Friday, 20 March 2015

:: Post-mortem FUS 13 Mei-15 Mei 2015 ::


:: Happy ending bila U.N.T.U.N.G ::

tahu tak apa yang menyeronokkan kita bila buat program? Ye betul. Kejayaan disebalik caci maki, kemarahan dan saling tolak-menolak antara satu post dengan post yang lain. Akhirnya WE DID IT.

Yes! Sebelum post-mortem dengan Pengetua + Timbalan Pengetua + Felo, mereka post-mortem dulu dengan Cik Ina dan Zety. Bukan apa ya, kita taknak apa yang terjadi dekat MKS, berlaku pada FUS.
Rajinkan la diri dengar presentation deorang ni.

habis tu siap suruh buat luahan perasaan, round table la kononnya walhal dalam bilik memo bukan ada table. Takat duduk la atas sofa hitam tu. Tapi tak apa. Makin lama Cik Ina rasa enjoy dengan deorang. Walaupun jarang berjumpa, tapi dah semakin hampir dengan FUS, hari-hari tengok muka deorang. haaaiiiissshh, ah la kita tengah bergelut dengan thesisfie. Ahh, derita.

So malam ni, deorang present.  Tak apa adik-adik akak, akak korang ni back up tapi tak bercakap. 
Letih dah nak bersuara. Tahu tak Siti Aisyah, isteri Nabi Muhammad tak suka berulang-ulang cakapnya. Dia cakap nanti orang jemu nak dengar.

kalau dah cakap sekali, mesti deorang faham. Takkan ulangi kesilapan dulu. Contohnya, macam teks. Lepas ini deorang tak akan buat macam tu lagi dah. Insha Allah.

Tapi Cik Ina selalu pesan (bukan pesan tapi paksa). Hahaha. jangan lupa 31 Mei, semua post kena prepare RM 1000 ye. Kena dera selalu. 

Mad dan post pemasaran
Hahaha. Post pemasaran selalu kena. Mana duit? Berapa juta dapat dah?
Hahaha, mesti korang kalau tengok muka akak jemu dah, muka duit sungguh. 

Presentation setiap post
Melatih mereka untuk stand dengan keputusan masing-masing. Jangan risau ye, Kak Ina dan Kak Zety sentiasa backup korang dari belakang. tapi kalau salah, memang kena hentam. Kami berdua! Felo yang kedekut. Sangat! Sangat! nak cut cost je.

Kak Ina, Kak Zety dan Ahwei (TKP 1)

Bersatu teguh
Haruslah.

Tak apa, FUS telah selesai dengan jayanya. Tahniah kepada semua!!
Kita akan menutup tahun 2014/2015 dengan Malam Anugerah Pelajar
Bincang ye. Tema dah dapat. Pastikan kita punya MAP bestt!!!

Tunjukkan yang korang awesome.

Kak Ina sentiasa dihadapan korang. bhahahaha. 

Notahati: tak sabar nak tunggu Puan Emak balik umrah Sabtu ini


Thursday, 19 March 2015

:: Bertarung VIVA 12 Mac 2014 ::


:: Tersedu-sedu sebab dah VIVA ::

Hye MLA. Minggu lepas punya VIVA, minggu ini baru nak up entry pasal VIVA. Hectic sangat dah Cik Ina ini. Memandangkan setiap masa terasa kebusyan yang melampau. Apa orang kata, super duper busy sampai makan berlebihan. Dah mengapa pulak. Tula, nak salahkan thesisfie, walhal makan itu memang aktiviti sengkak di waktu kelaparan.

Dapat email untuk divivakan pada bulan lepas. Sambil-sambil busy dengan program KTHO,
sambil-sambil tu duk jeling-jeling jugak thesisfie. Bukan apa ya, takut la nanti bila disoal tak boleh nak jawab. Memang ye dah.

Soalan  menjerat, "kenapa guna analisis korelasi Pearson? Kenapa tak guna korelasi Spearman/Rho?"

"Kenapa guna purposive sampling? kenapa tak convenience sampling?"

Ahhh, tolong-tolong. Kalau macam ini, Dr OT pun tak boleh nak bantu. Hahaha!! Takat cakap dalam buku, tak membantu Cik Ina berhadapan dengan penilai ye. Ala !! Walhal dah prepare very well jawapan-jawapan tu, tapi bila berhadapan, hilang keyword-keyword penting.

Aaaaa...Aaaaaaa, saya aaaaaaa...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Bilik Mesyuarat PPSPP, Aras 4
Ye! Pagi-pagi lagi Kak Rafeeda call kata jangan lupa VIVA hari ini. Ohhh, Kak Rafeeda tahu tak? Saya tak tidur semalaman memikirkan apa nak bentang pagi ni. Semuanya tak masuk dekat otak ni, semuanya lost. Rasa macam apa mende tesis aku ni. Hah, sampai ke tahap itu sekali ye.


