Tuesday, 28 April 2015

:: i-city Wet World ::


:: Selam Kepala ::

Rasa macam dah lama sangat tak mandi-manda dan membawa diri sambil selam kepala dalam air. 
Laaaaa.......maaaaa sangat. Tiba-tiba dapat offer dari MakNgah, nak join tak pergi i-city.
Memula memang tak la. Panas terik kot. Buat apa dekat sana? Tengok lampu ke?
Cukup la 2 kali pergi kesana dengan rasa boring je. Hoiii, mohon jangan bawak anak-anak pergi sana, membazir je. Hahaha! Itu masa pergi sana dulu la. Rupanya bukan nak pergi tengok lampu-lampu, tapi nak pergi mandi. Okay.

Ciss, dah sampai Sg Buloh baru MakNgah pesan swimming suit bawak tak? Cisss!! Tu yang malas tu kalau bukan jadi organizer ni. Mesti information tu skalanya hanya 50-50. Lagi 50 tu lupa nak khabo. Adoiii. Tapi tak apalah. Pakai jela legging + baju labuh. Lepas ini, no-no okay!.

Rupanya MakNgah dapat tiket murah. Aisshh, Cik Ina pun tak faham sangat. Kawan atas kawan pembelian tiket ni. Katanya tengah promosi. Tak tahu la promosi yang bagaimana. Yela, siap dapat lunch  dekat Hotel Best-Western i-city lagi tu dengan hanya membayar RM20/per head. Ikut kan jela. Mungkin nak memperkenalkan kepada umum kot. Tu yang buat promosi kaw-kaw-kaw punya.
Rugi PakNgah tak ikut. Makanannya boleh tahan jugak.

Kitorang sampai around 11.45am. Bila daftar, kaunter tu cakap kalau dah masuk, nak keluar balik boleh 30 minit sahaja. Dah kenapa pulak?. Buat keputusan baik tunggu makan. Dah tu, bebudak kaunter ni, bila tanya hotel tu dekat mana, direction pun bagi salah. Dah apa ke maknanya tu. Tapi, no hal. Jalan-jalan dapat tengok i-city waktu pagi. Bersih. Impresive la sekejap sebab dijaga dengan baik. 

Best Western i-city

Menanti dengan penuh sabar
Katanya makan pukul 12.30 tengah hari. Tapi, makanan telah di serve pada 12.12. Makanya, boleh la dah menjamu selera. Tak ramai lagi manusia masa ini. Senyap je. Tapi kalaukan anak MakNgah. Tak boleh nak senyap sangat laaaaaa. Hahaha. 

Nasi Arab
Cik Ina suggest dekat korang, ambil la daging hitamnya. Sedap. Tapi untuk Dik Kuan, Ikan Masak Taucu. Dia suka sangat. Siap tambah kot ikan. Bagi ratah ikan je. Memang asal kampung. Kekeke!
Untuk AbgLong, ketiau goreng je? Apakah? 
Rupanya nak makan mee rebus pulak lepas tu. AbgLong memang kuat makan.

Salad 
Tiap kali makan di hotel. Ini menjadi pilihan pertama Cik Ina. 
Macam la tak boleh buat. Tak pandai je. Kekeke!

hero's memang suka buah

Ais Kacang
Yang ni siap berbaris la orang nak. Cik Ina siap minta 2 mangkuk terus. Malas nak berbaris banyak kali. Sporting la ice maker tu, tapi supervisor dia, kerek je. Bising-bising cakap letak kacang banyak la, itu ini la. Ada ke macam tu
Dik Kuan
Kalau diberikan tab, memang mendiam jela lepas tu. Tapi memang tak lama la. Dapat makan diam la. Nak bersuap sendiri. Ini budak kena jahit tangannya sebab digunting oleh AbgNgahnya. Sekian. Terima kasih.

i-city Wet World

Jom mandi jom. Oishhh, ingatkan ramai sangat-sangat la. Rupanya lengang je rasanya. Macam mandi dekat private hotel pulak. Hehehe! Tak payah berbaris kalau nak mandi. Siap boleh mandi-rehat dekat bangku-mandi balik-rehat balik-mandi. Sampai dah boring. Haha.
Arca dipintu utama
Terus sewa locker untuk simpan handbag. RM 10 sahaja. Yang malasnya, kena guna kad apatah, kena reload dulu, baru boleh minta kunci. Selamat tak jauh. Tappi malas la nak pergi sebab panas.
Tak boleh ke booth kad ezi tu bersebelahan je. Apa maknanya jauh-jauh tu. Menyusahkan ye. Tapi lantak la, MakNgah yang pergi. Cik Ina jaga anak.

Kosong + Enjoy
Hero's suka la. Deorang jela yang conquer tempat mainan dekat situ.

Ber'maggi'an
Dah lama berendam. Tahu pulak hero's ni lapar. Tapi, semangkuk maggi tu RM5. Tapi dah lapa. Balun jela.  

Berjacuzzi la Cik Ina
Yang ini berhadapan dengan port mandian hero's. Bertukar jela. Kejap Cik Ina, kejap MakNgah. Tukar-tukar. Tempat Cik Ina nun dekat jacuzzi la kononya. Tapi best!! tak payah nak beratur-beratur panjang kot. Siap boleh tidur la kejap. 

Tak mandi pun dekat sini
Yes! Cik Ina, MakNgah dan hero's mandi dekat 2 tempat tu jela. Nama bawak bebudak.  
Janji deorang enjoy. Cik Ina pun suka. Siap boleh main polis-polis la, harimau la, buaya la. Dah kenapa Cik Ina pun jadi bebudak jugak. Selamat tak ramai. Kita layankan jela. 

mandi sampai hujan. Hehehe!

Dah hujan baru tahu nak berenti mandi. Jom siap-siap. Balik.

"Keluarlah untuk melepas rasa gundah-gulana yang ada. 
Moga dengan itu, segala kekusutan itu terhapus."


:: Lulus & Layak Berkonvokesyen ::


:: Mencabar betul la ::

Huissshhh. *sambil lap-lap peluh*. Maklum la, siapa yang tak terkejut, belajar punya la lamanya. Pelbagai dugaan, rintangan, cabaran dilalui, boleh pulak mengkome dapat surat gagal dan diberhentikan. Dimanakah kesulitan itu? Terloncat *toink *toink duatigakali la dalam bilik bila mana dapat call dari busu.

Hoi makchik, apasal engko dapat surat berenti belajar. Siap tulis Gagal lagi tu. Ko dah kenapa?

