Tuesday, 29 September 2015

:: Outstation to Kuantan ::


:: Opppssss!!! ::

Hanya 3 perkara sahaja yang Cik Ina lakukan sepanjang menetap di UKM.

1. Felo KTHO. Memandangkan tugas & tanggungjawab sebagai felo memerlukan Cik Ina sentiasa berada di KTHO. Dengan program yang telah diaturkan oleh pihak UKM, mahupun program kolej sendiri. Itu  yang MLA akan tengok Cik Ina banyak-banyak-banyak sangat mencanang dan menceritakan perihal dunia baru KTHO. Hah! Itu untuk imbas kembali sekiranya Cik Ina berhenti sebagai fefelos satu hari nanti. Tapi buat masa sekarang, dunia Cik Ina memang di Kolej Tun Hussein Onn. Yela oii!! Sayang kot!

2. Pelajar Sepenuh Masa. In Sha Allah. Yang ini Cik Ina akan story lebih detail lagi. Tapi bukan sekarang. 

3. RA (Research Assistant). Bunyik macam best-best jekan. Tapi memang best pun. Hahaha!! TAK Best bila kena marah, kuang-kuang-kuang. Kalau dapat buat journal memang heaven sangat-sangat. Tapi kalau diberi tugasan lain, memang kadang-kadang sentap. Skop kerja? Aisshhh, tak payah tanya la. Banyak! Banyak!

Okay! Salah satu tugas Cik Ina adalah mengorganizekan program Akademi Menara Gading. Nak cerita banyak-banyak pun macam malas je. Hahaha! Tengok. Memang pemalas la Cik Ina nie. Tula. Pemalas. 

Akademi Menara Gading

Okay! Asalnya Cik Ina pun tak tahu menahu apa yang dikatakan dengan Akademi Menara Gading (AMG). Tapi lepas kerja, wajib hadam la maklumat-maklumat penting. AMG ini sebenarnya ilham oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Sultan Haji Ahmad Shah (penaung AMG). So, banyak la yang perlu Cik Ina hadam. Contohnya Yayasan IstanaAbdulaziz (YIA) la, kerjasama UKM & UPM la. Tapi percayalah, sampai sekarang Cik Ina tak berapa nak faham sangat. Tapi selalu buat-buat faham. Hahahah!

Dah 2 dekad ye. Dah keluarkan hampir 688 pelajar yang menyambung pengajian di IPTA dan luar negara. Kiranya zaman Cik Ina sekolah dulu lagi dah adanya. Tapi Cik Ina dulu cuma kelas Al-Bukhari jela. Tak dapat merasa macam bebudak AMG ke kem mobiliti ke Bandung & Singapore!.

Kalau tak bersyukur lagi tak tahu la nak cakap. Okay! sambung balik cerita pasal outstation ke Kuantan. Asalnya memang asyik bagi alasan cakap tak reti naik bas **okay, tipu. Bas dengan Cik Ina mana boleh dipisahkan**. Okay! Alasan tak diterima pakai. Cakap la, tak boleh long distance punya pergerakan. Nanti tak sihat. Cissss!! Katanya dulu boleh sampai ke Utara Malaysia (Perlis), boleh sampai ke Singapore, kenapa Kuantan tak boleh?? Cuba jawab?

Akhirnya, alasan yang sangat praktikal lagi diyakini akan digrab dan ditampan oleh otak adalah tiada kenderaan sebab nak angkut banyak barang. Hahah! Tak boleh jugak. Tetiba ada pulak student master beliau yang angguk kepala tanda setuju. Haiissshh budak ni, aku goreng buat sup karang. Hah!!

Okay la, malas la nak bertelagah pergi tak pergi. Lagipun, kerjakan. Apa sangat la yang boleh kita bangkang. Bos tetap bos. Ikut jela. Lagipun, duduk Hotel Shahzan Inn sorang-sorang. Boleh karaoke dalam bilik sorang-sorang. Finally, sampai lah Cik Ina ke Kuantan untuk program Kem 8: Analisis Skor"A" SPM AMG. Hah!!

Tung-tang-tung-tang!!

Selesai la KEM 8. Cisss!!!

Akademi Menara Gading Sesi 2014-2015
Deorang tak kenal pun Cik Ina siapa. Walhal jadual, guru pakar et al semua Cik Ina yang buat. Mesti deorang mengamuk la, tak ada masa untuk rest. Hahaha!!

