Monday, 25 May 2015

:: MAP18 And The Oscar ::


:: The Oscar ::

Hye MLA. Semangat sungguh Cik Ina nak cerita walaupun telah berlalu 2 hari lepas. Ada yang menjadi ingatan tulus ikhlas la. Ada yang Cik Ina dah lupa. Banyak lupa dari ingat ye. Makanya, MLA layankan sahajalah kelupaan Cik Ina ini.

Sabtu pagi, setup photobooth dan DEKTAR. Raptai penuh supaya majlis malam nanti berjalan lancar. Baru teringat kasut tak ada. Tak sesuai dengan baju, terus whatsup Pn Kas, jom teman kejap. Ala, janji ada iras-iras. Tapi, Cik Ina totally out ikut tema malam tu. Takat bling-bling sikit-sikit tu jela. Tema warna lain, pakai baju, warna lain. Suka tak mendisplinkan diri tau.

Setup di Pagi hari
Tengok baju yang Cik Ina pakai. Exclusive hanya untuk MAPians. Nak pakai jugak pagi petang sebab malam dah pakai baju lain. Hehehe!! Kisah penaja menarik balik sponsor la. Banyak kenangan baju AJK ni. Lastly, semua pakat kena bayar itu ini. Kesian betul. Tapi tak apa. Pengalamankan?

Photobooth

Just imagine! Tak tidur malam menyiapkan photobooth. Cik Ina yang tak kreatif terus rasa macam boleh bukak photobooth la. Hahaha. Koyaa!! Cik Ina takat tolong gam-gam mana yang patut jela. Nak design-design memang tak pandai la. 

Props

Director?? Yes!
Mula-mula macam tak nampak sangat apa yang deorang dekokan. Tapi bila dah jadi depan mata. Wooowww!! Amazing!


Photobooth beramai-ramai
Simple & Nice! Boleh beramai-ramai tangkap dalam satu masa. Hamboiii!! Oscar sangat.

VIP
Tema MAP18 kan ala-ala Oscar, jadi warna tema nak gold-gold gitu la. VIP kali ini ramai tau. Dari Dekan-dekan fakulti, Pengetua-pengetua kolej kediaman, Pegawai-pegawai UKM. 

Sisi depan

Cantik kan dekorasi The Oscar?

Nak tahu apa kata VC??

"Another Dinner, but kali ini saya rasa wooowwwww sangat!"

Kita KTHO dipuji oleh VC Prof Datuk Dr Noor Azlan. Happy betul. Sengih sampai ke pipi yang gebu!

Lepas makan-makan ada penyampaian anugerah bagi pelajar-pelajar KTHO yang cemerlang dalam bidang-bidang tertentu. Selepas itu, boleh pulak ramai-ramai felo bawak kek ke Datin Aziah, almaklum la, birthday Datin. Enjoy! Beliau terkedu. Hahaha! Selamat Hari Kelahiran TNC HEPA.

Doorgift untuk VVIP dan VIP

Hadiah kepada Penerima Anugerah

King & Queen

Tajaan Bella Flora Enterprise untuk Penerima Anugerah

Anugerah Formal

*Lupa Daaaaaaaaaa*

Anugerah Informal

1. Anugerah Blok Tercantik
2. Anugerah Aras Tercantik
3. Anugerah Bilik Tercantik
4. Anugerah Wira Bakti
5. Anugerah Khas Pengetua - Kepimpinan, Kebudayaan & Sukarelawan

Felo Pemantau 1 dan Felo Pemantau 2
Nampak tak? Nampak tak? Seronok dapat bekerjasama dengan Zety. Memang hyper ini budak. Banyak idea. Dan Sangat bernas. Kalau boleh nak perfect bagai. Tak pernah Cik Ina jumpa manusia yang havoc macam dia ni. Kepoh sangat ni. Hahaha!!

"Oiii Zety, tahun depan ko nak akak jadi pemantau MAP19 lagi ke?"

Hahahahaha.

Kak, ko jangan la nak pegang program lain. Aku nak dengan ko kak!!!

 Hahahaha, dah cop siap-siap. Macam la sesi depan kita pegang program ni lagi. Entah-entah felo lain nak take over. Nasib la!!

OOTD Cik Ina
Tau dah! tau dah! Tak payah cakap. Miahahaha. Kain je yang bertema, baju tak tema ye!
Kata Cik Ina dalam hati, ini buat baju raya terus la. Save budget tahun ini. Pergghhhh!!
Memang pandai menguruskan kewangan yang meruncing la Cik Ina ni. Hahahaha.

Bersama Post Dekorasi, Protokol, TTK 
Dah macam emak-emak pulak rasanya. Bila disuruh duduk-duduk ni. Terus bangun sebab masih berasa muda.

Bersama bebudak aras 3, Blok B
Deorang dapat hamper. Cik Ina dapat la jugak. Siap request nak bekas je. Buat letak biskut-biskut kering. Hahahaha! Tapi kan dah cakap, tema aras kitorang GARDEN okay!

Jangan cakap Cik Ina tak payung engkorang ye!!

Bersama Post Dekorasi
Tahniah ye korang semua. Tq sebabsudi dengar celoteh Cik Ina sepanjang berdeko dalam bilik.
Hahahaah!! Deorang ni pendiam, Cik Ina jela yang dok gitu gini.
Tetiba malu!!

Door Gift untuk VVIP
Cik Ina bukan VVIP, takat VIP je. Itu pun layak tak layak jela. VVIP je dapat yang berbungkus comel tu. Memandangkan Cik Ina nak jugak. Bak satu! Bak jugak. Hahaha!!

