Monday, 24 August 2015

:: UPSR - Never Say Never ::


:: UPSR Tahun 2000 ::

Kalau zaman Cik Ina dulu, ala..dulu-dulu, macam tak tahu apa hal la Cik Ina kena ambil UPSR bagai. Dah la turun kelas, 6 Kuning, periksa no last. No 31, memang wajib la turun kelas kan. Hahaha! Zaman jahiliyah tu kome oii. Masa itu memang tak ada matlamat la. Dah tu pulak, rasa bila dah turun kelas, kita la yang paling pandai. Hahaha!! Dah kenapa. Zaman UPSR selalu tak siap kerja sekolah, kena pulak denda cium tiang bagai. Tapi rajin masuk pertandingan itu ini. Bila tengok-tengok sijil dulu-dulu, ala..Baiknya!!

Tapi itu kisah dulu. Kisah di mana UPSR 5A bukan target. Targetnya nak bermain-main je. Apa jenis permainan yang tak main? Konda-kondi? Galah panjang? Softball? Roundes?

Perghhh!! Teror la tangkap bola!!

Bila dah senja tak ingat dunia main, kena kejar dengan pokok bunga kuning. Almaklum la mengaji pun asyik nak skip skip je. Zaman kanak-kanak memang heaven la, dengan tak puasa, mak siap simpan balance makanan sahur la senang cerita. Tapi Alhamdulillah la, tak ada la perangai macam cipan. Hehehe!!

Tarbiyah sentap itu hadirnya lambat pula. 

KakLong Anje

Tapi kali ini Cik Ina nak cerita Puteri Sulung yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Kaklong Anje. Hah!! Bila Kaklong Anje nak exam, yang paling nervous haruslah Maklang nya. Hahaha!! Mama dia belum tentu risau macam Alang. Mana taknya dikerah tenaga dan keringat betul la. Tapi, Cik Ina tak pernah mempersoalkannya! Nak kena kekah ke??

Kaklong Anje masuk SKSP masa Tahun 4, banyak yang dia tinggal. memang kena push la. 
Dari tak pandai membaca, bagus dah. Lancar.
Matematik dari gagal asyik 30 markah, sekarang dah boleh senyum!
Bahasa Inggeris (memang kena tubi la)
Sains, katanya nak jadi Doktor.

Tuisyen BI

Woooww, impian dan cita-cita gah tu. Masuk pertandingan itu ini, bola jaring, bola baling, Doktor Muda, kelas tuisyen. Kesian Kaklong Anje, no life. Makchik dulu sempat la nak tengok sailormoon. Zaman kaklong anje bukan tahu sailormoon tu apa!

Memandangkan Kaklong Anje bersekolah dengan Maklang, memang dunia & kehidupannya di Sekolah la. Pergi-Balik-Sekolah-Sekolah. Ahhh, Cik Ina balik kg pun, kadang tu tunggu la dengan Puan Emak, tunggu deorang balik sekolah. Nak ajak keluar pun tak boleh. Aiiissshhh!!!

Semakin hampir dengan exam, lagi la. Di latihtubinya Kaklong, kadang nampak kestressannya. Mata bengkak tak cukup tidur, buat muka boring. Hahahah!!
Masuk kereta, terus pejam mata! Kesian Kaklong Anje.

Tapi, semua orang melalui perkara yang sama dalam hidup belaajr ini. Mama-MakNgah-MakLang-MakUda-MakYang-MakChik-Busu!!

Kami semua me'rasai'nya Kaklong!

Zaman Mama sampai MakLang lagi la!

Masuk zaman MakUda hingga Busu, kitorang senang sikit. Sikit la!


Tak cukup di sek, dihangkut sampai ke rumah

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Kaklong Anje
Pecutan Terakhir!!
Walaupun Makchik jarang-jarang ada disisi Kaklong Anje, makchik sentiasa mendoakan Kaklong Anje dapat jawab dengan baik-baik. Tak mengapa Kaklong
Percubaan 4A 1B, In Shaa Allah, rezeki itu sentiasa ada bagi mereka yang sentiasa berusaha.


