Friday, 30 October 2015

Pangkor : Part II


:: Expedisi Jelajah Pangkor 1.0 ::

Well, hari ini BFF Gedik's tak mandi-mandi dah. Kali ini BFF Gedik's nak pusing-pusing Pulau. Mana tahu kot-kot la boleh jumpa something special. Haha!! Tapi memang banyak specialnya pun. Harga bebbb!!! Murah tahu kalau beli terus dari kilang. Kalau beli dekat Lumut, mahal la jugak. Kitorang kan bajet. Nak beli pun harus membuat perbandingan harga dengan jayanya ye.

Pukul 12 PM, checkout. Cari makan dulu ye. Tengah dalam selimut tak rasa lapar. Hah, itulah namanya nikmat tidur ye MLA. Faham tak ni? 

Say Bye-Bye
Kenapa ye, mesti kena tangkap photolicious dekat signboard resort tu?? Itu sebagai penanda kepada kita pernah sampai. macam tu ye? Orite!! 
Rojak 
Puyuh goreng
Patut la orang cakap makanan dekat Pangkor kurang. Hurmmm!! Hurmmm!! **sambil angguk-angguk kepaal tanda setuju. Tapi, belasah jela labu. Janji makan. Karang perut sebu payah la pulak nak melaksanakan expedisi Jelajah 1.0 Pangkor. 

Sewa van Pink RM70
Kalau MLA nak jelajah Pangkor hari Sabtu, boleh la dapat RM60, tapi kalau nak berekspedisi hari Ahad, memang bayaran RM70. Ahh, tak kisah la. Okay dah tu. Lagipu kitorang 4 orang. BFF Gedik's. Hahaha!!

Ekspedisi 1
Kilang Satay Fish

Takat duduk dalam van. Jerebu. so, abg driver bawa terus pergi kilang jual macam-macam tu la. Belacan la, ikan masin la, jeruk la. Apa la. Photolicious?? Ahh, tak sempat nak ambil. Lagipun ada tester beb. Cik Ina tempatnya dekat tester tu je. Hahahaha. Ada la belikan untuk staff KTHO, Pengetua Dato, Bebudak KTHO dan anak buah. Alah, deorang kalau nak lebih beli la dekat Lumut. Hahahaha. Macam tak biasa pula beli belacan dekat Lumut. Kikikiki.

Ekspedisi 2
Galeri Pangkor

Okay! Sejarah? Memang kena dengan jiwa. Yang ini banyak photolicious yang Cik Ina tangkap. Tapi masuk mana yang Cik Ina rasa berbaloi-baloi untuk ditontonkan. Ewahh!! Dulukan ejaan "Kuala" bukan macam tu, tapi di eja "Qualla". Hamboii. Ejaan dulu-dulu lagi extreme dari sekarang. Setakat "awa ta quad" tu biasa je!! Hikhikhik.

Sejarah kitorang A+++
Tulisan tangan Al-Quran
Percayalah. Cik Ina memang respect betul sesiapa yang boleh menulis sebegini. Dulu. Tulisan Jawi masa sekolah Agama Rakyat (Sekolah Agama) rasa macam bersungguh-sungguh gila nak pastikan boleh menulis. Dah la cantik. Boleh dibaca.. Wowww!!! impress betul la. 


Hasil tangan 
peralatan lama
 Siapa ada lesung batu yang berat tu? Ye! Rumah Puan Emak ada la yang tu, yang tu, yang tu. Hahaha *jari tunjuk apa ada*. Dulukan Cik Ina pernah la merasa kukur kelapa guna yang tu. Hah yang atas tu. Sebab takut guna mesin kelapa, takut kena tangan. 
Lagi best tau pakai pengukur kelapa tu. Tetiba rasa macam wanita dulu kala!!

Agaknya sekarang berapa nilainya?
Cik Ina dengan Cik Dayah dok sibuk cakap ooo yang ini pernah ada, yang ni ada. Yang ini tak ada.Hahahaha. Kecoh je. macam la orang lain tak ada. 

Bertambah gigih nak check apa ada
Ekspedisi 3
Tokong Fu Ling Kong

Bom!!
Hahaha!!! Walaupun tak faham apa-apa. Tapi buat-buat faham. Masa inikan, Cik Ainur je yang dapat tengok dragon fish. Kitorang kengkonon tengah nak bergambar. Cisss!!
Cik Ainur cakap, dragon fish tu lagi besar dari Cik Ina. Uishshhhh!!

Tuan Blog

U.S
Tak ada tengok apa pun. Duduk depan ni je. Lepas tu, cari keychain ke magnet fridge ke. Ahh, jadi la. Jom la abg, kita pergi destinasi seterusnya. 