Bunga Flora Bella pun macam tu jugak. Walhal ada lebih.
So, apa ke salahnya. Lagipun Puan Bella Flora dah macam kawan, ewaahhhh!
Masa rehearsal beliau ada sekali, so bersembang sikit-sikit la.

Cik Ina dok fikir jugak, ada ke untuk Cik Ina?
Rezeki. Ada! oiii. 

Last gift door!

Zumie
Dok tengok ikan laga ni comel-comel belaka. Ini ikan VC yang punya.
Dapat ke Cik Ina. Haha!! Apakah motifnya??

Dok tanya dengan bonda Mie, nak letak nama apa? Terus bagi nama Zumie.
Konon gabungan nama Zurina dan Salmie. Amboii...
Kalau mati Zumie ni acane Mie???

Itulah kisah terperinci daripada Cik Ina untuk MLA. Ini kenangan untuk Cik Ina. Cik Ina bukan selamanya akan menjadi felo KTHO. Kalau tiba masanya, good bye Dunia KTHO.
Pengalaman dan kenangan ini Cik Ina simpan utuh dan kemas dalam kotak fikiran.
Buat bacaan di hari tua. Buat ingatan tulus ikhlas di kemudian hari.

"Terima Kasih KTHO kerana menjadikan Cik Ina sebahagian dari anda"
 

:: MAP 18 Sedetik ke Penghujung ::


:: Terasa masa meninggalkan dengan lambaian bye-bye-bye ::

Majlis Anugerah Pelajar 18 KTHO

Program kolej KTHO tak ada la jauh beza dengan prgram Desasiswa Fajar harapan USM.
Ada iras-iras, macam dekat DFH, majlis tertinggi dipanggil Majlis Penghuni Desasiswa, KTHO dipanggil MEP (Majlis Eksekutif Pelajar), dulu dikenali dengan nama JAKSA. Maksud sama je,

Kalau di USM, AJK dikenal sebagai sekretariat, tapi di UKM dikenali sebagai AJK.
Apapun panggilan, tugas tetap sama.  Tak jauh beza la. Cuma dekat sini banyak sangat MT, MTini,
pengarah banyak sangat, siap tiap-tiap post tu ada pengarah post masing-masing. Tak apa la. Turun-temurunkan. Layankan.Tradisi.

Cik Ina menjadi felo di Semester 2, jadi semester 1 memang terlepas la program-program Universiti macam ICAF (kalau di USM, dikenali sebagai Citrawarna), SUKEM (di USM dipanggil TOT), ahhhh, banyak la yang Cik Ina terlepas. Tapi, yang pasti ada sahaja program yang Cik Ina dapat turut serta,macam FESSAT, FUS, MKS dan last MAP18.

Oriteee, jom sembang pasal perjalanan MAP18. memandangkan Cik Ina memegang 4 post iaitu Dekorasi, TTK, Protokol dan Publisiti. 5 Post lagi Zety yang pegang. Makanya Cik Ina akan cerita lebih-lebih pasal post Cik Ina la. Hahaha.

Post Dekorasi

Post Dekorasi sememangnya sangat gigih dan kental Cik Ina rasakan. Bayangkan deorang la deko, deorang jugak la usher. Kesian rasanya. Dah tu, dekorasi menyediakan 2 photobooth termasuk sekali hiasan di pentas utama. Kesian sangat Cik Ina tengok. Tapi seronok sebab deorang ni dengar kata tahu tak. Sesuai la tagline ni "kami yang menurut perintah"

Props bagai disediakan sendiri. Berkampung la deorang dekat bilik Cik Ina buat, tapi lastly deorang ambil barang-barang deko buat dekat bilik sendiri memandangkan Cik Ina dah mula sakit-sakit. Hahaha! Kesian deorang. 
Dekorasi di Luar DEKTAR

Rupanya katerer provide satu lagi photobooth dekat dalam dektar. Bagus.
Tapi penghuni lebih prefer photobooth dekat luar. Tu yang lama tu nak cabut semua photobooth tu. 
Kesian la dengan bebudak deko, Cik Ina perhati je, deorang duk kemas lepas setel semua. 

Sponsor by SirDuo Enterprise

Nak tengok full dekorasi, kena tunggu next story okay. Hehehe!! Ni kan macam teaser je. Hahaha.

Post Protokol

Cik Ina lebih kepada surat-menyurat la. Lepas tu, dah tak kisah dah tentang post ni, sebab boleh berdikari sendiri. Hahaha! Gigih la deorang nak memastikan perjalanan MAP18. Siapkan usher bagai. Cue Card untuk announcer bagai. 

Cue card untuk announcer

Cik Ina dengan post ini tak berapa nak link sangat, tapi masih mengetahui hal-hal sebab terus direct dengan pengarah protokol terus. Malas nak masuk campur, beri mereka kebebasan untuk buat macam mana, lagipun Cik Ina tak ada la berprotokol sangat dan Cik Ina bukan seorang yang berdisplin ye. 

Post Publisiti

Post ini akan design-design-design & design. Ini antara design yang dipilih.
Begitu juga dengan post ini, Cik Ina biarkan sahaja. Pandai-pandai korang la. Hahaha.
Lagipun korang kan creative & Inovative sangat. Cik Ina tak pandai, Cik Ina onnnnn je selalunya,

Memperkenalkan kepada penghuni KTHO

Pendaftran Meja di Foyer KTHO

Invitation Card utk Penghuni
Menariknya card jemputan pun ala-ala oscars dah ni. 