Khas untuk KakLong Anje

"Allah itu SegalaNya,
Allah jua penentu segalanya,
Berusaha & istiqamahlah sepanjang Kaklong Anje menjawab,
ALLAH SENTIASA ADA,
Bergantung haraplah kepada-Nya
Usaha itu pasti,
Doa itu sentiasa
In Shaa Allah
Semuanya baik-baik belaka".


Thursday, 20 August 2015

:: Dia, Pencuri ILMU ::



:: Hari Marah Berpanjangan ::

Hye MLA. Hari ini Cik Ina dah marah-marah, masam-masam muka, maki-maki, semua la senang cerita. Lengkap pakej sekali sebab kena maki dengan orang Kaunter Fpend ni. Lagi sakit hati bila orang yang kita tolong tu tak nak tolong diri sendiri.

Baiklah! Hari ini Cik Ina nak cerita pasal "orang yang sambung bealjar tapi tak nak sambung belajar",  Hahah! Panjang tajuk karangan Cik Ina hari ini. Mana taknya, dia nak dapat skrol Ijazah Sarjana (Master) tapi dia tak ada nak buat apa. Bukan tahu nak buat. Belajar apa pun tak. Tengok-tengok dapat skrol Ijazah Sarjana.

Yang ini Cik Ina kategorikan sebagai Pencuri ILMU.

Mencuri je kerjanya. Pandai dengan MENCURI.

Cuba fikir, kenapa kita sambung belajar?

Sebab tak ada kerja? 

Sebab memang nak sambung?

Ikut member??

Tak ada matlamat pun, saja-saja!!

Ahhh, Benci betul dengan manusia yang tak buat apa-apa. 

Cik Ina sakit hati dengan seorang manusia ini. Okay! Kita letak nama dia sebagai Haslina Muhammad Yunus. Hah, berapa banyak manusia bernama Haslina?? So, kepada penama Haslina, kalau bukan anda, jangan berasa hati la. Cik Ina bukan cerita hal awak.

Mudah betul kehidupan Haslina ini, tak payah kena maki hamun penyelia, tak kena pergi site untuk collect data, tak payah nak pusing-pusing pandang laptop nak analisis faktor, korelasi, t-test, apa bagai semua tu. Tengok-tengok tesis siap. Waaaahhh!!
Bangganya!!
Percayalah.
Haslina ini tak akan merasai 'rasa' itu. Asbab, bukan dia yang buat pun. 
Ahhhh!! Bencinya.

Cik Ina marah sebab!!
Itu bukan usaha dia. Selagi scholar @ pembaca membaca tesis@jurnal dari dia, selagi itulah keberkatan itu dipersoalkan. Kesian keapda ILMU. Mudahnya orang memperkotak-katikkan engkau wahai ILMU. 

Cik Ina marah sebab kenapa Cik Ina yang perlu bersusah payah kerana penama Haslina?
Kena ke Bendahari, bayar Yuran Tesis RM1300, kena marah dengan orang Bendahari (wakilkan), kena marah dengan pakcik muka kerek jaga kaunter Fpend (Tak cop bagai). Penyudahnya, Cik Ina maki balik, *puas hati aku, aku memang tengah panas*

Ahhh, bodohnya!!
Kena marah sebab bukan urusan kita. Apa perasaan MLA??

Yesss!!!

Kepada Haslina, Cik Ina rasa kesian yang teramat kerana
"anda sedang menipu diri anda sendiri"

Tuesday, 18 August 2015

:: Menu Iftar 2015 ::


:: Makan - Minum - Puasa - Enjoyable - Hectic - Foodlover ::

Hye MLA. Tahu tak sekarang kerajinan Cik Ina diskala berapa? Ye betul!! Sebab boleh menaip bagai ini adalah difaktorkan oleh En Boss tak ada. Dalam perjalanan pulang dari Jogjakarta ke Malaysia.
Semalam Cik Ina membusykan diri mengisi form itu ini, hari ini pula, 
pergi pos borang itu ini jugak. Merangkap sekali barang En Boossssss!!