Ekspedisi 4
Kota Belanda
Belanda di Pangkor

One more time

Ini baru betul. feel sangat. Yang dekat belakang tu, hasil tinggalan la. Terus dijadikan kawasan tarikan melancong. Wohooo!!!

Walaupun musim jerebu masa ni, tengok ramai je yang buat outdoor activities. Aisshhh!!!
Tak apa la, janji jaga kesihatan okay! Tak nak sakit-sakit. Akhirnya, selesai sudah ekspedisi kitorang. memang awesome. Sekali pusing dah boleh mengkhatamkan 1 pulau. Hahahah!!!

Rasanya BFF Gedik's semua enjoy. Sebabnya, 
Kitorang dah aim pulaulain pulak. Hahahaha!!

Okay. harap-harap terlaksana lah ye!!

Till the, Bye MLA. 

Pangkor : Part I


:: Pangkor Island ::
2 - 3 Nov 2015

Okay! Jangan marah MLA ye. Tinggal 1 hari nak welcoming Nov! Baru la nak story-mory. Ahh, tiada gunanya dah Cik Ina oi. Sesalan hanya tinggal sesalan. Kalau lama sangat tinggal, memang akan lupa banyak la Cik Ina oii. Tula, time  ko mana Cik Ina? Asyik busy memanjang. Geng Short Vay udah bising-bising kata Cik Ina tak menjengahkan diri. busy semedang. Ngalahkan PM katanya. 

Bukan busy tapi tengah membetulkan banyak benda la. Betulkan jadual yang semakin ke laut tu la. 
Percutian BFF Gedik's  tak jangka pun. Asalnya datang dari Cik Ina, Cik Ina cakap. stress sangat dah kerja. Tambah lagi dengan berapa lama tak balik kg, baru perasan, bila dah kerja, masa nak balik kg pun jadi terhad. Dulu, selamber gila nak balik kg ke atau nak duk rumah sewa buat tesis. 

Lepas itu, terus la invite  memember, tanya nak joint tak? Opkos la BFF Gedik's Cik Ina tu,  siapakan lagi kalau bukan Cik Dayah , Cik Ainur & Cik Marina ikut sama. Kalau tak ada deme, tak rancak oii. Discuss  punya discuss, sepurnama jugak la dok tanya tempat mana. Finally, Pangkor island

Okay! Orang Perak ! Asal Changkat Lada ! Dari Changkat Lada ke Lumut hanya 45 minit !

Hahaha!! Jadi la. Janji release tension.

BFF Gedik's
Cik Ainur (baju oren) dengan Cik Ina BFF Gedik's sejak Tingkatan 1. Bayangkan, Cik Ainur lah yang sentiasa flashback kisah-kisah dahulu kala. Kalau tak ada Cik Ainur susah la Cik Ina nak kenang memori-memori lama dahulu. Amboii. Nama BFF Gedik's, takkan la tak pernah berasa hatikan. Sama la dengan kitorang berdua. Kalau Cik Ina balik kg, menjadi kebiasaannya kami akan berjumpa. Mungkin sebab kitorang berdua tak kahwin lagi kot!! hikhikikhik.

Cik Ina dengan Cik Marina. Uisshhh!! Kitorang BFF Gedik's, sejak zaman librarian dulu. Pengawas Pusat Sumber, kan suka gedik's-gedik's. Kitorang la tu. Hahaha!!

Cik Ina dan Cik Dayah kita. Hah!! Ini BFF Gedik's, memang gedik's la. Tapi hati. Sangat lembut. Jiwa wanita sangat Cik Dayah. Hahaha!! Percayalah MLA, kitorang BFF Gedik's.


Jom, let's GO!
Naik Kereta Cik Dayah. Jam 8.04 am dah terpacak depan pintu rumah Cik Ina. Semangat betul kitorang. Noknei-noknei gitu, sampai jam 10.30 am gitu la. Sembang pung-pang, pung-pang dalam kereta, rasa perjalanan sekejap je. Ewaahh!!! 

So, terus beli tiket PERGI-BALIK = RM10. Simpan tiket elok-elok ye. Karang kena beli lagi. Kita kan budget trip. Haruslah berbajet-bajet perbelanjaannya. Cik Ina siap pesan lagi dalam group kaki rayap, dilarang bawak duit banyak-banyak. Kita datang nak rendam kepala. Hahaha!!

Pun tak boleh dipercayai, masing-masing ada backup planning. Ciiss!! Nama P.E.R.E.M.P.U.A.N.

Muka SUCI guna 360
Ingatkan jerebu-jerebu ni tak ada la ramai yang nak bershort trip , rupanya penuh je feri ni. Duduk pun depan bangla. Ada yang sefamily tu steady la, siap kroohhh-krrohhh lagi. Aiiik, rasanya tak lama perjalanan kita ni. Ke Cik Ina yang kompius?? 