Huiiissshhh, dari tengah syok layan runningman, terus jadi running Cik Ina. Cuci muka-solat-bersiap-dessuuuuppp pergi fssk. Tapi hampa. Pergi ke PPA (Pusat Pengurusan Akademik) nun jauh di lingkungan 2 dekat library 2.  Sendirian je, sambil tunggang Mr Red. Bagus la Abang Merah ini.
Dikala suka-duka-susah-senang, mesti bersama. Pun sama, tak setel jugak.

Tapi siap buat muka kesian+ banyak tanya

"tolong la Encik, macam mana pulak ni, tetiba je dapat surat berhenti, Gagal pulak tu. Saya punya result CGPA keseluruhan dah dapat ni Encik. Tolong la Encik, sampai hati. Nak habiskan penuh dengan air mata, tangisan, nangis sambil peluk bantal la"

Hahaha! Nampak tak tu. Sambil sendu-sendu depan student undergraduate. Mesti deorang cakap, pelak apa la kakak sorang ni. Emo semacam je. Kekekeke! Janji Encik tu tolong. Siap keluarkan senarai nama lagi la. Uiissshhh, bebola mata diperbesarkan. Hikhikhik (gelak manja-manja), ter ok ter terbaca la result member-member yang lain. Pheeewwww. Jangan marah ye korang.
Tak sengaja. Hikhikhik. Tapi Cik Ina janji tak oyak dekat sapa-sapa. Oyak dekat MLA ini je. 
Tapi result deorang bukan main gempak lagi. Syukur la korang!

Hah, melalut sampai result pulak. Hah, lepas tu kan MLA. Pergi lagi sekali ( Isnin) ke FSSK sebab Encik itu suruh. Apa-apa berhubung semula dekat Fak awak. Baik. Saya yang menurut Perintah.
pergi-pergi terus tanya. Bila di check kan nama. 

Yahooo!!!


Yehaaaaaaaa!!!


Yes!



Syukur Ya Allah atas segala nikmat dan rahmat itu.


Sila lihat status daftar diri
Ye MLA. Konvokesyen/ Tamat Pengajian. Rasa nak nangis (konon walhal dah nangis). Gembira tak terhingga. Rasa syukur sangat-sangat. Allah SWT memberikan peluang kepada Cik Ina untuk terus sambung belajar. Kalau nak diceritakan dekat MLA bagaimana peritnya melalui rasa sepanjang belajar itu. Hanya mereka yang merasainya sahaja yang dapat rasa perasaan itu. Percayalah.

Oleh itu, sambunglah belajar kalau

1. Nak menempelkan banyak jerawat dimuka
2. nak merasai kena maki-keji-carutan-bebelan et al.
3. nak rasa sentap dengan classmate
4. nak menyendiri buat masa ini
 
Namun begitu,

Sambunglah belajar kalau hendak merasai "rasa itu"
kerana "rasa itu" sungguh indah sekali.
Sehinggakan masih terasa-rasa akan keindahan "rasa itu". 



"Rakan yang baik, rakan yang susah-senangnya, gelak-tawanya, tangisan dan air matanya 
bersama-sama, Itulah, keluargaku."

Friday, 24 April 2015

:: Gagal ::


:: Surat Gagal dan Diberhentikan ::

Eheemmmm-ehemmm!! (betulkan dulu urat tekak). Hahahaha! Nak cerita dari mana dulu pun Cik Ina tak tahu. Almaklum la, terkejut punya pasal. Macam terkejut tengok En Beruk dalam bilik sambil main sambal belacan adabi Cik Ina. Terkejut macam tu la. Hah, macam tula. 

Kadang tu kan, bila dah bosan tahap gaban, barulah tangan capai ana'sue_nam'un. On Facebook,
konon nak tahu isu semasa. Bila tengok komen-komen, ada muka Ahmad Maslan. Selidik punya selidik, lahhhhhh...Hahahaha. Cik Ina tak suka nak komen-komen. Tapi baca komen, suka.

Tapi hari ini, terus tertype 

"kemaslanan apakah ini?"

Jahat lah Cik Ina. Mungkin sebab terkejut dan tak sangka. Share dekat wassap family dengan status sedemikian. Pakat kena gelak berjemaah. Bukan gelak dengan photolicious tu,tapi dekat status. Mangkuk!!


Kemaslanan apakah ini?

Dah mengapa pulak? Aduhaiii jiwa! UKM ni suka yang bukan-bukan. Cik Ina kalau dengar orang hasut-menghasut, edit-mengedit, sampai-menyampai, arghhh, bukan akulah yang akan percaya bulat-bulat. Tak ada bukti dan literature review (ewahhh), jangan haraplah Cik Ina nak percaya!

Dengar boleh, percaya jangan.

Hah, itu falsafah masa umur 10 tahun. Hah, umur 10 tahun dah ada falsafah. mantap sungguh dah tu. Tapi itulah hakikatnya. Kalau orang kata, orang pejabat FSSK memang gitu gini, gana-gini.
Hah, Cik Ina tak kan percaya selagi tak kena setepek dekat batang hidung sendiri.

Bila dah kena maki dekat pejabat FSSK, hah, baru percaya. Masa itu, memang berbakul sumpah-seranh. Tapi itu kisah dahulu kala. Sekarang, antara Cik Ina dan Pejabat FSSK dah boleh jadi kawan dah. Ewahhh!!.

Tapi, kali ini apakah kemaslanan yang berlaku?

Dapat je photolicious ini dari Busu, terus bersiap. Dah permasalahan apakah yang bakal Cik Ina lalui.
Terus bergerak ke Pejabat Siswazah FSSK. Pejabat ini, Cik Ina jarang  masuk, dalam 1 semester tu, ada la sekali masuk. Sebab tak ada kepentingan. Tapi kali ini, masuk sebab nak setel secara berhemah. Masuk - bagi salam - jumpa pengurusan. Alahaiiiiii, Makchik, dah ekau kenapa? Hari ini hari Jumaat, esok lusa cuti. Jangan la cemberut sangat. Masalah betul la dengan pengurusan FSSK ini. Pelik - pelik belaka. 

Bersangka baiklah Cik Ina. Lantak lah, janji setel urusan aku. Pun tak setel jugak. katanya Person in charge (En Hassan) meeting. Pergghhhh!! Okay. Ishh, tak puas hati la.  Baik Cik Ina pergi ke PPA (Pusat Pengurusan Akademik). Selamat la Cik Ina tahu PPA dekat mana memandangkan dah bukan dekat PPS dah.

Masuk pejabat, tunggu no giliran. Alhamdulillah, segala kekusutan diperjelaskan.
TQ la Encik apakah namanya sebab membantu memberi penjelasan. Yela, MLA tak gerun ke, dah siap tesis, dah dapat result keseluruhan (Alhamdulillah). Tengok-tengok status belajar diberhentikan. 