Untuk VVIP dan VIP
Tak tahu la salah printing atau salah macam mana. Kan card VVIP ini akan dilipat. Bila printing jadi terbalik bagai. Cik Ina dok belek-belek jugak. Ahh, lantak la. Dah print, takkan nak print lagi.
Merugikan. Tapi card invitation lawa. 


Tentative Programme
Tentatif tu setakat Formal sahaja. Informal selepas itu. penyampaian anugerah lain pulak dibuat secara santai. Yang tentatif di atas adalah secara formal ye.  


Baju AJK

Baju AJK seperti photo  diatas. Pakat nama penaja kena ada yep. Ohhye, Ameeyra Beaty dah tak jadi penaja dah. Tak tahu la kenapa. Tapi fikir baik-baik la, mungkin terdapat kesulitan bagi pihak mereka untuk menaja MAP 18. 

Kedudukan Meja dalam DEKTAR
Tahu tak, DEKTAR tu sempit, tapi kalau buat ikut susunan begitu, nampak besar dan tak ada la B2B (Bontot bertemu bontot), hehehe! Banyak tahu Post jamuan buat design meja bagai, tapi lastly pilihan macam di atas. Orite!

Pentas Utama 

Berikut merupakan PENAJA MAP 18:

Penaja Utama TRUMER INTERNATIONAL BERHAD - menaja sebanyak RM11,000.

Khidmat Bumi Jaya - RM3000

Ijab dan Kabul - Menaja Printing 

Flora Bella Service - Menaja bunga tangan kepada kesemua penerima anugerah.*Cik Ina pun ada satu bunga, cantik*

Opah Sri Aman - menaja hadiah dan cenderamata kepada anak yatim Rumah Al-Kausar, Bangi.

Kidz Brand Outlet - Menaja hadiah Cenderamata untuk Rumah Al-Kausar

SirDuo Enterprise - Katering

Pusat Islam UKM - Wang & Hamper 

Alhamdulillah, MAP18 kali ini menerima pelbagai tajaan berbentuk wang dan juga barangan. So, memang grand la hadiah-hadiah yang penghuni boleh dapat. 


Felo Penasihat 2
 Tak siap ni, sepatutnya sebelah Cik Ina ada Zety, tapi dapat photo ini je. Jadi la. Buat kenangan masa hadapan. Ewaahhh!!

Apa pun, banyak sangat yang Cik Ina belajar dalam MAP18 ini. 

"Semoga masa akan datang, masih dapat merasainya lagi"

  

Wednesday, 20 May 2015

:: MAP 18: Food Testing ::


:: Makan ala-ala di Hotel Mewah, jiwa sangat ::

Yang food test ni lambat sikit nak review sebab ingat tak ingat je. Hahaha! Story yang mana ingat jela nampaknya. Food test pun asyik berubah-ubah tarihknya sampai satu tahap Cik Ina malas nak layan dah. Rasa macam budak-budak ni penat je asyik hubungi chef tu, lepas tu tak jadi, lepas tu jadi balik, lepas tu tak. Sampai akhir kalam, Cik Ina pergi jumpa Timbalan dengan Pengurus tanya boleh tak sekian sekian. Okay! Akhirnya Jumaat 15 Mei 2015. Food Test.

Tak payah pergi jauh-jauh. Dekat Bilik Mesyuarat KTHO je. Jimat tol, jimat minyak.

Katanya pukul 10 AM. Tapi godek-godek, pukul 11 lebih jugak dapat rasa.
Bukan rasa dah, makan. So, sebelum makan, macam-macam kena soal la. Kenapa sudu, garfu tak dilapik dengan tisu? Taknak kain tu lipat macam ni, nak yang boleh stand ala-ala keris tu.
Pinggan ini ke yang akan vvip guna?
Pastikan cawan tak nak sompek ye? Tahu tak sompek tu apa? Sompek tu macam retak ke, apa pecah sikit-sikit ke. macam tula. Mula-mula komen, benda yang jelas nampak dimata. 
Macam tu la selalunya kami buat. Susunan makanan diletakkan macam mana memandangkan vvip duduk memanjang. Berapa pelayan ditempat vvip? Itu semua yang jelas nampak.
Hidangannya? Portion dalam mangkuk tu macam mana?
Susun atur dessert? Macam-macam la, lupa pulak, walhal Cik Ina yang banyak tanya. Kikikiki!!!

Jelly & Tenggiri Masala
Sebab tu bebudak Jamuan diam. Deorang kata Cik Ina rigid, banyak songeh, nak itu ini,
kalau jadi bos, habis pekerja. Sampai hati deorang ni.*sedih*.

Tapi kalau tak buat macam tu, deorang akan buat sambil lewa. Dulu Cik Ina pun pernah buat program, tahu sangat ragam katerer. Hari ini cakap lain, hari kejadian. Hurmmmm!!!
Korang tak merasa tak apa la. Selamat ada akak sadoo yang aktif mengomen perihal itu ini.
Sampai chef tu kata "InshaAllah Puan, saya cuba sedaya upaya saya".
Maaf la chef, ini untuk kebaikan anda jugak, sebelah kaki dah ada dalam UKM, apa ada hal......

Ayam Masak Kuzi & Papadom

Bab makan-makan, tak ada nak komen apa. Sebab? Mudah je. Bila nama masak banyak, kena pandai-pandai agak. Puan Emak pun katering jugak dulu zaman Cik Ina sekolah-sekolah dulu.
Pandai agak-agak. Sedapppp. Yang pasti masak mesti ikhlas. LillahiTaala.
Jangan masak sambil lewa. Kalau awas-awas sikit, tambah jadi banyak. Jangan kurangkan kuantiti hanya semata-mata nakkan keuntungan. Sebab tu la, Allah pun bagi sikit je dekat awak-awak-awak sekalian.*terceramah pula*.