So, ada masa lenggang ini *hakikatnya kerja punya melambak*, Cik Ina pun bersemangat la nak up entry pasal variety of food yang Cik Ina ambil sepanjang bulan puasa ritu. Gigih tahu tak, hari-hari snap photolicious  untuk memastikan tak ketinggalan menu-menu yang telah disajikan. Ewahhh!!
Hairan pula, rajin bagai nak edit-edit. Walhal Cik Ina paling pemalas sekali la.


Iftar Ramadan 1 di Masjid Hasanah, Bangi

Okay!! Yang ini Cik Ina join  group usrah  kawan-kawan. Hehehe!!
Bestt tau dengan mereka ini. Makan pun nak share-share. Ala, Cik Ina kan jarang nak share-share dengan orang yang tak dikenali. Tapi deorang slumber gila. Hehehe!!


Iftar ke-2
Majlis Pentauliahan MEP
I'm Food Lover!!. Mewah-mewah makannya. Yang paling tak boleh lupa daging te'te masak lemak pedas-pedas!! Merecik koo!! Cik Ina siap bungkus bawak balik. Bubur kacang merah, marbeles!!

Iftar ke-3
Menarikya kalau balik kampung, cakap nak makan apa?? Mesti barang dapur akan dibeli oleh Puan Emak. Bukan di pasar ye belinya. Nun dekat BHP sana nunn!! Yang sebenarnya kaki berjalan.
Tapi ikutkan, hahaha!!

Kerang bakar + Sambal Mempelam + Ikan Temenung Asam Pedas Bendi + Jeruk Petai + Pucuk Paku Tumis Belacan + Ikan Goreng !!! 

Belum ada Periuk
Sebabkan dapur Masterchef Cik Ina tak lengkap lagi periuk belanga, kuali tula segala-galanya. Itu la nak masak berkuah, itu jugak la nak goreng-goreng. Sampai beli periuk la senang cerita!! Heheheh!!



Add caption
Sebabkan balik dah pukul 7.10pm, Azan pukul 7.25pm, tengok peti ada Chicball, dada ayam, lobak, kobis bunga, ahhh!!! Cepat-cepat!! Lekung-lekang, jadi la. Mee Soup Experimen Cinta memandang hari itu tengak tengok cerita TV3, Ekperimen Cinta!!


 1 plastik roti tu, buat roti sandwich, bagi dekat budak depan bilik.
Kesian deorang, Cik Ina pernah puasa berjauhan dengan keluarga masa USM dulu, 
merasainya suddah!!



 Gigih sangat!!!

Kata nak rebus-rebus je!!


Bangun pukul 2 pagi, perut keriukkk-keriuuukk minta diisi!!

Ahh, meggi je la!!



Cuba teka!!

Kenapa budu je Cik Ina punya sambal???

Ye betul!! Sebab belum ada lesung batu!! Kekekekee!!


Bonda Mie bawak keropok lekor dari kelantan, apa lagi!!!
Jom goreng!!!



Tekak teringin nak makan masak merah unggun api. Tak dapat unggun api, dapur gas pun jadi la!!



Tengok dekat group fb  tentang resepi Ayam blackpaper!! 
Gila la, time puasa semua benda nak makan. Selamat dah berazam tak nak beli Bazaar Ramadhan tahun ini. 

Cik Ina peram lama oiii ayam dengan blackpaper tu tau. Marbeles!!]

Hahaha *pujisendirian*


 Menu pemalas. Bangun je, tengok-tengok dah gelap!!

**nangisbucumejamekap*

Moreh Keluarga Ahmad Saidi
Semua balik kecuali Kakta!!
Tahun ini kami adik-beradik share sikit sorang! Selalu dulu-dulu Puan Emak tumpang dengan PakCIk Salleh, tapi kali ini kita adik-beradik pula. Menu pilihan daging kari +udang masak merah+ Sayur Kobis Tumis +Timun&bendi + Sambal

Kali ini bukan kitorang masak, upah orang je!!

Syukur Alhamdulillah

Harap-harap tahun-tahun berikutnya diberi kesempatan lagi.