Pun begitu. Tak setel jugak urusan. Kena jumpa jugak PIC En Hassan. Cik Ina tak salahkan sesiapa, cuma kadangkala tak faham sangat procedure UKM ini. Apapun harap-harap hari Isnin ini, setel belaka. Bila difikirkan balik, kelakar la pulak. Ada pulak gagal dan diberhentikan kerana tidak mendaftar. Memang tak daftar la sebab dah tamat. Aduyaiiiii.

"Janganlah kita menunjukkan kebodohan kita hanya dengan menyatakan sesuatu tanpa pembuktikan"

Monday, 13 April 2015

:: #bukubulanini : TGNA dan DIAgnosis2 ::


:: Taktahu nak baca apa dah ::

Habis dah! Tak tahu nak baca apa lagi dah. baca mukabuku pun sepanjang masa, sampai naik pening otak. Apa ke bendanya ni? Kalau tengok on9 news, mesti pasal kes bunuh, kerat-kerat, accident. Auoocchhh, ngeri. Tak ada ke kisah yang melapangkan dada, mencerna kefahaman. 
kadang-kala yang tak payah nak dihebohkan didunia pun diviralkan sampai boleh mendatangkan fitnah dan ketidakpastian maklumat. Amboiii !! tetiba rasa macam good-good je Cik Ina nie. Walhal dah jemu la tu dengan facebook.

Ala, FB jarang-jarang tengok. Tapi, kalau tengok, lama ya amat. Kadang tu rasa menyesal pun ada. kalau la masa ini Cik Ina buat assignment ke, apa ke. Tak ada la membazir masa. Konnonnnnnn sangat!!

MLA, Cik Ina nak mengadu domba. Boleh tak ni?
Cik Ina dah 3 bulan tak beli majalah. Majalah DARA, NUR, Hijabista dan Majalah picisan yang lain. Selalunya akan spent money RM35 untuk majalah sahaja. Kenapa? Why? Why? Why Cik Ina dah tak hectic nak membuat koleksi dah? Mengapakah! Ahhh, tak faham dah dengan jiwa dan perasaan ini.
Kenapa tak nak beli majalah-majalah-majalah dah ni. Dulu kegilaan sungguh. Kenapa ye??

Cik Ina menemankan bonda Mie pergi beli mouse, katanya senang nak cut paste data SPSS. hah, memang la. Tapi yang Cik Ina pun menyibuk sama dah kenapa. Sebelah booth tu ada jual buku, sambil-sambil tu cuci mata, terus terpandangkan buku Tok Guru sebuah biografi awal. 
Lah, dulu lagi cari dekat POPULAR dengan MPH. Katanya habis stok. Sampai terlupa kot!
Tengok, ada orang jual. Okay! Ambik.

Bila baca? Lambat lagi. Slow-slow baca. Sebab nak faham bukan senang ye!
Sedangkan buku Doktor Umum pun ambil masa 6 bulan nak habis. Hahaha! Nampak sangat pemalasnya Cik Ina.

Admirer both of them
Nak tahu tak macam mana cara Cik Ina baca buku ilmu macam ini?
Caranya sama macam Cik Ina buat masa Tingkatan 6 bila mana nak fahamkan SEJARAH.
Almaklumlah, peminat tegar SEJARAH Malaysia. Kalau tak, takkan dapat A ye SEJARAH STPM.
Gileeee la. Walhal, apa ada dengan SEJARAH? SEJARAH banyak membohongi Cik Ina.


Caranya?

Sambil baring atas katil, bawak sekali biskut plus air teh ke kopi ke nescafe ke!
Sediakan highligter sekali, pastikan bantal lembut.
Most important pasang lagu hindustan yang melelehkan, maknanya lagu jiwanag-jiwang.

Haah! Mesti simpan dalam inbox otak. Percayalah!

Berkesan tahu tak kaedah P&P Cik Ina

Baru page berapa tah. La ni pulak terbeli buku baru pulak. Konon menemankan Mazian pergi beli baju. Termasuk ke MPH. Terus nampak buku ini, terus beli. Walhal buku DIAnogsis1 tak baca pun lagi. DIAgnosis1 beli tapi tak baca sebab tak tahu kemana menghilangnya buku tu. Nak beli lagi, aishhhh...macam tak je. Ala, Cik Ina tahu, mesti dah tersimpan sekali dengan buku-buku lain dekat rumah MakNgah. Nak selongkar balik, malasnya!!

DIAgnosis2


Seperti Chicken Soup With The Soul

Well, bahan bacaan macam ni memang mudah dihadam. Macam baca CSWTS je. Simple, mudah faham, jalan penceritaan yang bersahaja. Cuba MLA bayangkan DIAnogsis1 tu, tak berbukak pun plastiknya lagi. Macam mana ni? Hahaha.

Sesuatu yang menarik perhatian Cik Ina untuk terus bukak balutannya adalah dari kata-kata tersebut

"Moga sekuel DIAnogsis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka. Bacalah dengan namaNya." - DIAnogsis2 (2015)


Walaupun baru melangkau page 34, buku ini menarik-narik minat untuk terus selak ke halaman seterusnya. Tapi, Cik Ina lebih suka membaca di kala sedang bersusah hati. Memang akan membantu. Percayalah.

Notajiwa: Nak baca mana satu ni? Kejap selak buku TGNA, kejap buku DIAgnosis! Hahaha.


:: KTHO: Kursus Tranformasi Felo Kolej Kediaman ::


:: laaaa...........maaaaaaaa sangat tak join kursus ::

Hahahahaha. (mampu ko terus gelak)!. Betul MLA. betul sangat. Lama dah Cik Ina tak join kursus-kursus-kursus macam ni. Last, dulu pun masa belajar USM dulu. Pergghhhhhh, laaaa....maaa sangat dah tu. Kalau ikut kursus pun, bukan sebagai peserta, tapi lebih kepada urusetia yang tak berapa nak setia. Kejap ada. Kejap hilang. Nunnnn dekat sana, tengah makan free. Haruslah!

Yang seaslinya, hati berkeceramuk juga. Almaklum la, tiket flight dah book. Tengok-tengok, kursus pulak. Memang sentap sampai menangis bucu katil. Tak dapat ikut Cik Dayah bervacation oii. Planning bapak lama, sampai siap sepelaungkan dekat family Mak Ngah cakap "sorry, I nak pergi Thailand pertengah bulan 4 ni ye, bye-bye". Memang kena perli kaw-kaw la nampaknya.
Apa yang diharapkan memang tak menjadi. Gigih la kumpul duit. Gigih la pergi survey port terbaik dekat sana.