Sebab tu orang niaga terutamanya niaga makanan ni banyak yang culas. Tu yang Allh tak gemo (kata orang Perak), masak betul-betul sebab nak bagi makan dekat orang lain, pahala dan rezeki Allah akan berganda-ganda. Insha Allah. *Tazkirah Asar*.

So, makanlah bebudak jamuan dengan Cik Ina, En Said, Felo Zety, Felo Mazian, Felo Hidir.
Yang sebenarnya bukan food test dah. Ini menjamu selera namanya. Kikikiki.
Apapun Cik Ina suka Ayam Masala dan Daging dia. Ke'Arab'an sangat rasanya.

Buah Orange & Anggur

Tamat sesi test-test-test.

Yang sebenarnya takdak la test beri sangat. Takat nak tengok itu ini, mana boleh dicakap, kita cakap sekarang. Mana okay, kita jadikan lagi-lagi okay masa Malam tu nanti. Apapun, makanan Cik Ina tak komen, almaklum la, kaki makan, makan je apa ada. bagussss!!!

"Tak sabar nak tunggu dinner MAP18, tapi baju pun tak ada lagi. Kata organizer? Takkan tak ikut tema???"

:: Penilaian Blok KTHO ::


:: Jom cari blok yang cantik ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani

Pepagian Cik Ina dah merajinkan diri mengira keputusan pengadil untuk mengetahui keputusan blok, aras dan bilik tercantik. Pertandingan ini dah lama dah, tapi evaluation day  nya malam tadi. Memandangkan penyampaian hadiah akan diadakan serentak dengan MAP 18 (Malam Anugerah pelajar), KTHO Sabtu ini.*yang MAP 18 nanti Cik Ina story lain*. 

Tahukan, Cik Ina pegang folio Aktivasi Blok. Makanya, pertandingan keceriaan blok dibawah pimpinan *#takpimpinmanaaihhh* Cik Ina la. Ada la buat perjumpaan 2 3 kali sepanjang sem ni. Yela, Cik Ina pun jadi felo baru start sem ni, memang tak berapa tahu menahu la. Banyak je sebenarnya program simple yang nak dibuat, tapi sebab kengkangan masa, dah nak fessat la, FUS la, MAP lagi. Makanya biar la program-program lain tahun depan. 

So, malam tadi berlansungnya penilaian. Borang penilaian pun settle, tinggal tunggu Dato je.
KTHO ada 13 blok. Blok penghuni Lelaki 4 (Blok D, E, N, P) manakala Blok penghuni Perempuan 9 (Blok A, B, C, G,H,J,K,L,M). Hah, tak ke ramai. KTHO ada 691 orang. Lelaki 224, Perempuan 467 orang. Kalau nak bahagikan beberapa hari penilaian macam tak sempat sebab minggu ni semua busy nak uruskan MAP18. Nak tak nak kena round semua blok malam tu jugak. Sampai pukul 12.15am jugak la settle belaka. 

Borang penilaian

Mula-mula round blok Lelaki Blok D dan E. Almaklumlah, blok atas sebelah office, cepat la kan.
Round la tengok blok Lelaki, Aras, bilik deorang. MasyaAllah, deorang sembur perfume apa? Naik pening Cik Ina. Hahahah! Tapi ada 1 bilik tu, gigih sangat deko bilik dia. Nampak peratusannya macam bilik dia yang menang. Dato kata 'Jarang lelaki nak hias-hias bilik'. Hahaha.

Seterusnya ke Blok Perempuan (Blok A, B, C). Memandangkan Cik Ina merupakan felo aktivasi blok, duduk pulak blok B, aras 3. haruslah dikerahkan tenaga anak buah untuk hias cecantik yang boleh ye. Dapat menang blok pun kira ok la. Malu la weh kalau felo aktivasi, tapi blok ermmmm. Hahahahaha!! Gigih la Cik Ina melawat aras 3 hari-hari. Buang sampah pun Cik Ina check pintu bilik deorang. Hahaha!!

Blok B, Aras 3
Theme = Garden
Cik Ina sempoi okay. Kalaupun arahan tak boleh letak kasut dekat luar, tapi urmmm, pejam mata jela. Cik Ina faham weh, student student okay. Tapi malam tu remind jugak, simpan kasut dekat dalam, sapu sikit-sikit siarkaki/koridor kita tu, sampah jangan terkeluar, cuci sikit toilet korang tu. Hahaha. Bagi arahan jela. Cik Ina pun gigih kemas bilik. Takut bilik felo pun kena check. Memang pun, bila Cik Ina briefing semalam, siap cakap bilik felo tak, tapi bila dah duduk depan pintu bilik felo, disuruh bukak pulak. Cissss!!! Cik Ina je yang bukak terus tutup. Hahaha. Gigih tak bagi orang masuk.

Bebudak nie cakap, yang penting cermin cantik

Bila turun ke blok bawah, MasyaAllah. Rasa macam tak sanggup nak duduk. harap blok atas je yang berceria, blok bawah. Macam mana la budak-budak ni duduk dalam persekitaran macam tu. Ini pelajar ke siapa ni? Bermula dari pintu utama, naik tangga, masuk bilik, sampai la ke dalam toilet, aihhh!! Sepanjang hidup Cik Ina belajar, tak pernah lagi duduk dalam persekitaran macam tu.