Sedang menanti penyelia, penilai dan pengerusi
Sambil-sambil terawal hadir. Kita set up apa yang patut dulu ye. Bukan apa, karang tak ada la kelam-kabut sangat. Masa itu la nak check, masa itu la semua benda nak hilang. Ahhh, itu perkara biasa ye, barang hilang-hilang. 

Keyakinan di skala 111%
Haha! yakin la sangat. Walhal sepanjang perjalanan nak ke bilik mesyuarat tak habis berzikir aihh,
minta tenangkan hati la. Jangan melalut-lalut la. Tula MLA tak tahu betapa banyaknya rasa dengan thesisfie ini. Hanya orang yang buat yang tahu. Bayangkan, ada je yang tak habis, berhenti dan macam-macam lagi. Semua sebab dah tak sanggup. 

Sama la kita sebenarnya, tapi memandangakan Cik Ina dah semat dalam hati,
by hook or by crook, kena siapkan sampai habis. Lagipun, tinggal sikit je lagi. tinggal sikit je lagi. Sikit lagi. 

Alhamdulillah. Semuanya selamat. Selesai.
Ada yang Cik Ina kena betulkan. Macam dekat analisis. Intepretasi korelasi Cik Ina tak menepati.
Hari Isnin kena send pembetulan, sebelum dibukukan.

Syukur. Alhamdulillah.

Tuesday, 17 March 2015

:: En. Mimpi & Cik Ina JorenPena::


:: Haruskah tajuk begitu?? alrite!! Abaikan ::

Sesiapa yang rapat dengan Cik Ina akan tahu perangai, ragam dan minat Cik Ina. jauh bezanya.
Cik Ina suka lagu hindustan soni-soni ka dolle lokka, Ek pyar, Teri Meri Remix. Amboiii!
Cik Ina tak suka lagu mendayu-dayu dan lewah. Lagu negara seberang contohnya. 
Ada suka, ada so-so, ada yang tak minat langsung.
Lagu omputih?? Ada la sikit. Memandangkan BI tak pandai. 

Bila exco program kata ada En. Mimpi. Pun Cik Ina tak take note memandangkan ditangan kanan memegang buku felo, dikiri tangan memegang ana'sue na-mun. Ahh!!

Janganlah kata Cik Ina tak menghargai artis tempatan. Tapi Cik Ina tak berkesempatan nak mempunyai penghargaan itu. Ahh, apakah ayat itu berbelit-belit. Tapi kalau Zul Ariffin, Cik Ina ada masa nak hargai okay!! Hahaha. Itu Cik Ina kenal.

Encik Mimpi

Jangan kata Cik Ina tak alert   tentang En. ye. Malam sebelum perasmian, rajinkan diri selama 3 minit untuk menzahirkan rasa berterima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke program FUS ini.

Minit pertama. Lagu apakah beliau nyanyi?? 
Oppsss, tak tengok cerita Playboy Itu Suamiku. Lagu runut rupanya. Okay!

Minit kedua. Macam mana orangnya??
Aik, kenapa dah bertopeng macam zorro ni.
I want to spent mylifetime loving you. Hah! Dah terus nyanyi lagi zorro la macam ni. 
Ahh, lantak la.

Minit ketiga. Siapa dia ni?

Tok-tok. Bunyi pintu kena ketuk. Ala bebudak ni, time orang tengah syok-syok baring-baring sambil dengar lagu soni-soni ka dolle lokkha ni ada je yang suruh tengok teks ucapan la, itu la.
Ni nak makan lebih malam ni. Kekdahnya pulak.

Makanya, minit-minit seterusnya terabadi sebegitu sahaja.

kekoknya rasa photolicious yang ini
Kan! Kan! Lagi sekali la.

Hah, tak kekok dah.  Malam itu yakin la nak upload dekat wechat. Hahaha!!

Status tak menahan. Ada je yang tak kena dimata. Why?? Why Cik Ina??
Kan dah cakap. Cik Ina tahu dah. jenis jiwang-jiwang karat. Tak lain mesti Dayah. Siap kata sinta hati la. Alahai.. hensem la. Walhal En. ini bertopeng. Tengok dari bibir la, apa la.
Sangat statement okay.

Yang tak menahan tu, diminta Cik Ina sampaikan pesan

I love you Muah, Muah 2 kali

Motipp?? Dah kenapa pulak Cik Ina yang kena sampaikan. Kalau tak sampaikan, tak tidur malam. Whattt??? Okay! Esok akan disampaikan pesanan tak ikhlas dari Cik Ina. Kalau tak bff out of service.  Hamboiii!!

Again. U deserve it Dayah
Keesokkannya. Setel rehearsal . Cik Ina pun rasa perjalanan hari Sabtu okay. Duduk sambil tengok bebudak ini set up  apa patut. Bonda Mie pun ikut sekali. Nak bergambar kononnya. Okay! Kita layankan sekali lagi.

Yang sebenarnya dah terlupakan pesan Dayah. Hah baru teringat. Cik Ina dengan rasa rendah diri sampaikan pesan. Hoii, dah apesal ko suruh sampaikan salam pesan-pesan ni. Nie yang joren ni.