 Tengok depan rumah ada betik ki-ro' - bahasa Orang Perak Ki'ro (hampir nak masak).
Ambil buat rebus. Cicah sambal belacan. Perghhhh!!
Aihhh, tetiba telan ailio.


 Pergi Pasar Mencari Lain!
Jumpa Buah Jambu!!!
Hahahaha.


Tekak teringin nak makan pecel le'le Bustop Kajang. 
Rezeki Bonda Mie belanja. Tq Bonda Mie. :)


Requested from bonda Mie

Layankan. Apabila Kelantan jumpa Perak

Apabila Nasi Kerabu jumpa Gulai Tempoyak

Apabila Budu berjumpa Sammbal tempoyak!!!


Bila dah tak tahu nak makan apa!!


Ikan masin jugak la pilihan bila dah mula rasa tak nak makan dah!

Bila Dato' Samsu belanja

Haruslah makan-makan-makan


Beli udang!! Beli Mee!!

Jadi la Mee Udang. 

Sempoii!!


Tiru menu dari Kak Elly!!


Telah melanggar azam!! Terpaksa membeli di Bazaar.

Tapi ayam perciknya MERECIK!!

 Nak beli lagi la filet o' Fish dekat Econsave!!


 Dah start tak nak ambil nasi!!

Dah kenapa pulak. Bonda Mie masak ikan bawal merah. Sedap!


Oooooooo!!! Nak Mee goreng je!!


Hari terakhir duduk di UKM, nak balik kampung dah!!
Nak habiskan apa yang ada dalam peti ajaib Cik Ina tu!!
Terjadilah keajaibannya!!


Tak sempat nak berbuka mana-mana!!
Alaa, nak boikot la!!


Menu dirumah MakNgah!!


Katanya ada beli daging te'te, suruh masak kari!!
Ada kepak ayam, buat masak soup untuk Hero's!!

BIL siap bungkus bawak pergi kerja!

Terus berangan, nanti ada En Husben, nak bungkus-bungkus macam ini la.

Motif?? Suruh jimat! 

Hahaha! 


Puan Emak dengan dedeme semua asalnya nak ambil Cik Ina dekat Tanjung Malim je, 
sebabkan Cik Ina lambat naik KTM biasa tu, si Busu terus lajak ke Sg Buloh!!!
Hahaha!! Lepas ini boleh buat lagi ragam gitu, kekekeke!!

Ini menu terakhir yang sempat Cik Ina snap . Lepas balik kampung, jangan kata snap photolicious,  ana'sue nam-un pun Cik Ina tak tahu letak dekat mana.


So, ini serba sedikit menu iftar & moreh Cik Ina!

Ada yang sama macam sayur. Bayam & kangkung memang feberet. no wonder la kan!!

Lepas ni nak belajar buat desert!! Kononnnnnn!!! 


Saturday, 15 August 2015

:: KTHO: Amukan Beruk Mengamuk ::


:: Wahai Beruk, nyah engkau ::

MLA.....




Tolong!!!!



Bilik Cik Ina kena serang lagi sekali. Baca ini! *Si Beruk*


Adoiiii!!!



Stress!


Hah, balik-balik kerja, ingat nak baring-baring kejap sebelum Cik Ina mulakan agenda masak-memasak. Almaklum la, nak bukak puasa. *Puasa6*. Sambil baring depan TV, sambil layan youtube lagu stacy, not for sale!. Memang kena sale betul la.

Selamba gila beruk tu lalu depan Cik Ina.
Punya gerun tengok giginya. Nampaknya beruk ini dah matang, gigi taring dia panjang kot!
Beruk ni macam nak serang, tapi Cik Ina atas katil. 


Tah boleh blah ayat Cik Ina masa dia nak serang tu

"Ehhh, takpe. Takpe.Sila-sila". *sambiltanganbuatgayamasuklah*

Bodoh gila rasanya.