Apa korang tak rasa geli ke? Dengan bau hamis, hanyir, hancing et al. Pelajar ke ni? 
Heeeeee. memandangkan blok bawah bilik sendiri-sendiri, macam tu la.
"Aku-aku, ko-ko la." Bagusssss nya la. Tambah pula yang duduk tu pelajar Tahun 2,3 dan postgraduate. Apa la.

MLA tahu tak, gigih la kitorang ni bagi salam, ketuk pintu bilik. Bagusnya ragam. Dari lampu On terus Off. Dari pasang lagu kuat-kuat, terus sunyi sepi macam dalam kubur. Diam tak berkutik. 
Apa punya ragam la pelajar macam tu. Tapi, Cik Ina biarkan. kalau korang tak layan Cik Ina pun bagus jugak, tak ada la Cik Ina berlama-lamaan dekat blok korang. 
Kalau macam ini la sikap dan pendirian korang, sampai bila-bila la sikap sambil lewa tu ada dalam diri. Diharapkan korang dapat memajukan diri sendiri. Kalau bukan untuk kolej, untuk diri sendiri pun kira okay dah. *bebelan panjang*.

Tiba-tiba bersyukur dapat bilik yang awesome.
 Bilik Felo yang besar, ada dapur, peti sejuk, bilik air, TV (paling penting). Sangat S.E.L.E.S.A. 

Sambil-sambil check blok apa semua, sambil tengok apa yang kena ditambahbaiki. 
Cadangan banyak. harap-harap direalisasikanlah. Itu sahaja. Yess!

Gigih menyiapkan jugak
Buat pukul 7 Petang, siap pukul 8.40 Malam.
G.I.G.I.H

Tahu tak, pintu Cik Ina kosong je sehinggalah teradanya semua-semua diatas pada jam 8.45PM. Hahaha!! gigih minta balik kertas warna warni Cik Ina dekat budak dekorasi sebab nak bt tu. *buruksiku*. Hahaha! Sambil-sambil tengok cerita TV3 tu, apa ke namanya Dia...Isteri Luar Biasa???Apakah?? Yela, buat halwa telinga la katakan. 
Tengok-tengok hasilnya, macam tak ada tangan. 
Cuba tengok dekat biodata Cik Ina tu, ada signature Felo Lukman, Cissss!! Mangkuk betul la felo kanan ni, di signnya aku punya kertas. Poyooo!! Hahahaha.

Keputusan?

Ada dah. Cik Ina baru lepas kira pagi tadi. Seperti yang diharapkan. Cewahhh!!
Jangan risau ye, Cik Ina tak ada tambah-tambah markah ke, buang markah ke, tak ye. Haha!
Markah aras tu yang tak menahan tu, senyum Cik Ina sorang-sorang dalam bilik.
Beza markahnya 3 je. 3 je. Kalau la aras tu tahu, hurmmm! 
Tak apa ye, adat bertanding.

Nantikan hadiahnya di MAP 18.

Tahniah!

Cik Ina pun bersyukur, sebab Portfolio Cik Ina dah settle, IPK dan Aktivasi Blok. 
Tinggal MAP 18 jela. Haisshhh, banyak sebenarnya pahit manis menjadi fefelos ni!!!

"Bukankah pengalaman semakin mendewasa dan mematangkan pemikiran?
Ye betul. "

Tuesday, 19 May 2015

:: Happy Teacher's Day: Alang, MakNgah & Busu ::


:: Cikgu - Jasamu ku kenang ::

Hyeee MLA. Selalu la kan Cik Ina ni, ada masa tu rajin sangat nak cerita perihal kehidupan yang tak seberapa ni. Ada masa tu menyepi macam hilang ditelan dek bumi, tetiba muncul tanpa diundang. Amboiii!!! Suka nak me'metafora'kan ayat tu.

Yela, tahukan. Tiap tahun mesti nak wish Hari Guru. Tahu tahu je la, kalau dah dalam rumah tu punya ramai yang menjadi seorang cikgu-guru & et al. Ada yang pernah jadi guru ganti pun ye. Tak ada kerja kan masa tu. Pergi la hantar resume ke PPD. Dapat la. Cik Ina pulak tak pernah hantar. Bukan jiwa katanya, walhal peratus nak dapat macam tak ada je. Krooooonnniiiii belaka.*sempat lagi tu*.

Tahun lepas dah cerita kan pasal cikgu-cikgu dari Ahmad Saidi's family kan.


Tahun ini sedikit enjoyable sebab Adik Busu pun praktikal dekat kg. So, Alang ada assistant yang boleh ajar Bola Jaring. Hahaha. MLA tahu tak? Tiap kali balik kg, perihal sekolah tu memang akan dengar la. Reff mangkuk, apa punya reff la, tak nampak ke double stapping, bla bla bla. Korang ingat Cik Ina ni kaki bola ke?? Sorry, Cik Ina dulu gila jawatan je. Sampai sekarang. Hahaha!!*gila*

Daripada tak tahu pasal sistem pendidikan Malaysia yang asyik berubah-ubah kepada tahu.
Daripada tak kenal cikgu yang hot , jadi boleh kenal.
Daripada tak tahu cikgu yang memang bombastik mister lova-lova time mengajar, boleh tahu.
Daripada nothing to everything.

Tapi, apa yang pasti. Bila orang cakap, "ala, deme ni anaknya arwah mat spring, cikgu-cikgu belaka"
Hah, makanya orang akan kenal la. Walaupun deme tak kenal Cik Ina sebab Cik Ina pemalu dan anak darasss kalau balik kg. Tak keluar rumah, terperap.*hakikatnya tgk HBO*. Orang tak kenal. miahahahahaha.

