tolak-tolak la. It's okay la. Selalunya, soalan-soalan yang akan ditanya

' ni pasal apa ni?'
'selalu ada orang edarkan borang ni, malas betul nak jawab'
'Kalau pakai tick je boleh tak? Malas nak baca'
'Aaa, ada hadiah?'

Perghhh!! Banyak lagi la. Itu memang tak dinafikan. Yang enjoy nya, orang-orang Temerloh sempoi la, tak susah betul nak minta deorang tolong jawabkan. Ye betul. Cik Ina tak tipu. Kalau salah, Cik Ina kabo la, kalau betul, Cik Ina puji. Hah! Senang je tu semua.

Questionair ada 200 set. Bahagi sama rata, Pecah-pecah gitu, cakap sikit-sikit. Okay! Jom berpecah.
Jam 6 ptg, selesai 160 set questionair. Auchhh!!! ini memang gigih weh! Dalam masa sekerat hari. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Cik Ina dulu, satu hari dapat 100 responden. Tangkap sendu bawah pokok wehh!!! 

Selesai questionair. Pergghhh!! Tak payah kesat peluh sangat. Ramai enumeratornya. Hahaha!!
Mohon jangan  tanya questionair siapa? Tentulah soal selidik pelajar. Tapi kalau cerita orangnya, aje Cik Ina tak gemar. Tapi sebabkan En Boss ni, ikutkan jugak la. Boss, ko tahu tak? Cik Ina getik!! Aje getik la. Tapi, sebab Cik Ina niatnak belajar macam-macam, aishhh!! ikutkan jela. Tapi, one day kalau Cik Ina fedup , maaf la ye!! Student Boss tu, Cik Ina gambarkan seperti *ulat dalam petai* . Hahaha!! Ulat pun ulat la. Ah,, lantak la. 

Akhirnya, questionair Atok B selesai di Temerloh! Yehaaa!!!


REST HOUSE TEMERLOH

Bilik 7

Hehehehe!! Senyum. Inhale, exhale!! Buat ye MLA. Tarik nafas, lepas. Cik Ina dapat tahu accomodation et al ni pun last minutes macam tula. Sesat sebentar dengan Dr Jamil. Entah waze  mengajak ronda-ronda kampung Temerloh dulu kot. Hikhikhik. Memandangkan Cik Ina jiwa backpack, this is small matter. Ewaahhh!! Walhal cuak. Tak apa, kita masih dalam Malaysia. 

Dulukan, mula-mula kaki jalan dulu, tak kisah langsung tidur dekat mana, nak mandi dekat rnr ke, janji mandi. Tapi semenjak dah sedikit menjaga batas-batas *ewaahhh!!*, Cik Ina jadi berkira pulak nak rehat-mandi-et al semua. Perkara pertama, kalau kemana pun toilet adalah perkara pertama yang Cik Ina akan belek-belek dulu. Memang rest house, okay nama pun rest house. Okay la!!

"Dr, bilik Dr okay tak?" - Okay, bilik Ina?

Ehhhhh okay. Okay. Okay. Hahaha!!

Tak caya, tanya Fiqa. Hahahaha. 

Walaupun fasiliti yang serba biasa itu. Tak mengapa, Cik Ina dah terbiasa. Ini bukanlah kali pertama. 
Apa yang menjadi kepentingan buat masa ini. Suasana! Oii, ko MLA ingat, dekat UKM boleh dapat feel landing-landing atas katil sambil pandang pokok besar dekat luar tu. Ehh, seram jugak malam-malam. SUASANA! Ye, SUASANA macam tu bukan dapat dekat UKM. Sambil-sambil landing tu, tengok lappy, teringat tak siap proposal YIA.

Cisss!! Mengundang kehadiran jiwa kacau. Malas la. Jom keluar.

IKAN PATIN TEMERLOH, AWESOME!

Diet? OMG
Woiii, tempoyak tu menu feberet tau tak. Kalau orang Perak, Tempoyak Ikan Keli, meletop dalam mulut beb. Tapi, tak semua orang suka dengan tempoyak. Ahh, lantak la. Janji Cik Ina makan!
Fiqa kata dia tak makan patin, ala. Jangan risau, tak hanyir okay. Kalau hanyir, Cik Ina pun tak makan, tapi ini, marbeles oii. 

'Ah, nikmat Allah itu pelbagai. Salah satunya, makan. Yehaaa'.

SUNGAI PAHANG & SUNGAI SEMANTAN


Ye!! Betul. Ini Tuan Belog. Cik Ina.

Sambil-sambil jalan tepi sungai tu, tengok-tengok la air sungai Pahang. Aucchhh!!! Deras ye, kata makcik tu,air deras sebab hujan. Ooooo *sambil garu kepala*. Sambil-sambil sembang, bersoreh la Cik Ina dengan makcik tu, katanya try naik tu. Auuu, makcik, makcik tak tahu ke? Isshhh!!
'Saya memenag berani'. Hikhikhik!!Gemuruh & Kilat datang bertandang

Jom laFiqa, rugi tak naik, kita langkah setapak dua, jangan pandang bawah. Hahaha! Mangkuk la. Okay, belah nun sana tu, yang tu Sungai Pahang, yang belah kanan Cik Ina, itu Sungai Semantan. Ada Sejarah la kenapa diberikan nama sebagai Sungai Semantan.