Kalau kawan awak muah muah 2 kali, saya punya muah muah muah 3 kali.

Ohhemmgeee!! Apakah??

Okay!

Status Cik Ina, salam muah muah!! eeewwyuuu!!

Hoii, ini bukan zaman sampai salam-salam lagi dah ye. Bukan zaman kita dekat sekolah dulu!
Tapi tak apa la. Dah orang suruh.

classmate Cik Ina tanya, apa yang Cik Ina dapat sepanjang Cik Ina observe beliau.
Amboi, nak tahu. Konon katanya skala berapa Cik Ina nak letak?
Sampai hati awak, ada ke nak bagi skala-skala. 

Ada ke tanya Cik Ina soalan USM. 

1. Apakah makna disebalik topengnya?

No komen. (tipu)

2. Apakah reaksi pertama dia?

Hurmmm, itu! Ini! Sana! Sini. Wehh korang jangan la. Nama dia baru nak naik. Ate cuba bagi peluang. Apa yang penting, dia kena belajar untuk adapt dengan persekitaran, cara pembawakan diri.
Mungkin dia perlu ambil kelas soft skills. Hah, felo Mazian memang pandai bab-bab soft skill ni. hehehe!!

3. Overall review dari Cik Ina dengan satu perkataan sahaja?

unreasonable behaviour

Akhir kalam, kepada En. Mimpi a.k.a EM.
Good Luck. Pesanan salam muah muah muah 3 kali awak telah disampaikan kepada yang berhak. hahaha. Semoga awak berjaya disebalik sembunyinya identiti asli awak.
Tidak perlu mengubah yang sedia ada andai ia terzahir suatu ketika nanti.

Soalan Cik Ina satu je, sebab tengah nyanyi En. Mimpi ada mention sesuatu.

Andainya diberi 1 pilihan, Andainya,hanya ada En.Mimpi, topeng itu, 
karya seni En. Mimpi dan 1 note lirik lagu yang baru (bukan kepunyaan sesiapa),
Apa yang akan dipilih?
1. topeng
2. karya seni sendiri
3. lirik lagu baru

Fikirkan jawapannya! 
Percayalah soalan ini menjerut. Hehehe!!
Till then, selamat bermimpi.



:: Festival Usahawan Satria 2015, KTHO ::


:: Kerjasama + Semangat + Azam + Keyakinan = FUS 2015 ::

Hari Penutup bersama Dato' Samsu & Exco FUS

Festival Usahawan Satria (FUS) 

Nak mula dari mana ye? Dari mula meeting ke atau terus ke point utama pada hari kejadian??
Almaklumla kan, sebelum nak sampai ke event ini, pakat semua kena marah kencang, kena tocer, kena itu, kena ini. Tiap post asyik kena bantai je dalam wasap group

Tapi Alhamdulillah. Yang seronoknya, ini kali pertama kita buat luar UKM. Bangi Gateway.
Dana pemasaran pun mantap. Boleh dah buat baju dress ke, kemeja ke!!


Banner

13 Mac 2014

Hamboii, tak menyempat terus state tarikh. Pagi Jumaat Cik Ina kena jumpa Ketua Program. Ada discussion tentang viva Cik Ina semalam. Sejam lebih face-to-face dengan Dr Hair. Hati pun gundah-gundah gitu. Memandangkan pagi-pagi, AJK dah setup tempat. Nak rehearsal lagi. Tapi tak apa, Cik Ina yakin dengan felo pemantau 1, Zety. Ewahhh!!

Bagus la Felo Zety ni. Nak kasi thumb upssss bebanyak. Tanpa dia & the geng macam Iqbal, En Bf Zety & sorang lagi lupa dah namanya sapa, memang protokol FUS caca-marba.
Yang bestnya kengkawan Zety ini, tak payah bayar pun. Siap datang tolong mengajar bagai hal protokol. Bukan calang-calang orang. Deorang ini memang khas protokol kerabat diraja-diraja ni.
Jadi, tak heran kalau deorang boleh ajar.
Thanks ye adik-adik Cik Ina oiii !!

Setup kawasan

Masa setup-setup Cik Ina tak ada. Cuma dapat tenung melalui wassap jela. Yang maha penting sekarang. thesisfie yang nak sampai titik akhir. Hewaaaahhh!!!.

5 Ptg. Perasmian Pembukaan Festival Usahawan Satria 2015. 

K.A.M.I Felo KTHO
Perkenalkan MLA. Felo Zety, Felo Mazian dan Cik Ina la. 

Menariknya (eh, menarik ke?), okaylah. Menariklah. Sebab kita ada retis jemputan. Siapa?? Siapa??

Ye. Encik Mimpi. 

Okay. Fine. Tak kenal siapakah beliau. Masa meeting pun Cik Ina tak concentrate sangat dengan keexcitedan exco tentang En. Mimpi ni. Okay. Kita sembang di entry lain ye.
 