Apa yang pasti, mereka adalah cikgu yang penyayang, berusaha, tidak menilai titik peluh yang terbit.
Berbezanya mereka, mengajar sampai ke malam. Senang cerita siap buat kelas tambahan sampai ke malam. Puan Emak asyik suruh bawak tikar, bantal, tilam ke sekolah. *Adehhh, Puan Emak sungguh*.

Cuba tanya Cikgu Kampung, apa yang membanggakan mereka?

Tahu apa??

"Bila mana keputusan anak murid mereka A. Kalau tak A pun, daripada E ke D, D ke C, C ke B.  Dari nothing to everything
Bila mana mak bapak budak datang ke sekolah ucap terima kasih cikgu. Anak saya dapat masuk SBP. Siap bagi kain pasang satu."

Betul kan Cikgu-Cikgi??

Aiihhh, berceloteh ya amat banyak, Cik Ina nak sebenarnya nak story pasal hadiah hari guru.
Zaman Cik Ina dulu, hadiah yang menjadi pilihan adalah sabun buku LUX, takpun gelas. Curik Puan Emak punya. Hahaha. Tapi selalunya, jarang-jarang bagi hadiah. Dulu tak mampu. Rasanya cukup lah dengan ucapan Selamat Hari Guru, Cikgu. Cikgu dulu-dulu pun tak pernah meminta, kalau bagi ambil, kalau ucapan pun terima dengan hati terbuka. Tapi sekarang, dah macam trend pulak ye. Ikut la. Yang bagi mungkin bagi yang berkemampuan, yang tak berkemampuan, Cik Ina faham, ucap pun dah mencukupi. Cikgu korang semuanya humble. Nama lagi Cikgu.

Kalaupun Cik Ina tak bagi hadiah masa hari guru, tapi tiap-tiap kali musim buah, arwah abah akan datang naik kereta Opel dia, bawak berguni-guni buah durian, rambutan, kalau ada buah lain-lain masa musim tu, memang berbundut-bundut la dia bagi. Selalunya, masa tu mesti jamuan akhir tahun.
Bangga gila rasanya abah bawa banyak-banyak. Masa tu kawan-kawan boleh makan buah durian kuning. Mantappp!!! Itu je la yang Cik Ina ingat zaman budak-budak. Nanti nak recall lagi apa yang terkenang masa zaman sekolah dulu.

Tahun ini, zaman anak buah Cik Ina pula memberikan hadiah. Disebabkan tahun ni ada KakLong Anje, Puteri dengan Leesya (Tadika Permata Kg Gajah). Busu jadi mangsa nak membungkus segala hadiah-hadiah. Sampai ke malam katanya. Yang membeli tak dapat. Alang le tu. Alang kan cikgu BI KakLong Anje. Dah save dah dekat situ. Hahaha. Mainan Busu. 

Hadiah untuk Cikgu Sek Keb Seb Perak
Tak boleh pilih kasih, antara Cikgu suka dengan Cikgu tak suka. Mana mengajar semua kena bagi. Tak boleh bias. Sedih cikgu kalau tahu macam tu. Hadiah pun harga kena sama.

"Ikut la korang. Tapi apasal Alang tak dapat?? Nampak bias dah tu. Tak kiralah Alang tu MakLang dekat rumah, dekat sekolah Cikgu BI KakLong Anje, nak tak nak kena bagi jugak." - getus hati besar Cik Ina.

Cik Ina menggatalkan tangan tanya dalam group keluarga

" Tahun ni berapa kotak dapat?? hahaha"

Busu - Tahun ni Alang tak berkotak. Haha, takat dapat dari panitia guru dengan 2 3 orang je. 
Dah tak femes. Hahaha.

Mak Ngah: ????????

Hahaha! 

Busu punya. Tahniah. Ada yang meminati anda
Tak apa la. Hadiah tu sekadar menggembirakan hati guru je kan. Lagi best  kalau tiap-tiap kali solat, anak murid tu mendoakan rahmat dan lindungan Allah SWT ke atas guru-guru pun lagi afdal.
Yang bagi hadiah pun bagus. Yang mendoakan pun bagus.
Senang cerita, semua bagus-bagus. *dah melalut-lalut dah*

Rasa macam dah panjang lebar lembaran hal Hari Guru

Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu Cik Ina

Kepada Cikgu yang Cik Ina ingati (tapi lupa nama). Terima Kasih.
Buat Cikgu yang suruh Cik Ina cium tiang-tiang Kelas tu, tak siap kerja sekolah, Cik Ina ingat ye. Buat Cikgu yang suruh Cik Ina berdiri atas kerusi sebab tak hafal sifir, Cik Ina masih berdendam manja-manja *siap la anak cikgu lepas ni*, hahaha.Kehadapan Cikgu yang asyik paksa Cik Ina Kawad Puteri Islam, pergi bertanding dapat No 1, 2. Cik Ina marah sebab disebabkan itu muka Cik Ina berbelak-belak, Kepada Cikgu yang suka suruh cuci papan hitam, habis kotor tangan Cik Ina, boleh buat bedak tahu tak?? Buat Cikgu disiplin yang tak habis-habis panggil nama Cik Ina sebab tak pakai kain dalam dan inner , Cik Ina simpan dalam hati, buat Cikgu yang tak mengajar, tidur je, tak pun asyik sembang hal politik jeeeeee, Cik Ina masih ingat ye. Kehadapan semua Cikgu yang mengajar Cik Ina.

Cik Ina GEMBIRA sangat. Kerana anda Cik Ina disini hari ini. Dengan helaan nafas, mengejar angan dan impian. Semua yang berlaku mendidik Cik Ina menjadi Cik Ina hari ini.
Terima kasih Cikgu-cikgu Cik Ina.