Padan muka!

Dosen Universitas Jogjakarta
Prof Farida Hanum & Dosen Riani dijemput ke Malaysia untuk melihat sendiri kaedah P&P anjuran AMG. Terus sekali jalan-jalan cari makan. Hehehehe!! Dosen Riani tu sebaya Cik Ina, dah jadi dosen (pensyarah). Wahh!! Hebat sangat dah tu.

Dr Nor Aniza, UPM
Hahahahah! Motip terus gelak?
Yela dalam AMG tu kitorang berdua je perempuan. Yang lain. Marka belaka! Aisshhh.
Jadi la buat peneman Cik Ina dikala tak tahu nak buat apa. Tapi Cik Ina salute gile dengan Dr Aniza. Sangat humble, macam emak-emak je. Hahaha! Banyak bagi nasihat, itu ini.

Senang cerita macam emak-emak la. 

Ulang semula 
Sebab nak muka masuk dalam Sinar, sanggup shoot gambar semula. Hahaha!! Gigih la.

Penceramah paling WIN
Cikgu Zamry! Memang WIN gila la. Kalau tahu semudah itu Fizik, mesti FIZIK Cik Ina A++. Hahaah!! Awesome la!! Nanti wajib jemput. Sembang punya sembang kata, tiap-tiap minggu dipanggil untuk talk. Aisshhh, untung sangat dah tu. Bayaran pun moncah orang Perak kata.
Jom Cikgu, lanje Cik Ina makan!!

Malamnya!

Yehaaa!!! Itu terbaik.

Ana Ikan Bakar Petai

MLA tahu tak, Cik Ina suka betul la orang lanje makan. Tak payah lanje lain-lain. Makan je dah menggembirakan hati yang sentiasa gembira ni. Percayalah. Kalau tak, tak mungkin pinggan ikan bakar tu depan muka Cik Ina. Hahaha!!

Cik Ina, Dosen Riani, Dr Aniza, Prof Farida Hanu,. Tan Sri Abdul Aziz, kawan Dato, Dr Ali Seman & my boss!!
Ingatkan kenyang la makan. Hurmm!! Terpaksa. Terpaksa okay! Terpaksa bungkus tomyam! Hahahaha!. Tula namanya bila makan-makan ye. Apa ye yang Cik Ina makan hari tu.

Ikan Bakar 4 set
Sotong goreng tepung 4 set
Lala tumis 4 set
Tomyam 2 set
Sayur Kailan 4 set

ahhh, lupa dah! Yang Cik Ina ingat **aku bungkus lagi**

Ramai gila orang dekat Ana Ikan Bakar Petai tu. Pun ramai jugak dekat Bangi ni. Yang dekat Bangi pun Cik Ina dah try, memang mantap la. Tu pun orang belanja. Hahaha! Patut la mantap. Aisshhh, terliur pulak nak makan lagi. Hahaha!

Hotel Shahzan Inn tu sebelah je dengan Padang Kuantan ni. Tu yang lepas makan kenyang-kenyang, lepak ambil angin orang kata dengan Dr Aniza & Wan. Jom, sekali gambar berlatar belakangkan masjid yang cantik ini.

Padang inilah tempat Tengku Puan bukak puasa lepas. Okay!
Selesaikan urusan terakhir. Dihari yang terakhir. Sambil disaksikan oleh Dr Aniza. Hahaha!
Konon sangat dah tu. Yang sebenarnya tengah transfer gambar & perbetulkan external yang kalut sangat tu. Orite, external ini Cik Ina yang pegang, jangan gatal-gatal ambil lepas tu bawak balik lepas tu, marahkan Cik Ina sebab hilangkan. Siap la. *Aku bako kete merc ko nanti*

Kegigihan sebagai RA yang tak gigih mana

Yang pasti, propek kerja mesti out of the box. RA pun ye, cleaner bilik pun ye. Apa-apa la.
Tambah dah satu lagi. Reporter tak bertauliah untuk Sinar. Hahaha!

Enjoykan!
Siapa kata enjoy kerja? Angkat tangan!
Siapa kata tak enjoy kerja? Angkat tangan jugak.

Yang sebenarnya, jauh dilubuk hati Cik Ina, Cik Ina suka sangat belajar.
Sebab bila belajar & mencari sesuatu yang baru, itu Cik Ina tahu.