Ada pakcik ni namanya Osman (tapi orang panggil Seman), dia ni kuat, kebal & ada ilmu persilatan. Jadi, pakcik ni tahan la, kuat-kuat macam tu la.  Jadi, orang banyak berguru dengan dia. Sebab nama dia panjang 'Seman tahan', orang kampung pendekkan jadilah Semantan. Adoii, orang dulu-dulu!!

Yela, Cik Ina percaya. Mana taknya, arwah abah nama punya sedap. AHMAD SAIDI. Tapi orang panggil Mat Spring. Sebab banyak sangat nama Mat. Ada nama tu, Mat Payung, Mat Tong, Mat Guni, Mat Gas. Lorhhh, orang kampung memang suka gitu kan?

Yela, takkan la Cik Ina masa kecik-kecik diberi gelaran 'Teh Kembang'? 
Okay, tak payah tanya dari mana usul Teh Kembang tu dapat. 

Hahahah!

Alhamdulillah, selesai tiga hari dua malam Cik Ina di Rest House Temerloh , Pahang.

Apapun, Cik Ina rilex, enjoy & happy sebab dikala Cik Ina perlukan kesunyian, ia hadir!!
Terima kasih wahai kesunyian yang sentiasa hadir tatkala hati menampar-nampar  jiwa!


"Buang Jiwa di Dubai"

Nukilan ini, 
buat jiwa di Dubai
Dikau bukan sesiapa.

Sunday, 6 December 2015

:: Love Story ::


:: Perkahwinan = Penyatuan Dua Hati ::

Hye MLA. Kenduri? Ye! Cik Ina suka pergi kenduri kahwin kawan-kawan *sambil senyum-senyum manis*. Suka la tengok kawan-kawan berjaya membawa satu status baru, berkongsi rasa kasih dan sayang itu dengan pasangan masing-masing. Memandangkan Cik Ina bercuti lama di kampung, tambah pula itu waktu cuti sekolah, memang akan ada acara kahwin-kahwinkan?? Yess!! Cik Ina suka pergi kenduri kahwin, kalau makanan yang dihidangkan makanan kampung, wahhh!!!! Lagi enjoy gila nak makan.

 
Cik Imah & Shahrin
Mereka berdua merupakan classmate Cik Ina masa form 6. Alaaa, pasangan berjaya kekal sehingga ke hari ini la. Well memang akan sangka la mereka berdua akan ke jinjang pelamin. No doubt. Cik Ina suka mereka berdua sebab dua-dua sempoi. Dari zaman sekolah sampai la sekarang, tak berubah perangai Cik Imah tu. Jeles Cik Ina macam ini. 

Cik Imah, semoga kekal bahagia dengan pasangan anda itu. Cik Ina gembira mendengarkan khabar berita ini. Tahniah kepada anda berdua. Barakallah!!

Kitorang ni kan, haissshhh!! memang muka kitorang jela kan kalau hal kenduri kendara kahwin-kahwin ni kan? Tak apa ye wahai rakan-rakan. Kebahagian itu pelbagai bentuk. Kita meraikan kebahagiaan orang lain, one fine day, mereka-mereka ini lah yang bersama-sama meraikan kebahagiaan kita pula.

Ingin Cik Ina berpesan kepada anda-anda,sahabat & rakan-rakan! 

Kalau pun bukan ketika dan saat ini kebahagiaan itu hak milik kita,
percayalah! Ia suatu masa nanti.

Abaikan persoalan-persoalan yang diutarakan oleh makcik-makcik itu,
itu perkara biasa. Tidak mematahkan semangat kita untukmengecap rasa bahagia itu. Ewahhh!!

Kami Berempat 

Kepada "Cinta Hati Abadi"
Kepada 'Cinta Hati'

Kepada "Cinta Hati Abadi"
Tidak pernah walau sesaat ingatan ini meninggalkanMu
Tidak pernah sedetik tanpaMu di fikiran
Sentiasa diingatan
Sentiasa jua dilafazkan dihati
Semoga Hati ini bisa mengingatiMu

Kepada 'Cinta Hati'
Walaupun bukan saatnya kita ketemu
Masih diyakini kamu wujud untukku
Kamu ada dikala aku memerlukan
Dan, masih aku percaya
Kamu tercipta untukku

Bila tiba masanya,
Akan tiba masanya!

Kita dipertemukan.

Mohon,

Raih dan gapai tanganku,
agar kita tidak kejauhan lagi
agar detik itu kita miliki


Tinta Bicara
Cik Ina

Saturday, 5 December 2015

:: KakLong Anje Interview SBP Tapah ::


:: MakCik, Mak Lang & Kak Long Anje bergabung ::

Hye MLA. Kan Cik Ina balik minggu lepas ke kampung, macam-macam la urusan yang tak setel, contohnya hantar kain pasang ke tukang jahit la, jaga hero's 3 orang tu la, mama papa  deorang katanya honeymoonI, cisss!!! Hahaha!! Tapi most important adalah menjadi peneman Alang dengan Kak Long interview SBP Tapah. 