Elok je si beruk ini bukak peti sejuk. Macam datang beraya. meriah ko!!
Melompat Cik Ina atas katil. Lari keluar. Pergi bilik MEP Fatin, ajak dia masuk bilik Cik Ina.
Memang besar gila si beruk ni. Nampaknya kena panggil orang lain. Selamat la ada pekerja yang tengah renovate kafe.  

"Abg, tolong bang, ada beruk besar dalam bilik saya. Tengah makan oren, bawak teman abg. Ini beruk besar sangat ni."

"Enggak apa-apa. Abg sorang bisa"

Eh, kan Cik Ina dah cakap. Kena bawak teman. Dia pun takut sebab besar. Apadaaa!!
Tapi, gigih jugak abg ni tolong gocah-goyah dengan penyapu.

Finally, si beruk ni pun cabut. Tapi!!
Cissss!!
Dia pecahkan sink kaca toilet, tingkap pecah.

Nak show photo. Tapi tak apalah. Sadis je!

Dah la letih kerja, puasa, kena kemas toilet  lagi satu hal.
Kemas jela labu!!

Kepada si Beruk,


SIAP LA!!!!

Wednesday, 12 August 2015

:: Open House OR Open Castle ::


:: Makan- Makan - Makan ::

Sabtu (8 Ogos 2015)

Bila dijemput makan, Cik Ina orang pertama yang akan angkat tangan. Ye! betul. Cik Ina akan join makan-makan. Kak Jun PA Dato' Siti Zainab ada sekali. Kira tak malu la. Kali ini Cik Ina join open house  di Putra Height, Kajang. Disebabkan tak pernah lalu, sesat itu perkara biasa walaupun berwaze. Hahaha!!

Finally

Akhirnya, jumpa juga rumah yang dicari. Sampai terus salam, duduk betul-betul berhadapan dengan tempat karaoke. Lahh, Kak Jun ke yang nyanyi. Letak beg, jom makan. Meriah betul makan.
Uwaaaa!! makan oiii!!

MLA tahu tak. Cik Ina tak ada kenal sesiapa melainkan Kak Jun. Lahhhh!!!

Ahh, lantak la. Nak makan dulu

Menu pilihan Cik Ina

Nasi Hujan Panas
Ayam Masak Merah
Dalca Buah
Daging Masak Rendang Johor
Papadom

Buah-buahan

Mee goreng Mamak
Air Orange
Ais Kacang
*Selebihnya lupa**

#makanmestibanyak


Kak Jun yang awesome

Bayangkan! Lepas makan, terus balik. Rushing sebab Uda nak tumpang mandi & rehat kejap dekat UKM. Lahhhh!!


 Ahad (9 Ogos 2015)

Ini kisah benar. Nak kata kelakar tak jugak, nak kata serius, tak jugak.
Ini namanya manusia ye!!
Cik Ina nak pergi makan-makan dekat rumah MakChik kafe KTHO. Cik Ina siap prepare duit raya konon-konon nak bagi ke anak makcik cafe ni la. Rupanya!!

Makcik kantin KTHO merupakan seorang Datin Seri.Laaa haiiii!! humble nya!!
Dah Cik Ina tiap kali beli mee sup makcik ni siap minta ayam dengan sambal kicap lebih.
Adoiiiii, malu okay!!


Cik Ami, Cik Ina, Mazian

Kitorang tak tahu alamat rumah makcik ini. Sekali dah sampai lorong mana, makcik ni datang ambil. Gigih la makcik ni. Alahaiiii!! Makcik ada anak teruna tak?? Hahaha!!
Sold out  la pulak. miahahahah!!

Jom makan.

Menu Pilihan:

Nasi Lemak
Rendang Ayam
Ikan Keli Pedas
Laksa Johor
*lupadaaamenulain*


Percaya tak?

Dua hari yang mengujakan.

Ada diantaranya yang bahagia dan cinta akan tittle yang diperolehi.
Ada diantaranya yang humble sehinggakan tidak perlu dengan kehormatan yang dimiliki.
Ahh, dunia ini penuh dengan manusia yang pelbagai.
Jadi, haruslah kita menilai & menterjemahkan ia
agar ia tidak terpisah antara satu sama lain.