Pok amai-amai!!
Cik Ina tak tahu mengapakah Cik Ina excited. Masa ini tengah potong reben kot. Aisshhh!!!
 

Nyanyian dari En. Mimpi kot
Selesai Majlis Perasmian FUS 2015. VIP diminta untuk melawat tiap-tiap booth yang ada. Support sikit ya. Cik Ina pulak dok sembang dengan AJK FUS, tanya itu ini. Perjalanan program hari ini, Alhamdulillah. Dari mula acara, sampai ke akhir, Cik Ina berpuas hati sangat.
Walaupun ada sikit-sikit silap, macam PA System, En Mimpi nak menyanyi sound dia tersekat di skala 3 pun tak apa. Janji, korang enjoy.

Setel. Jom makan-makan. Itu terbaik. Nama makan, Cik Ina lah yang seronok. Sambil makan, sambil mengumpat, sambil jeling. Ko jeling aku, aku jeling ko. Itulah kekdahnya ye!.

Senja = Post-mortem!! Thumb up sekali.


14 MAC 2015


 Amboii Cik Ina, kalau meeting, 10 minit sahaja lewat. Kalau dia lewat sampai sejam tak bising. Cisss!! Okay. memang la kata pukul 11 nak datang, tapi tengah duk mengadap laptop lagi.
Kena buat pembetulan masa tu jugak. So, Cik Ina datang pukul 12.15 gitu la.

Ala, korang pun baru nak start kan. Hah, mula balik!!

Terteleng-teleng kepala Cik Ina
Haruslah. Kena abadikan mun sekeping ye photolicious disini. Tanda menjointkan diri. hahaha!!

Cik Ina dan bonda Mie
Ye betul. Dimana Cik Ina, haruslah bonda Mie pun ada. Tapi bukan nak teman sangat tu. Nk bergambo dengan En. Mimpi. Ciss, mie.. Ada matlamat lain nampak.

MLA tahu tak?? Nampak tak bebior (bibir) Cik Ina tu. Sakit wooo!! Buku thesisfie setebal 300 pages telah menhempap dan menodai bibior Cik Ina. Tah macam mana malam tu, letih sangat kot, tertidur bawah meja study, kot tangan Cik Ina tertolak-tolak meja tu, buku atas tu boleh jatuh. Extreme betul la thesisfie ni.

Bangun terus nangis. Okay! Bagus. Nak mengadu, takada tempat. Almaklum la, pukul 5.45 am. 
Sendu sorang-sorang la.

Okay! Selingan cerita nampak. Bhahahaha!!

Tak nak itu, tak nak ini
Bila Cik Ina conduct. Itu tak nak, ini nak. Nasib la ye. Ehhh nak tanya, hurmmm tak ada apa la.
Nie candid joren bonda Mie. Hari ini kita rehearsal untuk bual bicara bersama Dai'e Adibah dan Ustaz Khairu ye.

Note penting: Apa-apa pun, rehearsal wajib buat. Wajib.

Petang, yang handle post-mortem Hidir. Cik Ina taknak masuk campur. Lantak kome. Kan dah kena.
Tula, tapi tak apa. jadikan ia sebagai pengajaran. lain kali tak mahu buat simple mistake macam tadi-tadi-tadi ye.

15 MAC 2015

Majlis penutup yang dirasmikan oleh Dato Pengetua ye. 

Tapi tak tahu mana salahnya, tak ada la berterabur habis. Tapi tak selancar hari Jumaat Sabtu. Tapi taknak dah komen-komen Ahad ini. Jadikan Ahad ini sebagai pengajaran yang tak boleh dilupakan ye. Tak mahu lagi berlaku sedemikian rupa lagi. 

Mula start pagi, momentum bebudak ni larik. Dah mengapa pulak.
Dari pagi-tengah hari- petang

Program bersama anak-anak yatim.

Program Anak Yatim
Persembahan rhapsody


Rhapsody KTHO

Ini kali pertama Cik Ina dengar. Okay!! Okay!! Cik Ina kasi berbintang-bintang. hehehe..

Jeling-jeling hati berkenan

 Sambil-sambil tunggu majlis penutup, jom jalan-jalan. Mana tahu. Hahaha!!

Teman setia Cik Ina

Tahu tak MLA. Kitorang datang naik Mr Red Cik Ina je. Tak payah beria nak naik kereta Mie. Jemm krengg!! Konon. Walhal dah lambat. Naik motor cepat sampai. tak sampai 5 minit. Fuhh!! Apabila minah rempit bersatu dengan Ciktakberaninaikmotor. Hahaha. Sorry Mie.

Ketidakbertuahan Cik Ina
Nak jugak. Walhal tahu  % nak bertuah tu tak kot. Hahaha!!

Akhirnya, Festival Usahawan Satria 2015.
Cik Ina berpuas hati sangat. Tak apa, mana kecelaruan yang kita nampak, jadikan ia learning process untuk korang ye. Lagipun program ini melatih korang berurusan dengan orang ramai. Ada orang besar, ada orang kecil. Ada artis, ada retis. Ada macam-macam ragam.