Alhamdulillah, Kak Long Anje dapat 5A UPSR. Syukur kepada Allah SWT, menjadikan segala jerih perih itu dengan satu kejayaan yang akhirnya melakarkan senyuman yang paling manis. Yang sangat-sangat hanrus diberikan penghargaan terbaik adalah kepada Mak Lang yang sentiasa menjadi tulang belakang ke atas kejayaan ini. Sampaikan hari nak ambil result di call nya semua orang, cakap GB lambat bawa keputusan la, pergi ngeteh dulu la, apa la. Dapat result, dia la yang menangis sakan. Kitorang makchik-makchik yang lain siap boleh gurau senda la dalam group whatsapp. Haiiissshhh.

Alhamdulillah!

Yang menariknya, makchik-machik bdia pun siap nak promote result UPSR masing-masing. Cik Ina jela tak. Hahaha! Yang si Mak Yang 4A 1B, Busu 3A 2B. Makchik?? Makchik Ina?? Aisshhh!!! Aiishhh!! Fuhhh. Lap peluh kot nak mengkhabarkan kepada semua. Cisss!!

Kaklong Anje & Mak Lang

Tiap-tiap mak sedara itu punya peranan masing-masing. Kalau peranan makchik Ina nya adalah menjadi pendengar setia la. Mungkin sebab Cik Ina suka memberi galakan terhadap perkara bukan-bukan. Seperti bergaduh dengan kawan lelaki sek atau dengar keluh kesah kawan yang suka bagi surat-surat cinta. 

Ahh, budak sekolah betul la Kak Long ni. Dapat surat cinta la. Kena panggil dengan panggilan Bedah Tong Gas la, geng leruk lerap. Alaaaaa. Budak sekolah kampung. Gitu jela yang deorang boleh imaginasikan!! So, kita layan kan jela. Tapi, nampaknya Kak Long Anje makin membesar. 

Dah tak nak dah buku kartun-kartun, nak pakaian pun macam ladies gegirl-gegirl dah. Nak handbag bagai. Buku pun dah bukan buku kanak-kanak. Haruslah buku dear Yayah, hostel life, alaaaa!! Apa ni??

"Kaklong, makchik nak tanya ni, betul ke nak masuk asrama ni? Tak takut ke nangis-nangis macam MakYang nanti, nak balik. Hahaha!! Makchik duduk asrama pun asyik ingat rumah je"

" Ala, tak apa, anje dah bersedia "

Perghhh, MLA. Kak Long Anje dah bersedia? Bersedia? Apa?? 

Okay la. Tak apa. Kalau dah bersedia, cepat. Makchik nak jadi interviewer Kak Long. Esok nak interview SBP Tapah tu.

Interview SBP Tapah 25 Nov 2015

Pagi-pagi bangun, siap! Jom bertolak ke SBP Tapah. 45 minit dari Changkat Lada. Sampai-sampai tengok banyak kereta. Usshhh!!! Pergi daftar, tengok nama dan no giliran. Wowww!! MLA. 
Yang ini Cik Ina terkejut. Nak mohon masuk SBP kena ada 4 test. 

1. IQ Test
2. Ujian Agama Islam
3. Temuduga Lisan
4. Ujian Fizikal

Amboii. Ini dah macam nak mohon SPA la pula. Ok. Tak apa-apa. Kita bagi semangat. Kak Long Anje dapat Kumpulan 1, so, semuanya buat di library. Yang bestnya library  adalah transparent.. Hah, nampak la deorang tengah jawab exam. Ada mak ayah budak ni yang duduk dekat kantin sekolah. Cik Ina pula melawat kawasan. Ewahhh!!! Siap tengok-tengok la kawasan asrama puteri dengan putera. Lawa lagi SBP ini. Baru mungkin. Siap round-round kantin sekolah, tengok harga makanan. Hahaha!! Macam confirm je Kak Long Anje dapa SBP ni. Tak apa, janji tengok-tengok.

Selesai ujian 1 dan 2, dapat rehat. lepas itu temuduga. Terus tanya apa soalan IQ Test dengan Agama Islam. Okay! Selesai!. Bukan apa ye, yang dapat panggilan ini semuanya yang mempunyai jawatan di sekolah, macam Ketua Pengawas Sekolah, Pengerusi Unit Beruniform et al. Dan, mungkin yang dapat panggilan temuduga atas tiket pengetua ini adalah pelajar yang dapat A bulat-bulat. Aissshh!! Tak tahu la. Kiranya Kak Long ini bersyukur la dapat panggilan. Dapat tak dapat tu belakang kira, yang pasti rezeki interview tu ada.

Temuduga Lisan.

Kak Long candidate 7. Kiranya awal la. Siap prepare la ayat-ayat cakap jadi Pengerusi itu ini, S/U pengawas sekolah la, Penyertaan peringkat Negeri Doktor Muda la, itu la, ini la. Sana la, sini la. Macam-macam, siap suruh dia hafal jawatan-jawatan yang dia sandang masa sekolah dulu. Sijil-sijil semua baik punya mak Lang susun. Konon sangat. Mak Lang di beria. Makchik rilex je. Tak gelabah.

Alih-alih! Bukan itu yang cikgu tu tanya. Dia tanya pasal makChik dia ni. Auuucchhh!! Hahaha!

"Makchik awak dah kahwin?"

"No, my aunt unmarried", yes, still study at UKM. Not really knw about her age, maybe 23 year old"

Woww, Kak Long, makchik macam 23 tahun ke??