:: KakLong Anje & Requested, tidak dipisahkan ::


:: Permintaan KakLong Wajar ditunaikan ::

"Makchik, Anje nak request something ni. Boleh tak makchik masak dekat anje, hantar ke sekolah waktu tengahari. Anje boring dah makan masakan kantin. Alang asyik beli makanan yang sama, Ayam kari & nasi. Dah la kari Acik kantin manis. Anje jeles tengok mak kawan anje hantar bekal. Lauk meriah-meriah. Ada udang galah, gulai tempoyak. Boleh la"

Alololo!! Kesiannya.

Beza betul la dengan zaman Cik Ina. Cik Ina siap bawak bekal. Walaupun nasi + ikan goreng + sayur kangkung tumis. Heaven sangat rasanya. Bebudak sekarang. Kesian. Kaklong Anje request dari bulan 3 lagi. Sekarang baru sempat nak sediakan. Yela, jeles la. Bila rasa boring makan makanan kantin sekolah, Kaklong anje boleh tukar bekal makanan dengan kawan kelas. Tak pun share-share . Hahahaha!!
Cik Ina memahami sangat perasaan nak share-share makanan tu.

Makanya, Cik Ina try la. Dah siap-siap cakap ke Alang, tak payah bungkus makanan kantin. Cik Ina nak hantar. Ewahhh!! Siap sedia nak bagi Kaklong Anje perasaan bawak bekal ke sekolah.

Hari Selasa

Menu Hari 1
Nak share dengan kawan-kawan. Mesti kena lebihkan sedikit. 

Menu

Sayur campur
Gulai Tempoyak
Sup Ayam
Sambal Belacan
Ikan Goreng
Pisang


Muka excited
"MakChik,  kawan anje kata Gulai Tempoyak marbeles. Itu yang habis awal. Deorang kata, pedas tapi sedap. Nak lagi. Buat roundtable, anje dapat sikit je."

Hah, nampak tak perasaan itu. Akhirnya!
Dapat buat macam kawan yang lain buat. roundtable.

"Esok, makchik hantar lagi ke?"

Hari Rabu

Menu Kedua

Menu:

Ikan Kembung Asam pedas Kunyit Perak
Ikan Goreng
Sayur Kobis Tumis

Selesai seperti hari sebelumnya!!

Hari Khamis, Tak dan snap photo.
Menu: Ikan Tilapia Masak Merah + Sayur Campak-campak.

Sekarang!!

Mesti Kaklong tak tidur malam, siapkan kerja sekolah!!
Kelas Tambahan lagi.
Kelas Agama untuk exam SRAR lagi
Kelas Tuisyen malam-malam.

Tak apa KakLong, makchik dulu pun macam tu jugak.

Bertabah la. Lagi beberapa MINGGU sahaja lagi.


Tuesday, 11 August 2015

:: Solemnization Shima Form 6::


:: Rezeki Makan Kenduri ::

Gigih tanya kenduri mana yang ada dalam masa terdekat ini?? teringin nak makan ayam masak merah kenduri kahwin. Hah. nampak tak tu??
Cik Ainur cakap Shima!! Shima mana?? *CikInakanlostmemory*.

U.S
Okay!! Kenal. kenal.

Lah, Shima ke?? Hahaha!!
Okay. Jom siap-siap. Siapa lagi, Siapa lagi??
Tak tahu la sapa. tapi kita ber-5 la.

Shida, Mastura, Cik Ina, Ainur, CikMa

Alright.

Port Wajib Cik Ina

Waaahhhh!!! Meriahnya makan. Meriah. Tak sia-sia datang. Cik Ina 2 pinggan.
Mohon jangan tanya.

Menu Kenduri:

Nasi Putih & Nasi Minyak
Ayam Masak Merah
Daging Masak Kari
Pajeri Nenas
Sambal Belacan
Ulam-Ulam
Ikan Masin Goreng
Bubur Kacang Hijau
Air Sirap
*apalagilupadaaaaa*

Waahhh!!!! Jangan tanya kenapa depan Cik Ina ada 2 pinggan.Moncahnya!!