Penuh dengan passionate!Kerinduan & K.O.S.O.N.G




Monday, 28 September 2015

:: Gotong-royong IM4U UKM ::

_ Frontera Hussein _

Hussenians Geng
Selalunyakan, kalau program apa-apa pun memang ada diselitkan program gotong-royong ye? Hah, macam dulu-dulu. Selalu la Cik Ina dikerah untuk turun menolong. Nanti masuk dalam merit. Dulu punya kisah, mesti nak maki-maki dulu, apa la buat gotong-royong bagai. Tak ada program la tu. Hahaha! Gigih tau dulu Cik Ina tak gemar tau yang jenis-jenis program macam ini. Macam rasa dipaksa rela pulak. Hahaha!!

Tapi!

Bila dah lama-lama *Almaklumla, time kerja pun ada gotong-royong + kawasan kediaman dulu pun*
Teruslah menjadikan agenda gotong-royong ini sebagai agenda yang wajib disertai.

Yang bestnya, Cik Ina dapat post gotong-royong cat-mengecat. Haha! Tak kutip sampah ye!
Cik Ina bergeng dengan Husseinians cat susur gajah KTHO & KDO. Wowww, itu memang cat-mengecat tau. Tak tipu. Siap cat terkena dekat baju & tudung la. Eheemmmm!!!
Seronok beb! Tak tipu! Kalau tipu, potong janggut kambing!

Brieffing di Dataran Seni
Haisshhh!! Cik Ina dengan peace yoo! macam tak dapat dipisahkan. Yela! Cik Ina bukan model yang boleh act serta merta. Otak terus fokus peace! Tindakan seterusnya takat peace yo! jela!!

Fefelos pun dibahagi-bahagikan kawasan tau tak. Memandangkan Felo Cik Ina ini menjadikan trademark "Saya yang Menurut Perintah, ahhh. Ikut jela". Dapat la tempat kawasan gotong-royong dekat kolej kediaman sahaja. Cisss!! Manaadil, felo lain dapat keluar! Hahah!

Okay! Tak apa. Tak apa. Cik Ina kan yang menurut perintah. Rupanya, gotong-royong di kolej lagi besttt oooo. Hahahah! Selamat dapat dalam. Siap boleh bergambar bagai. Tak caya? Tak caya?? Okay! Okay!

Makan pun boleh bertambah ye! *itu wajib dah tu*

Jom mulakan mengecat sekitar kolej kediaman

Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), UKM


Cara-cara mengikir. Oppsss!
Orang lain dapat la baju IM4U. Aisss! Tak merasa la baju free. *sob sob sob*
Tak apa la, janji deorang dapat. Sambil-sambil cat susur gajah, sambil berphotolicious ye!

Susur gajah ini Cik Ina oanggil laluan pejalan kaki. Kalau nak turun ke DEKTAR. Lalu situ la.
Tapi macam dah buruk sangat dah tu. Tu yang kena cat tu. Tapi bagus la husseinians ni. Tak payah disuruh bagai. Terus ambil cat. Dah la hari cuti, kalau Cik Ina lama dah mengulit mimpi.

Tapi tak apa! Good jobs semua.

Nampak tak bumbung dan tiang susur gajah tu?
Ye! Lepas tu. Ta daaaaa!!

Berseri-seri tiang dengan bumbung semua. 

Tiang seri milik Cik Ina. Mohon percaya
Dah bumbung, kita cat tiang pulak. Harus la. Harus la meninggalkan jejak.
Itu tiang Cik Ina ye! Jangan curi. Nanti nak habis belajar nanti nak gergaji, bawak balik kg!

Percayalah! Itu tiang Cik Ina.

Mohon PERCAYA 

Percaya tak?

Hahaha! Apa? Vandalisme?

Ahhh!! Lantak la!
Itu penanda Cik Ina yang cat dari atas sampai bawah. 

Siap dicodekan FELO ZURINA 2015-2016.


Yang diluar

Tengaharinya pulak, tugas mengserve makanan dekat deorang pulak. Yela. Makanan & Cik Ina kan tak dapat dipisahkan. Ikutkan jela. Sambil-sambil boleh mengeratkan hubungan. Mana tahukan? 