Rasanya cikgunya dah tak tahu nak tanya apa kot. Sebabnya boleh tengok dari sijil-sijil yang pelajar-pelajar ini bawa. Apa da cikgu ini!! Kitorang yang dekat luar dah kelam-kelam dah. kejap-kejap pandang luar, gelak-gelak, geleng-geleng kepala. Amboii!! Korang mengata ye. Yela, Mak Lang dengan Makchik dia je yang emo siap tengok-tengok. Yela, dah nama pun transparent, memang nampak jelas la. Apadaaa!!!

Ujian Fizikal

Ini pun satu hal lagi. Ujian fizikal, Makchik nya siap joint lari sekali dalam padang tu. Tak pernah dibuat Cik Ina lari keliling padang. Menemankan Kak Long Anje. Bagi semangat. Dah la dengan berbaju kurung purple. Ahhh!!  Alhamdulillah dengan masa 6 minit yang diberikan, KakLong Anje dapat lari 2 setengah pusingan padang. Kata cikgu tu, markah tambahan la. Selalunya budak perempuan 2 suku padang je. Hah! Tengok. Sokongan makchik berlari sama, yang si Mak Lang menjerit-jerit suruh lari lagi.

Dalam kereta, Alang cakap cikgu sukan tu tangkap gambar kitorang tengah lari. Aisshh!! Mana la Cik Ina sedar. Cikgu tu siap cakap dekat student dia

"hampa tengok, mak hampa nak hampa berjaya siap macam tu sekali, 
ini hampa masuk asrama tidoq ja". 

Amboii, cikgunya. tak beringat betul nak bagi nasihat. Hahaha! Cik Ina pun kaki tidur masa asrama dulu. Terasa i'olsss!! Cikgu jangan cakap kitorang tak study masa prep ye. Kitorang study berjemaah, sampai siap bentang toto bagai. Jemaah tu! Jemaah! Cikgu tak tau. Hahah!!

Ok! Selesai SBP Tapah! Isnin ini interview MRSM Pasir Salak pula. Harap-harap KakLong Anje boleh buat! Makchik tak dapat nak joint sebab ada urusan kerja pula. Kalau tak, lama dah makchik join lari-lari lagi. Tapi MRSM tak ada ujian fizikal. Hahahaha!!

Tak apa la. Ada rezeki, adalah! Doa je. Allah merancang yang terbaiknya untuk hambaNya yang berusaha! Cik Ina suka jadikan kejayaan-kejayaan mak sedara- mak sedara Kak Long Anje sebagai penaik semangat kepada Kak Long Anje. takpayah idola jauh-jauh. Hambik yang dekat-dekat je. Hahaha! 

Hadiah UPSR dah dapat, buku cerita dah dapat! Jom, belanja pergi family day vacation pula. 

Melaka Tapak Warisan Dunia, you!! On my list!!


Friday, 4 December 2015

:: Konvokesyen CH Cik Ina ::



~ Duhai Pujangga Cinta, Cik Ina memegangmu selamanya ~

Assalamualaikum Cinta Hati

Hai, hai, hai MLA. Tenangnya rasa hati, bila semuanya selesai!! Walaupun kelewatan 1 tahun untuk merealisasikan impian untuk bergraduasi, pun tak mengapa. Ada hikmah disebalik semuanya. Rupanya Cik Ina akan konvo beramai-ramai. Waahhh, gembira tak terkata ye. Ingatkan tak ramai batch  ini, rupanya. La hai MLA. Untuk meraih pujangga cinta ini, penuh dengan tangisan dan air mata. Terkadang ada masanya, Cik Ina rasa lemah dan menyerah, tapi bila memikirkannya kembali atas tujuan apakah Cik Ina menyambung pengajian. Maka, akan mulanya kebangkitan semula.

PENGALAMAN??

Cik Ina masih ingat, suatu ketika dulu, sewaktu seorang senior lecturer FSKK mempersoalkan kelayakan kita, masa itu kan, tak ada ayat yang terluah di bibir, berdepan dengan mereka seperti berdepan dengan scholar yang sentiasa mencari-cari kesalahan kita. Sampai satu ketika, Cik Ina ke toilet, menangis tanpa henti. Alhamdulillah, ditenangkan oleh rakan-rakan yang memahami.

Ada suatu ketika dimana mencari responden, Cik Ina dimaki dengan kata-kata yang tak enak didengari. Walhal anak disisi mendengar tiap-tiap bait kata-kata hamburannya. MasyaAllah. Janganlah nanti si anak juga berkelakuan seperti sebegitu. Bila semuanya kejadian-kejadian begini terjadi, Cik Ina nekad, one fine day kalau ada orang enumerator yang mengedarkan soal selidik, bantulah!! Kerana bukan mudah untuk mereka mendapatkan responden. Kesian!!

Pernah rasa terbeban dengan analisis?? Ahhh!! itu perkara biasa MLA. Kiranya macam dah faham sangat syarat SPSS, pun begitu. Salah juga. Gigihkan diri mengambil kelas menganalisis berbayar. Pun begitu, masih sama. Tiba-tiba rasa, "aisshhh, bodoh sangat ke aku ni?". Pun pernah rasa sebegitu.