Apapun, Cik Ina suka bekerjasama dengan korang semua.
Lagipun ini baru langkah pertama kot.

Kita ada Mega Event ye bulan 5 ini.
Belum selesai lagi perjuangan kita ye. 

Malam Anugerah Pelajar Kali ke-18.

Nantikan !!

Tuesday, 10 March 2015

:: Meeting - KTHO - Perjumpaan Blok - FUS ::


:: Wohooooo !! ::

Jiwa sangatkan?

Kelas Protokol

Sampai bilik pukul 9.30PM, tak duduk, letak beg-beg, capai buku feloles, kunci bilik terus pergi bilik memo. Menghadirkan diri ke kelas protokol. Yela, Cik Ina bukan pandai bab-bab protokol ni, kalau makan, baca doa terus ngap! ngap!. Makan. Tak tahu pun rupanya nak hidangkan makanan pun ada caranya.

So, kelas protokol anjuran TTK memang berkesan untuk Cik Ina. Kalau student lain, Cik Ina tak tahu la. Lagipun yang mengajarnya bukan calang-calang orang. En Rahim. Bab-bab protokol memang beliau la orangnya memandangkan beliau pun orang kuat Palapes UKM.

AJK FESSAT dan MAP
Rupanya, dulu-dulu masa ada program besar-besar, cara hidang makanan Cik Ina salah la ye?
Kalau nak tuang air, cara dia macam tu, kalau nak hidang makanan, caranya macam tu.
Paling-paling malas, pegang mangkuk nasi tangan kiri, tangan kanan pusing belakang,
itu tandanya suruh VVIP tu cedok sendiri la nasi. Hahaha! Pandai.

Perjumpaan Blok

Cik Ina memang berterima kasih kepada MEP Zura & MEP Huda. Tanpa deorang, tak berjalan kotnya Cik Ina punya perjumpaan. Memandangkan Cik Ina pun orang baru, bukannya tahu sangatpun apa kekdahnya. 

TQ ye Zura & Huda. MEP lain pun bagus-bagus belaka. Tapi banyak cakap. Hahahaha!!
Cik Ina ambil masa 5 minit, deorang 15 minit. Lawan tokey sungguh. Hahah!!!

Jangan lupa ye Cik Ina nak apa
Selalunya yang suka menjengahkan diri adalah bebudak 1st year. Tunggu la bila dah masuk tahun 2. 
Tunjuk muka pun belum tentu. Tapi harap-harap batch yang ini akan kekal sampai tahun 3. Tak gitu??


Last due date 2/5/2015
So, Alhamdulillah. Setel untuk perjumpaan hari pertama, hari kedua & ketiga tak tahu lagi ramai begini ke tak. Tapi tak apa, yang seharusnya mereka tahu ialah apa perkara yang perlu mereka buat sehingga 2/5/2015. Faham??

Garangnya Cik Ina!!! Hehehe!! Tak la. Ace tanya bebudak KTHO, Cik Ina sempoi kan???
kekekeke!!!


Monday, 9 March 2015

:: Tuhan, Jaga Dia Untukku ::


:: Tuhan, Jaga dia untukku, kala ku masih jauh, bagai menghitung resah berkepingan berderaian ::

One happy family at home

Pekk!! Terus tempek sekeping photolicious one family . Nampakkan!!
Sedu sangat ini, nak nangis pun ye. Puan emak sekarang sedang berada di Cairo. Syukurlah, dapat tengok photolicious yang dihantar pun dah boleh melegakan gundah gulana yang ada dalam diri.

Bukan senang nak membiarkan Puan Emak sendirian. lagipun, selalunya ada Alang, takpun adik yang akan follow dan rajin membawa Puan Emak ke hulu ke hilir. Tapi kali ini, Puan Emak sendirian tanpa anak-anak disisi. Itu menakutkan. Tapi, Allah SWT kan ada.

KepadaNya kami berserah segalanya.

Masih mampu tersenyum
Yakinilah. Puan Emak telah dijemput sebagai tetamu Allah. 
Itu jela kata hati kecil. Supaya tak disoal banyak-banyak.  

Sebahagian cucu Opah Lijah
Sampai-sampai terus main kejar-kejar. Ikut kome la. Jangan hilang sudah. 

Welcome to KLIA
Bila besar nanti, kalau tengok balik photolicious ini mesti kome happy punyalah. Hehehe!!


Tuan Belog JorenPena
Be Yourself.
Suka Cik Ina tekankan. Jadilah diri sendiri dalam mengharungi kehidupan anda.


Beg Puan Emak
Puan Emak bawak dua beg saja. Satu beg besar, satu beg kecil ini.
Untuk keselamatan ye. Orang pakai semua sama, ada yang letak bunga sebagai penanda,
yang tulis dekat kertas pun ye. Tapi Alang, terus tulis nama, alamat rumah, no tel sekali.
Kalau hilang, minta la tolong call ke, hantar ke.