Petangnya pula, tengok lebihan kari ayam itu memang banyak la. Aisshhh!!

Terus buat keputusan nak hantar ke rumah anak yatim mahupun rumah orang tua-tua. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan laluan. terus dapat disedekahkan kepada rumah orang tua-tua. Syukur!

Lupa nak cakap. Cik Ina masa di USM ambil course KERJA SOSIAL, haruslah menitikkan air mata!

Kami & wakil Rumah Orang Tua

Orite!! Selesai program IM4U UKM. 

Jom, sambung berangan kembali :)

:: Dinner MMM KTHO 2015 ::


~ Letih tapi Alhamdulillah, kita seronok ~

Tun Teranions Bollywood
Tapi Cik Ina tak tahu la kalau deorang seronok ke tak seronok. Tapi Cik Ina enjoy la sebab selalunya ia akan berakhir dengan kegembiraan dan pengalaman yang tak akan muddah untuk dilupakan. Yela, nak dapatkan sesuatu itu kan tak mudah. Tapi bila dah peroleh dan menjayakannya, ia menjadi sweet memories  yang selamanya dalam kenangan, Tak gitu.

Sebabkan dah lambat *terus lupa banyak-banyak*. 
Banyak sebenarnya yang Cik Ina lupa. Hah, baru teringat pasal Perang Dektar. Hahaha!
Cik Ina  pun menggigihkan diri nak tahu apakan maknanya Perang Dektar itu. Oooooo!! Begitukah?

Okay! Okay!

Esok paginya bangun lambat. Kengkonon nak tidur kejap la lepas Subuh, pun tak diyakini. Terlajak sampai pukul 10.30am, bangun kemas bilik, basuh baju bagai. Lepas itu, baru turun bawah. Ooo, deorang dah prepare apa yang patut. Kalau tahu Cik Ina turun cepat. Boleh tolong apa yang patut.
**Hikhikhikhik** Ayat jela yang tu pun.

Duduk dekat office, tengok apa yang patut. Ooo, tengah practice persembahan malam dinner karang. 
Eh, nak join sekaki la. Boleh tak?

"Nas, buat apa tu?"

"Tengah ajar tarian"

" Orite, akak nak join boleh tak, tapi nak makan bihun jap" *Okay, makan dengan Cik Ina memang tak dapat dipisahkan*

Tetiba, terus join  budak-budak first year menari bagai. Hahaha! *aku ni suka gigih tak tentu kira*

Berlatih 3 jam, finally, macam dah pro sangat dah. Siap record bagai. Alahaii!

Malam Dinner!!

Jangan kata Cik Ina tak kanopi menu malam tu
Semua yang diatas tersangat sedap!
Selepas makan-kita makan lagi-lagi makan-makan-makan dan seterusnya makan!
Hahaha. Tu yang orang tak faham. Bila selesai semua bukan besttt ke??


Fefelos KTHO 2015-2016

 Putri Nirmala Puji - Wan Nur Hariz - Cik Ina - Zetty - Asyraf - Hidir - Shahril

*tiada dalam gambar * Lukman - Mazian - Aminaton

Selalunya nak kumpulkan fefelos memang tak berapa nak dapat la. Maklum la, fefelos semua ada banyak kerja. Ada yang bekerja + pelajar + et al. Takpun masa itu ada kursus + kem + conference la!
Haiiissshhh, macam- macam!!

Barisan MEP dan FELO + Dato Pengetua
Okay semua. Dayah dah keluar Iphone dia. Get ready semua!!

1

2

3

Hahahaha!!!

Ingat lagi deorang kata, "kalau tak kenal Kak Ina, mesti kitorang kata sombong"

Amboiii, gigih la nak kata aku sombongkan?? *sambil buat muka kerek*

Tula, Cik Ina. Orang tak kenal mesti kata susah dirapat-rapatkan. Cisss!!

Yang penting malam itu!

Ini dia!!


................



....................................





...............................................................


Tarian Bollywood!!



First year student

Walhal Cik Ina tak kenalpun deorang. Yela! Dah semakin meningkat usia, nak menghafal nama & rupa orang memang tak la. Payah.  Tapi deorang ni tak malu-malu. Kira gamble je. Hahaha!
Rasanya, masa Cik Ina jadi first year student USM dulu tak segamble ini,
sebab PC kata Cik Ina kerek. Bajet KL!