Lagi, kalau bercerita tentang pengalaman menyiapkan tesis, ahh 1001 malam belum tentu selesai. Satu pengalaman yang memberi 1001 pengajaran kepada Cik Ina untuk menjadi lebih matang, lebih cekal menghadapi lorong cabaran dihadapan, dan yang penting, menyiap sediakan Cik Ina akan dunia dan hidup sebenar. Dulu ralit sangat dengan sekitaran, pun begitu, titik noktah itu bermula pabila Cik Ina selesai menyiapkan tesis.

Pernah beberapa kali pulang ke kampung tanpa matlamat. 2 minggu di rumah hanya untuk melepaskan rasa yang dipendam. Sehingga muncul semula keyakinan, Cik Ina kembali semula ke UKM dengan matlamat baru. Percayalah! Kampung Changkat Lada bukti Cik Ina selalu pulang ke kampung. Sebab, emak, si penenag jantung hati. Walaupun tidak pernah menceritakan gundah gulana di hati, dengan melihat anak buah, masalah selesai. Nikmatnya Allah yang beri.

Keluarga, merekalah si jantung hati dunia akhirat.

Duit?? Ahh!! Jangan dikira berapa ribu-ribuan yang dikeluarkan untuk ilmu itu. Ada masanya, di akaun hanya tinggal beberapa ratus sahaja. Namun begitu, Alhamdulillah. Belajar itu juga dikira jihad, makanya Allah itu memeudahkan lorong perjalanan Cik Ina, menjadikan Cik Ina RA, membuka ruang biasiswa dan lain-lain. Pun begitu, kewangan dan pelajar, bukankah berkait rapat?

Tahu tak, bila tengok 5 buah buku tesis siap dijilid, ada satu rasa *ahh, rasa lagi*. Yep! Rasa. Rasa yang orang lain tak dapat. Hanya Cik Ina sahaja. Betapa mahalnya "rasa" itu sehinggakan air mata menitik tanpa dipinta. Cium sambil memeluk erat akan tesis itu. Air hidung, air hingus, air mata, air semua jenis air. 

"Ah Ya Allah, itu kejayaan hasil lelah derita itu, Terima Kasih Ya Allah"

Makanya, kepada MLA yang sedang bergelut gempita, bersakit-sakitan dengan ilmu itu, jangan mudah berputus asa, percayalah. Kejayaan untuk anda sesaaat cuma. Jangan pernah mengaku kalah kerana janjinya Allah kepada penuntut ilmu itu, Jihad! Percayalah. Semua itu aturan-Nya untuk melihat kejayaan anda. 

KONVOKESYEN SARJANA SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (SAINS PEMBANGUNAN) 2015

Alhamdulillah, masa Cik Ina di USM, semua ahli keluarga hadirkan diri, syukur juga kerana konvoksyen Cik Ina jatuh pada hari cuti Ahad. Makanya semua tidak boleh memberi alasan sekolah atau apa-apa. Cik Ina mahu mereka merasai rasa yang Cik Ina rasa ketika itu. Cik Ina mahu kongsikan bersama-sama. Family photo tak sampai lagi ke rumah, ah. Bilalah mahu siap!


Keluarga Ahmad Saidi & Saaniah

KakLong Anje, Intan & Leesya 

Semuanya Kesayangan Hamba

Terima kasih kepada pemberi-pemberi hadiah & semangat serta ucapan-ucapan tahniah atas kejayaan. Terima kasih tak terhingga sampaikan coklat tak makan pun sampai sekrang. menjadi perhiasan di sebelah TV pula, pembakar semangat katanya. Hahaha!! Itu sesuatu yang membahagiakan!! Percayalah!

Nak coklat?? Tak boleh. Hikhikhik.
Sebahagiannya! Terima Kasih anda semua

Tahniah kepada semua atas kejayaan itu. Tahniah juga kerana mencapai angan-angan itu. Nampaknya semua berlumba mengejar impian yang hanya sejengkal cuma. Cik Ina ucapkan selamat maju jaya. Semoga anda-anda semua berjaya dalam bidang yang diceburi. Semoga kalian semua berbahagia hingga ke akhir hayat. Dan yang pastinya, semoga rasa-rasa dihati kalian semua masih berdetik-detikan. Tahniah!!

KAMI. Gembira!
Sehingga kembali lagi!!
Kehadapan MLA. Jadikanlah kejyaan mereka yang telah berjaya sebagai inspirasi untuk anda juga berjaya seperti mereka. Tidak pernah tiada dugaan, cabaran dan halangan. Semoga anda MLA kuat menempuhi liku-liku itu. Yakinilah. Kejayaan itu sedang menanti anda untuk meraih tangan-tangan anda.

Yakinilah. 

Thursday, 3 December 2015

Langkah Pertama


:: Titis Air Mata Kerna Dia ::

Cik Ina disitu!

Assalamualaikum MLA. Dari manalah hendak dimulai rasa itu. Entah la. Tapi harus dikhabarkan kepada dunia. Ini kali pertama, pertamanya kepada Cik Ina menaiki flight. Punyalah bergegar adrenaline, tak boleh tidur, rasa yang pelbagai, nak berak, nak nangis, nak muntah. Ahhh!!

Percayalah.

Mula-mula nak naik tu, kan kita rasa mendongakkan, punya kuat Cik Ina berzikir munajat, kata Dr Aliza, Cik Ina baca doa makan. Eh yeke?? Tak ada lah!! Bila langgar awan, rasa goyang-goyang sikit kan, hah mulala. Tangan tak lepas pegang seat. Ishh!! Ishh!!