Rehat
Sampai-sampai terus naik van pink tu, RM15 nak sampai ke Pangkor BayView Beach Resort. Aisshhh. Nak ngumpat ke, nak ngata ke? Atau nak bagitahu kebenarannya?? Hahahaha!!
Maybe lepas ini boleh cara resort lain kot bagi yang jadikan Pulau Pangkor sebagai destinasi nak rendam kepala. Hahahaha!!

Kitorang sampai awal. Dalam pukul 12.15pm macam itu la. Sampai-sampai saja la tanya kalau-kalau boleh masuk ke, apa ke? Kalau tak boleh, kitorang nak melepak la mana boleh. Haiissshh!!
Receptionist pun receptionist juga la. Bukan tanya kasar, nak kata penat kerja. baru tengahari. Belum lagi boleh dikategori meletihkan. Ayat kasar semacam je ni!!

Tak apa la dik. Kitorang boleh gendong bag pack kitorang. Hikhikhik!!

Sambil menunggu - menunggu
Kitorang keluar jalan utama, cari nasi campur la wehh!! Lapo!
Sambil lunch sambil dengar deruan air laut. Pergghhh!! Mengelabah semuanya. 
Selamat semua makan kenyang. Terutamanya Cik Ina, kalau tak kenyang, boleh stress balik. 

Lepas makan, ingatkan dapat kunci, pun salah telahan itu, kena tunggu lagi. Okay la!!

Kitorang dalam mood budget trip so, kitorang enjoy je. Memang sempio la semua.

Dapat kunci, terus masuk bilik, salin baju + rest 10  minutes + Solat. 

Apa lagi!!!


Jommmm MLA.

excited
Hakikatnya kitorang bukan berani sangat. Hahaha! Muka semua gigih nak tengok ikan nemo. Aje yang ye semuanya. Ngecek je. Hahaha!! Jom ke Pulau Giam. Ikan dia pergghhh!! Masya Allah. Cantik-cantik. Sampai tak boleh beza, ini ikan boleh makan, atau buat belaan sahaja. Hahaha!


Sedang menantikan speed boat
Speed Boat tu yang Cik Ina tak gemor sangat. Tapi tengok deme yang lain, rileks je. Ni nak nagis ni. Korang macam tak tahu, Cik Ina boleh pengsan kalau tengok orang bawak laju-laju atas air. Gerun okay! Dah la tak pandai berenang. Kalau jatuh? kalau JATUH. Hah! Sapa nak sambut Cik Ina?
Cuba jawab! Lekaih, sapa nak sambut Cik Ina??

Geng GEDIKS
Just imagine!! Kalau dahulu, waktu sekolah sama-sama. Pakat selekeh-selekeh je. 
Yang sorang, kaki dating tepi tangga blok D, yang sorang lagi tak habis-habis Korea, yang lagi sorang tu kaki krooohhh krrohhhh tido, yang lagi sorang tu aje yang amat kuat study. Hah! Variety betul kawan-kawan Cik Ina ye!.

Wuuuuuuuu!!!!! 
Tak boleh blah. Sampai-sampai terus keluar hp, wehh!! Gambo dulu. Gambo. Mandi kendian. Tak lari air laut ni. Okay semua, pandang sana. Sana. Mana? Ahh, buat la pandang mana-mana janji bukan kamera daaaa.
Gigih semua nak terapung bagai
Percayalah MLA. Semata-mata nak jadikan kenangan siap buat-buat excelent snorkeling. Walhal semuanya tak reti. Gaya harus ada ye MLA. Tapi dalam takut-takut tu berminit-minit jugak la gigih mencari ikan disebalik coral-coral yang dah rosak tu. kesian deme.

Percaya la. Ini speed boat
So, before balik. Abg ni bawak kitorang tengok Crocodile Rock, Whale Rock, Foot Rock, Turtle Rock dan Turtle Rock. Usiiihhhhhh, memang semuanya rupa betul lagi dibenarkan. Explaination abg ini simple gila. Yang sebenarnya dah ramai yang menunggu nak balik. Hahaha!! Tapi Cik Ina sempat la record penerangan abg ni. Alah, boleh google. Jangan risau, dalam Sejarah SPM tak masuk soalan pasal batu-batu tu, takat masuk pasal Perjanjian Pangkor je. Hahaha!

Dinner jom!!

Dah sampai senja tak mahu balik bilik lagi. Kalau ada mak ni mau dihampuknya dengan batang paip. Hikhikhik!! Okay la. Jom siap-siap, perut minta diisi. Beria betul.

Jelas terpancar sinar kegembiraan tengok nasi!!