Untuk memudahkan Puan Emak pun ye. Dari kejauhan dah boleh tahu, ini beg Puan Emak. Hehehe!
Orang lain tak buat gini, Puan Emak je. Mantap la Alang. hahaha!! 

Taklimat daripada Ustaz Khairul Anuar
Beliau yang akan sentiasa bersama dengan jemaah. Masa beliau perkenalkan diri, tahulah sikit serba sedikit latar belakang ustaz ini. ni no ustaz khairul ni, 01111850977. kalau-kalau nak tanya apa-apa la berkaitan kelancaran umrah kumpulan ini.

Jemaah yang pergi dalam 30 orang, yang hantar hampir 100 mungkin. Alhamdulillah!!

Semoga semua sihat hendaknya. Selamat pergi & balik. Amin, Amin.

Selesai hantar. Kitorang tak balik lagi. Pergi la follow sampai ke anjung tinjau.
Kot-kotlah boleh nampak Puan Emak. Hakikatnya malam kot. mana la tahu flight yang mana satu.
Semua poyo!!


Which one??
Kelakar je. Kejap ke depan, kejap ke kiri, kejap ke kanan. main teka-teka mak naik yang mana satu.
Adoii la hai. 

Candid from KakLong Anje
Tengokla. Nampak sangat perak nya. Ada kerusi, sanggup menapak dekat situ.
Dok main teka-teka yang mana satu.
Penyudahnya senang je, flight mana yang gerak pukul 9.30, itu Puan Emak la tu. Hahah!!

Dapat photolicious wassap dari Haidir, lega sangat. Puan Emak dah duduk dalam flight. Tengok selesa je. Kita pun gembira. Syukur sesangat ada jugak orang boleh tengok-tengokkan Puan Emak. Almaklum la, satu group tu memang veteren belaka. 

Apapun, sekarang Puan Emak dah ada dekat Cairo.
Tak dapat nak call sangat la. Dapat perkhabaran sikit-sikit pun jadilah.
Syukur! Syukur Alhamdulillah.

Tuhan,
Jaga dia untuk kami semua.
Semoga Puan Emak dan kumpulan dirahmati, 
diberkati malah dititipkan rasa rindu itu,
Agar ketenangan kami disini disaluti rasa kasih & sayang itu.

Semoga sepanjang perjalanan itu dilindungi olehNya. 

Amin Ya Rabbal Alamin.


Friday, 6 March 2015

:: Quality Time with THEM ::



:: Goal: To Finish our thesisfie ::

Agree?? Yess!!!

Sambil menantikan borang pink siap di sign
Suka sangat kalau Makrang Ain ada. Ustazah makrang punya hp awesome sangat. Tapi masih tak ohsem la. Sebab tak dapat menutup kesembaman mata Cik Ina. Semua tegur, apesal mata macam tu?
Itu petanda tidur semakin tidak menentu. Abaikan okey!

Sementelah berazam untuk memulakan langkah baru memakai tudung bawal, kedut-kemeot tudung Cik Ina. Itu pun harus diabaikan. Yang lagi nyata bila makrang Ain tanya itu ikat apa tu?
Okay! akibat daripada ketidakpandaian memakai berfesyen-fesyen ala-ala Neelofa, Cik Ina ikat je tudung bawal yang diberi nama simpulan kasih cinta Dato Ct & Dato K. Okay!!

Ngengada deorang berjemaah gelakkan Cik Ina. Fine!.

Mereka Neelofa & Cik Ina tudung bawal simpulan kasih Dato Ct & Dato K
Kan azam dah? Azam! Apapun. Be Yourself.

Disebabkan urusan tak selesai jugak. Jom makan sambil chit-chat.

Makan? Aisshhh!! haruslah macam-macam.
Cik Ina kan kaki rewang  makan-makan. haruslah kita pusing seluruh bangi, kajang untuk merasai nikmat makan-makan. Janji sedap dan berpatutan harganya. i ols student okay.

Jumpa dengan junior 1 Sem lewat. Boleh pulak bersembang santai tentang thesisfie. Wahai adik-adik sekalian, kalau tidak disulami dengan airmata, bukan thesisfie la tu namanya. Hehehe!!
Apapun, good luck la pada kome semua ye. Cik Ina sikit-sikit-sikit-sikit je lagi nak menghembuskan nafas thesisfie yang terakhir. Lepas tu, yahoooooo!!!!!!!

Urusan yang harus diselesaikan!!

Tukar duit di money changer.

Puan Emak akan berangkat ke tanah Suci pada 7 Mac la, bukan 14 Mac. Ayoyoyo!!
Cik Ina pun, macam dah tua pulak. Cisss!!. Tugas Cik Ina, tukarkan duit ke liya Turkey & riyad.
Tukar tak banyak RM707.50. 

Duit Malaysia murah sangat tahu.

RM210 = 100 Liya
RM497.50 = 500 riyal

Duit Puan Emak
Tukar sikit dahulu. Jangan banyak-banyak ye!!