* Terima Kasih dari Cik Ina untuk Cikgu *




Wednesday, 13 May 2015

:: AhGay A Cat ::


:: Daripada Correng menjadi AhGay ::

Maaf la, kalau MLA sentap pulak kalau dengar perkataan gay-gay nie. Almaklum la, nama kucing Cik Ina adalah AhGay. Asalnya Correng. Tapi ada beberapa perkara, terpaksa ubah nama beliau. Hahaha!

Balik hari pertabalan Sultan Perak aritu, Cik Ina terus tukar nama beliau. Elok je. Tak nampak rupa touching ke, sentap ke. Bila panggil " AhGay, eeoowww, AhGay, makannnnnnnnnnnn"

Hah, menceracak la lari. Kononnn sangat. Hero la. 

AhGay A Cat

Masa nak daftar surat beranak beliau, kena fikir duapuluhlapan kali nak letak nama apa. Hahah!
Penyudahnya AhGay. 

Nak tahu kenapa??

Cik Ina pernah tanya soalan ini

" AhGay, berapa kali tangkap cicak?"

" AhGay, berapa ekor tikus dah mati sebab ko??"

" AhGay, pernah bergaduh dengan eeooww jantan yang lain tak??"

MLA, nak tahu apa jawapan beliau?

eeoowwww *dalam nada yang sangat slowwwww*

Bapak pemalas ini kucing, nak tidur atas toto, tak pun atas katil Puan Emak, kalau makan tu, kalau boleh sambil baring, memang dah sambil baring. Kalau diangkat, buat-buat pengsan. banyak akal ini kucing. Dah tu, kaki membuta *orangperakkata*. Tidur je kerjanya. Tak boleh berpanas. Kalau ada maid yang usap bulu beliau lagi bagus. 

Tak ke Gay kalau macam tu?? Tak ke? Memang AhGay betul la.


Muka Cik Ina excited, muka AhGay *mintapenampor*

Muka tak puas hati la tu. Kena kacau tidur, Kalau petang, port lepaking AhGay dekat atasbangku belakang tu. Haiiissshh, Cik Ina memang tak puas hati betul la.


Tak ke pemalas rupa AhGay ni??

Biar nak kena picit-picit hidungnya. Biar lemas..Hahahaha!!! *gelakjahat*

Apapun, AhGay peneman Puan Emak bila tinggal sendirian. Penaman Kaklong Anje bila buat kerja sekolah sampai lewat malam, peneman Cik Ina bercakap, sampai kepada keluh kesah.

Disebabkan beliau tinggal sekor, menjadi kesayangan semua. Cissss!!!!


"AhGay, selamanya AhGay".

:: Detim Jommm ::


:: Detim dengan Kas & Syu ::


Cik Ina rasa dah lama sangat tak pergi SOGO. Rasanya dah setahun dah. Takat lalu ulang-alik naik train KTM&ETS jela. Almaklum la, tak ada keperluan nak ke sana. Kalau bersebab boleh la. Tapi Sabtu lepas, si Kas ini kata nak cari barang, minta Cik Ina temankan, rasa macam okay la. 

Lagipun asyik memerap je dalam bilik, sambil-sambil boleh cuci mata,
survey perfume ke, survey handbag CR ke, ala, window shopping  la kononnya. Walhal, bila dah sampai sana, ada je yang terbekenan dekat hati. penipu betul.

MLA nak tahu tak apa cite bila jumpa deorang ni, hah tak lain tak bukan thesis, conference, yuran itu ini, Konvo bila, itu ini. Wahhhh, tak ada cerita lain ye kita nie kalau jumpa. Mesti urusan duniawi thesis. 

Tapi Cik Ina memang kesian la dengan master FPI (Fakulti Pengajian Islam), kena bayar itu ini, kena conference sana sini, nak minta check abstract pun kena bayar RM100. Kiranya Cik Ina bersyukur la, masa check abstrack, Puan Penyelia je yang tolong checkkan. Tak ada pulak minta pengeras. Perggghhhh!!!

Conference???
Tak sempat nak buat *bukan tak sempat, taknak,takada duit*. Hahahah!!
Tapi FPI, sampai 2 3x la. Kalau dalam UKM tak apa, ini nak buat sampai UnisZa la, UIA la. Pergghhhh!!!. Tetiba rasa bersyukur dapat Puan Penyelia Prof Madya Dr Habibah Ahmad. Hahaha!

Kalau tak cerita hal thesisfie, mesti story pasal life. Alone. Lonely. Hahaha!
Kesian la kami-kami pelajar Master ni. Baru Cik Ina perasan, Hidup sendirian rupanya Cik Ina selama ini. Rasa macam dikelilingi ramai makhluk Allah, rupanya. Alone.

Cik Syu - Cik Ina - Puan Kas

Cik Syu ini student Master FPI, Puan Kas pulak Phd candidate. Cik Ina pelik la. Walaupun deorang stress nak siapkan thesisfie deorang, apasal tak naik jerawat dekat muka? Haihh, muka Cik Ina, jangan kata stress, tak stress pun jerawat menceracak naik. Bagai dipam-pam pulak. Menyampah.


Tuan Belog yang over

Penat tawaf dekat SOGO dan Jalan Tar. Berehat kejap. Melalui observation Cik Ina, walaupun rakyat Malaysia menentang keras perlaksanaan GST, tapi ramai je dekat SOGO. Sampai b2b la *bontot bertemu bontot* kalau nak lalu tu. Haiisssh, capai hanbag 2 3 label jenama lagi tu. Kata tak adda duit.