Lah!!!


Hahahahaha. Apapun. 

Enjoy Minggu Mesra Mahasiswa 2015-2016

Thursday, 17 September 2015

:: Minggu Mesra Mahasiswa 2015/2016 ::


:: 1 - 6 Sept 2015 ::

Selamat Datang dari Barisan KTHO
Orite!! Nak mula sembang ini. Okay!

31/8/2015

Qada' tidur. Balik dari Kursus dekat Rompin Beach Resort, gigih tidur sampai tak ingat dunia. Basuh baju sebakul besar, kemas bilik lepas amukan CikTi, sambil masak-masak apa patut.

1/9/2015

Welcome newbies!

Kawasan Menunggu

Wowww!! 

Tugas Cik Ina tak ada la apa sangat. Cuma bagi kunci je. Sebab pelajar ni kena pergi dari satu meja ke satu meja yang lain. Cik Ina punya meja no 2 dari belakang. So, tempatnya bawah kipas. Nampak tak? Hahaha!
Dayah, Reyl, Alfred, Cik Ina, Rully, Sis
Dayah : MEP Akademik
Alfred : MEP IPK
Sis : MEP SISWI
Cik Ina & barisan MEPians

Muka kegembiraan

Pilihan tugas haruslah padat & mantop ye!

Sambil menantikan kehadiran pelajar tahun 1
Tulah masalahnya, kalau pegang je Hp, mesti cakap "Mi, cepat mi, gambo-gambo".
Sekeping lagi
Sampai la dah kepanasan, muka dah berminyak + mata dah kuyu, tudung pun dah serabai. Tak ada lah dah bergambar. Hahaha! Bila memory card pun dah penuh. Aje handei dedeme ni bergambar.

Malamnya, ada la majlis perasmian oleh tuan pengetua, Dato' Samsu. Sesi memperkenalkan fefelos, barisan pentadbiran kolej, barisan MEPians & PC (Pemudahcara).

Majlis Perasmian KTHO

Makanan untuk PC
Selesai Majlis Perasmian, PC ambil alih. Cik Ina pulak punya tugas, bungkus makanan. Kesian dekat sentri, dah la jaga malam, jaga pulak PA sistem. Kalau hilang siapa nak bertanggungjawab.
Lagipun Cik Ina dengan makanan, kan memang tak dapat dipisahkan. Hahaha!
 Sentri bagus tau. Tiap-tiap 30 minit, ronda kawasan. Ikhlas betul la deorang ni.

Pagi-pagi pukul 5.30 pun, ada orang kejut. Wahhh!!  Sampai aku terkejut.

Ingatkan ada orang laki masuk blok perempuan. Aissshhh!!

Rupanya kejut Subuh berjemaah.

Hah, ini lagi satu, fefelos pun ada jadual bertugas untuk post mortem et al.
Cik Ina sepatutnya hari Jumaat malam, tapi macam tak best pulak. Cik Ina nak tahu jugak perjalanan untuk hari seterusnya. So, masuk jela time post mortem.

Sesi Post-Mortem hari 1
Khusyuk sambil otak fikir. Letih.Letih. Esok KERJA. Hahaha

2/9/2015- 6/9/2015

Okay!Dah lupa banyak. Memandangkan hari keseterusnya Cik Ina kerja 9-5. So, dapat join aktiviti kolej jela jam 5- 7. Dengar la deorang punya cheers. Tak pun dengar apa PC -PC dok sampaikan perjalanan keseterusnya. Hahaha!

Fefelos over excited

Sesi LDK macam tu la kotnya

Cik Ina tengok PC Hafiz ini dah macam YB kawasan dah. Hahaah!

Sesi cheers :)
Kalau malam pulak, program banyak di DEKTAR. So, Cik Ina pun turun. Malam ada post-mortem join sama. Sampai la, esok pagi dah sakit pinggang rasanya. Otak pun ligat kata nak cuti. Ohiiooo, tak boleh. Mesti kena suruh masuk kerja. Ada la tu.

Time hari pendaftaran pun dapat call. Aje hauuuhauuu sungguh. 

Yang sebenarnya, tugas kitorang Felo tak berat la masa MMM ini.
Semua dihandle dengan jayanya oleh PC yang terpilih. Eh, tahukan, nak sertai PC pun kena interview, jadi haruslah. Mereka dalam kalangan yang layak.