Sampai dah mimpi-mimpi nak round pasar chatuchak wehh oiii. Pelamin anganku musnah. Musnah lagi berkepuk-kepuk bila mana duit dah simpan sewajibnya digunakan untuk menjilid thesisfie. Tak apa. Alhamdulillah. Nampaknya #mostachieve2015 iaitu memperbawakkan diri ke Negara orang macam tak achieve je tahun ni. Harap-harap ada la peluang-peluang yang turun dari langit. Dah aku kenapa?  Lagi bertambah jealous bila Cik Dayah tak habis-habis upload photolicious dekat wechat. Gigih jugak la Cik Ina like & comment . Hahaha! Gigih.

Dayah, aku harap ko bawak balik gajah sekor. Aku nak bela. Buat takutkan beruk yang serang aku dulu. Sampai sekarang aku berdendam dengan beruk tu. Hahaha.

"Felo diwajibkan HADIR"

Baiklah. Saya yang menurut Perintah. Desus hati kecil Cik Ina. 

11 April 2015

Passionate to Writing

Kemana sahaja. Harus mencatat. Nampak macam ortodok sangatkan. Tapi itulah Cik Ina. 
Kena tulis-menulis-tertulis. Rasa macam tak syok la, dengar kursus tapi tak tulis input-input penting.
Rugikan. Itu kata Cik Ina la. MLA? Cik Ina tak tahu la.
Cik Ina ni pelupa orangnya. Lepas 30 minit "Eh, apa Datin cakap tadi".
Hahahaha. Dasar semakin meningkat usia betul la. Baru je cakap, dah lupa. Banyak makan meggi, macam tula. (nak menyalahkan meggi plak dah).

Zety , Cik Ina , Mazian
Kalau nak dibandingkan pengalaman deorang dengan Cik Ina. Banyak benda Cik Ina kena belajar lagi. Bayangkan. Just imagine. Mazian dah 3 tahun jadi MEP, 3 tahun jadi Felo. 6 tahun berkecimpung dalam dunia kefeloan ni. Lagi arif kot.

Zety pulak, walaupun baru menjadi felo seperti Cik Ina, tapi dia merupakan pelajar KTHO dari zaman degree lagi. Walaupun tak jadi MEP, dia yang menjadi tulang belakang MAP sepanjang 3 tahun ni. Walaaweehhhh.

Cik Ina? Baru 3 bulan menjadi fefelos yang kadangkala tak ada macam felo pun.
Banyak tak tahu dari tahu. Rendah diri. krik~krik~krik!

NC UKM, Prof Dato' Dr Noor Azlan Ghazali

" Kita seharusnya mencabar kelaziman, keterhadapan dan mempunyai 3R dalam diri. 3R stand for Relevent, Respected and  Refered. " 

kadangkala beliau akan berjalan-jalan sekitar UKM pada waktu malam untuk menyelami rasa itu. Melihat suasana dan keadaan pelajar."

"Ya, mencabar kelaziman" 

Naib Canselor UKM, Prof Dato Dr Noor Azlan Ghazali

TNC UKM, Prof Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal


Jenuh cari gambar masa dekat Parlimen Mahasiswa haritu. Dekat mana tah Cik Ina letak. Siap peluk, pipi kiri kanan lagi. Masa dekat sana baru la tengok Datin dekat-dekat. Selalu tengok jauh-jauuh je. kali ini siap bersembang bagai. humble sangat. 

Kenapa Cik Ina kata humble?

Kerana katanya yang memberi inspirasi kepada Cik Ina

"Kita mempunyai halatuju dan pemikiran yang sama"

Eh, MLA tahu tak?

UKM berada di tangga ke-19 bagi penyertaan universiti bawah usia 50 tahun dan di tangga ke 151 di seluruh dunia. We are top 200 University! Tahu tak ni?? Hahaha. Cik Ina dah dengar kali ke-5 untuk bulan ini. Seharusnya kena semat dikotak fikiran. 

Dato' Dr Sheikh Muzhapar Shukor, Angkasawan Negara

Slot 1: Ketrampilan Korporat.

Jiwa sangat dengan beliau tahu tak? Kali pertama bersua muka. Kebanyakkannya berkisarkan pengalaman beliau. Apa yang boleh Cik Ina katakan, beliau sangat lurus. Maknanya, tak ada bengkang -bengkok. Terus direct to the point. Tapi, sebab memang admirer, haruslah mendengar dengan penuh kekhusyukkan. Hahaha!

Proud 200%

Prof Dato' Dr Mohammad Shatar Sabran, TNC HEPA dan Alumni UPM


Dapat saja mic, terus minta pen marker dengan pemadam. Hahaha! Selalunya kalau kursus petang, dah tu pulak, baru lepas makan, memang mengantuk la. Tapi kali ini, syok. Sambil gelak ketawa. Memang berjiwa pelajar betul la Prof ni.

Jejari Cik Ina laju je pergi website UPM. Nak tahu serba-sedikit-banyak latar belakang prof ni. 
Seronok tahu tak bila dia bercerita. "Saya kalau nak sampaikan sesuatu, mesti bercerita. Pendahuluan je dah 2 jam. Hahaha! Yang nak dicerita pasal CGPA+ SOFT SKILL= KERJA.

CGPA plus SOFT SKILL equal KERJA

Tapi, dia punya putchline sampai ke kisah anak beranak dia. Awesome!

Masih terngiang-ngiang di telinga, nasihat beliau, kita semua akan mati. Ada 3 perkara yang dinilai. Rasanya semua tahu. Pertama, doa anak yang soleh dan solehah. Tapi sekarang betul ke? Ada ke anak yang betul-betul doakan ayah mak selepas solat. Sekarang ni, lepas je solat, Assalamualaikum Warahmatullah kanan kiri, lepas tu terus capai handset, upload gambar lepas solat. Tak pun wasap, agak-agak dan ke berdoa??

Kedua, sedekah. Perempuan mungkin jarang. Tapi lelaki. lepas solat Jumaat, tin sedekah tu lalu, takat sedekah dengan senyuman, maka berlalulah pergi tin sedekah tu.
Takpun gaji RM10K, tapi sedekah RM1. Agak-agak, macam mana ke sedekah tu?

Apa yang pasti adalah yang ketiga. Ilmu.
Sebab ILMU tak akan pernah putus. Tambah pula bila ia berpanjangan. Orang menggunakan ilmu yang kita sampaikan. Itulah saham akhirat kita. Jadi, apa tujuan kita belajar? Untuk menuntut ilmu. Jadikan ia sebagai priority utama kamu berada disini hari ini.