One more time

Yang pastinya, dalam banyak-banyak ini, Cik Ina je yang masih single-mingle. Ala!!!
Ini yang buat macam nak bukak borang
"Sesiapa yang mencari pasangan, sila hubungi Cik Ina"

Hahahah!! Sampai gitu sekali ye. Tak la. Cik Ina yakin jodoh Cik Ina nun disana!
One fine day, he will come and hold my hand

Poyo!!


Mereka kawan satu sekolah
Ainur, Mastura, Imah, Shida, Shima, Uya, Cik Ina
Tak payah nak mini reunion sangat. Kalau jumpa dah mini reunion dah!!
Kalau jumpa, wajib imbas kembali. Ala, Cik Ina jugak la yang ternganga-nganga.
Kepada kawan-kawan, Ye! betul. 

Cik Ina masih belajar lagi. Kerja? Kerja main-main je!!
mihihihihi.


Wahai Cinta Hati yang belum ku temui,
Sila datang cepat sikit,
Member-member sekolah dah kahwin,
ada pulak tu anak 2,
Kalau Cinta hati dah beristiqomah nak menghantar pinangan,
Elok lah.

Tapi kalau Cinta Hati belum bersedia walaupun Cinta Hati dimana-mana,
Sila berdoa banyak-banyak & bertenang & bersabar.
Allah SWT rencanakan yang terbaik untuk kita berdua ye.

Hahahaha!!

Kepada: Cinta Hati-Unknown person.

:: Raya ke-5: Bertemu Muka dengan BFF F3 ::


:: Ohhh Zila & Dayah, BFF zaman remaja F3 ::

Dayah

Zila

3 Serangkai  kelas 3 Bahagia

2 orang rakan yang sentiasa menjadi pendengar setia Cik Ina meluahkan cerita. Kisah suka duka. Perihal hati & perasaan. Rakan menghasut, rakan belajar bersama-sama. Akhirnya F4, Cik Ina membawa diri. Masuk Teknik Slim River. Tinggalkan kenangan dengan mereka.

Sehingga ke detik ini, Cik Ina hanya berhubung dengan Dayah. Dengan Zila memang lost contact terus. FB, memang tak la. No Hp, tak ada. Lastly, Dayah jumpa Zila. So, Kitorang decide untuk berjumpa by hook or by crook, lama sangat.

Masa ini Cik Ainur naik kelas 1, Cik Ina still kelas 2. Tapi kami  geng!!

Allah SWT Maha Menyatukan. Bertemulah kami.

Uwaaaaa!!! Tak dapat bayangkan perasaan. Macam hilang kekasih hati. Nyaris nak nangis je.
Sampai hati minah ini hilang tanpa khabar. Akhirnya sampai 4 - 5 jam duduk menyembang dekat rumahnya. Emak Zila siap sediakan bihun sup. Bertambah la. MakCik masak laksa dengan bihun sup memang mantoppp!!

Kan Cik Ina dulu suka datang rumah lama makcik, makan laksa. Hahaha!!
Kenangan lama diimbas kembali.

Disebabkan Cik Ina banyak lost memory, diorang jela yang rancak. Sambil-sambil tu diorang kutuk Cik Ina. Cissss!!!Kalau diimbas kembali, memang kenangan.

Semoga ukhwah selamanya. Amin

Ainur kata kitorang suka masuk pertandingan.

Pertandingan Syair & Sajak & Deklamasi Puisi Minggu Bahasa Melayu

Join English Week. Spelling Bee!!

Ohhh, patut la Sijil-Sijil Cik Ina banyak pertandingan itu ini. Hahahah!!

Hebat tak hebat memori Cik Ainur, dia boleh bukak cerita lama.

"Dulu, masa Ina gaduh dengan tuttttt, dia ajak kita berjemaah gaduh sama. Walhal aku tak ada kena-mengena, tapi sebab geng, aku turutkan jugak."

Makaihhhh!!!Cik Ina kah itu.Woww!! kaki gaduh.