Currency Duit Malaysia

Baucer Buku RM250

Berbahagialah anda yang menerima baucer buku. Kalau taknak, bagi Cik Ina. Kalau kumpul Cik Ina dan Busu adik baru RM500. Anak buah dah ada 8 orang. Masing-masing demand kalau sebut buku ni. Siaplah Pesta buku PWTC nanti!!

Belong's to ME

Cik Ina tunggu BBW je, buku situ lagi murah. Boleh pengsan-bangun-pengsan-bangun balik. 
Begitulah hidupnya!! Hehehehe!!


:: KTHO: Busy Week ::


:: Kenyataannya menjadi seorang Felo yang joren::

Joren betul la Felo Kak Ina tu!! Semua benda nak mengadu dekat MLA. Hahaha!! Sukatila. MLA hak milik sepenuhnya Cik Ina. Orang lain tak tahu ye. Tak tahu. Kahkahkah!!

Banyak sangat benda yang Cik Ina adukan dekat MLA. MLA sangat!.

Meeting - Meeting -Meeting


Take Note!!
Take noted!! Itu memang Cik Ina. Cik Ina kan pelupa. Nanti boleh review semula apa meeting malam tadi. Tak ada la orang kata masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dah dilatih dari kecik, mana nak buatnya! kalau note exam tu, macam-macam kaler paper ada. Baru mantop! Tapi result mantek sesangat. Hahaha!

Janji, note lawa ye!

Sambil-sambil meeting, sambil mata kerling dekat jam. Oiii, bila nak habis ni?

Meeting terbaik adalah selama 40-45 minit sahaja! Itu kata Cik Ina ye!.
 

Felo Amy dan Felo Ina
Salah satu yang Cik Ina suka bespren-bespren Cik Ina adalah hp deorang. kahkahkah. Mesti selfieop punya. Haruslah. Itu petanda kita ikut edaran zaman ye. Muka haruslah seperti orang berkeyakinan 100%. Ini semua penipu okay! Abaikan.

Felo Bertugas - Felo Bertugas - Felo Bertugas

Harap-harap time Cik Ina bertugas, tak ada la yang sakit ke, hilang kunci ke, nak kunci ke, apa ke. Ace kome-kome duduk diam-diam dalam bilik. Jangan macam-macam. Sekeh ang.
Amboii, garang sungguh!!


Kengkonon sangat
Yang bagusnya. No Hp tu dah la salah. Haha! Ikut kome la. Almaklumlah, no tu banyak sangat Dato'-dato'...Tan Sri-Tan Sri nak berkenalan. Tu yang tukar tu. I kan Diva.Hahaha! Gila apa?

Bukan apa, taknak pakai dah U-mobile ni. Ada je hidden payment. So, good bye-bye U-Mobile!!

Kepeningan seminggu

Ye MLA. Pening Cik Ina tengok surat-menyurat bebudak ni. Ada ke macam tu buat surat rasmi jemputan/ sumbangan et al???. Dah Cik Ina pulak kena betulkan. Itu belum lagi agreement antara penggerai dengan program. Aissshhh, tak faham langsung bebudak sekarang ini.

Belum lagi check RE deorang. Aiiissshhh!! Margin pun salah. Ate???

Itu yang pening tu. Belum lagi tengok Text deorang. Dah semakin memeningkan.
Tapi tak apa, Cik Ina pun macam deorang jugak masa mula-mula dulu.
Bila buat program baru faham macam mana.
Dah kerja tak menjadi masalh lagi untuk perkembangkan lagi susunan ayat bagi lebih kemas dan jitu padat dan penuh dengan informasi.

Tapi, apa-apa pun, bebudak KTHO awesome!!



:: MARCH: Social Work Month!! ::


:: Yess, It's Me !!::

MLA tahu tak, Cik Ina selalu perasan yang Cik Ina seorang social worker. Haha! 
Opkos la. Kan degree ambil course Social Work.

Satu course yang sukar difahami dan dimengertikan. Tetapi satu course yang mengajar Cik Ina akan erti kehidupan. Memahami dalam konteks yang lebih besar dan meluas. Menjelaskan kepada Cik Ina bahawa dunia bukan ilusi, namun ia bukan hakiki. Hurrmmm, macam mana tu ye??.

Ahh, berphilosophy pulak. Jangankan bermadah puisi, bermadah pujangga pun mungkin.

Happy Monthly Social Work

Why I want to be a Social Worker??

Untuk kali pertamanya Cik Ina duduk di dalam kelas Kerja Sosial, masih banyak yang bermain-main dalam benak fikiran Cik Ina. Apakah? Macam manakah? Ahhh? Semua ada.
Ini course lelong ke apa nie?

Tapi, Cik Ina rasa berbeza. Cik Ina rasa berada di dunia ini adalah tanpa sebab dan akibat, Cik Ina ditakdirkan untuk melakukan sesuatu yang great sesangat sepanjang menjalani hidup ini.

Cik Ina rasa Cik Ina berbeza. Pemikiran juga semakin berbeza. 
Cik Ina ada goals yang hendak dicapai.