Wahhh, paanjang lebar gila. Sentap!

Tapi..

Kata-kata terakhir Prof yang disimpan di kotak ilmu Cik Ina

"dalam hidup ini, jangan sesekali mewujudkan satu titik hitam
 - Prof Dato Dr Mohammad Shatar Shabran"


12 APRIL 2015

Cik Ina , Ami , Mazian
Kali ini, kami pulak, Zety dah balik ke Sarawak dah. Almaklum la, dah dirisik orang. 
Okay! Tahniah ye. cincin ko lawa dik. Akak akui, akak seronok tengok. Hahaha.

Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek


"Tidak ada dunia yang memberi kebebasan yang MUTLAK kepada manusia"

Dr Suzeren Md Jamil

"Bila mana felo itu baik, pelajar ikut, bermakna student suka dengan felo tu, bila mereka respect , everything will be easy. Be SMART. - Dr Suzeren (2015)

"Sampaikan Perkara Yang Benar" - Dr Suzeren (2015)

Alhamdulillah. Selesai. Pening kepala nak hadam maklumat yang ada. Balik bilik, pasang lagu hindustan. Okay! Jom fikir kembali, renung dan baring sambil terus lena. Aduyaiiii.

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternakan, ada yang berlainan jenis dan warnanya? 
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang yang berilmu.
 Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." (Surah Fatir: 28)



Friday, 10 April 2015

:: Finally, Thesisfie oohhh Thesisfie ::


:: Syukur Ya Allah ::

Finally, syukur Ya Allah atas keyakinan & kejayaan ini,
Kepastian ini terbit dari air mata, tangisan, gurau-senda, pengorbanan!!
Percayalah, semaraknya cinta hasil dari RASA INI,
Syukur Ya Allah, Amin Ya Allah.

ZURINA AHMAD SAIDI S.SN.SOS. 2015. UKM

Tangisan itu tersangatlah pasti. Kadangkala sehinggakan putus asa yang teramat.
Terkadang, bila hati semakin disakiti dengan thesisfie yang tak henti-henti,
hati mula terdetik itu dan ini. Hai hati bersabarlah. Berdoalah.

Bukanlah mudah untuk mudahkannya.

Bukan senang untuk disenangkannya.

Berusahalah.

Sisi tepi

Nak mendapatkannya. Teramat terluka. Bila dimiliki, air mata tak henti-henti mengalir.
Doanya tak pernah putus. Sehingga tidur juga bertemankan air mata.
Ahh, ini rasanya. Betapa rasa ini lah yang ditunggu, dinanti.

Sambil menaip pun, air mata boleh mengalirkan??

Dah Cik Ina kenapa pulak??

Sedu sangat tahu tak? Menangis air mata darah sekalipun, rasa ini masih membara.
Kepada siapa harus dipeluk cium? kepada siapakah harus diruntun rasa ini? Kepada siapa harusku canang yang "dunia, lihatlah Cik Ina, Cik Ina sedang merasa rasa ini". 

Hai la hai. Nak sampaikan kepada dunia apakah rasa ini. Nak kongsikan bersama-sama rasa ini.

future!! Please hold me tightly
Kehadapan masa depan,
Peganglah aku sekuatnya!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan berkat segala limpah rahmat dan keizinanNya, syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahNya dapat saya menyiapkan tesis ini sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Sains Pembangunan).

            Jutaan terima kasih ditujukan khas buat Prof. Madya Dr Habibah Ahmad selaku penyelia yang banyak membantu dengan memberikan bimbingan serta teguran yang membina sepanjang pengajian. Segala tunjuk ajar yang diberikan amatlah dihargai dan disanjungi. Penghargaan juga kepada semua pensyarah Program Sains Pembangunan yang telah banyak memberi tunjuk ajar secara langsung atau tidak langsung sepanjang pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Segala ilmu dan dorongan yang diberikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

            Istimewa penghargaan ini ditujukan buat keluarga tersayang yang sentiasa menjadi pendorong dalam meneruskan perjuangan ini. Terutama bonda kesayangan Saaniah Binti Mat Jaafar yang acapkali mendoakan kesejahteraan dan kekuatan untuk meneruskan pengajian dan Allahyarham Ahmad Saidi Bin Razali yang menjadi pembakar untuk mencapai angan-angan yang makin nyata. Al-Fatihah untuk ayahanda, semoga di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Seterusnya, penghargaan ini ditujukan buat Kakta, Angah, Alang, Uda, Eda dan Ebi yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam memberikan kata-kata semangat dan peransang untuk meneruskan perjuangan. Pengorbanan, kesabaran, ketabahan, semangat, sifat memahami dan bantuan kewangan dari kalian mendorong diri ini untuk menyiapkan kajian ini. Teristimewa untuk anak buah kesayangan Kak Long Anje, Kakak Puteri, Intan, Abg Long, Abg Ngah, Dik Kuan, Leesya dan Dik Hadif, semoga kekuatan Mak Cik menjadi penguat iltizam untuk kalian terus maju dalam kehidupan. Kepada Abang Ipar (Abg Wan, Abg Zulpahmi, Abg Amid dan Abg Hisham) yang sentiasa membantu, jasa kalian seringkali disemat di ingatan.

            Buat rakan-rakan seperjuangan, pengalaman, galakan, gelak tawa, tangisan dan tunjuk ajar kalian menjadi hadiah yang tidak ternilai. Terima kasih di atas nilai persahabatan dan kemesraan yang dipamerkan. Tidak lupa ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di atas bantuan dan kerjasama yang dihulurkan dalam proses menghasilkan kajian penyelidikan ini. Segala nasihat, kerjasama, bantuan dan jasa baik kalian semua amat saya hargai. Tanpa anda semua, mungkin kajian penyelidikan ini tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Pengalaman yang dikutip bagi menyempurnakan kajian ini tidak ternilai harganya. Semoga Allah S.W.T jua membalasnya.

Sekian, Terima Kasih.

Zurina Binti Ahmad Saidi (P 69456),
Program Sains Pembangunan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor.

Note: Cuba bayangkan, sambil menyatakan penghargaan, airmata juga meluncur laju.
           Hati Cik Ina mudah sentap nampaknya. Hehehehe!!

:: KTHO: UKM Career Expo & Saya Sayang UKM ::


:: Enjoyable, Hectic Detected & Pemimpin ::

Harus mewakilkan KTHO pulak ye. Memandangkan Cik Ina dalam mood bercuti bagai. 
Memang menjadi kewajipan ye mewakilkan itu ini. Enjoy sangat! Sambil dengar-dengar dapat makan. Itu yang utama ye!!