"Dulu, Ina suka bawak gambar Ziana Zain, lagu-lagu Ziana Zain simpan dalam buku. Ehh, ada lagi tak buku biodata kawan-kawan. Ingat tak apa ada dalam tu, makanan kegemaran apa? Minuman kegemaran? Cita-cita? Prinsip hidup?"

Hahaha. Wahh!! Tak tahu la mana buku biodata tu.
Buku lagu Ziana Zain tu tak menahan. Ingat Ainur ni. Hahaha!!
Tapi sampai sekarang, Ziana Zain dihati. Lagunya yang mantap dan sentap seringkali digunakan tatkala Cik Ina keseorangan. 

S.A.H.A.B.A.T selamanya
Raya yang enjoy sangat sebab Allah makbulkan doa Cik Ina untuk dipetemukan dengan rakan kelas dulu-dulu. Alhamdulillah. Kejayaan korang-korang hari ini membahagiakan!!

Diharapkan kita tak akan  pernah putuskan hubungan yang terbina sejak dahulu lagi.

Okay done wechat, whatsapp, FB.

Kalau lost contact, terus terjah rumah. Macam la tak ingat!!!

Lost contact lagi, siap la!!

Hahahaha!!



:: Raya 4: Jalan Raya Cik Ina


:: Jom jumpa rakan-rakan lama ::

Mungkin raya kali ini kita dapat bersua. Mana tahu lepas ini tak berkesempatan. Tak gitu.
Sambil bermaaf-maafan la kita ye. 

Rumah Alice
Waaaa!!! Laksa.

Sembang?? Ala, sembang orang kg la.

Ke Rumah Niza Idris. Almaklum la, masuk rumah baru orang la katakan. Hehehe!!
lawa sangat rumah dia. Yela Cikgu kan. Cikgu.
Katanya petang ini ada rombongan masuk minang dia. Lah!!
Sembang punya sembang, bukan dengan sesiapa, ada sangkut paut sedara jauh-jauh bau-bau bacang la. Hahaha!! Alahai.

Apapun tahniah buat Norhaniza Idris.

Petangnya ke rumah Syarmila.
Pun sama. Dapat jemputan kad kahwin. Cik Ina rasa chances untuk datang macam tak ada je. Yela!!
28 Ogos itu Cik Ina di Rompin, Pahang. Tak boleh nak excuse  sangat. Adoiii!!
Selalu macam ini, kawan nak kahwin, mesti Cik Ina ada urusan luar. 
Nanti time Cik Ina, jangan la korang tak datang ye!! kikikiki!!

Cik Dayah, Cik Ina, Cik Ainur & Cik Syarmila

lama tak jumpa Syarmila ini. Last masa Tingkatan 6.
Ate, bila dah bertemu tu, mula la singkap kisah lama.

Apa yang Cik Ina ingat. tambah disokong oleh deme!!
Cik Ina kuat tidur masa Form 6 dulu. lepe je kejap, terus senyap. Rupanya dah tidur.

Imbas kembali.

Katanya nak study group dekat rumah Syarmila. Malam.
Deorang kata Cik Ina imamkan solat Maghrib & Isya'. Wowww!!
Cik Ina memang tak ingat. Hahaha!!
Kitorang bukan study group, sembang yang banyaknya. Sia-sia. Hahaha!!
Tapi deorang cakap Cik Ina suka layan perasaan sendiri. Adehhhh, Cik Ina memang lost memory masa sekolah rendah, menengah, Form 6.
Ala, tapi korang tak tahu...Cik Ina tak tidur malam tau tak, study sambil ditemani Perak FM.
Katanya nak tebus kesilapan masa Form 5. Ewaahhh!!
Gigih tau tak study masa F6.

Akhirnya,


Tercampak sorang-sorang dekat USM. Takdak member. Cik Ina sorang je dapat USM, yang lain banyak dapat dekat UUM. Nangis sambil sorong bantal. 

Rupanya banyak kenangan yang boleh kita kenang bila jumpa member lama-lama.
"
Ohhhh!! Tak sangka aku rope ini masa sekolah. Aje selekeh. Hahaha"