Yang sebenarnya ada duit ke tak ada ni? Kalau Cik Ina yela. Memang mengaku tak ada duit. Hahahah!! Tengah rehat-rehat dekat Masjid Jamek tu, mata Cik Ina tertacap dekat sekumpulan awekkss nie. Hah, sakan berborong. Tahniah!! 

Pembuktian

Hahahah!  Jam Edifice yang berharga RM839. Tolak baucer RM200. Tapi, bukan Cik Ina punya.
En abe Puan Kas punya. Itulah barang yang dia nak beli rupanya. Cik Ina takat telan airlior je. Hahahah.

"Seronok bersembang dengan rakan seangkatan, pengolahan maklumat itu padu"


:: RockBund Fishing Chalet, Marina Island ::


:: Selamat bercuti bagi penduduk Perak atas Pertabalan Sultan Perak ::

Walaupun Cik Ina duduk di Bangi, Namun begitu, atas dasar kuatnya rasa cinta akan Negeri perak, Cik Ina telah membuat cuti sendiri sambil bercuti dengan keluarga. Pilihan kami adalah dengan menjoinkan diri bercuti dengan sek Alang. Katanya cikgu-cikgu saja buat short vacation untuk release tension kot. Sekali la mereka berkonvoi, tapi kami tak join. Pergi sendiri, balik pun sendiri.


Long live the King
Long live the Queen

Semoga Allah SWT merahmati Negeri Perak yang penuh aman, makmur dan harmoni.
Agar bersatu padu, teguh dan kukuh jitunya persaudaraan dan ketaatan kami.

Okay, cukup-cukup. Sambil-sambil merasai pentas kemeriahan pertabalan hari tu, jom bersiap-siap gerak ke rockbund fishing chalet.  Hahaha! Perjalanan tak sampai sejam. 45 minit macam tu la. Sampai-sampai, terus terjah barbeque. Ada kambing golek terbakar-bakar, tapi tinggal rangka. Kitorang lambat, but dont worry, we all boleh makan lain. Ada nasi goreng, ayam bakar, jagung bakar & et al. Tapi rasa tak kenyang je. Jom, keluar pergi Lumut cari KFC. Hahahaha!!

Cabin menghadap Pangkor 

Yang syoknya Cikgu lelaki la. Deorang bawak pancing, sambil-sambil tu pancing ikan. Ikan besar wehhhh!! Mantop. Yang kitorang ini, melayan perasaan jela. Sambil-sambil menikmati cuaca dan pemandangan yang pergghhhh sempoi. Sambil makan KFC, sambil tengok laut. Apa ada hal!!

Kabin kami hujung sekali berwarna Pink

Dalam kabin ini disediakan 2 bilik. Toilet share. Katil single tapi ada dua. Satukan la. Macam kitorang, siap bawak toto, bantal, selimut bagai. Yela. Tak muat punya. Aircond nya, makaihhh. Sejuk. Kabin kitorang paling hujung, dekat dengan pintu masuk, almaklum la, keluarga yang datang last. Tambah pulak, bukan ada lelaki nak pancing-pancing. 

Yang pergi, Puan Emak, Alang, Adik, Eda, Cik Ina, KakLong Anje, Puteri dan Leesya.

Jom memancing

Takat melepak sampai pukul 12. Lepas tu, tak boleh belah. Masuk, cuci muka.*krooh kroohhh*
Waktu pagi lepas Subuh, bukak tingkap, dengar la bunyi burung, air laut, sambil dengar cikgu-cikgu bising dapat ikan ke apa ke. Arrhhh, lantakkan.

6 Mei 2015

Pagi-pagi tu, duduk melepak. Sambil-sambil layan perasaan. 

Sambil naik status dekat wechat
Kiddos bukannya suka kalau tak ada tempat nak mandi. Sanggup tu tak nak mandi dekat chalet, nak mandi kolam katanya. Lepas Subuh tu merasa la kejap sorang-sorang duk melepaksambil feeling-feeling fikirkan masa depan. Hamboiii.

Tengok kiddos dah tak menyabar nak pergi mandi. Bincang gitu-gini bawak la bebudak nie mandi dekat Marina Hotel. Dalam tu ada pool. Ikutkan jela. 

View menghadap laut. *Awesome*
Kiddos tak apa la. Deorang tak mandi. Yang Cik Ina ni dah mandi, kenapa kena masuk sekali? Yep, siapa nak jaga kiddos ni. Deorang kalau dah jumpa air, memang tak la. Orang pertama yang sampai, orang yang terakhir naik. Family cikgu lain dah balik, deorang boleh melepak dalam kolam lagi. 
Tak lain tak bukan Puteri dengan Leesya la. Kaklong Anje ni sebab dah besar, dah darjah 6, malu dah. Dengan cikgu-cikgu. Sopan dah. Hahaha!!


Kami

Orang lain dah habis. Kami? Belum.

Hahahah!!

Itu jela kisah Cik Ina pulang mengjointkan diri pergi Marina Island. Bukan buat apa pun, takat lepaking-lepaking macam tula. Dapat duduk dengan family kejap pun jadilah. Tengah ada untuk bersama-sama dengan keluarga, baik turutkan saja.

One day, kalau dah tak ada masa, mesti meronta-ronta nak adakan masa itu. 
Masa itu mulalah terkenang zaman-zaman tak luangkan masa dengan keluarga. Hah!

Selamat bercuti lagi. Lepas ini Cik Ina nak pergi jaauuuhhhh. Konon sangat!.