Selesai hari 1. 
Jom  esok pusing Pangkor.

Monday, 26 October 2015

:: Cinta Hati (CH) D.E.C.L.A.R.E hari ini ::


:: Assalamualaikum Cinta Hati ::

Hye MLA. Okay! Okay! Tahu lama sangat dah tak mencoret sesuatu di dada anda MLA. Bertabah la dapat owner yang kejap ada kejap tak ada macam chipsmore ini ye. Bukan apa, aje malas sangat dah rasanya nak on laptop kalau dah balik bilik. Masa dekat bilik tu rasa macam berharga sangat la. Lebih berharga dari makan megi. Makan la, emas masih lagi berharga, berbaloi-baloi kot!

Ok la. Nak berstori dengan MLA kisah Cinta Hati (CH) Cik Ina ni. 

Mula-mula, dah terkejut sekali dengan CH masa 'dia' tiba-tiba menjengah, dah la tak bagi salam Assalamualaikum dekat Cik Ina, terkejut tahu tak. Mana nak sorok muka bagai. Takut orang lain sedar. Konon nak diam-diam, tak nak bagi tahu dekat umum pasal relationship kitorang. Dah la baru nak berputik rasa CINTA dihati Cik Ina. Haiiissshhh..

Tapi hari-hari berdoa juga la, Ya Allah bila la 'dia CH' nak munculkan diri, lama sangat tunggu. orang lain dok sekejap je dapat keputusan, apasal Cik Ina sampai 3 minggu lebih ni. Ke sebab CH tak nak dekat Cik Ina? Ke sebab memang dah ada kekasih lain. Argghhhh!!! Tidur malam-malam itu Cik Ina rasakan macam tak lena. Makan still kenyang!!

Akhirnya. Finally. CH muncul jua.

Terima Kasih CH. Sudi menjadi pendamping Cik Ina selama 2 tahun. 

15 Sept 2015
Hari Pembuangan undi PRK UKM, CH muncul.
CH buat Cik Ina sesak nafas + sentap + menangis!
Nampaknya 'awak' bakal jadi kekasih hakiki 2 tahun',
Awak la matahari, awak la bulan, awak juga la bintang,
'Awak' Cik Ina nak beritahu sesuatu,
Cik Ina "jatuh cinta" sangat-sangat dengan 'awak'.

Pejam celik-pejam celik, Cik Ina dah bersatu dengan CH. Sama-sama mengukir janji,
tak mahu terpisah sehingga ke akhirnya. 

2 Okt 2015

Kan!! 

Janji nak sehidup semati, janji nak bersama-sama mengharungi onak, liku, cabaran, halangan dan rintangan. Janji tak nak tinggalkan Cik Ina sendirian, kala senang dan susah, kala air mata dan tangisan kegembiraan sama-sama bersatu.

Janji macam-macam sangat!.

Cik Ina percaya sangat dah dengan CH.

CH Cik Ina

Yeayy!! CH Cik Ina tak pandai berkata-kata ayat Cinta. Tak pernah meluahkan isi hati.

Yeaayyy!! Cik Ina memang obsess dengan CH

Cik Ina yang obsesser
Cik Ina pergi mendaftar jam 11.00 pagi waktu tempatan / 2 Okt 2015.

Sendirian bertemankan Mr Red 350*. Haha!

Siap naik  status sendu la, 
Zaman degree dihantar oleh jantung hati, Tuan Abah & MakNgah & MakUda.

Daftar master , Puan Emak & MakNgah family

Berdeclare dengan CH, sendirian.

Ahhh, nampaknya Cik Ina semakin tua. Tua ye MLA. Dah tak ada siapa yang sudi. Hahaha!!


Hadiah buat Puan Penyelia Prof Madya Dr Bib
Kain Pasang Jogja tu Cik Ina tempah khas buat Puan Penyelia. Memang dah teringin sangat nak share kegembiraan dengan beliau. Harap-harap beliau sudi menerima. Puan Penyelia Cik Ina garang ooooooooooo......

Okay!! Sambung balik.

CH Cik Ina 

Saksi Cinta Hati 2 Tahun Cik Ina
Ye! Ini lah saksi Cik Ina.


Kehadapan CH,
Percayalah! Detik kita termeterai sebagai pasangan 2 tahun,
buat air mata Cik Ina mengalir deras,
entah perasaan bagaimana lagi hendak Cik Ina luahkan,
Kalau boleh di sampaikan ke dunia CH,
Betapa 'rasa' itu,
Hanya Cik Ina sendirian yang mengerti.
Pohon Cik Ina padamu wahai CH,
Hadirkan saat-saat 'rasa' itu selamanya.

Termeterai Cinta Hati & Cik Ina