Walaupun berpisah dari makna kata bukan seorang pekerja sosial. Namun, sepanjang lelah perjalanan hidup Cik Ina ini, selagi itulah proses P&P kerja sosial dilaksanakan dari sudut nyata mahupun ilusi semata. 

Bila di interview. "Why do you want to be a social worker?"

Setiap kali itu jugalah jawapan Cik Ina tak pernah berubah

"I want to be a social worker because I have a passion and need to help people." My passion come when I see surrounding. Too many passionate to change the word "freedom". My need comes when i notice 'a person who need' and I being able to emphasize with them. I'm in their shoes. I want to be a social worker because it's right.

The most important I want to be a social worker is I want to changing my knowledge, my life & saved my life . 

Klise? Ye! Tapi itulah hakikatnya.

Dahulu, kini dan selamanya. Itulah jawapan yang Cik Ina berikan.

   
Keywords of Social Worker
Never say never to myself !!

Tuesday, 3 March 2015

:: Result UPSR, PMR, SPM, STPM ::


:: Cik Ina bukan top student di sekolah ::

Yeppp!! Dari kecil bawak ke besar, result keputusan Cik Ina bukanlah straight A macam kebanyakan kawan Cik Ina yang sekarang ini dah kerja bagus-bagus. 

Diberi kesempatan menjadi perwakilan MUBARAK MALAYSIA dan penganalisa Perwakilan Parlimen
Dulu, bila Cikgu tanya "bila besar nak kerja apa?". 

Ayoyoyo!! Cik Ina ikut je kawan cakap.

Saya nak jadi Cikgu !

Saya nak jadi askar !

Saya nak jadi Doktor !

Saya nak jadi Lawyer !

Wahhh!! Bagusnya. Ikutkan kata hati je dahulu. Almaklum la, result Cik Ina tak gempak mana. Tak konsisten. Itu jawapan Cik Ina bila mana disoal Tan Sri dulu. Iyeee, saya punya keputusan tak konsisten. Ikut aci dan je la, tapi dapat hidayah masa di Tingkatan 6. 

Hahaha !! Lambat pulak tu keinsafan hadir dalam diri.

Sangat bersyukur. Rezeki dapat RM1500 daripada kerajaan Negeri.
Terus beli laptop. Beli itu, beli ini. Hahaha!!

Lagi rasa riak takbur hasad dengki bila mana Cik Ina seorang sahaja yang layak masuk USM. Uwaaa!!! Riak tu weh ! Takbur tu dah mencacak-cacak dah tu. Jahat Jiwa masa tu. Niat masuk USM pun dah larik dari makna asal sambung STPM dulu. Ewahhh!!

Di USM pun, result tak ada la konsisten sangat. Kejap dekan, kejap tak. 
Kejap kerja, kejap sleeping ugly dalam bilik.
Kejap buat assignment member, kejap assignment sendiri pun tak setel.

Ala MLA, kehidupan di kampus. Mesti tahukan!!.

Tapi, apapun.....

Bukan tentang kehidupan yang Cik Ina nak tekankan.
Cik Ina nak bagitahu!!

Keputusan SPM bukan penentu segalanya.
 Jangan risau untuk meneruskan langkah kedua.
Terkadang, permulaan langkah pertama itu penentu kejayaan masa depan kita.
Jangan sedih tersembam di bumi yang hening ini,
Bangun dan penuhi rasa di jiwa.
Bangkit dari segala kepedihan semalam.
Percayalah,
Ada sirna menanti dihadapan.

Insha Allah.


:: Minggu Keusahawanan Satria, KTHO ::



:: 26 - 28 Februari 2015 ::

Hye jiwa ! Lama sangat nak update tentang fefelos dan KTHO kan. Hehehe! Seminggu lepas Cik Ina demam & pening & pitam & panas & et al. Nampak tak? Mungkin pening sebab hari Isnin lepas. Uwaaaa!! banyaknya kepeningan melanda. Sedihnya jiwa.

Cik Ina bukan faham sangat selok-belok urusan program KTHO ini. Ikut je dah la. Jangan banyak soal. Diberi tugasan, kita laksanakan. Itu prinsip Bulan February Cik Ina. Hahaha !!
Minggu Keusahawanan Satria, KTHO.

Meeting, Meeting dan Meeting.

Selepas dapat kata sepakat, makanya 26-28 Februari lalu berlansungnya MKS KTHO.

Kannn sangat kan
Malam perasmian !! Okay. Best. Ada nyanyi-nyanyi.  Makan-makan. Have fun sangat!!

Ceramah dari Dai' Adibah

Best ! Best ! Student perempuan memang suka tajuk Cinta Cintun ni kan.
Rugi pada sesiapa yang tak joint. Cik Ina wajib join. Hahaha !!
Fokus Utama: sambil dengar ceramah sambil makan.

Photo??

Ala, tak ada la. Banyaknya photolicious dekat orang lain.

Tak apa, lain kali Cik Ina nak bergambar banyak-banyak. kehkehkeh!!