Oiii, ini kolej Palapes kot!

Tertib. Disiplin Asas Kecemerlangan.

Cik Ina enjoy MMM, tak pernah rasa. jadi apa sahaja program & aktiviti yang dijalankan, Insha Allah, kalau berkesempatan mesti akan join. Duduk belakang-belakang jela. Hahaha!

Seronok tau! tapi penat.


Wednesday, 16 September 2015

:: Day 3 Bye Rompin Beach Resort ::


:: Nak datang lagi tak? ::

Barisan Felo & Dato & Timbalan

Ehhh, haruslah. Kalau kita stress-stress kerja. Pandang laut,boleh setel sekejap masalah-masalah dunia tahu tak? Sebab itu kalau Cik Ina stress masa USM dulu, Cik Ina akan pergi seagate tau. Ala, port bercanda pasangan couple. Tapi Cik Ina tak pergi dengan pasangan. Lah, lupa. Mana ada pasangan duet lagi. Cisss! Ciss! krikkk kriik!!

Hah, melalut la tu. memang tak sudah kalau asyik kenangan lama terpancul je. 

Hari ke-3 di Rompin Beach Resort, kita tak ada buat apa, cuma sambutan majlis penutup. Adalah harapan dan impian dari Dato untuk semua. Ye betul, termasuk felo sekali. Amanat-amanat, semua la. Majlis penyampaian hadiah. 

Barisan MEPians

Hadiah

Setel.

Jom bershopping.

Menanti untuk dibawa keluar
Ini lah kami. Mesti tak membuang masa. Nak jugak bergambar depan entrance  RBR.  

Yes! ! Tak beli apa pun. Makanan sahaja. Ye! Makanan.

Percayalah. 

Bersama Pengurus Rompin Beach Resort
Bagus Encik ni. Cik Ina panggil Encik je. nama memang tak tahu la. Selalu tanya kitorang. makan okay ke? Bilik okay ke? Tak okay boleh report terus. Yang syok, siap menyanyi lagu Indonesia. Hahah! Memang orang tua betul. Haha! 

Barisan Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn sesi 2015/2016

Selesai  kursus Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2015/2016

Apa yang Cik Ina perolehi sepanjang disana??

i) Tentulah kegembiraan. Bayangkan, sebelum ini MEPians kata Cik Ina sukar didekati. Sombong katanya, tapi bila dah 3 hari dengan deorang, hah. baru tahu Cik Ina ni macam mana. Tula dont judge a books by its cover ye!

ii). Cik Ina seronok tengok perangai deorang. Walaupun gila-gila. Masih boleh hormat kita. Dont worry, Cik Ina akan sentiasa menyokong MEPians dari belakang. Kalau ada program, Cik Ina dibelakang, tak pun terkadang dihadapan. Hahahaha!.

iii) Hubungan akrab antara fefelos. Memandangkan kita jarang berkumpul sama-sama. Ini platformnya. Masa ini baru kenal felo mana yang ska bergambar, felo mana yang joren, felo mana yang jongket. Hahaah!! kompem tak tahu apa makna joren & jongketkan??

iv) Enjoy!!

Okay la. Bye.

Semoga hari-hari fefelos Cik Ina diselubungi kegembiraan berpanjangan. Amin.

:: Day 2 Enjoy, Hectic, Exhausted ::


:: Pembentangan = diterima + ditolak ::

Tuan blog

Hye MLA. Panjang betul hari tu Cik Ina rasakan. Bayangkan, bangun awal pagi, solat jemaah Subuh + Tazkirah dari Tuan Pengetua, lebih kepada peri pentingnya kepimpinan. Siapa kita? Apa kita? Ilmu kita? Semuanya bakal menjadi persoalan di akhirat kelak. Seronokkan dapat bos yang boleh mengimamkan kita ramai-ramai. Selesai semua itu, balik bilik, tukar baju sukan. Konon nak zumba beramai-ramai. Gigih sangat dah tu. Cik Ina haruslah tak terkecuali. Cik Ina suka benda-benda macam ini. Bukan senang nak tengok Cik Ina bergolek dan tergolek. Hahaha!!