Career Expo UKM 2015 

Ikutkan saja la. Siap adik-adik Cik Ina kena paksa ikut sekali. 
Walhal deorang tengah discussion. Hahaha! 

Husseinians!!

Saya Sayang UKM

Kempenkan ni? Ini kempenkan?
Petang tu pulak, ikut memperjointkan diri ke kempen I LOVE UKM.

Anjuran MPP Aspirasi UKM

Solidariti KTHO LOVE UKM
 Biar orang nak kata apa, rumah kita, kita yang jaga. Biar ribut pun kalau teguh tiang kita pegang, takkan roboh pagar dipasak - Mohd Farhan Khairudin (Speaker MPP Aspirasi UKM)

Mari Kita Dengar, Apa yang dilaungkan! Apa yang dijanjikan! Apa yang diinginkan!
Tahu tak, ini dalam SEJARAH. Layankan!


Wakil KTHO

Sebenarnya banyak perkara yang terlintas di fikiran Cik Ina tahu tak?
Tapi tak terluahkan. Sekurangnya apa yang dinantikan terjawab.
 Tak gitu??.

Well done Cik Ina !!


:: KTHO: And that's A Reason MEP ::


:: Pencarian Majlis Eksekutif Pelajar KTHO sesi 2015/2016 ::

Yes MLA! Pulang sahaja Cik Ina daripada short vacay ke Kelantan, terus pecut ke bilik meeting
Mempersiapkan diri untuk menjadi panel pencarian MEP sesi hadapan. Kali pertama kan?
Banyak benda yang Cik Ina dapat. Cik Ina diarahkan untuk menyediakan kriteria-kriteria calon MEP dan PC. Antara yang akan dinilai adalah Intrapersonal, Interpersonal, Pemikiran kritis, Kemahiran Tingkahlaku dan Kemahiran Insaniah.

Kalau  Intrapersonal, Antara kriteria yang disenaraikan ialah Penampilan Diri, Keyakinan dan Positif, Kebolehan Bersosial, Ciri-ciri dan Sifat Peribadi. Interpersonal pula menekankan aspek komunikasi seperti pergerakan badan, Kefasihan Berbahasa BM dan BI, Kebolehan Mengawal Emosi dan Menguruskan Tekanan, kebolehan Menjaga Hubungan dengan Orang Lian, serta Kemahiran Menyesiaukan Diri mengikut Keadaan.  Kategori Pemikiran Kritis meliputi aspek Potensi Idea, Proaktif, Pendekatan dan Strategi, Kemahiran dan Proses Pembentukan Idea dan membangunkan Idea berdasarkan Intelek, Rohani,Emosi dan Jasmani. Untuk kriteria kemahiran tingkahlaku, yang sebenarnya ia merupakan markah alternatif. Antara aspek yang dinilai adalah Komunikasi Mata, Posisi Tubuh Badan, Gaya Sendiri, Senyuman serta Suara dan kepelbagaian Nada. Terakhir, Kemahiran Insaniah yang menekankan aspek Sikap dan Personaliti, Kemahiran Berkomunikasi Esteem-Diri, Pengurusan Diri serta Etika dan Moral.

Kalau baca macam payah je kan? Hahaha!! Itu lah motifnya.

Bila diterangkan kepada panel pun, masing-masing angguk-angguk, geleng-geleng. Motif sangat!

Kenapa beria sangat nak interview bagai ni?
Memandangkan ini kolej tentera, haruslah. Lagipun PPMPA menegaskan konsep-konsep tertentu. Makanya, kami yang menurut perintah. Hahahaha! 

Sesi Interview sedang berlangsung
Almaklumla, Cik Ina bukan pakai iphone6, photolicious pun macam ini saja la. Jadilah!

Panel terdiri daripada Dato' Pengetua, Timbalan Pengetua, Pengurus Kolej dan fellows.
Memandangkan Cik Ina yang buat kriteria permakahan, nampaknya Cik Ina juga la yang kena mengira markah keseluruhan. Motif rajin?

The Marks
Kali ini, pemilihan adalah sedikit (bukan sikit tapi banyak) rigid ye. Ketat. Kukuh. Utuh sangat.
Sebabnya, pencalonan ramai sangat. Ada 67 borang yang diisi untuk mengisi kekosongan MEP dan PC. Terbaik daripada yang terbaik. Macam mana tu ye?


....and you need to be proficient, active & enjoyable
Haruslah. Nampak kepoyoannya. Setel kira peratusan. Sehingga pukul 4.30 pagi, kami berlima masih di bilik meeting mengenalpasti calon berpotensi. Paginya pula, bengkel kepimpinan untuk 30 calon pendek yang disenaraikan. Haruslah bersengkang mata. Tidur hanyalah 1 jam selepas Subuh.
Hectic sangat dah tu Cik Ina oiii. 

Bengkel Kepimpinan KTHO

Bangun pagi-pagi, mamai-mamai. Terus ke bilik Memo. 

Tugasan 1 : Anda diberikan kumpulan, discuss tentang MKS, FUS, FESSAT dan MAP. Bentangkan.

Tugasan 2 : Post-Mortem bersama

Tugasan 3 : Pengetahuan dan kefahaman tentang GST

Start pukul 9 pagi - 5 ptg. Ayoyoyo!! Tak sempat nak tengok running man. Kehkehkeh!!

Apa-apa pun, Cik Ina suka dengan apa yang Cik Ina lakukan. Pengalaman betul la.
Sebab tak semua hal kita tahu. 

30 yang terbaik
Good luck kepada Husseinians semua.

Note: Bayar balik masa tidur yang ditinggalkan dengan kroooohhhh!!! krroooohhhh!! malamnya pulak. Haruslah.

Friday, 3 April 2015

:: Vacay Part 3: Rantau Panjang ::


:: Jom Bershopping ::

Ke Rantau Panjang la kita ye MLA. Ala, bukan beli apa (tipu), cuci mata je.
Datang pun lepas hujan. Memang awesome la. Tapi ada jugak yang Cik Ina lupa nak checklist macam nak beli toto, kasut jenama Thailand (hahaha), macam-macam la. Adoiii!!

Tak apa la. Lain kali kita tawaf habis ye. Jangan tawaf sikit-sikit. Membazir. 

Cik Ina, Sarah, Kak Sya
Ini budak gigit jugak la tangan tu karang. geram. Dah la cerdik. 
Uiiissshhh, geram tengok mulutnya Kalau anak buah, memang dah selesai dah bebio tu Cik Ina kerjakan. Cubit-cubit jugak. Hahaha. 