Ahh, yang itu Cik Ina tawakal kepada Allah SWT. Semoga perjalanan itu dilindungi olehnya.

Apa yang Cik Ina nak khabarkan adalah tentang "satu rasa" itu.

Ada satu rasa yang Cik Ina rasa. Cik Ina tak pasti orang lain rasa apa, tapi sampai-sampai hotel, call Alang, cerita padanya tentang "rasa" itu. Ahh!! Rasa itu sehinggakan menitis-nitis air mata ini. Tak menangis tapi sangat mengagumi kehebatan Allah SWT mencipta langit dan bumi, rasa kerdil!!
Betapa indahnya. MasyaAllah, Subhanallah.

Allah itu Maha Pencipta. 

MLA, try la sekali "rasa" Cik Ina ini. Jangan lupa berada di dalam flight cuba try zikir Sbhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 33x. Percayalah!! Ada "RASA" itu. InshaAllah.


:: Makanan di PekanBaru, Indonesia ::


:: Jenis menu Cik Ina::

Alright! Asalnya Cik Iana tak kisah langsung tentang makanan, tapi memandangkan kali pertama makan, Cik Ina ada feel nak muntah sentiasa, yang itu yang Cik Ina memilih makan tu. Tapi jom tengok, apa yang Cik Ina makan sepanjang berada di pekanbaru, Indonesia. Makanan ini semuanya di suggest oleh ramai orang. Kita layankan jela.

PASAR WISATA PASAR BAWAH


Nasi Putih + Nangka Kunign + Ikan Lembik Goreng

Cik Ina makan di Pasar Bawah. Harga kena 18000 rp. 

Teh Botol
Lain rasanya dengan Teh Malaysia. 

HOTEL GRAND JATRA 

Hot Vico

Nasi Putih & Soto Ayam

Breakfast 1st & Last

Hari pertama sampai terus makan nasi putih & Soto Ayam. Balik bili, pukul 2 am lebih, muntah. Sampai la tak tidur lepas tu. Adakah sebab perut sebu mahupun Cik Ina memaksa perut untuk terima. Wallahualam. Tapi lepas itu memang berjaga-jaga la. 

BREAD & BISTRO
Bread & Bistro ini terletak dekat AMP Mall. Masa Ami tengah discuss dengan bos dia, Cik Ina keluar senyap-senyap pergi AMP Mall belakang hotel ini. Merayap sorang-sorang. So, konon-konon beli la makanan untuk supper. Konon. 


Sisir Pandan

Risoles

SIAK, INDONESIA

Kalau datang sini, tak sah makan udang galah. Yeke? 

Peminat seafood boleh la. Cik Ina tak!

HOTEL FURAYA

Nasi + Pucuk Ubi + Daging +Sambal Merah + Keropok

Nasi + Taugeh  + Ayam Rendang ke?

Breakfast di Furaya Hotel

Okay! Di Furaya Hotel. Kita makan macam orang lain juga. Jahat betul la, ambil banyak-banyak, makannya 6 suap. Tapi Cik Ina suka. Yehaa!!!

RUMAH MAKAN COFFEETEA

Rumah makan Coffeetea ini, atok-atok yang request. Katanya nak minum coffee hitam. Uisshhh!!! Dengan Cik Ina-Cik Ina sekali nak kononnya. Hahahah!! Nampak tak pekatnya hitam itu warnanya?? Hitamkan. 

Ketiau Goreng  27,000 rp

Mee Pangsit Ayam 27,000 rp

Hahaha!!Rupanya Mee Pangsit Ayam itu, maknanya mee yang ada ayam dekat atasnya. Itu ye, maknaya. Mee tu pulak Mee Maggi. Aishhh!!! 

NASI UDUB


terbaik

Ye betul. Terbaik. Malam last baru merasa betul-betul masakan dari pekanbaru. Hahaha!!
Okay la. Janji makan kan??

Bye!!



Day 5 Sultan Syarif Kassim II Airport


:: Jom Pulang ke Tanah Air Malaysia ::

Dah tinggal sorang-sorang, takut pulak tertinggal. Alarm Cik Ina setiap 10 minit, kalau tak bangun jugak tak tahu la nak kata apa. Tapi selamat la boleh bangun. Turun lobby, pergi makan dahulu. Kiranya Cik Ina ni diantara orang yang awal la ye. Cisss!! Ingatkan paling last turun. Jom makan dulu. 


Penuh di atas meja, namun bukan dimakannya

Nak buat entry pasal makanan sepanjang Cik Ina berada disana. Baru ada feel. Mana makanan yang boleh dan tak. Ewahhh!!. 

Cik Ina dan Aus

Masa ini sedang menantikan mereka-mereka yang akan balik bersama sebab bas UNRI hanya boleh memuatkan seramai 20 orang sahaja. So, kena 2x angkut. Cik Ina tak nak tunggu, Cik Ina nak bergambar dekat airport. Nampak tak keperakkannya disitu, gigih la.

 SULTAN SYARIF KASSIM 11 INTERNATIONAL AIRPORT

Dosen UNRI

Hah, kan cakap nak bergambar bagai. Kononnya untuk imbasan kembali masa akan datang. Kononn!!! Terima kasih dosen-dosen semua, Cik Ina enjoy la dengan dosen-dosen semua, walaupun tak kenal sangat. Tapi nama-nama anda seringkali menjadi halwa telinga Cik Ina waktu kerja. Ada je!! Aishhh, stress dah. Cisss.