Menu pagi macam biasa. *no photo available*. Sebab tak dan nak makan. Hari itu meja sebelah kitorang, kerabat di raja Perak, pun begitu Cik Ina tak kenal. Haha! Tapi loghat Perak dia, aje kuat. Hauhauhau betul. Selesai breakfast, terus pecut ke dewan, nak dengar presentation dari bebudak MEPians ini. Yela, deorang dah prepare lama dulu dah. 

Jom Selfie

Untuk portfolio Siswi  (SIS Farah), Cik Ina dah tengok dulu lagi proposal dia. Jadi, rasa macam rasa tak ada masalah. Gamak boleh proceed la kotnya. Tapi kita tengok apa kata fefelos yang lain pula. 
Bukan mudah nak menyakinkan fefelos, yela. Mereka banyak pengalaman, lagipun dah 6 tahun duduk di UKM. Dah boleh tahu mana program yang boleh memberi impak besar & sederhana. Cik Ina takat anggun-angguk, geleng-geleng jela. Tak lebih, tak kurang.

Sambil mendengar presentation , sambil berphotolicious


Yang seronoknya kem kali ini adalah makan-makannya. Makanannya sangat sedap, udang + sotong + ayam memang tiada tandingan.Sotong goreng celup, oiii sapa yang taknak tambahkan. Hahaha!! 

Pagi, aktivitinya adalah pembentangan-pembentangan & pembentangan. Tak lebih dari itu.
Lepas pembentangan, makan tengah - solat - sambung kembali pembentangan.

Petang,pukul 3 selesai pembentangan, sukaneka. Sukaneka ini disediakan oleh pihak resort. Kita follow je la. Macam-macam yang MEPians buat. Masuk gelung la, panjat titi la, panjat itu ini la. Tetiba rasa susahnya. Okay! Cik Ina tak berminat ye nak melompat-lompat macam ini.

Tapi yang syoknya, sifat kekumpulanan itu ada ye. Hahah!

Bukan mudah nak pastikan tiap-tiap kumpulan selesai 7 rintangan itu. Siap bercheers-cheers bagai la. Enjoy sangat dah itu. Habis aktiviti 7  rintangan, 5 acara sukaneka. Hah, yang ini Cik Ina lupa apa permainan yang ada. Akhirnya, selesai petang itu. Jom mandi kolam. Apa lagi, terjun tiruk ramai-ramai. Tak cukup dengan sukaneka tadi, kita sambung main dalamkolam. Bola Air. Amboii. yang ini Cik Ina join, jadi penjaga gol. Hah! Memang tak mungkin masuk la. 

Sebab Cik Ina ada assistant yang duduk tepi kiri kanan pintu gol. Kalau bola datang. Mohon tepis. Hahaha. Bijak sangat permainan macam itu. 

Ada buaian pula
Duk menjerit-jerit bersorak, nampak buaian pulak. Sesuai sangat la dengan angin sepoi-sepoi bahasa ni kita bergambar. Kesian ke buk rully, minta digunain kameranya. Hahahaha. 

Malamnya pula, kita makan-makan-makan-makan dan makan lagi ye.
Ye betul, kalau bab makan, Cik Ina lah yang paling berduniawi sangat. Ada BBQ, ada goreng goreng, Sotong udang *ketam taknak*. Hahaha! 


Mee goreng + sotong celup tepung

Ayam + Lembu + Kambing

Pari bakar+ air asam + sosej rebus 

Sesaladies

Tahukan, KTHO ada 4 fefelos baru. So, sekarang dah jadi 10 orang fefelos. Bila ramai, banyak la kepala, pelbagailah ragam. Tapi, yang kali ini, kitaenjoy. Amboiii, siapboleh bergambar hye-hye, bye-bye lagi tu. 

K.A.M.I fefelos
Fefelos kali ini amat suka K.A.R.A.O.K.E
Kecuali Cik Ina. Cik Ina tak pandai menyanyi. Takat duduk tepi, jadi backup singer jela. Takpun tukang amik gambar. Buktinya, muka Cik Ina paling kedepan. Hahaha!!
Selesai makan-makan, jom balik bilik, bungkus hadiah untuk esok. Penutup dah esok. Cepatnya masa berlalu. Baru rasa duduk sekejap dalam bilik. Rupanya macam-macam aktiviti dah buat. Main air dah, aktiviti dalam dewan dah, makan-makan-makan pun dah. Apa lagi ye??

Ye, betul. shopping!! 

Jom, esoknya!!.