Makan nak suap sendiri
Sama je macam anak buah Cik Ina. Tapi behave betul la Sarah ini. Tak extreme macam anak MakNgah. Menangis pun kejap tu je. 

Jom Jalan-Jalan Cari Makan

Cik Ina merasa semua jenis makanan Kelantan. Tahniah.
Nasi Khomok Rantau Panjang. Ewahhh. Kata Kak Sya tak ada sup. Aihhh, Cik Ina tak boleh tak ada kuah. Akan tersekat dekat tekak. Hahaha. tapi sedap. Rasa macam Nasi Ayam pun ye, rasa lain pun ye! Ate rasa ape yang sebenarnya??

Mee Sup Air Asam perut. Yang ini terbaik. Selalunya Megi ni kitorang rebus je dekat bilik. tapi kali ini lain rasanya. Habis!!!

Ais krim baba. Macam-macam letak dalam tu. Ada jagung, pulut, roti, kacang. Banyak la. Aihhh, tak tahu la. Yang pasti share dengan Mie. Ayat GST. Hahaha. Gila.

Letih? Memang la. Berhenti dekat Kota Bahru cari kain pasang. Aissshhh. Tak jumpa la, tak sesuai la. Layankan aje la.

Tak sangka.

Celebrate Birthday Cik Ina 1 April 2014

Sekali GST. Hahaha!! Terperanjat la sebab tak terfikir pun. Tengok-tengok Mie bawak kek depan TV. Cik Ina tengah layan running man. Hahaha. Apapun, terima kasih ye Kakak, KakNis, Mie.

Yang sebenarnya Cik Ina lupa esok 1 April. Bersungguh betul bercuti sampai tarikh pun tak ingat. Hahaha.

Yang pasti, NO NAME.
Thank ye korang. Jom, sambung layan running man.

Esok 1 April 2015

Dapat Kain Pasang dari Ma Mie. Hehehe!! Yang ini Cik Ina bekenan.
Kain pasang Kelantan memang dinanti-nantikan. Hehehe!!

Eda request kain pasang kuning tu. NO!! Hahaha
Selesai sudah short vacation Cik Ina.Photolicious?

Tak banyak ye? Tahu. Memang kali ini kita tak galakkan bergambar. Untuk menikmati hari-hari itu tanpa internet. Kononnya. Hakikatnya line tak berapa nak ada. 

Apapun. Cik Ina enjoy . Bestt!! Happy!!

Nanti nak pergi lagi. Tapi kali ini nak memborong lebih banyak lagi. Yang penting nak melawat Tuan Guru Nik Aziz. Insha Allah.

Pengalaman semestinya mendewasakan. Tiap kali melalui kawasan banjir, sayu hati!
Namun perjalanan harus diteruskan. Cik Ina titipkan doa dan lindungan Allah.
Semoga kita semua dilindungi dari malapetaka yang datang.
Semoga kita semua dikasihi olehNya. Amin.

:: Vacay Part 2: Tanah Merah ::


:: Melawat Puan Tie di Tanah Merah ::

Pagi-pagian Mie ajak ke Pasar Siti Khadijah. Cik Ina tak larat. penat wehh semalam tak habis.
Rupanya Pasar tu bukan hari-hari. Dah rugi. Ayooo!! Mana la Cik Ina tahu.
Yang Mie pulak tak kabo. Dah melepas. Tapi tak apa la. Lain kali la. 

Siap-siap nak pergi melawat pasangan baru kahwin. Tie. 

Sebelum tu, jom lunch dekat Pulai Chondong. Perusahaan anak-beranak En Yusoff (abah Mie).
Kehkehkeh. Memang makan jela kerja Cik Ina. Percuma. Macam-macam makanan Kelantan.
Okay! Berat naik ye!! Salahkan Mie di atas kenaikan berat Cik Ina. muahahah.

Tanah Merah, Kelantan

Bergerak ke Tanah Merah
Sebelum ke kedai Tie, kita berhentti untuk bershopping ye MLA. Salahkan jugak Mie dalam hal ini. Hahaha. Haruslah tiada photolicious available sebab kami berdua tak berminat nak bergambar.
Berminat nak keluarkan duit je. hahaha!!!

Congrates Tie
Tie jugak berniaga.Famous sangat dekat Tanah Merah. Mee Kuah Mat Zain. 
Bila jumpa bersembang bagai nak rak. Rindu ke Tie. 
Amboiii, tahniah ye bakal bussineswomen. Bangga Cik Ina dengan Tie. Berjaya belaka.

Mee Kuah Mat Zain
Rugi tak habiskan. Kali pertama makan Terus berselera.  

K.A.M.I
Tie, 
tahniah.
Semoga awak menjadi Isteri yang baik, penyayang dan penyabar.
Sannah Helwah sekali lagi. Yehaaa!!

Kubang Kerian, Kelantan

Hantar baju untuk jadi bridesmaid kahwin Angah nanti. Sambil-sambil cuci mata!!
Asyik cuci je. Ishhh, ishhh.

Dinner by 3
Rezeki. Kak Sya pulak belanja. Haipp, memang akan berlaku kenaikan berganda. 

Kak Sya
Kak Sya ni kakak Mie. Ada kedai makan dan kedai elektrik sendiri. Memang otak niaga. Apa boleh kata. Seronok tengok orang niaga, tapi Cik Ina tak pandai. Ciss!! Takut pun ye!.

Lawa orangnya, almaklum la pakai produk Lemira. Cik Ina pun terjerumus beli produk ini, try la.
Tapi macam dah tahu je hasilnya. Kikikiki!!! 
Cik Ina muka kampung wehh oiii..

chicken chop special with egg & big hotdog + orange juice
Tamak sungguh. Tapi habis. Okay! Fine!.

Balik rumah tersadai atas katil. Malamnya kita pergi wakaf Che Yeh (betul ke eja ni?).

kata letih. Hahaha!!

Selesai.

:: Vacay Part 1 : Kelantan ::


:: Ad Hoc Vacation ::

Semakin hari semakin tidak perlu berfikir panjang. Adakah kerana faktor usia?
Okay! Abaikan. Trip kali ini dibelanja sepenuhnya oleh Bonda Mie.

Thank you sesangat ye Mie.

Macam faham-faham je Cik Ina ni. Purse pun sengkek! Ada hati nak bervacation bagai.

Tempat : Pulai Condong, Machang, Kelantan
Tarikh : 29 Mac 2015 - 1 April 2015

Kawasan yang dilawati, banyakkkkkkkk!!!!