Cik Ina dan barangan beliau

Selamat ambil luggage 20kg. Kalau tak. itu pun tak muat. Beg sandang terpaksa tumpang Dr Aliza punya timbangan. Hahaha!! Layankan aja Cik Ina ni ye. Kalau tak, tak nak tolong belikan tiket. Hahahaa. Beg troli Autumn in My Heart  tu Cik Ina beli sebab nak letak barang-barang.

Terlebih pula belian.
Kain pasang , kain pasang lelaki, baju, kasut, beg, makanan. Ahhh, semua itu nikmat dunia. Penipu.
Yehaaa! Akhirnya. 

Pengalaman, Banyak!!
Tak dapat diagihkan rasa pengalaman itu pada bab-bab entry ini, tapi ia merupakan langkah pertama CIk Ina. Pengalaman, ye. Pengalaman kepada jiwa Cik Ina akan 'satu rasa' itu.

Terima Kasih Ya Allah atas pemergian ini.
Semoga akan ada lagi pada hari mendatang,

MLA!
Mohon doakan kejayaan Cik Ina ye.



Day 4 Universitas Riau, Masjid An-Nur, et al.


:: Kenangan dalam Kenangan ::

Hye MLA, hari ini hari ke'enjoy'an, Selepas berpenat lelah selama ini menengok paper conference  orang lain, selepas bertumbuk dua tiga kali dengan paper conference individu-individu tertentu, akhirnya. Ini yang kita kata mereward diri dalam pelbagai bentuk hadiah. Jadi, jom!! Kan kata nak pergi jalan-jalan ke Universiti Luar. Wahhh!! Baru la tahu U orang lain macam mana. Persekitaran belajar deorang, kehidupan deorang. Ahh, gigih nak join trip Atok-Atok ni, Hahahah!!

Pembuktian Jelas & Nyata

RUMAH MAKAN COFFEETEA

Okay!! Belum lagi nak cerita pasal Universitas Riau, tapi nak cerita pasal Rmuah Makan Coffetea, eeee MLA pun tahukan sepanjang Cik Ina dekat sana, Cik Ina belum jumpa satu pun makanan yang boleh masuk dengan jiwa dan tekak ini. Tapi tak apa, tak cuba tak tahu, dah cuba tahu la. 
Temankan atok-atok ini makan, katanya cuba kopi hitam. Okay!!! Layankan. Teguk sekali je, memang air suam Cik Ina perabihkan. Hahah!! 

Geng Atok-Atok

Angkut-Angkut yang membawa Geng Atok berjalan. Hahaha

UNIVERSITAS RIAU (UNRI)

Orite!! Jom! Ke Univeristas Riau. Tak jauh pun dari hotel kitorang. Tapi sempat la Cik Ina menguap 2 3x. Hahahah!! Pelaknya masuk je kereta, ngantuk. Hishh!! jiwa tu. Kalau dekat Malaysiakan, Jalan besar la kan nak masuk ke pintu Utama U tu kan, tapi berbeza la dengan UNRI ni, kita kena buat U-Turn dulu, masuk sikit jalan kampung, baru jumpa UNRI. Woiwww!!!!


Sama
Cik Ina boleh gambarkan UNRI ni macam UUM la, nak masuk tu, jumpa dulu pokok-pokok tua yang berusia ratusan tahun, kolam-kolam sikit, becak-becak tanam merah sikit. Hah!! Baru la jumpa fakultas (fakulti). Fakultas UNRI boleh la dikatakan macam bangunan lama UKM. 

Dari bangunan ke 1 bangunan yang lain, agak jauh, tapi boleh jalan kaki pada si gigih ye. Nak upload gambar tapi rasa macam tak nak la. Kebanyakkan daripada student naik motor la. Aisshhh!!! better pergi sendiri la. Bila tengok U ini, tiba-tiba rasa bersyukur dengan USM dan UKM kerana terima Cik Ina. Syukur sangat, dapat belajar di tempat yang mempunyai suasana yang kondusif dan tenang serta rasa campus life itu. Cewwwaaaahh!!! Syukur pula.

Cik Ami, Tan Sri Abdul Aziz, Dato' Razak, Dato Hadzir & Dato' Razaq
RAMAYANA

Selesai ronda-ronda UNRI, jom ronda-ronda RAMAYANA lagi sekali.Hahaah!!
La ni dah tak malu dah nak suruh berhentikan kitorang tepi jalan, nak pergi RAMAYANA. Suka sangat tu. 

Wing Utara

Haha, banyak sayap ye. Kalau masuk timur, keluar mesti Selatan Tanah Air. Hahah!! Yang sebenarnya tak jumpa jalan masuk tadi. Memang patut pergi ke sini lagi sekali. Boleh beli coat. Hahaha!! Murah tu, kain telekung &et al. Amboii. Cik Ina suggest la sesiapa pergi Pekanbaru, tak payah la pergi Pasar Wisata Pasar Bawah tu, baik datang sini, RAMAYANA. Percayalah. 