Tuan Belog yang excited
Excited sampai tak ada photolicious. Hahahaha!
Semakin meningkat usia. Ahhh, takpayah sangat nak gambo-gambo ni.

Nak menyampai ke Machang, wajib lalu kawasan banjir. 
Ye betul. Manik Urai!! Sedih.

photolicious? Tak apa, biar jadi kenangan Cik Ina je.

Bertolak pukul 7.30am, sampai pukul 3.30pm. Sememangnya kebas semuanya. Tapi besttt!!!

Tq Bonda Mie.

:: FESSAT XIV ::


:: Festival Sanjungan Satria ::

Program? Banyak sangat. Tak semua program Cik Ina ada sepanjang masa.
memandangkan felo jugak diberikan jadual bertugas (takdak la bertugas), untuk berada sepanjang program FESSAT berlangsung.

Cik Ina belum apa-apa dah pilih tarikh. Hehehe!! Memandangkan felo pemantaunya semua lelaki (felo Lukman, Felo Syafiq &Felo Hidir), Cik Ina tak berapa tahu sangat perjalanan program. Tapi tahu la. Cuma tak mendalam. Yang pasti Jumaat Petang memang Cik Ina ambil sebab Pesta Makanan adalah dibawah portfolio Cik Ina. IPK (Integrasi Perpaduan Kaum). 

Cik Ina rangkumkan semua sekali la ye!! Amboii, tak adil. FUS cerita bagai nak rak. Bila tiba fessat celam-celut je ye Cik Ina?? Ala, boleh la! Boleh la.

26 Mac 2015 (Khamis)

Malam Perasmian
Best! Awesome! KTHO kan kolej palapes. Haruslah ada persembahan daripada Palapes.
Terbang-terbang la deorang dekat api. Tembak-tembak. Pe'rak sebab ini kali pertama tengok.

Selesai Malam Perasmian, post-mortem kali 1. Done!

27 Mac 2015 (Jumaat)

Pesta Makanan

Banyak wooo makanan. Hanya bayar RM2. Boleh makan 26 jenis makanan yang berbeza. Ada dari Sarawak, Sabah, makanan Palapes. Ahhh. Tak tahu nak cakap la. Makan jela.

Laksa sarawak
1st time makan laksa Sarawak. Tambah 2x. Ala!!!

Puan Kas, Cik Ina & Zety
Cik Ina pergi temankan Puan Kas buat No baru. Katanya hilang! So, Cik Ina invite terus datang tengok program Fessat KTHO. Tengok dia happy je. Cik Ina pun enjoy.

Penipuan HP Oppo
Penipu! Hilang jerawat Cik Ina. Masa ini tengah temankan Puan Kas mencuba baju palapes.
Tengah-tengah berphotolicious tu dengar pengumuman

"dijemput Cik Zurina, Felo Pemantau diiringi Lee Song Yung, Pengarah Projek Pesta Makanan untuk menyampaikan cenderahati........."

Hahaha, belari la Cik Ina. Maju betul la. 
Pertandingan Nasyid
Peserta semuanya kumpulan lelaki. Sambil makan, sambil dengar zikir-zikir dari kumpulan yang bertanding. Fuyooo!! Terisi hari Jumaat Cik Ina dengan perut yang kenyang, halwa telinga yang menghiburkan.

Juara Pertandingan nasyid (UPM student)
Asalnya Cik Ina diminta untuk memberikan hadiah kepada pemenang. Tapi, cuba bayangkan. Cik Ina bukan proper pakaian Cik Ina.Tetiba tengok Felo Hidir datang lepas kerja. 
Tolong bagi hadiah, boleh? 
Hehehe!! Bagus la. Tambah lagi Hidir pun pakai baju melayu siap bersampin, dah tu pulak
peserta semua lelaki. Tak elok betul la kalau Cik Ina yang menyampaikan hadiah. Tak gitu??

Rehearsal untuk Malam (Ceramah)
Petang tu kita buat rehearsal memandangkan Dato' pun bakal ada malam ini. Cik Ina membetulkan teks MC dan try buat rehearsal agar perjalanan malam karang tidak serabut dan mengikut flow yang ditetapkan. Cik Ina bersama-sama dengan Felo Zety.

Mungkin sebab AJK-AJK FESSAT bukan merupakan AJK MAP/FUS. Jadi deorang tak berapa mengerti cara kerja kami berdua. Tapi tak apa, kita cuba selesaikan masalah-masalah simple ini ye adik-adik sekalian.

Cuma ingin Cik Ina pesan.

Jangan biarkan emosi menguasai tindakan kita.
Boleh membawa lahar dan berantakan. Faham.


Suami Isteri
Ya Allah. Lembutnya suara Ustazah. Dari pengucapan beliau, tersangatlah beliau menghormati suaminya. Adoiii. Ni yang buat Cik Ina cair ni. Cik Ina siap buat note lagi. 
28 MAC 2014 (Sabtu)

Anak-Anak Yatim dari Buah Hatiku
Pagi? Cik Ina tak turun. Felo lain pulak take part. Lagipun Cik Ina kena siapkan pembetulan.
Tengahari baru turun. Tengok anak-anak yatim. prepare rehearsal .  


AJK dan Anak Yatim Buah Hatiku
Cik Ina perhatikan sahaja. Sedih oii. Tapi kanak-kanak ini enjoy je.

Petang. Tunggu mereka rehearsal. Okay! Balik bilik. Bersiap untuk Malam Penutup.

Malam Penutup
  Malam penutup. Kita ada artis jemputan. Drama Band dan Nadeera.
Apa yang Cik Ina nak cakap, nasi ayam bestt!!! Hahah! Laapoooo.


Tuan Belog jorenpena
 Akhirnya. 

Selesai FESSAT .

Walaupun terdapat kekurangan dalam program tersebut. jadikan ia sebagai learning process.
Tak semestinya Cik Ina betul belaka. Ada perkara yang Cik Ina tak berapa pasti.
Haruslah rujuk kepada yang lebih pakar. Program yang dilaksanakan menelan belanja yang banyak.
Oleh itu, grab that knowledge, kumpul segala kenangan.
Biar jadi kenangan terindah.

Kepada Husseinians,
Cik Ina gembira dengan kejayaan ini.

Kepada Cik Ina,
take notes bagi apa sahaja permasalahan yang timbul. Jadikan ia sebagai pemangkin untuk menjadi lebih baik dari hari ini. Cewaaahhh!!!!

FESSAT melabuhkan tirai dengan keuntungan RM 6k, MAP???

Tunggu MAP kali ke-14 ye MLA.