Cik Ami dan Team MUBARAK Atok-Atok balik petang ni, so, Cik Ina pun kena berangkat ke hotel sikit bintang, tapi tak apa. Itu lagi besttt!!!Hahaha! Bye-Bye atok-atok, Hehehe!!

"Eh Ina, kenapa tak balik sekali dengan kami?"

"Tak nak la, tak habis jalan lagi, saya nak pergi rumah Gabenor, Masjid besar tu, nak try makan nasi udub, eee banyak tak pergi lagi. Dato' balik la dulu"

Okay!! Itu ayat menghalau. Suruh orang balik dulu, bukan ajak sekali ye. 

Jom, pindah hotel

FURAYA HOTEL, wait for me!

Cik Ina dihantar oleh En boss (aik, baik hati boss Cik Ina ni, kikiki) dengan Prof Hambali. Hamboii. Tetiba rasa diri dihargai sangat-sangat. Sampai-sampai, demand pulak Cik Ina nak bilik aras 5. Konon nak tengok suasana dari tingkat tinggi. Hahaha. Pasrah la receptionist depan tu melayan kemaruk Cik Ina. Maafin buk. Yehahaaa!! Dapat jugak.

Tinggal sendirian

Beg troli 2

Toilet. Check!

Cik Ina ada satu ke'pelak'an. Mesti check toilet dulu apa-apa hal. Okay! Okay! Selesai. 

Okay! Sebelum nak berjalan gigih malam ini, jom tidur dulu. Lepas itu baru buat perancangan teratur lagi diyakini boleh diikut. Gigih kata nak berbackpacker sendirian sebab rasa macam dah lonely sendirian disini. Wlahal student Dato ramai je. Hahahaha.

Terus call Mun & the geng. Yehaaa!! Kiranya malam ini tidak bersendirian. Terus join group deorang, melepak bersama-sama. Hahaha!!

Dinner Nasi Udub

Nasi Udub

Orang kata ye, bukan Cik Ina kata. Orang kata kalau ke Pekan baru, try la nasi udubnya. Yess!!
Inilah satu-satunya makanan yang Cik Ina tak muntah dan rasa nak makan dan tambah lagi, tapi perut kenyang.. Nasi Udub nie macam nasi lemak tapi bukan nasi lemak, sambal merah dia power, memandangkan Cik Ina memang makan pedas. terbaikkkk!! MLA tahu, kangkung goreng tu hanya berharga RM1.20 duit Melesia. Hahaha!! Kalau tahu tempah 2 3 pinggan. Amboii, tamak. 

Rezeki mungkin, makan kali ini kakak kelabu belanja. Thanks akak. 

Tapi kalau jumpa orang baru, tak sah kalau tak tanya pasal Dato Razaq. Oiii Dato'. ramai betul la yang admirer Dato'. Hahaha!! Kesian ko Dato'.

AMP Mall (Mall Pekanbaru)

Mall Pekanbaru

Mungkin kami semua dah boring masuk mall, jom la ke tempat lain. Pusing-pusing kota ke! Ewahhh!! Hehehee!!Bincng punya bincang dengan pakcik tu, dia kata boleh bawak ronda-ronda kitorang. Hahaha!! 

MASJID AGUNG AN-NUR

Percayalah. Indah khabar dari rupa. Cik Ina nak khabar ini, lepas ini jangan la nak percaya sangat apa yang blogger dok beria-ria review tempat. Contohnya macam Masjid Agung ini. MasyaAllah, rasa macam sedih sangat. Macam tak dibela je, macam kena tinggal lama je masjid ini. Ke sebab kitorang keluar malam?? Kenapa? Kenapa? Sampai hati indah khabar dari rupa. Tolong la jaga rumah Allah dengan sebaiknya. 

Tak dinafikan keindahan luarannya

Nampak kecantikan Masjid ini
"Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua dan diperlindunganNya sentiasa"

RUMAH GABENOR

Tak boleh masuk. Dekat sinikan berjemaah deorang melepak ye! Memang ini port deorang lepak ye! 
Tetiba terlintas dekat kepala, "kenapa tak ada orang buat depan rumah PM port lepak?". Hehehe!!
Mula la tu Cik Ina fikir merepek-repek. Okay! Abaikan. 

Kenangan

Tugu

Tugu diatas ada kisahnya, Cik Ina ada diary journey Cik Ina yang Cik Ina tulis info-info penting. Tapi buku tu hilang. So, memang tak ada la. Malas pulak nak search tugu-tugu ini. Hahaha! Pemalas.  
CELEBRATE BIRTHDAY GIRL
Kema bagitahu Cik Ina kata nak celebrate birthday Mun. Okay!!
 Jommm!!

Happy birthday Mun.

Hari ini memang memenatkan tapi Cik Ina enjoy sangat. Ada la perkara-perkara yang tak dapat disharekan sekali dalam ini. Yang tak dishare, ia satu kenangan dalam lipatan kenangan yang ada.
Sesungguhnya ia menjadi rezeki buat Cik Ina kerana dipertemukan dengan insan-insan yang baik hati, suka membantu dikala susah dan senang. Ia juga satu permulaan untuk Cik Ina. 

Dulu kata tak nak pergi jauh-jauh. Nak berbackpack hanya di Malaysia. Akhirnya. 

Ye!! Ini permulaan yang baik untuk Cik Ina mengorak lebih langkah lagi. InshaAllah.